Jumaat, 17 Jun 2011

CERITA BERBINGKAI


Definisi :
- Disebut sebagai “cerita dalam cerita” iaitu ceritanta terjadi daripada satu cerita pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali sebagai “cerita sisipan”, cerita berakhir dengan kembali kepada pokok.
- Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok
- Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang-tukang cerita.
- Tukang cerita berperanan sebagai “penghubung” antara cerita pokok dengan cerita sisipan
- Cerita sisipan dsampaikan oleh “tukang cerita”/ watak tertentu dari cerita poko untuk menghasilkan hujah atau untuk membuktikan kebenaran.

Ciri-ciri Cerita Bebingkai
1. Dari segi isi cerita – isi cerita berasal dari India, sampai ke dalam kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara berbanding unsur pengaruh Hindu.
2. Struktur isi terbahagi dua bahagian;
i. pokok cerita
ii. cerita-cerita sisipan
3. Watak dan perwatakan
i. watak manusia – kalangan istana dan rakyat biasa
ii. watak binatang – diberi sifat-sifat personifikasi
Watak utama sebagai “tukang cerita” sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman – Burung Bayan berperanan sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan kecurangan ketika suaminya tidak ada di rumah.
4. Kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi – seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan
Cth : Antara contoh karya cerita berbingkai ialah ;
a. Hikayat Bayan Budiman, 
b. Hikayat 1001 Malam, 
c. Hikayat Kalila Wa Daminah
d. Hikayat Seribu Satu Malam
e. Hikayat Bakhtiar
5. Mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan. Contoh, sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan sebagi contoh teladan. Begitu juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya dapat menghasilkan kebaikan.

Ciri-ciri Cerita Sisipan :

1. Disampaikan oleh seseorang watak dari cerita pokok – watak bercerita berbagai-bagai cerita (iaitu cerita sisipan) dengan tujuan tertentu, iaitu untuk membuktikan kebenaran atau menyelamatkan keadaan.
2. Isi crita ringkas dan pendek – cerita sisipan dapat mengawal kesatuan cerita dengan cerita pokok agar sentiasa rapi.
3. Cerita sisipan mampu wujud sendiri sebagai cerita berasingan – mempunyai kesatuan ‘plot’ tema dan watak tersendiri
4. Ada kepelbagaian cerita – dapat memenuhi peranan sebagai alat mengemukakan amanat dan pengajaran
Fungsi Cerita Berbingkai.
1. Sebagai alat pendidikan moral
- Isi cerita kaya dengan unsur didaktik dan pendidikan, sebagai contoh teladan daripada sifat-sifat watak dan peristwa yang berlaku
- Unsur-unsur dan nilai-nilai moral yang tinggi seperti kesetiaan, ketabahan, kejujuran dan keadilan
- Sifat-sifat watak baik / bermoral tinggi dipertentangkan dengan sifat watak-watak jahat 
- Unsur-unsur keislaman seperti ketaqwaan kepada Allah dan konsep pengajaran Islam dan pemikiran Islam yang tinggi

2. Sebagai alat hiburan :
- cerita memberi keehatan fikiran
- penyelesaian cerita memberi kemenangan kepada yang benar berupaya menggembirakan.

CERITA JENAKA


Definisi :
a. Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat
b. Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu
c. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan
d. Unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur.

Ciri-ciri Cerita Jenaka :
a. Cerita-cerita yang bercorak lucu, berkisar pada watak di kalangan raakyat yang lucu. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak
Contohnya watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belalang.

b. Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri.
(i) Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan. Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing.
(ii) Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni.

c. Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada 3 golongan iaitu :
(i) Watak bodoh-sial – cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk
(ii) Watak pintar-bodoh – cerita Pak Pandir
(iii) Watak pintar – cerita Pak Belalang dan Si Luncai

d. Dari segi latar, berlaku di alam nyata, masyarakat manusia biasa, suasana masyarakat tani atau nelayan dan tidak bercmpur dengan alam fantasi

e. Berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial

Contoh cerita jenaka Melayu :
Bodoh-sial - Pak Kadok
a. Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai.
b. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang.
c. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus
d. Setibanya dirumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati.
e. Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut sahaja.

Bodoh-sial Lebai Malanga. Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput menghadiri kenduri orang mati, khatam Quraan daaan kenduri Maaulud
b. Dia terlewat sampai untuk dua kenduri. Pada kenduri ketiga dia diberi leempeng untuk bekalan pulang. Dalam perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya.
c. Ditinggalkan bungkus lempeng di bawah pokok dan terus memanjat sigai. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Semasa kejar mengejar dengan anjing, bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah.
Pintar-bodoh Pak Pandir

Contoh kecerdikan Pak Pandir :

a. Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.
b. Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak pander menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja.

Contoh kebodohan Pak Pandir

a. Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan.
b. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku
c. Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.

Watak pintar – Pak Belalang

a. Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negara
b. Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekor itik setelah mengetahui rahsia daripada nahkoda kapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betina
c. Pak Belalang boleh meneka belalang di dalam genggaman raja secara kebetulan sahaja.

Watak Pintar Si Luncai

a. Si Luncai berjaya melekakan pesuruh-pesuruh raja yang diberi tugas untuk membunuhnya. Sedang mereka asyik menyanyi ia terjun ke dalam sungai dan berenang melepaskan dirinya
b. Si Luncai berjaya menipu raja setelah memakai pakaian saudagar Keling. Raja amat hairan. Si Luncai mengatakan dia baharu sahaja pulang dari akhiraty dan datuk nenek raja memberi pesan menyuruh raja datang ke sana. Raja terpedaya dan masuk ke dalam sebuah peti kaca yang dihulur ke dalam lubang. Bila raja mangkat, Si Luncai berkahwin dengan tuan puteri dan menduduki takhta kerajaan.


Fungsi cerita jenaka :

1. Sebagai hiburan – berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.

Contoh :
(a) Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “ Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabila berjalan menjemur dada”
(b) Gamabaran safat-safat watak yang melucukan – Pak Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana disuruh memanggil lebai untuk majlis kenduri.

2. Pengajaran
a. Seorang yang bodoh dan lurus selalu ditipu oleh orang lain . Contoh : Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja
b. Jangan terlalu percaya kepada nujum. Setengah-tengahnya hanya tipu helah sahaja. Contoh, Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampong
c. Jangan terlalu mengikut hati yang marah. Akhirnya kita juga yang menyesal. Contohnya, Pak Kaduk yang marah isterinya menyindir, memukul isterinya hingga mati
d. Jangan terlalu tamak . Contohnya Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menghadiri kenduri.
e. Jangan amalkan perbuatan berjudi atau bertaruh dengan harta benda, Amalan ini akan membawa kepada kemusnahan dan kepapaan. Contohnya, dalam cerita Pak Belalang , nakhoda kehilangan kapal dan hartanya kerana dipertaruhkan dengan raja.
3. Sebagai kritikan sosial (mengkriktik perkara-perkara yang tidak baik dilakukan oleh masyarakat)

a. Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya – akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri. Contohnya, cerita Lebai Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri kematian, kenduri khatam Quraan dan kenduri maulud. Akhirnya ketigaa-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya.
b. Golongan manusia yang hidup hanya bergantung kepada kemujuran nasib secara kebetulan semata-mata yang tanpa kebijaksanaan akal fikiran dan ilmu pengetahuan, tidak dapat mengekalkan kemewahan hidup. Dalam cerita Pak Belalang, dia terpaksa membakar rumahnya sendiri, sebagai alas an kepada raja yang alat-alat tilikan dan nujumnya telah musnah.
c. Golongan manusia yang suka melakukan kerja-kerja membuang masa, melalaikan dengan kegembiraan yang merugikan itu akan membawa keruntuhan moral. Pak Kaduk hidup berjudi, menyabung ayam, akhirnya menang sorak, kampungnya tergadai.
d. Golongan raja/ pemerintahan yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu orang bawahannya. Dalam cerita Pak Kaduk, raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam Pak Kaduk yang lebih kuat.
e. Golongan raja yang tertipu oleh golongan bawahan seperti dalam kisah Si Luncai sehinga raja terpedayaan dan akhirnya Si Luncai berjaya berkahwin dengan puteri raja.