Selasa, 21 September 2010

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 (MODEN)


Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

  1. Persoalan dan realiti masyarakat menjadi bahan penting dalam sesebuah karya sastera. Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut:
(a)  Reformasi Pemikiran,
(b)  Emansipasi Wanita,
(c)  Nasionalisme,
(d)  Dasar Ekonomi Baru                                                             
(e)  Perpaduan                                                                              [25 ]


(a) Reformasi Pemikiran

F/H 1: Bertolak daripada amalan khirafat, kepercayaan tahyul, dan adat yang bertentangan dengan Islam yang masih mengusai masyarakat Islam.
F/H 2: Reformasi pemikiran masyarakat Melayu tentang Islam yang didedahkan melalui karya kesusasteraan.
F/H 3: Persoalan yang dikemukakan berkait dengan amalan, adat, kepercayaan, pendidikan, dan kahwin paksa.
F/H 4: Dicetuskan oleh penulis golongan agama sekitar 1920-an yang mendapat didikan agama di Timur Tengah seperti Syed Sheikh Al-Hadi yang mahu masyarakat Melayu keluar daripada pemikiran konservertif.
F/H 5: Wujud konflik dan tentangan daripada golongan konservertif Islam yang dikenali sebagai Kaum Tua.
F/H 6: Persoalan ini berlanjutan sehingga selepas perang seperti dalam novel “Protes”,karya Shahnon dan “Pertentangan”, karya S. Othman Kelantan

(b) Emansipasi Wanita

F/H 1: Persoalan tentang perjuangan wanita menuntut kebebasan dan hak yang sama seperti dalam bidang pendidikan, menentukan masa depan, kebebasan memilih jodoh.
F/H 2:  Keterlibatan kaum wanita dalam membina bangsa dan tanah air.
F/H 3: Kelahiran novel “Hikayat Faridah Hanum”, karya Syed Sheikh Al-Hadi dan “Iakah Salmah”, karya Ahmad Rashid Talu menzahirkan persoalan ini.
F/H 4: Persoalan ini terus menonjol dalam karya sehingga zaman selepas perang seperti dalam “Tanggungan Muda”, karya Pungguk; “Pelayan”, karya Ahmad Lutfi; “Salina”, karya A.Samad Said, “Ranjau Sepanjang Jalan”, karya Shahnon Ahmad dsb.
F/H 5: Kemunculan golongan penulis wanita seperti Khadijah Hashim melalui novelnya “Badai Semalam”dan Adibah Amin “ Seroja Masih di Kolam” menyemarakkan lagi persoalan ini.

(c) Nasionalisme

F/H 1: Persoalan ini lahir sekitar 1930-an dengan kemunculan golongan penulis guru dan wartawan seiring dengan pergolakan sosial, ekonomi dan politik Malaya.
F/H 2: Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 memberi kesan langsung terhadap hak dan kuasa raja-raja Melayu yang hanya terbatas kepada hal-hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.
F/H 3: Penjajah terus mengeksploitasi ekonomi dan menidakkan keperluan pendidikan tinggi anak-anak Melayu.
F/H 4: Kemunculan pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menyemarakkan lagi persoalan ini dalam karya sastera.
F/H 5: Persoalan nasionalisme dalam karya-karya novel seperti “ Putera Gunung Tahan dan “ Anak Mat Lela Gila”, karya Ishak Haji Muhammad serta “Korban Keris Melaka”, karya Samsuddin Salleh menanamkan semangat cinta kepada tanah air, membentuk semangat perpaduan bangsa, menggambarkan tindakan penjajah yang tidak adil dsb.
F/H 6: Persoalan ini hanya reda apabila Tanah Melayu menapai kemerdekaan pada 1957.

(d) Dasar Ekonomi Baru (DEB)

F/H 1: DEB digubal apabila perpaduan Negara terancam kerana ketidak seimbangan ekonomi antara kaum serta struktur masyarakat yang tidak tersusun.
F/H 2: Matlamat utama DEB adalah mengurangkan kadar kemiskinan yang dialami kaum peribumi dan penyusunan semula masyarakat.
F/H 3: Persoalan kemiskinan memang sudah dibangkitkan oleh penulis sejak zaman sebelum perang hinggalah Negara mencapai kemerdekaan.
F/H 4: Insiden 13 Mei 1969 mendorong pemerintah menjalankan program DEB untuk membendung kejadian itu berulang kembali dan ini menjadi inspirasi kepada penulis untuk mengarap isu ini dalam karya mereka.
F/H 5: Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan menteri kabinet; Tan Sri Ghazali Shafie yang meminati kesusasteraan telah menyuarakan agar sastera yang dihasilkan bersifat pembangunan. Karyawan telah menggunakan kesempatan ini memperkukuhkan persoalan ekonomi dalam karya-karya mereka.
F/H 6: Karya 1970-an menyaksikan persoalan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu, iaitu masalah kemiskinan, kemunduran, dan kedaifan masyarakat Melayu seperti dalam antologi sajak “ Darah Merah”, karya Jihati Abadi; cerpen “Kota Ke Kota”, karya Abdullah Hussain; dan novel Shahnon Ahmad seperti “Srengenge” dan “Rentung”.

(e) Perpaduan
F/H1:   Persoalan perpaduan  muncul setelah negara mencapai kemerdekaan,1957

F/H2:   Penulis menyedari hakikat politik negara ini didukung oleh masyarakat berbilang kaum.
F/H3:   Kesedaran penulis tentang kemungkinan British akan kembali menjajah jika perpaduan kaum menjadi tidak terkawal.
F/H4:   Bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini. Contoh “Isteri Leong Beranak”, karya A. Wahab Ali dan “ Subuh”,karya Atan Long.
F/H5:   Teras perpaduan ialah kehidupan harmoni yang berteraskan adat resam, budaya, kepercayaan agama bagi bangsa dan kaum-kaum yang ada di negara ini. Contoh “Biru Warna”, karya Awang Had Salleh.
F/H6:   Dasar yang dibawa oleh para penulis ini ialah perpaduan boleh dicapai jika ada toleransi dan memahami hakikat persamaan manusia.

Pilih 5 isi
1 isi = 4 Markah (2 MarkahFakta, 2 Huraian/Contoh)
5 isi X 4 = 20 Markah

  1. Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.
(a)  Nyatakan latar belakang beliau.                                                [5 markah ]
(b)  Jelaskan sumbangan dan kepentingannya dalam perkembangan kritikan di Malaysia.
 [20 markah]

Jawapan

(a)  Latar Belakang

F1. Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab / nama pena Sastrawijaya
F2. Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor.
F3. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus darjah IV di High School Kelang  / 1940 bersekolah di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika pendudukan Jepun.
F4. Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria Institution.
F5. Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor.
F6. Pada 1949 bertugas di Utusan Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai pengarang.
F7. Pernah berkhidmat dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang,   ketua pengarang dan akhirnya sebagai pengurus pada tahun 1970.
F8. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR dan di UKM secara sambilan.
F9. Tahun 1975 -1977 menjadi pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far Eastern Publisher.
F10.Pada tahun 1977 menubuhkan penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.

Pilih 4 isi sahaja.
1 isi = 1 Markah Fakta
5 isi = 4 Markah


(b)  Sumbangan dan kepentingan Ashraf

Sumbangan
F1  : Bidang Kritikan
H/C: Penggerak slogan ‘Seni Untuk Masyarakat” dan aktif menulis kritikan contoh “Ke Mana Haluan Angkatan Sasterawan 50”, Mestika, Disember 1950; “Ke Arah Kesusasteraan Melayu yang Membangun”, Utusan Zaman, Mac,1951; “Cita-cita Kesusasteraan Melayu Baru”, Utusan Zaman, September 1952

F2  : Bidang Penterjemahan
H/C: Sewaktu di Oxford Universiti Press banyak menterjemah buku seperti “Buaya Mati Dua Kali”, karya Shamus Frazer (1958); “Cinta Pertama”, karya Ivan Turgenev (1961); dan Gendang Kosong dan Dongeng-Dongeng Lainnya”, karya Leo Tolstoy. Antologi 8 buah cerpen “Chepu Kancana”

F3 :   Buku Teks / Sastera
H/C:  15 tahun di Oxford Universiti Press; sempat menagani 150 buku pelbagai judul dan kategori. Contoh, Antologi Cerpen “Mekar dan Segar”, 1959; Antologi Keris Mas “Patah Tumbuh”,1962; Kumpulan Puisi Usman Awang “Gelombang” dan Kumpulan Puisi Mahsuri SN “Warna Suasana”,1962

F4 :   Esei Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
H/C:  “Memorandum Angkatan Sasterawan 50,1962 buku; yang dianggap dokumentari pemikiran ASAS 50.

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi  = 4 Markah (2 Markah Fakta, 2 huraian/contoh)
3 isi X 4 Markah = 12 markah

Kepentingan

F1:   Salah seorang pengasas ASAS 50
H/C: Menubuhkan ASAS 50 bersama-sama Usman Awang, Kris Mas, A.Samad Ismail dan Mahsuri SN di Singapura untuk bersatu dalam satu persatuan yang dapat memajukan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

F2  : Tokoh pengkritik yang aktif pada sekitar tahun 1950-an
H/C:  Asraf mencanangkan slogan “Seni Untuk Masyarakat”.  Slogan yang menekankan aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan / maanfaat di akhir setiap pembacaan sesebuah karya.

F3  : Asraf menekankan  kesan positif karya terhadap pembaca.
H/C: Karya seharusnya dilihat dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi menangani masalah sosial serta kepincangan masyarakat seperti rasuah, keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb.

F4  : Asraf mahukan penulis menjadi agen perubahan masyarakat.
H/C: Pengarang dalam karyanya mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak hidup dan arah pendirian masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan daripada pasif, mundur kepada aktif dan maju.

F5 : Seorang sasterawan yang amat berminat dan mahir dalam bidang bahasa
H/C: Dianggap standing Prof. Dr Asmah Hj Omar dan Prof. Dr. Nik Safiah. Banyak menulis buku-buku bahasa. Cenderung kepada aliran Transformasi Generatif.

F6  : Slogan Asraf berjaya meraih sokongan kebanyakan penulis ASAS 50.
H/C: Karya yang dihasilkan penulis ASAS 50 banyak mengutarakan idealisme slogan ini seperti sajak “Ini Nasi Yang Ku Suap”, karya Mahsuri SN mengutarakan pemasaalahan petani; Sajak “Gelombang”, karya Usman Awang mengutarakan masalah  nelayan; novel-novel Kris Mas “Kejadian Di dalam Estet”; “Kedai Sederet Di Kampung Kami” dsb. Mengandungi persoalan realiti kehidupan.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 Markah (1Markah Fakta, 2 Huraian Contoh)
3 isi X 3 Markah = 9 Markah

  1. Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.
(a)  Nyatakan latar belakang beliau.                                                [5 markah ]
(b)  Jelaskan sumbangan dan kepentingannya dalam perkembangan kritikan di Malaysia.                                                                    [20 markah]

Jawapan

(a)  Latar Belakang

F1. Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab / nama pena Sastrawijaya
F2. Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor.
F3. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus darjah IV di High School Kelang  / 1940 bersekolah di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika pendudukan Jepun.
F4. Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria Institution.
F5. Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor.
F6. Pada 1949 bertugas di Utusan Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai pengarang.
F7. Pernah berkhidmat dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang,   ketua pengarang dan akhirnya sebagai pengurus pada tahun 1970.
F8. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR dan di UKM secara sambilan.
F9. Tahun 1975 -1977 menjadi pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far Eastern Publisher.
F10.Pada tahun 1977 menubuhkan penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.

Pilih 4 isi sahaja.
1 isi = 1 Markah Fakta
5 isi = 4 Markah

(b)  Sumbangan dan kepentingan Ashraf

Sumbangan
F1  : Bidang Kritikan
H/C: Penggerak slogan ‘Seni Untuk Masyarakat” dan aktif menulis kritikan contoh “Ke Mana Haluan Angkatan Sasterawan 50”, Mestika, Disember 1950; “Ke Arah Kesusasteraan Melayu yang Membangun”, Utusan Zaman, Mac,1951; “Cita-cita Kesusasteraan Melayu Baru”, Utusan Zaman, September 1952

F2  : Bidang Penterjemahan
H/C: Sewaktu di Oxford Universiti Press banyak menterjemah buku seperti “Buaya Mati Dua Kali”, karya Shamus Frazer (1958); “Cinta Pertama”, karya Ivan Turgenev (1961); dan Gendang Kosong dan Dongeng-Dongeng Lainnya”, karya Leo Tolstoy. Antologi 8 buah cerpen “Chepu Kancana”

F3 :   Buku Teks / Sastera
H/C:  15 tahun di Oxford Universiti Press; sempat menagani 150 buku pelbagai judul dan kategori. Contoh, Antologi Cerpen “Mekar dan Segar”, 1959; Antologi Keris Mas “Patah Tumbuh”,1962; Kumpulan Puisi Usman Awang “Gelombang” dan Kumpulan Puisi Mahsuri SN “Warna Suasana”,1962

F4 :   Esei Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
H/C:  “Memorandum Angkatan Sasterawan 50,1962 buku; yang dianggap dokumentari pemikiran ASAS 50.

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi  = 4 Markah (2 Markah Fakta, 2 huraian/contoh)
3 isi X 4 Markah = 12 markah


Kepentingan

F1:   Salah seorang pengasas ASAS 50
H/C: Menubuhkan ASAS 50 bersama-sama Usman Awang, Kris Mas, A.Samad Ismail dan Mahsuri SN di Singapura untuk bersatu dalam satu persatuan yang dapat memajukan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

F2  : Tokoh pengkritik yang aktif pada sekitar tahun 1950-an
H/C:  Asraf mencanangkan slogan “Seni Untuk Masyarakat”.  Slogan yang menekankan aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan / maanfaat di akhir setiap pembacaan sesebuah karya.

F3  : Asraf menekankan  kesan positif karya terhadap pembaca.
H/C: Karya seharusnya dilihat dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi menangani masalah sosial serta kepincangan masyarakat seperti rasuah, keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb.

F4  : Asraf mahukan penulis menjadi agen perubahan masyarakat.
H/C: Pengarang dalam karyanya mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak hidup dan arah pendirian masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan daripada pasif, mundur kepada aktif dan maju.

F5 : Seorang sasterawan yang amat berminat dan mahir dalam bidang bahasa
H/C: Dianggap standing Prof. Dr Asmah Hj Omar dan Prof. Dr. Nik Safiah. Banyak menulis buku-buku bahasa. Cenderung kepada aliran Transformasi Generatif.

F6  : Slogan Asraf berjaya meraih sokongan kebanyakan penulis ASAS 50.
H/C: Karya yang dihasilkan penulis ASAS 50 banyak mengutarakan idealisme slogan ini seperti sajak “Ini Nasi Yang Ku Suap”, karya Mahsuri SN mengutarakan pemasaalahan petani; Sajak “Gelombang”, karya Usman Awang mengutarakan masalah  nelayan; novel-novel Kris Mas “Kejadian Di dalam Estet”; “Kedai Sederet Di Kampung Kami” dsb. Mengandungi persoalan realiti kehidupan.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 Markah (1Markah Fakta, 2 Huraian Contoh)
3 isi X 3 Markah = 9 Markah


Skema soalan no.3

 Lima kritikan sosial dalam novel ialah



F1: Mengkritik perbuatan rasuah
h/c: 1.Watak yang Berhormat Muhd Yusuf apabila mahu laksanakan projek perumahan dengan Tauke Chan, dia mengharapkan imbuhan 10-20 ribu ringgit daripada tauke Chan.
         2. En.Muhammad sanggup tabur wang 10 ribu untuk mengumpan orang kg Pulai dengan pesta dan perayaan.
         3. Datuk Tan telah memberi kereta Mercedes ‘second-hand’ kepada Penghulu Mahmud dengan tujuan Penghulu Mahmud menjual tanah kepadanya untuk dijadikan projek perumahan.
F2:  Mengkritik sikap suka berjudi
h/c:  Sudin suka berjudi tanpa memikirkan larangan daripada agama Islam.
F3:  Mengkritik sikap suka menyebar fitnah
h/c:  Mat Akil berniat untuk menyebarkan fitnah kepada Kassim tentang Sudin yang kononnya melarikan Gayah untuk dikahwini.
F4:  Mengkritik sikap menganiaya/menindas orang lain
h/c: 1. Mat Akil menganiaya pasangan pengantin baru,iaitu Sudin dan Gayah dengan membuang najisnya di atas katil pengantin.
        2.  Yang Berhormat Muhd Yusuf menindas penduduk Kg Pulai, yang hidup dalam kemiskinan,rata-rata penoreh getah dan menangkap ikan.
F5:  Mengkritik masyarakat yang suka menipu/tidak amanah/tidak jujur.
h/c:  Mat Akil menipu rakan-rakannya tentang pembahagian wang upah yg diberi oleh Sudin.
F6:  Mengkritik masyarakat yg mementingkan diri sendiri.
h/c:  En Muhammad tergamak mengusir keluar penduduk Kg Pulai ke rancangan Felda semata-mata mahu menjadikan Kg Pulai kawasan perlombongan bijih timahnya.
F7:  Mengkritik masyarakat yang tidak bermoral.
h/c:  1. Mat Akil bekas banduan berperangai buruk,berak atas katil perkahwinan Sudin, memukul dan cederakan Sudin dan Lebai Maarup.
2.    Minah sanggup menjadi perempuan simpanan Mr.Wong.
3.    Sudin kuat minum arak,berjudi dan suka berhutang.
F8:  Mengkritik sikap segelintir golongan DKA(Darah Keturunan Arab) yang berpegang kuat pada perkahwinan sekufu.
h/c:  Syed Arif menolak cadangan Syarifah Mu”inah untuk menjodohkan Syarifah Mahani denganJahid kerana tidak sekufu.
F9:   Mengkritik sikap masyarakat yang hasad dengki/dendam
h/c:  Mat akil  menyimpan perasaan hasad dengki dan dendam terhadap Sudin kerana Mat Akil tidak dapat mengahwini Gayah,lalu memukul dan mencederakan Sudin dan membuang najisnya di atas katil pengantin Sudin.

Pilih 5 isi shj
1 isi = 5 markah(2 markah fakta, 3 markah h/c)
5 isi x 5 markah = 25 markah.


Skema soalan no.4
Soalan Petikan


 (a) Yang dimaksudkan “tuan kedai” = En. Razak   =    2   markah.


       Harapan tuan kedai terhadap generasi muda ialah;
F1:  Berharap agar pemuda-pemuda tidak lalai dalam pelajaran.
F2:  Berharap agar pemuda-pemuda tidak dilalaikan dengan barang kemas
F3:  Berharap agar pemuda menggunakan otak.
F4:  Berharap pemuda-pemuda sanggup memakai sepatu lusuh dan mengutamakan 
       buku.
F5:  Berharap pemuda-pemudi tidak bergelang demi mengutamakan buku.
F6: Berharap agar sepuluh tahun akan datang generasi muda dapat bangun dan mengisi kemerdekaan dengan usaha dan otak sendiri.

Pilih 3 isi shj.
1 isi = 2 markah(2 markah fakta)
3 isi x 2 markah = 6 markah.


(b)   Yang dimaksudkan “kakak” ialah Cikgu Rukiah/Rukiah   =   2  markah.

3 perwatakan kakak ialah,
F1:  Seorang yang sanggup/terpaksa berhutang
h/c:  Beberapa bulan lalu kakak membeli rantai leher,kakak hanya membayar sebanyak seratus sepuluh, bakinya akan dibayar secara beransur. Kakak berterus terang kepada  En.Razak mengatakan yang dia telah ke pajak gadai/pak haji.

F2:  Seorang yang mementingkan ilmu.
h/c  Kakak sanggup membeli semua buku-buku walaupun dengan harga yang tinggi semata-mata kerana mementingkan ilmu. Rukiah mahu belajar lagi walaupun sudah berkerja sebagai guru.

F3:  Seorang yang tabah/gigih
h/c:  Rukiah tabah dengan cabaran yang dipikulnya iaitu susah mendapatkan buku rujukan yang diperlukan untuk meneruskan pelajarannya.

F4:  Seorang yang baik hati
h/c:  Baik hati terhadap aku, Rukiah selalu membeli pelbagai barang untuk aku jika keluar ke bandar.

F5:  Seorang yang bersemangat nasionalisme
h/c:  Kakak sanggup berkorban dengan sanggup menggadaikan rantai leher semata-mata mendapatkan buku/ilmu pengetahuan.

F6:  Seorang yang jujur/berterus terang
h/c:  Kakak secara jujur memberitahu tentang kesempitannya untuk mendapatkan buku-buku kerana tidak cukup wang.

Pilih 3 isi shj
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah h/c)
3 isi x 3 markah = 9 markah.

(c)   Bukti cikgu Rukiah mementingkan ilmu ialah;

F1: Sanggup menggadai barang kemas kerana menghadapi masalah kewangan.
h/c:  Kedudukan keluarga yang miskin dan tidak dapat membantu dirinya melanjutkan pelajaran. Rukiah sanggup menggadai barang kemasnya semata-mata untuk membeli buku-buku rujukan.

F2:   Sanggup membeli buku rujukan dengan cara ansuran
h/c:  Walaupun harga buku itu mahal tetapi dia sanggup berhutang dan membayarnya secara ansuran.

F3:   Sanggup menerima tawaran menyambung pelajaran
h/c:  Cikgu Rukiah sudah bekerja tetapi sanggup menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Bahasa.

Pilih 2 isi shj.
1 isi = 3 markah(2 markah fakta, 1  markah h/c)
2 isi x 3 markah = 6 markah

BAHAGIAN C : DRAMA

5.    Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang 
      mengikutinya.

DAHLAN: Kalau saya ada anak, bolehlah Taman Pendidikan Islam hantar anak 
      saya belajar di England.

ZAKIAH:  Maaf, encik. Buat sementara ini belum ada rancangan kita nak 
     menghantar anak-anak kita ke England. Hajat kita nak membanyakkan hantar
     ke negara-negara Islam seperti Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera.
     Sumatera negeri tetangga kita yang sama kebudayaan, kesenian, agama dan
     sejarahnya dengan kita.
                                           ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2003.
                                       Drama “Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
                                               Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 206)

(a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas.                                                       [2]

(b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan.                                                      [2]

(c) Nyatakan reaksi Dahlan  terhadap tujuan Zakiah tersebut.                           [6]

(d) Isu pendidikan telah diutarakan dalam petikan  di atas. 
     Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini.                  [15]


                                                                                                                    
Skema Pemarkahan

(a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas.                                                      

F1:  Pemungut derma dari Taman Pendidikan Islam.

1 isi = 2 Markah

(b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan.                                                                 

F1:  Memungut derma untuk seorang anak tani ke Mesir / untuk Taman 
       Pendidikan Islam.

1 isi = 2 Markah


(c)Nyatakan reaksi Dahlan  terhadap tujuan Zakiah tersebut.                       

F1:  Dahlan tidak mahu menderma atas alasan tiada anak.

F2:  Dahlan bertanya pada Zakiah bolehkah Taman Pendidikan Islam 
       menghantar anaknya belajar ke England.

F3:  Dahlan mengatakan kelulusan pengajian di Mesir, Pakistan, Makkah 
       dan Sumatera tidak tinggi dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kita.

F4:  Dahlan meminta Zakiah jangan kecil hati atas sikapnya itu. 

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 2 markah
3 isi x 2 markah = 6 markah


(d) Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini.                 

F1:  Sekolah agama rakyat yang kekurangan sumber kewangan.

F2:  Mengutip derma untuk menyambung pelajaran ke luar negeri. 
       
F3:  Ramai pelajar Melayu meneruskan pengajian di Mesir, Pakistan,   
        Makkah  dan Sumatera.

F4:  Terdapat juga pelajar Melayu yang menyambung pelajaran ke negara
        Barat seperti England. 

F5:   Masyarakat berpendidikan Barat yang lupa diri / asal usul.

F6:  Kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk 
        menyambung pelajaran ke luar negeri.

Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 3 markah
5 isi x 3 markah = 15 markah


6.    Berdasarkan drama “Malam Ini Penyu Menangis”  karya Nordin Hassan
    dalam Mutiara Sastera Melayu Moden  jawab soalan-soalan yang 
       mengikutinya.

(a) Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan
      maksud setiap simbol tersebut.                                                                  [9]

(b) Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri,
     nyatakan unsur-unsur gaya baru tersebut.                                                [10]

(c) Nyatakan tiga  judul drama Nordin Hassan selain drama
      Malam Ini   Penyu Menangis.                                                                      [6]

 
Skema Pemarkahan

(a) Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan
maksud setiap simbol tersebut.                                                                 

F1  :  Simbol lembaga hitam. 
H/C:  Lambang J.M. Aziz ditimpa penyakit kusta.

F2  :  Simbol selendang. 
H/C:  Lambang  kepada sayap malaikat.

F3  :  Simbol api. 
H/C:  Lambang  kepada iblis.
    
F4  :  Simbol penyu menangis. 
H/C:  Lambang  penderitaan J.M.Aziz.
                                                        
Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh )
3 isi x 3m = 9 markah


(b) Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri,
     nyatakan unsur-unsur gaya baru tersebut.                                                                 

F1  :  Penggunaan sajak, seperti sajak Laut. 

F2  :  Penggunaan pantun, iaitu pantun ketika 
         menggambarkan pertemuan J.M.Aziz dengan Cik Lijah. 

F3  :  Penggunaan tarian, seperti tarian Inang Rodat. 

F4  :  Penggunaan slide, seperti  slide gambar J.M.Aziz. 

F5  :  Penggunaan video, seperti  video gambar J.M.Aziz. 

      F6  :  Penggunaan skrin, seperti  skrin gambar J.M.Aziz.

      F7  :  Penggunaan watak sebenar seperti  J.M.Aziz / Cik Lijah / Nabi Ayob 
              / Hugh Clifford / Uji Rashid / Sofea Jane


Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 2 markah.
5 isi x 2m = 10 markah


(c) Nyatakan tiga  judul drama Nordin Hassan selain  drama
      Malam Ini   Penyu Menangis.                                                                 [6]

F1  :  Drama Bukan Lalang Ditiup Angin

F2  :  Drama Anak Tanjung

      F3  :  Drama Jangan Bunuh Rama-Rama.

F4  :  Drama Cindai

      F5  :  Drama Tiang Seri Tegak Berlima.

F6  :  Drama Pintu.

F7 :  Drama Sirih Bertepuk Pinang Menari

 
Bahagian D: Sajak
7. Sajak Warga petani

a)         Bincangkan pandangan penyair terhadap warga petani                                [9]
b)         Berikan empat penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan nilai estetika dalam sajak di atas.                                                   [12]
c)         Jelaskan nada sajak ini.                                                                                  [4]


a)         Bincangkan pandangan penyair terhadap warga petani                                [9]

Fakta 1  :  Penyair rasa kasih atas curahan bakti warga petani
H/C      :  Rangkap 1

Fakta 2  :  Penyair kagum dengan pengorbanan warga petani
H/C      :  Rangkap 1

Fakta 3  :  Penyair menghargai jasa petani.
H/C      :  Rangkap 1

Fakta 4  : Penyair melahirkan rasa hormatnya kepada warga petani
H/C      :  Rangkap 2

Fakta 5  :  Penyair bangga dengan kegigihan petani mencari rezeki
H/C      :  Rangkap 2

Fakta 6  :  Penyair bangga dengan kesetiaan petani dengan kerjanya
H/C      :  Rangkap 2

Pilih 3 isi sahaja
Fakta  :  2 markah
H/C    :   1 markah
3F x 3M :  9 markah


b)         Berikan empat penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan nilai estetika dalam sajak di atas.                                                   [12]

Fakta 1  :  Metafora
Contoh            :  hamparan kasih/rumah relamu/ladang keringatmu
Kesan    :  menimbulkan kepadatan kata dan kehalusan perasaan

Fakta 2  :  Asonansi
Contoh            :  siang malamku
Kesan     :  Menimbulkan kemerduan bunyi

Fakta 3  :  Aliterasi
Contoh            :    kuletakkan di langkah setiamu
Kesan     :  Menimbulkan kemerduan bunyi

Fakta 4  :  Inversi
Contoh            :  gelisah hidupku
    (sepatutnya disebut ‘hidupku gelisah’)
Kesan     :  Memberi penegasan maksud yang lebih jelas

Fakta 5  :  perulangan kata
Contoh            :  selagi  (Rangkap 1 Baris 5 dan Rangkap 2 Baris 5
Kesan     : Memberi penegasan dari segi maksud

Fakta 6  :  Kiasan
Contoh            :  darah daging
Kesan     : Memberikan gambaran maksud yang lebih jelas

Fakta 7  :  Kiasan
Contoh            :  lapar kenyang/siang malamku
Kesan     : Memberi kesan keindahan pengucapan

Pilih 4 isi sahaja
Fakta     : 1 markah
Huraian:   1 markah
Contoh  :   1 markah
4F x 3M :  12 markah


c)         Jelaskan nada sajak ini.                                                                                  [4]

Nada romantik
Pemilihan diksi yang digunakan oleh penyair seperti ‘hamparan kasihku’ menampakkan unsur romantik.

8. Sajak www.sibermerdeka.com.my
A.Ghafar Ibrahim

Dengan memberikan contoh, huraikan lima unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.



Fakta 1  :  Personifikasi
Definisi  :  Perorangan/Memberikan kiasan untuk memberikan sifat manusia kepada benda lain.
Contoh            :  ombak gelora menampar pantai / bagai siang memanggil malam
Huraian :  Menghidupkan imaginasi & memperjelaskan tanggapan

Fakta 2  :  Perlambangan/Simbolik
Definisi  :  Penggunaan kata yang bukan daripada maksud asalnya tetapi membawa maksud lain.
Contoh            :  dalam kebun diriku/dalam laut diriku
                dalam parlimen diriku/dalam gergasi diriku
                dalam pentas diriku/dalam dewan diriku
Huraian :  Mempeluaskan jangkauan imaginasi

Fakta 3  :  Metafora
Definisi  :  Kombinasi dua kata abstrak dan konkrit yang membawa makna di luar kezaliman
Contoh            :  rumah cabaranku/pantai aman
Huraian :  menimbulkan kepadatan kata dan kehalusan perasaan

Fakta 4  :  Persamaan rima akhir
Definisi  :  Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bertentangan antara dua baris atau lebih.
Contoh            :   ombak gelora menampar pantai aman
     untuk menguji amal dan iman.
Huraian :  Menimbulkan kemerduan dan kelembutan bunyi

Fakta 5  :  Anafora
Definisi  :  Perulangan kata di awal baris secara berturutan
Contoh            :   aku berlatih menangkis angin
     aku berlatih memunggah awan
Huraian :  Memberi penegasan maksud yang lebih jelas

Fakta 6  :  Asonansi
Definisi  :  Perulangan bunyi vokal dalam baris .
Contoh            :  aku tanam saujana rancangan
Huraian :  Menimbulkan kemerduan bunyi

Fakta 7  :  Aliterasi
Definisi  :  Perulangan bunyi konsonan dalam baris .
Contoh            :  dalam dewan diriku
Huraian :  Menimbulkan kemerduan bunyi

Fakta 8  :  Hiperbola
Definisi  :  Gambaran perbandingan yang dibuat secara berlebihan
Contoh            :  aku berlatih menangkis angin
    aku berlatih memunggah awan
Huraian :  Memberi gambaran maksud yang lebih jelas

Fakta 9  :  perulangan kata yang sama di awal rangkap
Definisi  :   perulangan kata/rangkai kata yang diulang-ulang di awal rangkap
Contoh            :  dalam (Rangkap 1  -  Rangkap 5)
Huraian :  Menimbulkan kemerduan bunyi/memberi penegasan maksud


Pilih 5 isi sahaja
Fakta     : 1 markah
Definisi   :  1 markah
Huraian:   2 markah
Contoh  :   1 markah

5F x 5M :  25 markah