Selasa, 13 Julai 2010

SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI

Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa. Lahir di Patani dalam tahun 1856. Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera. Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab. Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan. Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya. Antara karangan beliau yang terkemuka ialah Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. 

SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN

Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu. Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III. Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera.
Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah Kanz al-Ula, Sirat al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu.

RAJA ALI HAJI

Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777. Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar berunding dengan Belanda di Jawa. Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut ilmu ke sana. Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu Bustan al-Katibin (Taman Pujangga) pada tahun 1857. Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yang bernama Kitab Pengetahuan Bahasa tetapi karyanya yang paling terkenal ialah Tuhfat al-Nafis yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau.
Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang sama denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapi tarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak seperti dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai.
Karya-karya beliau yang lain ialah Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam. Oleh itu, kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik pada zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapi juga sejarah dan bahasa.

SYEIKH DAUD AL-FATANI

Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah. Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18. Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah. Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam Melayu.
Di samping itu,beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas. Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah Kifyatul Muhtaj (Hikayat Mikraj al-Nabi), Al-Dhur al-Thamin (membicarakan tentang pengikut Islam), Ghayatul takrib (membicarakan hukum faraid), Minhaj al-Abidin dan Furu al-Masail waUsul al-Masail. Berpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat
menggolongkan Syeikh Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan berpengaruh di Alam Melayu.

BUKHARI AL- JAUHARI

Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17. Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada tahun 1603, beliau mengarang Taj al-Salatin yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, Taj al-Salatin sangat terkenal di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas.
Sebagai seorang pengarang, tidak syak lagi bahawa beliau ialah penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami sesebuah negeri.


HAMZAH FANSURI


 Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli suluk. Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel.
Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia.
Hal ini boleh dilihat dalam Syair Perahu. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai. Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid. Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab.

NURUDDIN AL-RANIRI


 Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang. Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengarang Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. Sebelum itu, beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya Durrat al-Faraid Bisyarah al-Akaid.
Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab Tabyan fi Makrifat al-Adyan (1664) yang mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu. Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu Asrar al-Insan fi Makrifat al-Roh wal-Rahman (1640), Kitab Akhbar al-Akhirat(1642) dan Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum (1642).
Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.

Soalan-Soalan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur


3.       Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang 
mengikutinya.

Tiap kali bercakap, Sudin berasa semacam kepedihan dalam dadanya.  Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad.  Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi mengalir dengan lumpur panas dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja yang tegak dalam alam yang ditempuhnya.  Dunia ayahnya hanya pondok-pondok kebun pisang di lembah sunyi tidak bermaya.  Hanya sebuah dunia baru yang akan menyelamatkat ayahnya tetapi dunia baru itu memerlukan tenaga muda yang gigih dan kuat.  Dia tidak mempunyai jalan lain melainkan undur ke belakang.
Sekarang, setelah Mat  Akil menerima balasannya, apakah kemenangan itu sesuatu yang dapat dimegahkan?  Dia mengaminkan doa ayahnya.  Memang Lebai Maaruplah sahaja harapan satu-satunya. Kemenangan orang Kampung Pulai ialah kesanggupannya mempertahankan keutuhan hidup mereka yang dahulunya aman tenteram, bersih dari maksiat dan kejahatan.
                                                                           
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.] ,2003.
                 Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
                       Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,  halaman 320)


(a)  Apakah balasan yang diterima oleh Mat Akil ?                               [2]

(b) Huraikan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum petikan  di atas.                                                                                                                     [10]
(c)  Jelaskan dua gaya bahasa dalam petikan ini.                                [4]

(d)  Huraikan tiga perwatakan negatif Sudin dalam novel ini.                       [9]


Baca petikan novel dibawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

            Tiap kali ayahnya bercakap, Sudin berasa semacam kepedihan dalam dadanya. Dia berasa betapa kuatnya,betapa perkasanya Encik Muhammad. Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi mengalir dengan lumpur panas dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja yang tegak dalam alam yang ditempuhnya. Dunia ayahnya hanya pondok-pondok kebun pisang di lembah sunyi tidak bermaya. Hanya sebuah dunia baru yang akan menyelamatkan ayahnya tetapi dunia baru itu memerlukan tenaga muda yang gigih dan kuat. Dia tidak mempunyai jalan lain melainkan undur ke belakang.
            Sekarang,setelah Mat Akil menerima balasanya, apakah kemenangan itu sesuatu yang dapat dimegahkan? Dia mengaminkan doa ayahnya. Memang Lebai Maaruplah sahaja harapan satu-satunya. Kemenangan orang Kampung Pulai ialah kesanggupannya mempertahankan keutuhan hidup mereka yang dahulunya aman tenteram, bersih dari maksiat dan kejahatan.


(a)  Apakah balasan yang diterima oleh Mat Akil?                                        [2]
(b)  Huraikan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas. [10]                
(c)  Jelaskan dua gaya bahasa dalam petikan ini.                                      [4]
(d)  Huraikan tiga perwatakan negatif Sudin dalam novel ini.                    [9]
  
               
Skema pemarkahan

3. (a)  Balasan yang diterima oleh Mat Akil ialah
            - Mat Akil telah ditahan di lokap                           


(b) Peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas ialah:

F1: Peristiwa bermula apabila Mat Akil dan rakan-rakannya berada di  Balai Raya Kampung Pulai dan akhirnya mengganggu  perjalanan majlis di balai raya itu.

F2: Ketika Lebai Maarup berucap, Mat Akil dan rakan-rakannya mengganggu majlis.

F3: Lebai Maarup dituduh dengan pelbagai kesalahan termasuk mengganggu anak bini orang. Akan tetapi, Lebai Maarup menangkis tuduhan tersebut dengan tenang.

F4: Mat Akil cuba menikam Lebai Maarup tetapi berjaya dielak oleh Lebai Maarup.

F5: Kemat Jerangkung berjaya menangkap Mat Akil.

F6: Rakan-rakan Mat Akil juga berjaya ditangkap oleh dua orang anggota polis yang menyamar.


(c) Dua gaya bahasa dalam petikan ini ialah

F1 : Simile
H/C : Dunia En.Muhammad seperti larva gunung berapi

F2 : Personifikasi
H/C : dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja

F3 : Perulangan perkataan dalam ayat
H/C : Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad

F4 : Perulangan kata
H/C : Dunia En.Muhammad….
         Dunia ayahnya ……


(d) Tiga perwatakan negatif Sudin dalam novel ini ialah

F1:  Seorang yang suka berjudi
H/C: Sudin suka bermain judi di Genting Highlands dengan tujuan untuk mendapatkan kereta murah daripada orang yang kalah judi. Malangnya dia berhutang akibat kalah bermain judi.

F2:  Seorang yang suka berhutang
H/C: Sudin seorang yang suka berhutang akibat kalah bermain judi.

F3:  Seorang yang suka menghasut
H/C:Sudin menghasut penghuni-penghuni tanah Penghulu Mahmud supaya memberontak dan meminta hak milik tanah sungguhpun cadangan itu tidak dipersetujui oleh YB Muhd Yusof.


F4: Seorang yang suka memperalatkan orang lain
H/C: Sudin memperalatkan Sani dengan memberikan pinjaman wang tunai bagi tujuan membayar hutang Sani. Tujuan Sudin agar Sani rasa terhutang budi dan boleh pengaruhi bapa Sani untuk meletak jawatan sebagai imam Pekan Kuala.Ayah Sudin boleh dilantik menjadi imam dan ini memudahkan proses membeli tanah Kampung Pulai.

F5:  Seorang yang terlibat rasuah
H/C: Sudin juga mempunyai sifat yang buruk seperti merasuah untuk memperdayakan mangsanya. Dia pernah cuba merasuah Penghulu Mahmud dalam bentuk rasuah sebuah kereta Mercedes sebagai ganjaran untuk mendapatkan sebidang tanah untuk dijual kepada Tauke Chan.

Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. 

“Saya lekas-lekas menggunakan kesempatan.  Saya terus katakan kepadanya saya akan terima tawaran Datuk Tan untuk menjadi pegawai Pengurusan Pentadbiran Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan syarat tanah wakaf Imam Saad itu tidak dilombong,  tawaran wakaf dari  Lebai Maarup diterima dan juring tanah keluarga antara kedua tanah wakaf itu juga jangan dilombong.  Kawasan itu jadikan kawasan mendirikan kompleks seperti yang dicadangkan oleh Lebai Maarup.”

a)  Siapakah penutur dialog di atas?                                                            [ 1 ]

(b)  Jelaskan konflik penutur dengan ayahnya sebelum munculnya petikan di atas.                                                                                                                      [15]
                                                                                                                         
(c)  Jelaskan tiga isu agama yang terungkap dalam novel ini.               [ 9 ]

3. (a)  Penutur dialog di atas ialah Rahim                     


(b) Konflik penutur dengan ayahnya ialah

F1: Konflik antara Rahim dengan En Muhammad tentang penglibatan Rahim dalam gerakan dakwah Islamiah di luar negara. En Muhammad bimbang penglibatan Rahim dalam gerakan dakwah itu akan menjejaskan
/melalaikan Rahim dalam pelajaran.

 F2: Konflik antara Rahim dengan En.Muhammad mengenai perusahaan lombong di Kampung Pulai. Rahim menentang perusahaan lombong itu kerana dianggap menganiaya penduduk Kampung Pulai.

F3 :  En.Muhammad juga cuba menghalau penduduk Kampung Pulai ke rancangan felda supaya dia dapat mengusahakan projek perlombongan di atas tanah penduduk kampong itu. Rahim menentang perusahaan lombong ayahnya itu menerusi surat-surat yang dihantar kepada Mahani.

 F4:  Lebai Maarup bercadang mahu mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan agama tetapi tidak dipersetujui oleh En.Muhammad. Bagi Rahim, apa yang dilakukan oleh Imam Saad dan Lebai Maarup merupakan kebajikan suruhan agama.  Rahim membantah sikap ayahnya.

F5:. Rahim mengganggap ayahnya lebih mementingkan kekayaan dan kepentingan dirinya sendiri daripada kepentingan/kebajikan penduduk-penduduk kampong Pulai.

F6:  Konflik Rahim dengan En Muhammad tentang tawaran untuk menjadi pegawai Pengurusan Pentadbiran Syarikat Lombong Lembah Tualang. Rahim bersetuju menerima tawaran itu dengan syarat tanah wakaf Imam Saad itu tidak dilombong.


(b) Tiga isu agama dalam novel ini ialah

F1:  Kebangkitan gerakan dakwah Islamiah
H/C: i. Terdapat kebangkitan gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda. Lebai Maarup, anak muda berkelulusan SPM bergiat cergas dalam hal-hal agama bersama-sama Imam Saad menyatupadukan penduduk kampung Pulai dan menjinakkan anak muda ke arah kehidupan Islam.
         ii. Rahim pula yang menjalani hidup yang mewah tetap berpegang teguh dengan perintah agama. Rahim juga menentang sikap ayahnya yang zalim dan menyimpang jauh. Dalam usaha mengumpul kekayaan,beliau sanggup mengusir keluar orang Kampung Pulai asalkan keinginannya tercapai.



F2:  Tanah Wakaf
H/C: Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusaka ayahnya kepada En.Muhammad supaya dapat dijadikan sebagai keperluan agama. Dia lebih mementingkan ganjaran akhirat, oleh itu dia sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kebaikan.

F3:  Perbezaan fahaman politik berasaskan agama
H/C: Masyarakat Kampung Pulai berpecah belah akibat perbezaan fahaman politik. Hal ini berpunca daripada Sudin yang menjadi wakil kepada Yang Berhormat Muhd Yusof. Akibat tidak mahu mendengar cakap golongan tua, golongan muda sering berpecah-belah. Pendekar Omar didatangkan khas ke wilayah Tualang untuk memecah-belahkan orang-orang muda dan menarik mana yang dapat ditarik untuk menyokong parti pembangkang. Pendekar itu kononnya menjadi penyokong sebuah parti pembangkang. Dia datang menyamar sebagai guru silat yang banyak pengikutnya di Wilayah Tualang.

F4: Pembangunan yang boleh menimbulkan maksiat
H/C: En. Muhammad bercadang membawa pembangunan di Kampung Pulai seperti pembinaan Motel. Projek pembinaan motel ini ditentang dan tidak dipersetujui oleh Lebai Maarup kerana pembinaan motel ini akan mendatangkan banyak  keburukan  dan boleh menimbulkan maksiat.

Berdasarkan Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas dalam Mutiara Sastera Melayu Moden,

(a) jelaskan dengan memberikan contoh,dua teknik imbas kembali dan dua teknik imbas muka.                                                                                    [16]

(b) huraikan tiga mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang.           [9]


Skema  Pemarkahan


(a)  Dua teknik imbas kembali
F1 :  Syarifah Mu’inah mengenang kisah kematian kakaknya Syarifah Naimah.
H/C:  Syarifah Mu’inah mengenang kisah kematian kakaknya Syarifah Naimah ketika melahirkan anaknya Syarifah Mahani. Dia kemudiannya telah dikahwinkan dengan abang iparnya Syed Aris.

F2:  Datuk Tan teringat tentang estet getahnya di Pekan Tualang
H/C: Datuk Tan teringat estet getahnya di Pekan Tualang seluas 180 ekar saja. Estet itu adalah sebahagian daripada baki tanah lombong mendiang ayahnya.

F3:  En.Muhammad teringatkan tentang kata-kata isterinya Cik Puan Tipah yang mendesak untuk menjodohkan Rahim dengan Mahani.
H/C:  En.Muhammad teringat setahun yang lalu isterinya mendesak untuk menjodohkan Rahim dengan Mahani, anak sahabatnya Tan Sri Syed Aris.

F4:  Ingatan En.Muhammad ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
H/C: Ingatan En.Muhammad dan rakannya ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada zaman itu, penduduk tempatan terpaksa makan pucuk paku pakis dan ubi kayu untuk meneruskan hidup.


a) Dua teknik imbas muka

F5:  En.Muhammad membayangkan nasib penduduk Kampung Pulai.
H/C: En.Muhammad membayangkan jika penduduk Kampung Pulai tidak menjual tanah mereka kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang, nasib buruk akan dialami oleh penduduk kampung tersebut. Mereka akan hidup miskin dan tinggal di pulau gersang yang dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong.

F6: Bayangan Mahani tentang cabaran hidup yang bakal ditempuhi bersama Rahim.
H/C: Ketika Mahani melihat cincin tunang di jari,dia seakan-akan tidak sabar menunggu kepulangan Rahim. Dia merasakan akan dapat menentang setiap penyelewengan yang dialami oleh bangsanya berdasarkan fahaman baru yang dibawa oleh Rahim nanti.

F7: Yang Berhormat Muhd Yusuf membayangkan masa depannya setelah bersara.
H/C: Selepas bersara, Yang Berhormat membayangkan masa depannya yang cerah bersama Tauke Chan. Dia yakin akan mendapat bantuan daripada Tauke Chan untuk membesarkan kilang papannya dan kilang itulah yang akan menjadi sumber rezeki hidupnya selepas tidak menjadi wakil rakyat.

F8: Jahid menjangkakan Rahim akan bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang setelah kembali dari luar negeri nanti.
H/C: Rahim anak kepada En.Muhammad yang akan tamat pengajiannya dua atau tiga minggu lagi. En.Muhammad memang mengharapkan Rahim akan pulang dan akan bekerja di syarikatnya, Syarikat lombong Lembah Tualang.


(b) Tiga mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang

F1:  Janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri/materialistik
H/C: i. Sikap En.Muhammad yang ingin menambahkan harta kekayaannya melalui projek perusahaan perlombongan dan melakukan perbagai cara untuk mencapai tujuannya itu.En Muhammad secara halus telah tergamak mengusir keluar orang-orang Kampung Pulai ke rancangan felda.
       ii. Yang Berhormat Muhd Yusuf seorang wakil rakyat pula membuat rancangan untuk mendirikan kawasan perumahan awam dengan Tauke Chan untuk kepentingan peribadinya.

F2:  Janganlah kita mengamalkan rasuah
H/C: i. Yang Berhormat Muhd Yusuf mengharapkan imbalan 10-20 ribu ringgit dari Tauke Chan apabila ia melaksanakan projek perumahan dengan Tauke Chan.
        ii. En.Muhd pula sanggup menghabiskan wang sebanyak sepuluh ribu ringgit bagi menggula-gulakan orang Kampung Pulai dengan pesta dan perayaan semata-mata untuk kepentingan ekonominya.

F3:  Janganlah kita berdendam/hasad dengki
H/C: Mat Akil dan Sudin memanjangkan permusuhan mereka dengan dendam dan dengki untuk menjatuhkan satu sama lain.

F4:  Elakkan sikap angkuh/ sombong / ego
H/C: i. En. Muhammad bersikap angkuh,sombong dan ego kerana tidak mahu mengalah dengan rancanganya untuk meneruskan perusahaan perlombongan walau dengan cara apa sekalipun.
        ii. Mat Akil pula menunjukkan sikap angkuh dan sombong sebagai samseng di kampung tersebut.

F5:  Janganlah kita menindas orang miskin
H/C: i. En. Muhammad merancang dan mengaturkan perpindahan penduduk Kg.Pulai ke rancangan felda supaya dia dapat mengusahakan projek perlombongan di atas tanah itu.
          ii. Yang Berhormat Muhd Yusuf membantu orang-orang Kampung Pulai dengan tujuan yang tertentu supaya mereka terasa terhutang budi dan memberi sokongan terhadap kepimpinannya. Secara tidak langsung, ini akan mengukuhkan kedudukan politiknya.

F6:  Janganlah kita memperalatkan orang lain
H/C: i. Tauke Chan memperalatkan Pendekar Umar untuk membinasakan kebun orkid Cik Puan Tipah.
        ii. Sudin pula diperalatkan oleh YB En.Muhd Yusof untuk kepentingan diri dan perniagaan masing-masing.

F7: Janganlah  berjudi
H/C : Sudin yang suka bermain judi di Genting Highlands dengan tujuan untuk mendapatkan kereta murah daripada orang yang kalah judi. Malangnya dia berhutang akibat kalah bermain judi.

F8: Janganlah kita hidup dengan kepura-puraan/hipokrit
H/C: En Muhd hidup penuh dengan kepura-puraan memperlihatkan kebaikan/kejujuran/kekayaan/kehebatan diri sedangkan segala-galanya itu untuk mengaburi mata masyarakat.

F9:  Janganlah suka bermusuhan
H/C : i. Tauke Chan mengupah Pendekar Umar dan pengikut-pengikutnya untuk membinasakan kebun orkid Cik Pn Tipah kerana marah tidak dapat membeli tanah di kampung Pulai. Pembinasaan kebun orkid ini juga menunjukkan adanya permusuhan antara Ali, bekas drebar En. Muhd yang menjadi pengelola lading orkid dengan Pendekar umar kerana sebab-sebab politik.
        ii. Permusuhan Mat akil dengan Lebai Maarup kerana sifat anti agama Mat Akil dan kumpulannya.
        iii. Permusuhan antara Mat Akil dan Sudin kerana Mat Akil menaruh hati kepada gayah. Permusuhan mereka berterusan walaupun Gayah sudah berkahwin dengan Sudin.


F10:  Kita hendaklah gigih berusaha
H/C:  i.  En.Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan Melayu yang Berjaya. Sikapnya yang gigih berusaha diakui oleh Datuk Tan yang merupakan rakan kongsinya.
         ii.  Lebai Maarup gigih berusaha dan  bergiat cergas dalam hal-hal agama bersama-sama Imam Saad menyatupadukan penduduk Kampung Pulai dan menjinakkan anak muda ke arah kehidupan Islam.

Berdasarkan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas,huraikan lima kritikan sosial yang terdapat dalam novel tersebut.                                                  [ 25]


Lima kritikan sosial dalam Novel.

Fakta 1 : Mengkritik perbuatan  rasuah

Huraian/contoh: * Watak Yang berhormat Muhd Yusuf apabila mahu laksanakan Projek
                               Perumahan dengan Tauke Chan, dia mengharapkan imbalan 10 – 20 ribu  ringgit daripada Tauke Chan. Juga En Muhammad sanggup tabur wang sepuluh ribu ringgit untuk mengumpan orang Kampung Pulai dengan pesta dan perayaan.

Fakta 2 : * Mengkritik sikap suka berjudi

Huraian/contoh : Sudin berjudi tanpa memikirkan larangan daripada agama Islam.


Fakta 3 : * Mengkritik sikap suka menyebar fitnah

Huraian/contoh : Mat Akil berniat untuk menyebarkan fitnah kepada Kasim tentang
                            Sudin yang kononnya melarikan Gayah untuk dikahwini.

  Fakta 4 : * Mengkritik sikap menganiaya / menindas orang lain.

  Huraian/contoh : Mat Akil menganiaya pasangan pengantin baru, iatu Sudin dan Gayah dengan membuang najisnya di atas katil pengatin.

               * Yang Berhormat Muhd Yusuf menindas penduduk Kampung Pulai.
                        Penduduk Kampung Pilai hidup dalam kemiskinan, rata-rata penoreh getah, buruh kerajaan dan menangkap ikan.

  Fakta 5 : * Mengkritik masyarakat yang tidak bermoral

Huraian/contoh : *Watak Mat Akil bekas banduan, berperangai buruk. Berak atas  katil perkahwinan Sudin. Pukul dan cederakan Sudin dan Lebai Maarup.
                            * Minah perempuan simpanan Mr Wong
                   
                            * Sudin kuat minum arak                        
Fakta 6 : Mengkritik sikap masyarakat yang suka menipu/ tidak amanah/ tidak jujur   

Huraian/contoh : Mat Akil menipu  rakan-rakannya tentang pembahagian wang upah                    
                            yang diberi oleh Sudin.

                            Yang Berhormat Muhd Yusof  yang mementingkan diri sendiri.

Fakta 7: * Mengkritik masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Huraian / contoh : En Muhammad tergamak mengusir keluar orang-orang Kampung  Pulai semata-mata mahu memasukkan Kampung Pulai ke dalam kawasan perlombongan bijih timahnya.


Berdasarkan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas:

a) Huraikan perwatakan negatif   Mat Akil.                                                                [ 9]

b) Jelaskan  latar masyarakat dalam novel.                                                              [16]
             

                       
a)        Perwatakan negatif Mat Akil.

* Mat Akil- hasad dengki- memfitnah oarng lain. Sebar fitnah bahawa Lebai                 Maarup ajar ajaran sesat.                                                         

* Mat Akil memberakkkan katil pengantin Sudin dan Gayah.            
           
* Mat Akil mencuri harta benda orang lain. Harta benda Mak Alang   
           
* Mat Akil zaman persekolahan dulu, suka bergaduh dan bertumbuk
         
 * Mat Akil suka melakukan pembohongan. Contoh terhadap Lebai Maarup      
                                                                                                                                       Pilih 3 isi
          1 isi 3 Markah
          3 isi X 3 markah = 9 Markah


b) Latar masyarakat

Fakta 1 : Masyarakat yang  amalkan  rasuah

Huraian/contoh: * Watak Yang berhormat Muhd Yusuf apabila mahu laksanakan Projek Perumahan dengan Tauke Chan, dia mengharapkan imbalan 10 – 20 ribu ringgit daripada Tauke Chan. Juga En Muhammad sanggup tabur wang sepuluh ribu ringgit untuk mengumpan orang Kampung Pulai dengan pesta dan perayaan.

Fakta 2 : * Masyarakat yang suka berjudi

Huraian/contoh : Sudin berjudi tanpa memikirkan larangan daripada agama Islam.


Fakta 3 : * Masyarakat yang suka menyebar fitnah

Huraian/contoh : Mat Akil berniat untuk menyebarkan fitnah kepada Kasim tentang
                            Sudin yang kononnya melarikan Gayah untuk dikahwini.

Fakta 4 : * Masyarakat yang menganiaya / menindas orang lain.

Huraian/contoh : Mat Akil menganiaya pasangan pengantin baru, iatu Sudin dan Gayah dengan membuang najisnya di atas katil pengatin.

   * Yang Berhormat Muhd Yusuf menindas penduduk Kampung Pulai.
                     Penduduk Kampung Pilai hidup dalam kemiskinan, rata-rata penoreh
                    getah, buruh kerajaan dan menangkap ikan.

Fakta 5 : * Masyarakat  yang tidak bermoral

Huraian/contoh : *Watak Mat Akil bekas banduan, berperangai buruk. Berak atas  katil perkahwinan Sudin. Pukul dan cederakan Sudin dan Lebai Maarup.

                            * Minah perempuan simpanan Mr Wong
                   
                            * Sudin kuat minum arak
                          
Fakta 6 :  Masyarakat yang suka menipu/ tidak amanah/ tidak jujur   

Huraian/contoh : Mat Akil menipu  rakan-rakannya tentang pembahagian wang upah                    
                            yang diberi oleh Sudin.

                            Yang Berhormat Muhd Yusof  yang mementingkan diri sendiri.

Fakta 7: *  Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Huraian / contoh : En Muhammad tergamak mengusir keluar orang-orang Kampung Pulai semata-mata mahu memasukkan Kampung Pulai ke dalam kawasan perlombongan bijih timahnya.



3      Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Dalam hidup yang macam mana susahpun saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.  Untuk itu saya bersedia bekerja mencari rezeki yang halal,  tidak kira bertanikah, berjual nasi lemakkah, meneroka tanah FELDAkah. Memang ideal kalau kita boleh menjadi kaya tetapi lebih ideal lagi kalau kita boleh dan bekerja menyampaikan seruan Allah dan rasulNya.  Itulah sebenarnya tujuan hidup kita ini, mengabdi kepada Allah.”
                                                                               (Dipetik daripada  Keris Mas,2003.
                                                                                         Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.      
                                               Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 333)

(a)  Siapakah saya dalam petikan di atas dan di manakah peristiwa tersebut berlaku.                                                                                                                                             [2]
(b) Buktikan tindakan saya dalam petikan di atas yang memperlihatkan saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.                                                          [9]
(c)  Terangkan dua tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam menyampaikan seruan Allah dan rasulNya.                                                                                                          [6]
(d)  Huraikan tindakan yang terpaksa saya  hadapi dalam usaha mengajak orang bertakwa kepada Allah dalam novel ini.                                                                        [8]


(a)   Siapakah saya dan di mana peristiwa berlaku.
i.              saya  ialah  Lebai Maarup   =  1 markah
ii.             Di mana  -  di hospital      =     1 markah

(b)  Bukti saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah;

F1:  Lebai Maarup bersembahyang jemaah di masjid
h/c:  Lebai Maarup menjadi contoh kepada masyarakat kg Pulai sembahyang secara jemaah di masjid, bertakwa kepada Allah secara berjemaah. Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung menjadi pengikut setia.

F2:  Lebai Maarup mewakafkan tanah pusakanya kepada En.Muhammad
h/c:  Lebai Maarup telah mewakafkan tanah pusakanya untuk dijadikan tapak masjid dan kompleks pekerja Syarikat Lombong Lembah Tualang.

F3:  Lebai Maarup mengingatkan En.Muhammad agar tidak membina hotel dan pusat peranginan di Jeram Medang.
h/c:  Lebai Maarup berpendapat pembinaan hotel dan pusat peranginan akan menjerumuskan orang ramai ke lembah maksiat seperti judi, arak dan zina serta melanggar hukum Allah.

F4:  Lebai Maarup mengajar ilmu agama di surau.
h/c: Lebai Maarup mengajar mengaji al-quran kepada penduduk kg Pulai, antara anak muridnya ialah Kemat Jerangkung. Selain itu kehadiran Lebai Maarup telah menghidupkan surau, bilangan yang berjemaah semakin bertambah.

F5:  Lebai Maarup menunjukkan pekerti yang mulia/berakhlak baik.
h/c: Lebai Maarup tidak menyalahkan/menyebut sesiapa yang bertanggungjawab memukulnya di bawah pohon langsat, sebaliknya dengan rendah diri dia memohon maaf kepada orang kampung sekiranya dia telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan orang kampung.

(b)   2 tuduhan terhadap Lebai Maarup

F1:  Lebai Maarup dituduh mendakwa En Muhammad membawa masuk maksiat ke kg Pulai.
h/c: Mat Akil menuduh Lebai Maarup kurang ajar kerana menuduh En Muhammad hendak mengembangkan maksiat dengan membina hotel dan pusat peranginan di Jeram Medan. Rancangan membina hotel dan pusat peranginan ini dibatalkan oleh En Muhammad.

F2:  Lebai Maarup dituduh mengacau anak bini orang kg Pulai.
h/c: Man telah menuduh Lebai Maarup telah mengacau anak bini orang selepas menetap di kg Pulai. Tuduhan ini dibuat untuk melindungi perasaan berkenannya terhadap anak Bilal Endut iaitu Milah(sepupu Lebai Maarup)

(c) Tindakan yg terpaksa dihadapi oleh Lebai Maarup

F1:  Lebai Maarup dipukul orang di bawah pokok langsat.
h/c: Man dan rakan-rakannya telah memukul Lebai Maarup pada suatu malam. Ini berpunca daripada rasa benci Man yang meluap-luap terhadap Lebai Maarup, takut Milah buah hatinya terpikat kepada Lebai Maarup. Lebai Maarup telah dimasukkan ke hospital.

F2:  Lebai Maarup telah dibaling batu di mukanya.
h/c: Lebai Maarup dibaling  batu ke mukanya dalam Majlis Penerangan yang dibuat oleh Lebai Maarup. Ini kerana Lebai Maarup telah mencabar hadirin supaya membuktikan tuduhan terhadapnya mengacau anak bini orang di Kg Pulai.Akibat balingan batu itu muka Lebai Maarup berdarah.

F3:  Lebai Maarup telah dihiris lengannya dalam pergelutan.
h/c: Mat Akil telah menghiris/melukai lengan Lebai Maarup dalam Majlis Penerangan yang dibuat oleh Lebai Maarup,lengan Lebai Maarup luka dan membasahi lengan jubah putihnya. Mat Akil telah ditangkap polis akibat tindakannya itu.

(a)   4 perwatakan Sudin

F1:  Seorang yang suka berjudi
h/c: Sudin ke Genting dan suka mempertaruhkan nasibnya dengan berjudi. Sudin pernah menjual kereta’second hand’nya akibat kalah judi di Genting. Sudin juga pernah membeli kereta terpakai orang yang kalah judi di Genting.

F2:  Seorang yang suka menghasut
h/c: Sudin bercadang untuk menghasut penghuni-penghuni tanah Penghulu Mahmud supaya memberontak meminta hak milik tanah mereka. Strategi ini akan memudahkan Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Tauke Chan mencapai hasrat mereka untuk mendapatkan tanah Penghulu Mahmud.

F3:  Seorang yang suka berhutang
h/c: Sudin seorang yang suka berhutang dan dia meluahkan masalah itu kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf. Bagi Sudin berhutang itu satu kemestian kerana pekerjaannya sebagai broker ibarat gali lubang timbun lubang.



F4:  Seorang yang licik/pintar dalam tindakannya.
h/c: Kelicikan Sudin tergambar pada peringkat awalnya menjadi wakil kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Tauke Chan untuk mendapatkan tanah Penghulu Mahmud, tetapi selepas rancangan itu gagal, Sudin menjadi wakil En.Muhammad untuk mempengaruhi orang kg Pulai menjual tanah kepada Syarikat Perlombongan Lemah Tualang.

F5:  Seorang  yang setiakawan
h/c: Sudin merupakan rakan yang setia,sanggup membantu Sani keluar daripada belenggu kehidupan sebagai broker yang dikelilingi hutang. Sudin menawarkan jawatan sebagai wakil kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf menggantikan tempatnya.

F6:  Seorang yang simpati
h/c:  Sudin bersimpati dengan Lebai Maarup yang dipukul orang sehingga mukanya lebam-lebam, Sudin juga berazam untuk membantu Lebai Maarup mencari keadilan melalui rancanganya dengan Kemat Jerangkung.

F7:  Seorang yang bersopan-santun/mesra
h/c: sudin bersifat sopan-santun dan mesra terhadap orang kampungnya, sesuai dengan Sudin anak Iman Saad yg dihormati di Kg Pulai. Sifat Sudin yang bersopan santun ini menyebabkan Sudin disukai Pak Salim dan anak-anak muda di kampungnya.

F8:  Seorang yang penyayang
h/c: Sudin menyayangi Mak Minah dan Iman Saad ibu bapanya yang telah lama ditinggalkan. Sudin kembali semula ke pangkuan ibu bapanya untuk tinggal bersama-sama selepas 15 tahun meninggalkan ibu bapanya.