Khamis, 28 Julai 2011

Skema Jawapan Ujian Julai Kertas Tradisional

Kelebihan dan keistimewaan raja-raja Melayu dikaitkan dengan unsur-unsur mitos.

1. Peristiwa kejadian di Bukit Siguntang, Gunung Mahameru di mana padi huma Wan Empok dan Wan Malini telah bertukar berbuahkan emas berbatangkan suasa dan berdaunkan perak . Hal ini berlaku kerana kedaulatan tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krishna Pendita, dan Sang Nila Utama yang muncul ke dunia menaiki seekor lembu putih bersama alat-alat kebesaran masing-masing ke tempat Wan Empok dan Wan Malini sedang berhuma di atas bukit Gunung Mahameru. Ketiga-tiga anak raja itu merupakan anak Raja Suran iaitu keturunan Raja Islandar Zulkarnain Shah dari Mecadonia, Eropah bersama Tuan Puteri Mahtabul Bahri anak kepada Raja Astabul-Ard yang memerintah negeri di dalam laut bernama Dika. Kejadian aneh di kawasan padi huma Wan Empok dan Wan Malini itu menunjukkan kelebihan dan keistimewaan anak-anak Raja Suran yang berasal dari keturunan orang yang hebat, begitu juga ini menunjukkan ketununan raja Melaka juga berasal dari keturunan raja yang hebat di dinia.merupakan asal keturunan raja-raja Melayu.

2. Peristiwa air laut menjadi tawar – Semasa Sang Sapurba belayar di laut bersama para pembesar dan pengikutnya menuju ke pantai seberang yang berwarna putih, ketiadaan air untuk minuman baginda dan lain-lain dalam pelayaran tersebut. Lalu baginda telah membuat satu lengkaran dan meletakkan di atas permukaan air laut, lantas mencelup kaki baginda ke dalam lengkaran tersebut. Secara tiba-tiba air sekitar lengkaran itu menjadi tawar. Baginda pun mengarahkan pengikut-pengikutnya mengambil air tersebut untuk minuman dan sebagainya. Kejadian ini menunjukkan kedaulatan Sang Sapurba sebagai kelebihan dan keistimewaan raja-raja Melayu yang tidak terdapat kepada rakyat biasa. Raja yang berdaulat

3. Asal usul Melaka- Semasa Raja Iskandar Shah berehat di bawah pokok berhampiran sebatang sungai di suatu tempat yang tidak diketahui namanya, baginda melihat seekor anjingnya telah diterajang oleh seekor pelanduk putih hingga jatuh ke dalam sungai itu. Melihatkan kejadian itu baginda telah menamakan negeri atau tempat tersebut sebagai Melaka bersempena dengan nama sebatang pokok tempat baginda berehat bersama para pembesar dan pengikut-pengikutnya. Kemunculan secara tiba-tiba pelanduk putih tersebut menunjukkan keistimewaaan baginda Raja Iskandar Shah iaitu kebiasaannya kemunculan binatang yang berwarna putih menunjukkan keistimewaan keturunan raja-raja yang berdaulat

4. Peristiwa pengislaman Raja Kecil Besar iaitu ketika Raja Kecil Besar bermimpi baginda telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi tersebut, kononnya Rasulullah s.a.w sendiri telah mengislamkan Raja Kecil Besar dan mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat. Seterusnya Rasulullah juga telah menamakan nama Islam baginda iaitu Sultan Muhammd Shah. Apabila baginda telah sedar dari mimpi, baginda dapati kalam baginda telah disunatkan dan badan baginda berbau narawastu serta boleh mengaji dan berkata-kata dalam bahasa Arab iaitu bahasa al-Quran, lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada memanda menteri untuk kepastian. Kejadian ini menunjukkan kelebihan dan keistimewaan Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Shah yang merupakan keturunan raja-raja Melayu. Hal ini kerana bukan mudah untuk bertemu sendiri dengan Rasulullah s.a.w walaupun melalui mimpi yang tidak berlakut kepada manusia biasa atau raja-raja negeri lain sekiranya tiada daulat.


Kritikan rakyat

Perintah bunuh Tuan Jana Katib oleh Paduka Seri Maharaja Tun Mutahir telah menyebabkan negeri Singapura diserang oleh ikan-ikan Todak yang muncul dari laut dalam jumlah yang banyak. Ikan-ikan todak menyerang sesiapa sahaja yang lalu lalang di tepi-tepi pantai hingga menyebabkan banyak rakyat yang tidak berdosa mati bergelimpangan walaupun Paduka Seri Maharaja Tun Mutahir telah menitahkan rakyat berkubukan betis atas cadangan beberapa orang pembesar negeri. Cadang tersebut tidak mengurangkan kematian rakyat yang dipaksa berkubukan betis di tepi pantai tempat berlaku serangan ikan todak tersebut. Melihatkan kejadian itu seorang budak bernama Hang Nadim telah mencadangkan berkubukan betis diganti dengan berkubukan batang pisang. Cadangan tersebut menyebabkan nyawa rakyat dapat diselamatkan. Berikutan hal ini timbul rasa cemburu pembesar-pembesar negeri kerana raja mendengar nasihat budak kecil itu dan telah mula menyayanginya. Mereka bimbang budak kecil yang bijak itu akan menjejaskan kedudukan mereka lantas membuat fitnah bahawa budak kecil itu akan menentang raja apabila dewasa nanti kerana kebijaksanaannya. Raja telah menghukum bunuh akan budak itu tanpa usul pereksa kerana mendengar hasutan pembesar-pembesar negeri. Sikap raja atau pemerintah yang selalu menjatuhkan hukuman tanpa usul pereksa ke atas rakyatnya boleh menimbulkan kritikan rakyat terhadap pemerintah. Rakyat berasa tidak hormat lagi dengan institusi raja. Seseorang pemerintah atau raja itu perlu bertindak adil dalam peerintahannya dan menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. Sekiranya pemerintah atau raja tidak adil dalam pemerintahan, akan ada rakyat yang berani memberontak. Apabila ini berlaku keadaan negeri akan tidak stabil dan berlakulah kacau bilau, huru hara dan sebagainya.

Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Shah juga merupakan satu kritikan rakyat ke atas;
i.pemerintahan yang zalim. Hal ini kerana sikap raja yang terlalu mementingkan kehendak diri sendiri dan ingin memartabatkan kedudukannya hingga sanggup menyusahkan rakyat jelata.
ii.Sebenarnya syarat peminangan itu sengaja diada-adakan dengan tujuan untuk menguji sultan adakah baginda sayangkan rakyat, keluarganya dan negerinya.
iii.Mengkritik sultan yang kaki perempuan dan sebagai pengajaran kepada baginda


2. Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya

Ciri 1 :Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan :Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh: Alhamdulillah al-lazi…

Ciri 2: Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan : merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh: Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…

Ciri 3 :Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri sendiri.
Tujuan :menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh :Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…

Ciri 4 :Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis berkait dengan persoalan yang dibicarakan
Tujuan :mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh :katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis Rasullallah s.a.w

Ciri 5 :Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan :Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan kedudukan dalam masyarakat
Contoh :Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah

Ciri 6 :Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan :Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan kepada umat Islam
Contoh :Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a

Ciri 7 :Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan :Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan contoh teladan
Contoh: Imam Malik, Imam Syafii

Skema Jawapan Ujian Julai K2

a.Dahlan begitu marah kepada Rahimah kerana;

F1– Rahimah tidak menyahut panggilan Dahlan yang pulang pada lewat malam
H/C 1- Ketika Dahlan pulang ke rumah setelah keluar dengan kawan-kawannya, Dahlan telah mengetuk pintu rumahnya beberapa kali tetapi tidak disahut oleh Rahimah.

F2- Rahimah mengambil tahu perbuatan Dahlan di luar rumah sehingga balik jauh-jauh malam.
H/C 2- Dahlan menganggap Rahimah selalu salah sangka dan cemburu buta.

F3- Rahimah menuduh Dahlan selalu keluar berfoya-foya dengan perempuan lain.
H/C3- Rahimah terjumpa lipstick di baju Dahlan.

F4- Rahimah menuduh Dahlan mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga.
H/C4 – Dahlan tidak membayar gaji orang gaji mereka dan tidak membayar hutang yang bertimbun-timbun.

F5 - Rahimah menuduh Dahlan kerana menggadaikan barang kemas pemberian arwah emaknya.
H/C5 – Dahlan telah menggadaikan semua barang kemas Rahimah untuk memuaskan hawa nafsu syaitan.

F6 - Rahimah meluahkan perasaannya yang jemu dengan corak kehidupan mereka selama ini.
H/C6 – Dahlan amat marah kepada Rahimah yang jemu hidup dengannya dan seterusnya menghalau Rahimah keluar dari rumah mereka.


b. Tiga perbuatan dilakukan Rahimah selama ini.
F1 - Rahimah menghalau ibunya yang datang menziarahinya
H/C1 – Rahimah tidak mengakui orang tua yang datang ke rumahnya sebagai ibunya

F2 – Tidak mahu makan makanan kampung
H/C 2 – Rahimah memberitahu bahawa beliau sekarang tidak makan lagi sayuran- sayuran kampung seperti nangka muda dan ubi

F3 - Memandang rendah/menghina/menengking mengherdik kepada orang gaji mereka
H/C3 – Rahimah memanggil orang gaji mereka dengan perkataan tidak sopan seperti bodoh, bebal.

F4 – Rahimah menghina peminta sedekah/pengutip derma
H/C4 – Rahimah menganggap peminta sedekah seperti Aliman dan pengutip derma seperti Zakiah, Lebai Alang dan Rahman menyusahkan mereka sahaja.

F5- Mengamalkan pergaulan bebas dalam kehidupan walaupun sudah berumahtangga
H/C 5 – Menemani suaminya pergi ke ‘party’ dan ‘berdancing’.

F6 – Berpakaian cara orang Barat
H/C6 – Rahimah memakai ‘swimming costume’ semasa pergi picnic

F7- Rahimah tidak mengamalkan suruhan agama dalam kehidupan.
H/C7 – Setelah pulang dari England, Rahimah tidak pernah mengamalkan suruhan agama dalam kehidupannya.


C. LIMA nilai murni dalam drama ini

F1 - Nilai Kasih-sayang
H/C 1 – Emak Rahimah amat menyayangi Rahimah. Beliau sanggup bersusah payah membawa buah tangan dari kampung semasa menziarahi Rahimah.

F2 – Nilai Bertanggungjawab
H/C 2 – Pak Hamid bertanggunjawab memelihara dan membesarkan Dahlan setelah Dahlan kematian ibu bapanya.

F3 – Nilai Tabah
H/C3- Zakiah dan Lebai Alang tabah dengan cacian Dahlan semasa mengutip derma .

F4 – Nilai Keinsafan/ Taubat
H/C 4 – Dahlan dan Rahimah insaf atas kesilapan mereka

F5.- Nilai Patriotik/ Bangga dengan budaya sendiri
H/C 5 – Pak Hamid, Rahman, Lebai Alang bekerjasama untuk membela nasib bangsa
Pak Hamid sering meminta Dahlan agar jangan lupa asal-usul mereka.

F6- Nilai pemurah/ Bantu membantu
H/C 6 – Pak Hamid sentiasa menghulur derma membantu golongan yang memerlukan.

F7 - Mementingkan ilmu Pengetahuan
H/C7 – Dahlan sanggup melanjutkan pelajaran ke England dalam bidang undang-undang.

F8 : Nilai Amanah/Jujur
H/C 8 : Dahlan menerima rasuah serta memngungut pekerjanya supaya menyerahkan sebahagian gaji mereke kepada beliau.

F9 : Nilai Hormat-menghormati/Tidak menghina orang lain
H/C 9 : Pak Hamid amat menghormati tetamu seperti Zakiah dan Lebai Alang

F10 – Mementingkan agama
H/C 10 – Dahlan dan Rahimah tidak mementingkan suruhan agama dalam kehidupan mereka.

F11- Nilai Sabar/Tidak bertindak terburu-buru.
H/C- Dahlan bertindak terburu-buru dengan cuba membunuh diri.

SKEMA SAJAK ' DOA TERAKHIR'

A. Tema dan 3 Persoalan sajak

Tema: Kasih sayang / kasih sayang seorang anak terhadap ibunya yang telah meninggal dunia / menyayangi ibu. [1 ]

Persoalan:
F1 – Kegigihan seorang ibu membesarkan anak
H/C 1 = perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani kehidupanmu
(R 4 : B 26-29)

F2 – Keinsafan seorang anak/ penyesalan/ memohon kemaafan
H/C 2 = Ibunda,
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajah pasir, menyibak suria
menggenggam angin menyusuri wajah malam
namun, maafkan aku demi cintamu
( R:3, B: 15-21)

F3 – Doa seorang anak terhadap ibunya
H/C 3 = Kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu.
( R:6, B: 4 -6)

F4- Setiap manusia pasti akan menghadapi kematian/ setiap yang hidup pasti menghadapi kematian.

H/C 4 = ketika embun turun mencecah bumi
menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!
(R: 1, B: 5 – 7)

F5 – Kerinduan anak terhadap ibunya
H/C = Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
akan kukenang matamu dalam merenungku
( R:4, B: 22-24 )

F6 – Penderitaan/ keperitan/kesusahan/kepayahan seorang ibu membesarkan anaknya
H/C 6 – Ibunda,
selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku
lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul
(R:2, B; 8 – 11 )

F7 – Kerinduan kepada kampung halaman
H/C 7 = onggokan pusaramu
memanggilku pulang ke kampung halaman
setelah lama dan jauh, musafir dan berkelana
( R: 4, B: 30-34)



b. Unsur gaya bahasa

F1 – Asonansi – Perulangan bunyi vokal dalam satu baris
C – yang kupeluk tubuh lelahmu (perulangan bunyi vokal u)
- tiada lagi senyum di bibir lukamu ( perulangan bunyi vokal i )
Kesan – menimbulkan kemerduan bunyi irama

F2 – Aliterasi – Perulangan bunyi konsonan dalam satu baris)
C- yang kucium rambut lusuhmu (perulangan bunyi konsonan m)
- akan kukenang matamu dalam merenungku (perulangan bunyi konsonan k )
Kesan – menampilkan bunyi keras/ menimbulkan kemerduan bunyi)

F3- Anafora- perulangan kata pada baris yang berurutan
C- yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut lusuhmu
Kesan –menimbulkan ketegasan/ menimbulkan keindahan irama/kemerduan

F4- Simile – gaya bahasa perbandingan yang bermula dengan perkataan bagai, bak, umpama dan sebagainya)
C- bagaikan batu pualam
Kesan- menggerakkan imaginasi pembaca

F5 – Personafikasi – pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup
C- mengoyak wajah pasir , menyibak suria
- betapa pilunya embun terakhir menyentakku
kesan – menggerakkan imaginasi pembaca

F6 – Perulangan kata di awal rangkap
C- Ibunda ( B:1, R:1 , B:1, R: 2)
Kesan – Menimbulkan ketegasan

F7- Inversi – pembalikan kata
C- Setelah saling kita bermaaf
sepatutnya ditulis ‘ setelah kita saling bermaaf’
Kesan – menimbulkan kelainan dalam pengucapan

F8 – Hiperbola – Perbandingan yang keterlaluan atau melampau
C – menggenggam angin menyusuri wajah malam
- suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
Kesan- memberikan gambaran yang berlebih-lebihan yang memukau


F9 – Perulangan kata dalam baris
C – tenang dan tenanglah
Kesan – Menimbulkan keindahan irama, bunyi dan suasana muzikal apabila diulang-ulang/ kemerduan

F10 – Metafora- Gaya bahasa perbandingan yang mempunyai perkataan konkrit dan abstrak.
C- segengggam rindu selaut luka
- selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
Kesan- untuk menggerakkan imaginasi pembaca


c. Mesej

F1 – Pengarang mengharapkan agar seorang anak sentiasa menyayangi ibunya.
H/C – yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut lusuhmu
(R: 1, B: 1-2)

F2 – Anak hendaklah berdoa kepada ibu yang telah meninggal dunia
H/C = Ibunda,
selamanya kudengar deburan ombak hidupmu,
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku
lemah untuk menahanya; doaku mungkin lewat terkabul
(R: 2: B: 8 - 11)

F3 – Pengarang mengharapkan sebagai seorang anak hendaklah memohon
ampun/ maaf daripada ibu
H/C 3= Ibunda,
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf
(R: 3: B: 15 - 17)

F4 – Pengarang mengharapkan anak hendaklah sentiasa menziarahi pusara ibu
H/C 4 = bagaikan batu pualam
onggokan pusaramu
memanggilku pulang
( R: 5: B: 30- 32)

F5 - Pengarang mengharapkan anak hendaklah mengenang penderitaan ibu
yang membesarkan mereka.
H/C 5 – akan kukenang matamu dalam merenungku
mengungkapkan penyerahan hayat
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
( R: 4: B: 24 – 27)

F6 – Pengarang mengharapkan kita hendaklah redha/ menerima ketentuan
takdir bahawa setiap yang hidup pasti akan mati
H/C 6 - Yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun mencecah bumi
menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!
( R: 1, B: 3- 7)

Khamis, 21 Julai 2011

Ujian Julai 2011

1.Kelebihan dan keistimewaan raja-raja Melayu serta kritikan rakyat sering dikaitkan
dengan unsur-unsur mitos dalam Sulalatus Salatin. Bincangkan.[25]

2.“Sastera kitab banyak mengandungi ciri-ciri keagamaan.” Berdasarkan contoh daripada sastera kitab,”Hadiqat al-Azhar wa al-Rayabin” dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional, nyatakan ciri-ciri keagamaannya, dan huraikan tujuan ciri-ciri keagamaan tersebut diterapkan dalam penulisan sastera kitab ini. [25 markah]

Ujian Julai 2011

1. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

DAHLAN : Keluar. ( Menolak Rahimah dengan marah). Betina tak tahu
diuntung, betina tak berbudi, betina tak sedar diri.
RAHIMAH : Ampunkan Mah, bang.
DAHLAN : Tidak. (Berjalan pergi baik). Dahlan tak pernah ludah jilat
balik. Apa kata mesti dikota. Sudah habis jodoh kau dengan aku.
RAHIMAH : Maaf, bang. Mah bukan marah, bang. Mah hanya ingatkan
abang supaya kita selamat.
DAHLAN : Keluar! Aku tak mahu dengar.
RAHIMAH : Sampai hati , abang. Bukankah Mah tinggal sebatang kara
sekarang, tak beribu berbapak lagi?
DAHLAN : Peduli apa aku dengan ibu bapak kau? Pintu buat kau keluar
sedia terbuka sekarang. Keluar.
RAHIMAH : Mah nak keluar ke mana, bang? Bukankah mak dah
meninggal? Kepada siapa lagi Mah nak bergantung hidup?

( dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia(peny.) , 2003
Drama Lawyer Dahlan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden,
Kuala Lumpur: DBP, hal. 212.

a)Jelaskan TIGA sebab mengapa Dahlan begitu marah kepada Rahimah [ 6]
b)Perceraian yang diterima Rahimah adalah pembalasan kerana perbuatan- perbuatan yang telah dilakukannya selama ini. Jelaskan TIGA perbuatan negatif tersebut.[9]
c)Huraikan LIMA nilai yang boleh dikutip dalam drama ini. [10]


2. Baca sajak di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Doa Terakhir
Zaihasra

yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut lusuhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mencecah bumi
menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!

Ibunda,
selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku
lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul
di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca
betapa pilunya embun terakhir menyentakku
tiada lagi senyum di bibir lukamu.

Ibunda,
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajah pasir;menyibak suria
menggenggam angin menyusuri wajah malam
namun, maafkan aku demi cintamu

Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
akan kukenang matamu dalam merenungku
mengungkapkan penyerahan hayat
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani kehidupanmu.

bagaikan batu pualam
onggokan pusaramu
memanggilku pulang
ke kampung laman
setelah lama dan jauh, musafir dan berkelana
pedih mataku berair mata
segenggam rindu jadi selaut luka
setabah dukaku menampung rasamu.

Ibunda,
meski di sini kita berpisah
dan di tamanku belum selesai kutanam bunga
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu.
Dewan Sastera, April 1988 DBP
Dipetik daripada teks Mutiara Sastera Melayu Moden
MPM, DBP, 2003, hal. 292-293

a)Nyatakan tema dan TIGA persoalan dalam sajak di atas. [7]
b)Dengan contoh-contoh yang sesuai, huraikan unsur gaya bahasa dan kesannya.[9]
c)Huraikan TIGA mesej yang terdapat dalam sajak di atas. [9 ]

Rabu, 20 Julai 2011

Tugasan Kelas PPU RK

1. SASTERA MEMBENTUK AKAL BUDI
2. FAKTOR- FAKTOR KEJATUHAN MELAKA
3. FALSAFAH DAN LOJIKA PENDERHAKAAN HANG JEBAT
4. FALSAFAH DALAM BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
5. PUISI MELAYU LAMA CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI
6. WAJAR KAH HANG TUAH DIANGKAT SEBAGAI WIRA BANGSA MELAYU
7. FALSAFAH KONSEP KESETIAAN HAMBA MELAYU DALAM SS
8. BERCERITA TENTANG PUISI
9. IMPAK MORAL POSITIF DALAM KARYA SASTERA TRADISIONAL
10. WATAK UNGGUL DALAM CITRA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL