Khamis, 22 Oktober 2009

TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

TUN SRI LANANG
Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup pada akhir abad ke-17. anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Oleh sebab itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat memerintah. Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara Paduka Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612.
Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini ada tersebut dalam buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.
________________________________________
NURUDDIN AL-RANIRI
Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang. Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengarang ‘Bustan al-Salatin’ (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. Sebelum itu, beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan ‘Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya’ ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya ‘Durrat al-Faraid Bisyarah al-Akaid’.
Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab ‘Tabyan fi Makrifat al-Adyan’ (1664) yang mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu. Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu ‘Asrar al-Insan fi Makrifat al-Roh wal-Rahman’ (1640), ‘Kitab Akhbar al-Akhirat’(1642) dan ‘Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum’ (1642).
Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.
________________________________________
HAMZAH FANSURI
Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli suluk. Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel.
Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia.
Hal ini boleh dilihat dalam ‘Syair Perahu’. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah ‘Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai’. Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu’ Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid’. Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab.

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN TRADISIONAL STPM

Bahagian Kesusasteraan Melayu Moden
Novel: Keris Mas, 2003. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Cerpen, Drama, dan Sajak: Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2003.

Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bentuk PeperiksaanTerdiri daripada dua kertas:

Kertas 1: Kesusasteraan Melayu Tradisional (3 jam)Terdiri daripada empat bahagian:
Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Bahagian B: Karya Agung
Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional
Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional

Kertas 2: Kesusasteraan Melayu Moden (3 jam)
Terdiri daripada empat bahagian:
Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera
Bahagian B: Novel dan Cerpen*
Bahagian C: Drama
Bahagian D: Sajak
*Dua soalan dalam bahagian ini boleh terdiri daripada dua soalan tentang novel sahaja, atau dua soalan tentang cerpen sahaja, atau satu soalan tentang novel dan satu soalan tentang cerpen.

Nota:
Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden, dan Kritikan Sastera.

Rabu, 21 Oktober 2009

STPM

soalan 1

3 Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Dalam hidup yang macam mana susahpun saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah. Untuk itu saya bersedia bekerja mencari rezeki yang halal, tidak kira bertanikah, berjual nasi lemakkah, meneroka tanah FELDAkah. Memang ideal kalau kita boleh menjadi kaya tetapi lebih ideal lagi kalau kita boleh dan bekerja menyampaikan seruan Allah dan rasulNya. Itulah sebenarnya tujuan hidup kita ini, mengabdi kepada Allah.”

(Dipetik daripada Keris Mas,2003.
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 333)

(a) Siapakah saya dalam petikan di atas dan di manakah peristiwa tersebut berlaku.[2]
(b) Buktikan tindakan saya dalam petikan di atas yang memperlihatkan saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.[9]

(c) Terangkan dua tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam menyampaikan seruan Allah dan rasulNya.[6]

(d) Huraikan tindakan yang terpaksa saya hadapi dalam usaha mengajak orang bertakwa kepada Allah dalam novel ini. [8]
Soalan Untuk Pelajar Za`aba.


Baca petikan ini cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

            “Engkau telah terpesong terlalu jauh.  Barangkali engkau terlalu muda ataupun belum engkau melihat tanah air datuk nenek engkau yang amat permai itu.  Aku rasa patutlah engkau mengikut aku pulang Tongsan bersama-sama akhir tahun ini supaya boleh engkau menyaksikan keelokan bandar-bandar Peking, Soato, Canton dan kemajuan saudara-saudara engkau di sana supaya terkikis perasaan-perasaan yang telah menyelaputi di hati engkau bersalin kepada perasaan-perasaan yang suci dan sejahtera.’’
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malayasia[peny.],2003
Cerpen Macam Gergaji Dua Mata dalam Mutiara  Sastera
Melayu Moden.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hal 4)


(a)  Siapakah watak aku dan engkau dalam petikan di atas?                                                             [4]
(b)  Jelaskan perbezaan pendapat antara watak  aku dengan watak   engkau                              [12]    
(c)  Jelaskan tiga persoalan yang terungkap dalam cerpen ini.                                                         [9]


Rabu, 14 Oktober 2009

KESUSASTERAAN HIKAYAT BERUNSUR HINDU-ISLAM

Definisi Sastera Hikayat Berunsur Hindu Islam Sejenis karya sastera berasal daripada sastera
Hindu dengan wajah baru yang mengandungi unsur-unsur Islam.



Dihasilkan pada zaman bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang pada masa itu pengaruh Hindu masih tebal.Pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui lisan,kemudian disalin dan dibukukan.Dari situ berlaku beberapa perbezaan dan perubahan antara satu hikayat dengan hikayat yang lain. Karya-karya bercorak Hindu diubahsuai dengan sifat-sifat keislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam
Contoh Karya Hikayat Berunsur Hindu-Islam
1. Hikayat Marakarma/Hikayat Si Miskin
2. Hikayat Serangga Bayu/Hikayat Ahmad Muhammad
3. Hikayat Inderajaya/Hikayat Shahi Mardan

Isi cerita atau jalan cerita masih terbahagi kepada tiga
bahagian :-
Ciri-ciri Hikayat Berunsur Hindu-Islam Struktur Isi Cerita/Plot

Bahagian Awal
Pada peringkat awal atau bahagian awal cerita memperkenalkan latar negeri, latar keluarga dan sebab-sebab watak wira keluar mengembara.

Bahagian Pertengahan Cerita
Bahagian pertengahan cerita merupakan bahagian yang terpanjang ialah kisah mengenai pengembaraan
watak utama. Dalam bahagian ini watak utama/wira terpisah dari istana atau keluarga dan mengembara. Dalam pengembaraannya beliau melalui berbagai-bagai kesusahan, penderitaan,peperangan, dan percintaan.
Watak utama juga melalui berbagai-bagai pengalaman seperti belajar ilmu senjata, kesaktian, serta cabarancabaran menyeksakan. Waktu pengembaraan juga watak wira mendapat bantuan daripada kuasa sakti atau ajaib, sama ada dewa-dewa, jin dan alat-alat sakti.

Bahagian Akhir /Penyelesaian

Bahagian akhir cerita watak utama berjaya mengatasi masalah. Beliau kembali ke istana dan hidup aman bahagia. Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik/protagonis dan watak jahat/antagonis
Watak baik terdiri daripada kalangan anak raja, diberi sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu.

Watak dan Perwatakan
Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak wira berjaya dalam mencapai
hajat dalam masa pengembaraan.Dari segi nama watak pula terdapat percampuran dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan namanama watak Islam.Watak jahat pula merupakan watak penghalang kepada watak baik/wira. Contohnya dalam Hikayat Ahmad Muhammad, watak Nakhoda merupakan watak
penghalang kepada Ahmad dan Muhamad.

Latar
Latar tempat meliputi alam yang luas dan banyak negeri-negeri seperti Kenda Kiri, negeri Baghdad, Pulau
Biram Dewa dan sebagainya. Itulah contoh latar dalam Hikayat Ahmad Muhamad. Terdapat juga latar kayangan diceritakan, contohnya ayahnda dan bonda kepada Marakarma dalam Hikayat Si Miskin berasal dari negeri kayangan. Selain dari negeri dan alam kayangan terdapat latar meliputi alam lautan, hutan, bukit dan gunung-gunung.

Karya-karya Zaman Hindu-Islam ini banyak mengandungi istilah-istilah yang terdapat dalam bahasa Arab-Parsi. Contohnya, syahdan,al-kisah, hatta dan sebagainya.
Penggunaan nama-nama hindu pula seperti alat-alat cokmar, dewan, gangga, dewa dan sebagainya.

Gaya penulisan dan Gaya Bahasa
Bentuk puisi Islam iaiu syair digunakan dan bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan. Jadi di sini dapat dilihat isi karya hikayat Hindu-Islam berupa percampuran unsur-unsur Hindu dengan unsurunsur Islam.

Dari segi judul karya atau cerita, sastera hikayat berunsur Hindu-Islam memakai dua judul iaitu Hindu
dan Islam. Contohnya Hikayat Marakarma dikenali juga sebagai Hikayat Si Miskin dan Hikayat Serangga Bayu juga dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhamad. Perwatakan tokoh-tokoh Islam seperti Nabi Sulaiman,
Nabi Khaidir, Ahmad dan Muhamad. Nama-nama watak yang bercorak Arab seperti nama negeri Shahi mardan, wazir dan sebagainya.

Pengaruh Islam/Ciri-ciri Keislaman
Judul karya/cerita Watak dan Perwatakan Diselit persoalan-persoalan mengenai agama Islam seperti yang bersangkutan dengan rukun Islam,pelaksanaan ibadat dan sebagainya.

Konsep-konsep Keislaman seperti konsep Allah dan segala sifatnya, konsep syurga dan neraka. Persoalan Dalam Hikayat Sastera Hindu-Islam Konsep-konsep Keislaman  Amalan-amalan seperti belajar membaca al-Quran, contohnya Inderaputera dihantar mengaji dan membaca Quran sejak kecil setelah umurnya tujuh
tahun.

Gaya Bahasa banyak mengunakan istilah-istilah Arab- Parsi dimulai kata Syahdan, alkisah, hatta dan kalakian. Nama-nama watak Hindu seperti Shah mardan,Maharaja Asmara Gangga, nakhoda dan
sebagainya.

Rabu, 7 Oktober 2009

Tokoh Sasterawan Negara

KAMALUDDIN MUHAMAD (KRIS MAS)

Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang penulisan/kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran ‘Sasterawan Negara’. Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada kewibawaan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air terutama dalam bidang penulisan cerpen.

Melalui karya-karya seni cerpennya jelas memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang nasionalis yang berwawasan, pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan sastera bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam. Sebelum itu beliau juga pernah dianugerahi ‘Anugerah Pejuang Sastera’ pada tahun 1976 oleh pemerintah kerajaan Malaysia.

Karier Kerjaya

Kamaludin Muhammad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922, di Kampung Ketari, Bentong Pahang.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura. Beliau banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika dan akhbar Utusan Zaman. Selepas itu beliau berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956. Beliau adalah salah seorang tokoh ASAS 50 yang cukup aktif dan terkenal dan pernah berkhidmat sebagai Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.

Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Selepas bersara, beliau menjadi ‘Penulis Tamu’ di Universiti Malaya dan di Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sumbangan

Sumbangan utama beliau ialah dalam lapangan cerpen. Karya pertama beliau berjudul ‘Wasiat Orang Bangsawan’, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946. Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan. Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu;

Mekar dan Segar (1959), Dua zaman (1963), Patah Tumbuh (1963), Pertentangan (1968)

Keris Mas juga turut menghasilkan novel. Antaranya ; Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1983), Rimba Harapan (1985)

Sudut Sejarah Kesusasteraan

Beliau muncul sebagai tokoh penulis cerpen dari ASAS 50 yang mempunyai pengaruh begitu kuat dalam perkembangan cerpen, terutama sehingga tahun-tahun 1960-an. Karya-karya beliau begitu jelas dan kuat kesan penyuaraan keadilan sosial dengan watak-watak manusia yang hidup. Dengan begitu beliau dapat dianggap penulis yang berjaya mematangkan genre cerpen dan mengukuhkan tradisinya.

Bagi menghargai jasa dan sumbangan Keris Mas dalam bidang penulisan dan kesusasteraan tanah air, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pejuang sastera (1976) dan Anugerah Sastera Negara pada 26 April 1981. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992.

Jumaat, 2 Oktober 2009

sambungan soalan kertas2 stpm 2009

3.Berdasarkan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas,huraikan lima kritikan sosial yang terdapat dalam novel tersebut. [ 25]

Lima kritikan sosial dalam Novel.

1 : Mengkritik perbuatan rasuah

* Watak Yang berhormat Muhd Yusuf apabila mahu laksanakan Projek

Perumahan dengan Tauke Chan, dia mengharapkan imbalan 10 – 20 ribu ringgit daripada Tauke Chan. Juga En Muhammad sanggup tabur wang sepuluh ribu ringgit untuk mengumpan orang Kampung Pulai dengan pesta dan perayaan.

2 : * Mengkritik sikap suka berjudi

Sudin berjudi tanpa memikirkan larangan daripada agama Islam.

3 : * Mengkritik sikap suka menyebar fitnah

Mat Akil berniat untuk menyebarkan fitnah kepada Kasim tentang Sudin yang kononnya melarikan Gayah untuk dikahwini.

4 : * Mengkritik sikap menganiaya / menindas orang lain.

Mat Akil menganiaya pasangan pengantin baru, iatu Sudin dan Gayah dengan

membuang najisnya di atas katil pengatin.

* Yang Berhormat Muhd Yusuf menindas penduduk Kampung Pulai.

Penduduk Kampung Pilai hidup dalam kemiskinan, rata-rata penoreh getah, buruh kerajaan dan menangkap ikan.

5 : * Mengkritik masyarakat yang tidak bermoral

Watak Mat Akil bekas banduan, berperangai buruk. Berak atas katil perkahwinan

Sudin. Pukul dan cederakan Sudin dan Lebai Maarup.

* Minah perempuan simpanan Mr Wong

* Sudin kuat minum arak

6 : Mengkritik sikap masyarakat yang suka menipu/ tidak amanah/ tidak jujur

Mat Akil menipu rakan-rakannya tentang pembahagian wang upah yang diberi oleh Sudin.

Yang Berhormat Muhd Yusof yang mementingkan diri sendiri.

7: * Mengkritik masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

En Muhammad tergamak mengusir keluar orang-orang Kampung Pulai semata

mata mahu memasukkan Kampung Pulai ke dalam kawasan perlombongan bijih

timahnya.

4. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Jalan fikirannya bersimpang siur. Dia bertugas untuk mengembalikan manusia dan jin dan makhluk berekor ini kepada pangkal kedudukan yang hakiki. Tapi, dia tidak tahu di mana tugas ini akan dimulakan. Dengan tiba-tiba dia merasa keluh kesah kerana Kota Wangi yang kecil dan harmoni sebenarnya lebih besar dari semua kota yang dihuninya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003.

Cerpen”Kesementaraan”

dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 58)

(a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dalam ungkapan “manusia dan jin” dan “makhluk berekor” dalam petikan di atas.? [4]

(b) Huraikan empat gambaran masyarakat Kota Wangi dalam cerpen tersebut.

[12]

(c) Bincangkan tiga penggunaan teknik penceritaan dalam cerpen ini. [9]

(a) Maksud ungkapan “manusia dan jin” dan “makhluk berekor” .

i. “manusia dan Jin” bermaksud golongan terpelajar(cerdik pandai/cendekiawan) yang tiada kesedaran batin/lupa Allah/lupa ajaran agama/manusia yang berasa dirinya cerdik tetapi susah untuk ditegur atau dikritik serta berniat jahat terhadap orang lain yang lemah atau tidak pandai sepertinya. = 2 markah

ii. “makhluk berekor” bermaksud golongan terpelajar(cerdik pandai/cendekiawan) yang mempunyai gelaran akademik dibelakang namanya(M.A/Phd). Ekor adalah lambang kepada kelayakan akademik golongan intelek yang lebih statusnya daripada orang biasa. = 2 markah.

(b) Empat gambaran masyarakat Kota Wangi;

F1: Masyarakat intelektual yang mementingkan diri sendiri

h/c: Masyarakat kota Wangi terdiri daripada masyarakat intelek yang menggunakan kepandaiannya/ilmunya untuk mengaut keuntungan peribadi/kepentingan diri. Masyarakat intelek yang tidak mempedulikan nasib masyarakat umum.

F2: Masyarakat teknokrat/usahawan yang tamak/rakus

h/c: Masyarakat kota Wangi juga terdiri daripada masyarakat usahawan yang tamak dan rakus mencari keuntungan/kekayaan. Golongan ini sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta semata-mata untukk mengaut keuntungan peribadi.

F3: Masyarakat ulama/alim yang songsang/memperalatkan agama

h/c: Dalam masyarakat kota wangi juga terdapat golongan agama/ulama yang pandai memberi fakwa tetapi tidak sanggup mengamalkan/mempraktikkan hukum Islam. Seorang ustaz yang rajin berdakwah dan lantang suaranya ketika membaca khutbah Jumaat menyeru orang lain berjiran, bertakwa, tolong menolong dan sebagainya tetapi dirinya tidak pernah mengambil tahu hal jiran.

F4: Masyarakat kota yngg tiada semangat kejiranan

h/c: Dalam masyarakat Kota Wangi juga terdapat golongan masyarakat yang tidak mementingkan soal kejiranan, mereka tidak bertegur sapa dengan jiran.

F5: Masyarakat moden yang berpendidikan Barat/pengaruh Barat.

h/c: Dalam masyarakat Kota Wangi juga terdapat masyarakat moden yang berpendidikan liberal Barat yang mementingkan hiburan dan keseronokan hidup dunia semata-mata. Masyarakat ala ‘Boy George’, ‘Dallas’ dan ‘Dynasty’.

F6: Masyarakat yg mementingkan status/kedudukan

h/c: Kebanyakkan penduduk kota Wangi tinggal di rumah banglo mewah di lereng bukit. Pasar di Kota wangi dikatakan penuh sesak dengan gerai tetapi lengang sahaja kerana golongan intelek tidak makan digerai, sebaliknya mereka perlukan tempat makan yang eksklusif,berhawa dingin, makanan dan hidangan yang istimewa sesuai dengan kedudukan mereka.

F7: Masyarakat kota yang banyak berlaku kes jenayah.

h/c: Dalam masyarakat kota wangi banyak berlaku kes jenayah seperti mencuri, merompak dan menyamun berlaku secara berleluasa, sehingga penduduk kota Wangi hidup dalam ketakutan dan sentiasa mengunci pintu rumah sepanjang masa demi menjaga keselamatan.

(c) Tiga penggunaan teknik penceritaan dalam cerpen.

1: Teknik Pemerian

Pengarang menerangkan/memerikan hal/kisah penghijahan penulis dari Kota Panik, ke Kota Barati dan Kota Semurai sebelum penulis sampai ke Kota wangi sekarang.

2: Teknik Monolog Dalaman

Penulis berfikir sendirian tentang keadaan pasar di Kota wangi yang luas, serba lengkap tetapi pengunjungnya sedikit/tidak ramai pengunjung yang menghadirinya.

3: Teknik Dialog

Penulis bercakap dengan isterinya tentang masyarakat Kota Wangi yang tidak mempedulikan jiran tetangga/hidup tidak mementingkan semangat kolektif sehinggakan isteri penulis berasa sunyi. Penulis menasihati isterinya agar tidak memperdulikan hal ini.

4: Teknik Imbas Kembali

Penulis teringatkan tentang jirannya seorang ustaz ang tidak pernah mengambil tahu hal jiran-jirannya, sedangkan dalam ceramahnya ustaz tersebut menggesa orang ramai tentang kepentingan hidup berjiran, bertakwa dan sikap tolong menolong amat penting dalam Islam.

5: Teknik Imbas Muka

Penulis cuba menggambarkan Kota Wangi dari segi penduduknya dan kemudahan infrastruktur yang sepatutnya ada di Kota Wangi seperti sepuluh plaza,dua puluh emporium dan mesti ada seratus kelab malam.

· Huraian/contoh lain yang yang berkaitan dengan teknik penceritaan adalah diterima jika bersesuaian.

5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PAK HAMID: Rahimah mengadu, kau tak amanah? Kerana menutut nafsu, kau banyak

hutang. Sekarang sebelum pintu penjara terbuka buat kau, lebih baik jelaskan

hutang-hutang kau itu. Berhentilah dari kerja-kerja tak amanah.

DAHLAN: Pembohong, apa yang saya tak amanah?

( Petikan ms 217 )

(a) Jelaskan penggunaan teknik imbas muka dalam petikan di atas. [ 4]

(b) Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang ‘kerja-kerja tak amanah’ itu benar.

[ 12 ]

(c) Galurkan peristiwa selepas dialog di atas sehingga akhir drama. [ 9]


(a) Teknik imbas muka

1. Dialog Pak Hamid ‘Sekarang sebelum pintu penjara terbuka buat kau’ membayangkan

Dahlan akan dipenjarakan

2. Terbukti dalam cerita ini akhirnya Dahlan dipenjarakan kerana rasuah.

(b) Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang ‘kerja-kerja tak amanah’ itu benar.

1. Dahlan menerima rasuah daripada tauke Leong RM 10,000.00

2. Dahlan tidak menjaga amanahnya sebagai suami dalam mendidik isterinya

3. Dahlan tidak amanah terhadap isterinya dalam konteks berfoya-foya dengan

perempuan lain

4.Dahlan tidak amanah terhadap golongan miskin yang sepatutnya beliau bantu - kedekut

5.Dahlan tidak amanah terhadap anak bangsanya ( masyarakat) untuk mendidik mereka

seperti yang dijanjikan dengan Pak Hamid – mementingkan diri

6.Dahlan tidak amanah terhadap para pekerja kerana tidak membayar gaji mereka

(c) Galurkan peristiwa selepas dialog

1.Dahlan menghalau Pak Hamid

2.Polis inspektor datang ke rumah Dahlan

3.Dahlan dimsukkan ke dalam penjara

4.Dahlan dibebaskan setelah dipenjara 4 tahun kerja berat

5.Dahlan pergi ke tanah kubur ibu dan ayahnya

6.Dahlan cuba membunuh diri setelah terlalu menyesal

7.Pak Hamid tiba dan menghalang perbuatan Dahlan

8.Dahlan tidak jadi bunuh diri.

9.Dahlan minta ampun kepada Pak Hamid

10.Dahlan berbaik semula dengan Rahimah.

11.Mereka saling bermaafan

6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANITA: Mungkin J.M.Aziz pernah merana pada mulanya apabila beliau ketahui makna

penyakit itu. Manusia biasa mana yang tidak akan terharu. Tetapi, akhirnya

dengan berkat kesabarannya, seperti yang difalsafahkan dalam puisi-puisinya, J.M.Aziz tidak berasa hidup ini pahit lagi bahkan ada kemanisannya pula.

SOFEA JANE: Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan. Mesej inilah yang hendak

disampaikan oleh drama ini. Bentuk seharusnya tidak menjadi persoalan.

( Petikan ms 228 )

(a) Nyatakan dua penyakit yang dideritai J.M.Aziz [ 4 ]

(b) Dengan merujuk kata-kata ‘Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan’ huraikan

empat mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini. [ 16]

(c) Apakah yang anda faham dengan kata-kata ‘Bentuk seharusnya tidak menjadi

persoalan’. [ 5]

(a) Dua penyakit

1.Penyakit kusta

2.Matanya kabur / buta

(b) Empat mesej

1: Mesti sabar menempuh dugaan dan cabaran hidup

J.M.Aziz/ Lijah/ Mamat/ Minah/ Nabi Ayub sabar menghadapi

ujian diri masing-masing dan akhir merasai kemanisan hidup.

2: Mesti sentiasa bersyukur akan rahmat Allah

Nabi Ayub sentiasa bersyukur terhadap limpahan kekayaan yang Allah

berikan kepadanya.

Fakta 3: Mesti sanggup berkorban untuk yang dikasihi

Nabi Ayub sanggup berkorban dengan ujian kemusnahan harta

Bendanya / Lijah dan Minah sanggup berkorban demi kasih yang

mendalam terhadap suami mereka.

4: Pentingnya kasih sayang dalam kehidupan suami isteri

J.M.Aziz dan Lijah / Mamat dan Minah dapat hidup bahagia kerana

saling sayang menyayangi walaupun secara lahiriahnya kehidupan

mereka nampak susuah.

5: Kita hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan.

Nabi Ayub redha dengan dugaan dan cabaran yang dhadapinya.

(c) Maksud petikan ‘bentuk’ tidak jadi persoalan.

1: ‘Bentuk’ bermaksud cara / teknik drama tersebut dipersembahkan

Nordin Hassan mempersembahkan drama itu dalam pelbagai bentuk

seperti adanya unsur pencerita, dokumenteri, tarian, nyanyian,

pertunjukan slaid, penggunaan puisi, penggunaan nama watak sebenar,

unsur simbolik dan lain-lain. Walaupun drama ini sukar difahami tetapi

kita perlu melihat kepetingan drama dari segi pengajaran yang hendak

disampaikan oleh pengarangnya..