Jumaat, 28 Oktober 2011

TEKNIK MENJAWAB KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

PERHATIAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 PPU ZB, 6 PPU UA DAN 6PPU RK. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU KERTAS 2:


HARI         : SABTU
TARIKH   : 29.10.2011
TEMPAT  : BILIK GERAKAN SMK KMTG.
MASA       : 8.30 PAGI


KEHADIRAN WAJIB.

Isnin, 17 Oktober 2011

Perkembangan genre Novel Zaman Sebelum Perang.


Bincangkan persoalan emasipasi wanita dalam novel-novel sebelum perang. [25]
Fakta
Huraian
Contoh
1. Keinginan kaum wanita untuk mendapat kebebasan
sosial
Kebebasan bergaul, bercakap bersuara serta menyertai masyarakat dalam kerja-kerja amal di luar rumah
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
2.Keinginan untuk
mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki
Golongan wanita mahu mereka diberi hak sama dengan lelaki tidak lagi hanya berada di rumah
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
3. Keinginan kaum wanita untuk menentukan jodoh
sendiri
Golongan wanita juga mahu mereka diberi peluang untuk menentukan pasangan hidup sendiri
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu
4.Menentang perkahwinan paksa di kalangan anak gadis
Perkahwinan paksa turut diberi perhatian kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan wanita.
1.Bidadari Tanah Melayu oleh Raja Mansur
2.Senyuman Pemuda oleh Muhammad Isa Mahmud
5. Keinginan kaum wanita
diberi peluang untuk
menerima pelajaran &
pendidikan
Golongan wanita mahu mereka juga diberi peluang untuk mendapat pelajaran dan pendidikan sehingga ke peringkat yang paling tinggi setaraf dengan lelaki
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
2. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
6. Keinginan kaum wanita untuk berganding bahu dengankaum lelaki membantu membangunkan negara
Wanita juga berhasrat menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi membangunkan negara
1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi
-Faridah telah menderma sebahagian hartanya untuk tujuan pembiayaan pembinaan sekolah kanak-kanak perempuan
7. Kekuatan dan keazaman
kaum wanita dalam
menempuhi kehidupan
moden
Wanita juga bersedia menghadapi kehidupan moden yang penuh dugaan dan cabaran.
1. Iakah Salmah?
oleh Ahmad Rasyid Talu
-Watak Salmah yang dicemuh masyarakat kerana telah menerima cara hidup moden melalui pergaulan dan caranya berpakaian.

WWW.Sibermerdeka.Com.My oleh A.Ghafar Ibrahim

Rangkap 1
Dalam diri penyajak, terdapat banyak perancangan bagi membebaskan segala macam masalah /kesusahan yang terpaksa ditempuhi.

Rangkap 2
Dalam pemikiran penyajak, penyajak cuba mencari jalan penyelesaian agar kehidupannya tidak mudah dipergunakan.

Rangkap 3
Dalam kehidupan penyajak sering berdepan dengan dugaan dan rintangan untuk menguji kesabaran dan keimanan

Rangkap 4
Walaupun berasa dirinya hebat, namun seringkali juga penyajak terpedaya dengan godaan nafsu

Rangkap 5
Penyajak sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan tekad untuk berubah ke arah kebaikan.

Rangkap 6
Dalam meniti usia dewasa, penyajak semakin matang dan tidak mudah panik serta terpengaruh dengan kata-kata.

Rangkap 7
Dalam era globalisasi, penyajak sentiasa muhasabah diri mencari erti kehidupan agar perjuangan tidak mudah tewas.

Rangkap 8
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. kenangan demi kenangan berlalu begitu sahaja, nasihat penyajak agar kita tidak mempersia-siakan hidup dengan mengabadikan diri pada tuhan

Kunci oleh: T.Alias Taib



Rangkap 1
Dengan segala kudrat yang ada pada diri penyajak, dia cuba untuk meluahkan perasaan tentang keperitan/kesusahan hidup yang sekian lama terpendam dalam lubuk hatinya yang sebelumnya cuba diselindungi.Beliau juga mahu menyatakan segala-galanya tentang keperitan hidup yang dialami. Tujuannya agar semua tahu / faham walaupun dalam kesejahteraan tetapi masih ada yang berlapar, walaupun dirinya dikelilingi dengan dunia yang mewah dan makmur.

Rangkap 2
Dengan segala keupayaan yang ada penyajak cuba juga untuk mencari jalan bagi mengatasi pelbagai dugaan serta kesedihan dan harapannya yang masih tidak mendapat perhatian. Senario ini seperti cerita seorang buruh yang terpaksa bekerja keras walaupun penuh kotoran namun tetap berusaha menampung sisa-sisa kehidupannya. Beliau hanya berupaya berserah kepada nasib tentang masa depannya dan mengharapkan doa daripada kawan-kawannya

Rangkap 3
Dengan pancaindera mata, penyajak dapat melihat kehidupan ini penuh keanihan dan penuh tanda tanya yang memang sukar lagi menyulitkan umpama ketika mendaki puncak Kinabalu yang penuh ranjau semata-mata mahu mencapai segala apa yang dicita-citakannya.

Rangkap 4
Penyajak yang dibelenggu dengan pelbagai masalah mengambil langkah membuang semua masalah tersebut jauh dari pemikirannya.

Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos oleh: Kemala



Rangkap 1
Pada setiap kali tibanya bulan kemerdekaan rakyat Malaysia akan mengenangkan kembali tarikh negara kita mencapai kemerdekaan yang menandakan negara kita sudah bebas dan menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat. Detik-detik hitam di bawah belenggu penjajahan telah berlalu dan yang tinggal kini menjadi lipatan sejarah untuk dikenang pada masa hadapan.

Rangkap 2
Dalam usaha mencapai kemerdekaan, para pahlawan dan pemimpin sanggup terkorban / gugur demi untuk melihat tanah air merdeka. Kenangan terhadap mereka mengundang rasa sedih kerana kesanggupan mereka berkorban demi untuk melihat negara tercinta bebas dari belengu penjajah.

Rangkap 3
Bila menjelangnya bulan kemerdekaan generasi baru tidak lagi mengenangnya sebagai satu bulan yang penting kerana dalam kehidupan moden yang penuh dengan dugaan dan cabaran menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan sudah tidak lagi menjadi satu isu / peristiwa yang penting utk diingati

Rangkap 4
Penyajak berharap agar bulan Ogos (kemerdekaan) akan membawa kesedaran perlunya semangat nasionalisme dan patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi muda

Membunuh Mimpi Oleh : Usman Awang


            Rangkap 1
Penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang sudah meningkat usia remaja, supaya mengikis perasaan malu, perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan. Semuanya adalah bukan realiti dalam kehidupan sebenarnya.

Rangkap 2
Impian dan harapan adalah keanihan ciptaan Tuhan untuk manusia Tetapi jika ianya tidak ditangani dengan betul akan membawa padah, jiwa jadi resah gelisah dan mereka akan kecewa apabila impian yang diharap-harapkan itu berlainan daripada kenyataan hidup sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan
kekejaman.

Rangkap 3
Penyajak berharap agar anak gadisnya jangan mengikut jejak langkahnya yang selama ini selalu mengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan. Bagi penyajak baru kini dia sedar tentang realiti kehidupan yang sebenarnya

Rangkap 4
Penyajak berharap agar anaknya tidak terlalu bergantung kepada impian yang indah yang di luar dunia nyata kerana impian adalah pembohongan dalam dunia khayalan yang fantasi.

Rangkap 5
Dalam menghadapi realiti kehidupan yang lebih mencabar, penyajak berharap agar anaknya itu menanamkan semangat keberanian dan kecekalan hati serta mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan.

Sabtu, 1 Oktober 2011

SKEMA PEMARKAHAN: Tradisional


1. a. Nyatakan EMPAT  jenis/golongan cerita mengenai tokoh Islam yang terdapat dalam Sastera Agama tersebut.[ 4 markah ]
Jawapan 2a i : Pilih 4 shj.
i.                    Cerita Nabi Muhammad s.a.w
ii.                  Cerita Nabi-nabi Allah
iii.                Cerita Para Sahabat Nabi
iv.                Cerita Pahlawan Islam
v.                  Cerita Orang-orang Solihin[ 4 markah ]

i.                    Nyatakan contoh karya bagi TIGA jenis  cerita tentang tokoh Islam yang anda pilih di atas. [ 6 markah ]

Jawapan a :
Fakta 1 : Cerita Nabi Muhammad s.a.w
Huraian/Contoh : “Hikayat Nur Muhammad”, “Hikayat Peri Menyatakan Mukjizat Nabi”,
                              “Hikayat Peri Menyatakan  Nabi Bercukur” dan “Hikayat  Peri
                               Menyatakan Nabi Wafat”. “Hikayat Isra’ dan Mikraj”, “Hikayat
                               Seribu Masalah”, “Hikayat Iblis dan Nabi”, “Hikayat Raja Lahad”.

Fakta 2 : Cerita Nabi-nabi Allah
Huraian/Contoh : “Qisas al-Anbiya”, “Hikayat Nabi Musa”, “Hikayat Raja Sulaiman”,
                             “Hikayat Nabi Yusuf”, “Hikayat Zakaria”, “Hikayat Nabi Iblis”,
                             “Hikayat Nabi Hud”.

Fakta 3 : Cerita Para Sahabat Nabi
Huraian/Contoh : “Hikayat Tamim al-Dari”, “Hikayat Abu  Syahmah”, “Hikayat Abu
                              Bakar”, “Hikayat al-Mu’minin Umar”, “Hikayat Ali Kahwin”, “Hikayat
                              Hasan dan Husin”.

Fakta 4 : Cerita Pahlawan Islam
Huraian/Contoh : “Hikayat Iskandar Zulkarnain”, “Hikayat Malik Saiful Lizan”,
                              dan “Hikayat  Sama’un”.

Fakta 4 : Cerita Orang-orang Solihin
Huraian/Contoh : “Hikayat Lukman al-Hakim”, “Hikayat Raja Jumjumah”, “Hikayat
                              Ibrahim ibn Adham”, “Hikayat  Abu Yazid al-Bistami”, “Hiakayat al-
                              Rabiah”, “Hikayat Syeikh  Abdul Kadir Jilani”, “Hikayat Syeikh
                              Muhammad Saman”.

b. Sastera Agama menyenaraikan watak nabi-nabi Allah yang terkenal. Huraikan watak dan perwatakan nabi-nabi Allah yang terdapat dalam sastera Agama.
[15 markah]
Fakta 1 : Nabi Adam a.s
Huraian : Nabi Adam a.s adalah bapa kepada umat manusia. Dicipta daripada
                tanah. Pada mulanya hidup dalam syurga. Isterinya Siti Hawa.
                 Diperintah ke dunia kerana makan buah Khuldi akibat terpengaruh
                 dengan godaan iblis.


Fakta 2 : Nabi Idris
Huraian : Nabi Idris diangkat kelangit kerana dia memohon kepada Allah untuk
                melihat syurga dan Neraka. Apabila berada di syurga, Nabi Idris tidak
                mahu kembali ke dunia semula. Maka Nabi Idris tinggal di langit ke
                Tujuh hingga hari kiamat.

Fakta 3 : Nabi Hud
Huraian : Menjadi utusan Allah menyeru umat manusia supaya beriman. Berjaya
                menarik 17 orang untuk beriman. Allah turunkan musibah kelaparan
                kepada kaum Hud kerana tidak beriman.

Fakta 4 : Nabi Salih
Huraian : Pertunjukan mukjizat Nabi Salih berjaya menarik ramai kaumnya
                beriman. Sebaliknya mereka berpaling kepada kafir. Akibatnya Allah
                 turunkan azab

Fakta 5 : Nabi Nuh.
Huraian : Seruan Nabi Nuh tidak dihiraukan umatnya. Nabi Nuh dipermain oleh
                 umatnya.  Akibatnya Allah turunkan banjir besar. Semua mati kecuali
                 Nabi Nuh dan pengikutnya yang berada dalam Bahtera Nabi Nuh
                 Selamat.

Fakta 6 : Nabi Ibrahim
Huraian : Nabi Ibrahim menyeru Raja Namrud supaya beriman. Malangnya Raja
                 Namrud menangkap Nabi Ibrahim lalu dibakarnya. Allah
                 menyelamatkan Nabi Ibrahim, menurunkan bencana sehingga Raja
                 Namrud mati kekafiran

Fakta 7 : Nabi Musa
Huraian : Menyeru Fir’aun supaya beriman. Nabi Musa menggunakan mukjizat
                nya supaya Fir’aun beriman. Tetapi firaun tetap tidak beriman. Akibatnya
                Fir’aun dan pengikutnya mati lemas dalam Laut Merah sewaktu
                mengejar pengikut Nabi Musa.

Fakta 8 : Nabi Ayub
Huraian : Mendapat penyakit dagingnya reput dan busuk.Beliau diusir dari
                kampung, ditinggalkan isteri dan digoda iblis namun tetap Baginda
                 beriman. Akhirnya Baginda diselamatkan Allah


Fakta 9 : Nabi Sulaiman
Huraian : Cincin hikmat baginda dicuri jin, yang menyamar sebagai Nabi Sulaiman
                yang menjadi Raja di Baitul Muqaddis. Nabi Sulaiman diusir dari istana  
                sehingga hidup melarat. Keteguhan iman Nabi Sulaiman, menyebabkan
                baginda mendapat bantuan Allah, Cincin hikmatnya ditemui semula,
                dan takhta kerajaan dikembalikan kepada baginda.

      Fakta 10 : Nabi Yusuf
Huraian : Akibat dicemburui oleh saudara-saudara kandung, baginda telah
               dibuang ke dalam telaga. Kemudian dijual kepada pembesar Mesir. Nabi
                Yusuf digilai isteri pembesar Mesir kerana ketampanannya. Nabi Yusuf
                dipenjarakan kerana menolak niat jahat isteri pembesar untuk menggoda
                Yusuf. Nabi Yusuf dibebaskan kerana mahir dalam nujum. Akhirnya
                menjadi pembesar Mesir.

Fakta 11 : Nabi Isa
Huraian : Nabi terakhir dalam cerita para Nabi. Menghadapi berbagai rintangan.
                Menyeru Bani Israil untuk beriman. Raja Jabal Qaf  turut beriman
                dengan Nabi Isa. Kaumnya sendiri cuba membunuh Nabi Isa, tetapi
                diselamatkan Allah dengan mengangkat baginda ke langit.

Fakta 12 : Nabi Muhammad s.a.w
Huraian : berperwatakan yang ideal fizikal dan batinnya. Mempunyai mukjizat
                sebagai bukti kebenaran ajaran Islam dan untuk menahan diri daripada
                 musuh. Antara mukjizat Rasulullah, ialah sebaik dilahirkan, baginda 
                 telah dikhatankan, Bonda susuan yang tidak mempunyai susu, telah
                 mempunyai susu yang banyak sebaik menyusu baginda. Kambing milik
                 Halimaton saadiah membiak dengan banyak, tanah pertanian yang
                 kontang menjadi subur. Malaikat membedah Rasulullah untuk
                 membersihkan hati dari kotoran godaan syaitan ketika remaja. Ketika
                 berniaga di Syam, Baginda sentiasa dinaungi awan. Baginda
                 membawa bulan terbelah kepadanya sebagai mujkjizat supaya Raja
                 Habib bin Malik beriman. Baginda juga berjaya memulihkan kecacatan
                 anak Raja Habib, yang tidak mempunyai kaki dan tangan  menjadi
                 sempurna semula. Nabi yang paling banyak berperang, sentiasa
                 dilindungi malaikat Jibrail ketika berperang, walaupun berhadapan
                 dengan musuh yang ramai.


SOALAN 2

[i] Nyatakan latar belakang Tun Seri Lanang .            [5m]

Fakta 1 : Nama sebenarnya Tun Muhammad   {1m]

Fakta 2 : Keturunan bangsawan Melayu daripada bendahara Melaka.  [1m]

Fakta 3 : Bertugas sebagai bendahara sewaktu pemerintahan Raja Abdullah   {1m]

Fakta 4 : Bendahara kerajaan Melayu  Johor      [1m]

Fakta 5 : Bertugas sebagai penyusun dan penulis Sulalatus Salatin.     {1m]

[ii] Jelaskan empat keistimewaan Tun Seri Lanang berdasarkan isi kandungan sejarahMelayu.                                                                          [20m]
1. Fakta : Seorang yang bijaksana dan intelektual             [2m]

Huraian +cth : Daripada penulisan karya tersebut dapat dilihat nilai keintelektualan Tun Seri Lanang yang peka dengan sejarah dan perubahan politik yang berlaku disekitarnya. Sebagai seorang yang mencintai ilmu beliau pasti telah membaca banyak hikayat dalam kesusasteraan asing spt Hik. IskandarZulkarnain dan,Hik.Raja Pasai yang dimuatkan dalam karya ini dengan begitu menarik sekali.                   [3m]

2.Fakta :  seorang yang kreatif dan artistik                        [2m]

Huraian +cth : Tun Seri lanang seorang yang berpengetahuan luas,kreatif dan artistik sehingga beliau dapat menampilkan Sejarah Melayu dalam bentuk yang sangat  unik . Ini dapat dilihat melalui perlukisan kisah , pengembaraan serta gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Kisah –kisah itu digarap dengan jelas sehingga mengusik jiwa dan perasaan terutamanya gambaran peperangan dan tragis.        [3m]

3.Fakta : Seorang yang berkebolehan dalam menggambarkan peristiwa lampau dengan realistik.                                                                              [2m]

Huraian + Cth : Huraiannya tentang peristiwa lampau yang bukan pada zamannya adalah menarik dan lebih realistik terutamanya melalui kisah dan tragedi seperti kisah pembunuhan Tun Besar atau pun kisah pembunuhan bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.                                                                     

4. Fakta : seorang yang dapat memaparkan sesuatu watak itu dengan begitu hidup.  [2m]

Huraian + Cth : Watak-watak dalam Sejarah Melayu terutamanya watak-watak istimewa dan memilki sifat yang berlainan serta  unsur lucu dapat digambarkan begitu hidup melalui sikap dan tingkah laku watak tersebut ,menimbulkan rasa cemas, geli hati dan marah kepada pembaca. Terutamanya dalam cerita Mia Ruzul dengan kambing Randuk atau pun cerita tentang Tun Mai Ulat Bulu.                       [3m]

5. Fakta :Seorang yang bijak dalam pengunaan  gaya bahasa dan teknik bercerita    [2m]

Huraian + CTh : Gaya bahasa dalam Sejarah Melayu begitu banyak kerana beliau seorang yang boleh menguasai pelbagai bahasa. Di mana dalam sejarah  Melayu terdapatnya penggunaan Bahasa Arab, Jawa, dan Parsi . Manakala terdapat pelbagai teknik penulisan yang dipersembahkan olehnya seperti teknik dialog, monolog, intermonolog, pantun, syair yang boleh menimbulkan kesan keindahan serta menarik minat pembaca untuk terus membaca karya tersebut.                       [3m]

BAHAGIAN B : SULALATUS SALATIN

   3. Teliti petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya

Maka titah baginda, “Barang siapa membawa anak Bendahara Pahang itu ke mari, apa yang dikehendakinya kita anugerahi akan dia; umpamanya jika ia hendakkan sekerat kerajaan kita sekali pun kita anugerahkan; dan ada pun dosanya tiada kita bunuh.  Adapun tatkala itu Hang Nadim ada di bawah penghadapan itu. Setelah ia mendengar titah demikian itu, maka Hang Nadim pun berbicara dalam hatinya, “Baik aku pergi ke Pahang, mudah-mudahan dapat Tun Teja itu; ke bawah duli Yang Dipertuan akan menghapuskan dosaku.”
                         (Hlm 225)

a. Apakah dosaku yang dimaksudkan di dalam petikan di atas?                                           [6M]
b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya?                                       [10M]
c. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Hang Nadim untuk mendapatkan Tun  Teja [9M]

3. a. fakta  - Dosa yang dimaksudkan ialah kegagalan Hang Hadim untuk 
                    membawa pulang kain serasah yang dipesan oleh Sultan Mahmud  
                    dari Benua Keling  (2m)

        huraian - Hang Nadim telah diutuskan ke Benua Keling untuk membeli 40 
                       helai kain serasah pelbagai corak
                      - Hang Nadim telah menumpang kapal Hang Isap yang telah              
                        disumpah oleh Sayid akibat pertelagahan
                      - Akibatnya Sultan Mahmud Murka kerana hanya 4 helai sahaja
                        kain yang dapat diselamatkan (4 m)

b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya?

     i. Nama asalnya Tun Teja Ratna Menggala
    ii  Tun Teja anak kepada bendahara Pahang (Seri Amar Bangsa Diraja)
   iii. memiliki rupa paras yang cantik
   iv  memiliki kebolehan mengesip / membelah lada sulah dengan gigi
    v. tunang kepada Sultan Abdul Jamal              

   baginda menginginkan Tun Teja kerana

    i. Seri Wak raja telah mengkhabarkan kecantikan Tun Teja
   ii. Sultan Mahmud telah kematian permaisuri     

c. Tindakan Hang Nadim untuk mendapatkan Tun Teja (9 m)

    i. Berbuat baik dengan seorang perempuan tua pelulut untuk memasuki rumah
       Datuk Bendahara
   ii.  Menawarkan emas dan kain baju yang banyak kepada si pelulut
  iii.  memberi si pelulut satu lulut untuk disapu ke badan Tun Teja
  iv.  Tun Teja dilarikan ke Pahang menggunakan jong milik Nakhoda Saiyid
        Ahmad                                                                     (3 X 3m)

4.       Melalui Sulalatus Salatin banyak memaparkan unsur-unsur kebijaksanaan orang-orang  
        Melayu Melaka dalam berhadapan pihak-pihak luar. Jelaskan pernyataan ini dengan   
        merujuk kepada lima peristiwa di dalam teks                                                          [25M]

4. Unsur-unsur kebijaksanaan

   i. Kebijaksanaan Tun perak menangkis serangan Siam
      - Melalui taktik berperang  dengan membawa ahli keluarga atau pun
        memasang obor-obor di sepanjang pokok nyirih
  ii. Kebijaksanaan rombongan Melaka untuk melihat maharaja China
     - Rombongan Melaka meminta hidangan kangkung yang tidak dikerat lalu
       melihat maharaja China di mungkur kaca
 iii. Kebijaksanaan orang-orang Melaka membalas bingkisan dari China
      - Sagu rendang sepilau yang menggambarkan betapa ramainya rakyat  Melaka
 iv. kebijaksanaan Tun Bija Sura untuk membalas perilaku orang-orang   Majapahit
      - Menunjukkan permainan sapu-sapu rengit dengan cara berlunjur kaki ke arah Betara  
        Majapahit
 v. Kebijaksanaan orang-orang Melaka  mengelak berperang di pihak musuh di Siam  
      -memberitahu pihak musuh (Siam) bahawa orang-orang Melaka tidak boleh 
       berperang di arah matahari terbenam, kononnya kiblat orang Islam
vi.   kebijaksanaan orang-orang  Melaka menjaga nama baik Sultan Melaka di
       Siam
      - memberitahu maksud Sultan Mansur Syah iaitu raja yang dilindungi Allah
vii.  Kebijaksanaan orang Melaka menunjukkan kekuatan tidak lut senjata di Siam
      - Seorang tua yang untut telah menunjukkan permainan lembing yang tidak luka di kakinya
viii.  Kebijaksanaan Hang Nadim menunjukkan kreativiti  melukis corak bunga
       kain serasah di Benua Keling / membuat tanglun telur di Ceylon
      - Hang Nadim tidak berkenan dengan corak yang dilukis oleh penduduk
        tempatan, lalu melukis sendiri corak tersebut sehingga menarik perhatian
        penduduk Benua Keling
  ix. Kebijaksanaan Hang Nadim melarikan Tun Teja
       Hang Nadim menggunakan pelbagai cara untuk melarikan Tun Teja contoh
       menggunakan orang tua pelulut
   x. Kebijaksanaan Tun Mutahir menangkis serangan Feringgi
      - Sikap tegas dan bijak mengundang rasa gerun di kalangan tentera
       Feringghi / serangan pertama Feringghi dapat ditumpaskan oleh anak buah
       Tun Mutahir/ Bendahara Seri Maharaja



5. “Sastera kitab banyak mengandungi ciri-ciri keagamaan.” Berdasarkan contoh daripada sastera kitab,”Hadiqat al-Azhar wa al-Rayabin” dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional, nyatakan ciri-ciri keagamaannya, dan huraikan tujuan ciri-ciri keagamaan tersebut diterapkan dalam penulisan sastera kitab ini.
                                                                                                                          [25 markah]

Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya

Ciri 1   :    Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan :    Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
                 Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh:    (m/s 197) Alhamdulillah al-lazi…

Ciri 2   :    Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
                 Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan :    merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
                  peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah
                  contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh:     (m/s 198) Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…

Ciri 3  :     Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
                  permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri
                  sendiri.
Tujuan :   menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh:    (m/s 200) Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…

Ciri 4   :    Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis
                 berkait dengan persoalan yang dibicarakan 
Tujuan :   mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh :   (m/s 204) katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis
                 Rasullallah s.a.w

Ciri 5   :    Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan :   Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan
                 kedudukan dalam masyarakat
Contoh :  (m/s 196) Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan
                 Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah

Ciri 6   :   Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan :   Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan
                 kepada umat Islam
Contoh :   Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a

Ciri 7   :   Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan :   Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan
                 contoh teladan
Contoh:    (m/s 206) Imam Malik, Imam Syafii

6.  Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
            Maka tatkala melihatku akan demikian itu hebatlah aku akan dia sebagai hebat yang besar, dan dudukku pada tempat kesudahan lingkungan mengajarnya. Maka aku ambilkan ranting daripada bumi, maka jadilah aku tiap-tiap membaca Malik akan satu hadis aku suratkan dia dan air liur di atas tanganku dan Imam Malik menilik ia dengan hujung matanya tanganku padahal tiada ketahuiku dengan tiliknya hingga selesai majlisnya itu dan menanti Malik bahawa aku berpaling berjalan. Maka tiada melihat ia akan daku berjalan, maka mengisyarat ia kepadaku seketika, kemudian berkata ia, “Adakah engkau ini bangsa Tanah Haram?” Kataku, “Bangsa Tanah Haram” Katanya, “Adakah engkau bangsa Makkah?” Sahutku. “Bangsa Makkah.”  Katanya, Adakah  bangsa Quraisy engkau?” Sahutku,  “Bangsa Quraisy.”  Katanya, “Telah sempurnalah segala sifat engkau, tetapi ada pada engkau jahat adab.” Maka kataku, “Dan, apa yang engkau lihatkan dia daripada jahat adabku?”
(Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Penyelenggara Majlis Peperiksaan  Malaysia,
 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hal 203)

a.       Petikan di atas dikategorikan sebagai Sastera Kitab, berikan dua fungsi Sastera Kitab.                                                                                                            [4m]
i.                    Menyampaikan ajaran Islam dalam bentuk yang lebih sesuai dengan masyarakat Melayu pada waktu itu
ii.                  Memantapkan akidah dan kepercayaan masyarakat terhadap Islam
iii.    Memperkemaskan hokum-hukum Islam melalui penceritaan dan pengkisahan sejarah Islam
                             
b.      Mengapa Malik mengatakan “…..tetapi ada pada engkau jahat adab” dan apa yang berlaku selepas itu.                                                                            [8m]
           

i.                    Mengapa Malik mengatakan “…..tetapi ada pada engkau jahat adab
a.       Imam Malik r.a.  melihat Imam Syafie r.a. bermain-main dengan air liur di tapak tangannya semasa beliau mengajar hadir Al-Muwatta
b.      Bagi Imam Malik r.a. perbuatan seumpama itu dianggap ‘jahat adab’ kerana tidak pernah dilakukan oleh muridnya sebelum ini

ii.                  Apa yang berlaku selepas itu

a.       Imam Malik r.a. memanggil Imam As-Syafie r.a. untuk menyiasat perlakuan tersebut
b.      Imam Syafie r.a. menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah untuk ‘menulis’ semua pengajaran Imam Malik r.a.
c.       Imam Malik r.a. tidak percaya dan meminta Imam Syafie r.a. membuktikannya
d.      Imam Syafie r.a. membaca kesemua 25 hadir  al-Muwatta yang diajar oleh Imam Malik tadi
e.       Imam Malik kagum dan membawa Imam Syafie r.a. ke rumahnya
f.       Imam Syafie diberi tugas membaca hadis al-muwatta kepada jemaah masjid dari Mesir dan Iraq


c.       Siapakah ‘aku’ dalam petikan di atas. Berikan  lima kelebihan / keistimewaan ‘aku’. [13m]                                                                             
           
                        Siapa ‘aku’
i.                    Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-shafii al-Matlabi / As-Syafie r.a. [1m]
ii.                  Dilahirkan di Ghazzah ( Palestin) pada tahun 150H
iii.                Dibesarkan di Makkah
iv.                Memiliki raut wajah yang panjang, berhidung mancung, berleher jinjang, berjanggut, berkukit hitam manis dan tinggi
     
                        Kelebihan dan keistimewaan ‘aku’
i.                    Tokoh mazhab fekah yang terkenal dalam sejarah Islam, termasuklah umat Islam di alam Melayu.
H/C : Mentasnif mazhabnya di masjid Amru bin al-as
ii.                  Mempunyai ketajaman fikiran / memiliki daya ingatan yang luar biasa
H/C : Menghafal al-Quran semasa berusia 7 tahun, menghafal   
         kitab al-Muwattak

iii.                Gigih / berani mencari ilmu.
                                                     H/C : Mencari ilmu di Madinah semasa berusia 14 tahun,                 
                                                                 mengembara ke Iraq, mengamalkan ilmunya dan  
           beribadat kepada Allah
iv.                Sabar dalam menempuh segala dugaan Allah
H/C : Imam Syafie r.a. mengidap pelbagai penyakit dan yang paling serius ialah buasir
v.                  Mempunyai keperibadian yang mulia
H/C : Tidak pernah berdusta dan selalu beribadat
vi.                Sentiasa mendalami ilmu agama
H/C :  Selalu belajar dan menuntut ilmu daripada beberapa orang ulama seperti Imam Malik r.a.
vii.              Kuat beribadat
H/C : Membahagikan malam kepada tiga bahagian iaitu 1/3 untuk ilmu, 1/3 untuk sembahyang dan 1/3 untuk tidur khusus dan sentiasa membaca al-Quran
viii.            Keturunannya daripada golongan yang mulia
H/C : senasab dengan Rasulullah s.a.w


7. Baca  petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Assalamualaikum,
Hei! Babun tunggal Si Awang Hitam,
Aku tidur engkau berjaga,
Aku duduk engkau berdiri,
Aku berdiri engkau berjalan,
Dulu setapak dari angin,
Aku suruh pergi, engkau pergi,
Aku panggil datang, engkau datang
Kau tidak boleh menongkah kata aku,
Seperti menongkah kata Allah,
Kau tidak boleh menongkah kata aku,
Seperti menongkah kata Muhammad.

Hei! Jin Hitam Mangkabumi,
Pangkat engkau Si Tunggal Alam,
Aku minta terimalah pasungku ini,
Minta tolong jaga,
Barang siapa yang iktikad salah
Aku minta tolong kepak,
Aku minta tolong rantai,
Jikalau engkau tidak kepak,
Tidak menokok, tidak merantai,
Aku sumpah kau dengan kata Allah,
Aku sumpah kau dengan kata Muhammad,
Berkat doa, Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah.

                                                                            Sumber: Haron Daud, 2001.
                                                                           Mantera Melayu: Analisis Pemikiran.
                                                                           Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

      [i] Huraikan enam gaya bahasa dalam puisi di atas.                    [12 markah]

[ii] Jelaskan empat persoalan yang boleh dibangkitkan dalam petikan puisi di atas.                        
                                                                                                             [13 markah]

- (JAWAPAN CARI SENDIRI) –

8.   Teliti puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya:

Peribahasa Berangkap

Melangkah dengan pukal,
Berjalan dengan tawakal,
Bercakap dengan akal.

Berdakap muka mentua,
Bertaup muka menantu,
Takkan semenggah rumah tangga.

Mengumpat pagi,
Mengeji petang,
Lalat buta pun tak mahu singgah.

a. Apakah jenis puisi di atas ?                                                                 [ 1markah ]
b.  Nyatakan maksud setiap rangkap puisi tersebut.                               [ 9 markah]
c. Bincangkan  TIGA Gaya Bahasa Puisi di atas.                                    [ 9 markah]
d. Jelaskan DUA nilai masyarakat berdasar petikan di atas                    [ 6 markah]



Jawapan
8a.  Puisi Bahasa Berangkap Tiga Baris                                                       [1markah ]

8b.   Maksud  setiap rangkap.

Rangkap 1 – Persediaan rapi dan sempurna perlu dibuat terlebih dahulu sebelum
                      bertindak. Setelah itu berserah kepada Allah agar berjaya segala
                      maksud yang diingini. Tutur kata perlulah bersesuaian dengan kelompok
                      dan situasi setempat.
                                                                                                                                             (3m)
Rangkap 2  Persefahaman dan rasa kasih sayang mendalam antara mentua dan
                      menantu akan membuatkan rumahtangga aman damai dan tidak
                      menimbulkan perselisihan faham.
                                                                                                                                             (3m)
Rangkap 3  Perbuatan mengumpat dan mengeji atau semua amalan negatif amat
                      tidak disukai oleh masyarakat, termasuk si pengumpat dan sipengkeji itu
                      sendiri tidak suka dirinya diumpat dan dikeji orang.
                                                                                                                                             (3m)

8c. Bincangkan 3 Gaya Bahasa Puisi di atas.                                       [ 9 markah ]

Fakta 1           :  Responsi / perulangan perkataan di tengah baris
Huraian         :  Perkataan ‘dengan’ dan ‘muka’  diulang ditengah baris dua kali
Contoh 1                    :  Melangkah dengan pukal,     
   Berjalan dengan tawakal,                   ( R1:B2&3)
                       Atau
Contoh 2
Berdakap muka mentua,
Bertaup muka menantu,                    (R2:B1&3)

Fakta 2   :   Asonansi / perulangan bunyi vokal
Huraian   :     huruf Vokal ‘a’ diulang 4 kali dalam sebaris
Contoh      :    Melangkah dengan pukal,  ( R1,B1)

Fakta 3  :  Aliterasi / perulangan bunyi konsonan

Huraian         :  Perulangan bunyi konsonan ‘g’ diulang 4 kali dalam sebaris
Contoh           :    Takkan semenggah rumah tangga.

Fakta 4 :  Metafora.
Huraian         : Unsur abstrak digabungkan dengan unsur konkrit dalam perkataan
  iaitu kata nama ‘lalat’ (unsur konkrit) telah digabungkan dengan ‘buta’
  (unsur  abstrak).
Contoh           :  Lalat buta pun tak mahu singgah.
           






8d. Jelaskan DUA nilai masyarakat berdasar petikan di atas                      [ 6 markah]

Fakta 1   :  Nilai  hormat menghormati
Huraian :   Menghormati sesama ahli keluarga dan berusaha mengelak daripada
                  berlaku pertikaian dikalangan ahli keluarga adalah nilai masyarakat yang
                  terdapat di dalam puisi di atas.

Fakta  2  :  Berhemah Tinggi
Huraian   :  Dalam kehidupan bermasyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai positif
                  seperti akhlak mulia, berhemah dan  mengelak daripada sifat-sifat negatif
                  seperti mengumat dan mengeji orang