Selasa, 2 Februari 2010

sambungan......

b). Jelaskan tiga tujuan penubuhan institusi tersebut. [9]

F1 : Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

H1 : Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an.

C1 : - mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu.
-mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.
-mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.
-menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.

F2 : Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya.

H2 : Angkatan Sasterawan 50 juga mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.

C2 : -menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan.
-membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan.
-memberi perlindungan di sisi undang-undang, jira tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang.
-mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.


F3 : Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama.

H3 : Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama
yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu.

C3 : -memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera.
-mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

c). Huraikan empat sumbangan lazim institusi di atas. [12]

F1 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak.

H1 : Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN.

C1: Sajak ”Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam
Bonda” karya Usman Awang.
Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.

F2 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen.

H2 : Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman . Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said.
C2 : Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen “ Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh “ karya Keris Mas.

F3 : Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera.

H3 : Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .
Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat. Berlaku polimek antara Asraf –”Seni Untuk Masyarakat ”dengan Hamzah – ”Seni Untuk Seni” menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah.

C3: Tulisan kritikan Aasas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu” dan ”Esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas.

F4 : Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel.

H4 : Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular.
Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin)

C4 : Novel “Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci, Pelukis Muda dan
Meja Bola” karya Rosmera.
Novel “ Mata Intan, Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah” karya Wijaya
Mala.

F5 : Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa.
H5 : Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi.
Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf

C5 : ASAS 50 menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III.

a). maksud pendekatan sosiologi [4]

F1 : Karya sastera mempunyai hubungkait dengan masyarakat
F2 : Karya sastera adalah merupakan cerminan masyarakat


b). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial [9]

F1 : Karya sastera adalah bayangan kehidupan sosial sesebuah masyarakat/menggambarkan kehidupan sesebuah masyarakat.
H/C1 : Gambaran kehidupan masyarakat akan dikisahkan dengan sejelas dan sehidup mungkin tentang peristiwa ataupun emosi dalam cereka ini dapat dilihat sepertimana yang terdapat dalam cerpen Nagasaki karya Abdullah Hussein.

F2 : Sastera merakamkan peristiwa dan nilai masyarakat pada satu-satu
masa
H/C2 : Dapat dikisahkan latar tempat, masa dan keadaan satu-satu masyarakat
beserta tuntutan moral atau adab yang dianuti ketika itu.

F3 : Pandangan hidup yang terdapat dalam karya sastera dianggap sama dengan pandangan masyarakat pada masa tersebut.
H/C3 : Dapat menggambarkan situasi yang sama dengan zaman Sebenar.
Karya sastera dapat dijadikan sumber atau maklumat Tentang keadaan masyarakat pada zaman tersebut. Contoh: Cerpen “Macam Gergaji Dua Mata”

F4 : Daripada karya dapat dicari maklumat / sumber tentang zaman
tersebut.
H/C4 : Dapat ditemui maklumat dan sumber berkaitan dengan sesuatu zaman dan era yang menjadi perhatian dan tumpuan pengarang dalam sesebuah karya.

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA


Soalan 1:
a). Nyatakan apakah nama institusi penting yang muncul pada era 50-an dan jelaskan latarbelakang penubuhannya. [4]

Institusi Penting era 50-an
- Angkatan Sasterawan 50 / ASAS 50

Latarbelakang penubuhan
F1 : Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950
F2: : Di rumah Cikgu Mas / Muhammad Arif Ahmad
F3 : Di no.24 Jalan Harisson / Harisson Road Singapura
F4 : Seramai 19 orang penulis telah hadir pada pertemuan pertama tersebut
F5 : Pengerusi pertama yang telah dilantik bagi mengetuai ASAS 50
ialah Keris Mas.