Ahad, 4 Mac 2012

Soalan Ujian 1 (2012) Kertas 2 & Skema Jawapan


a )  Perihalkan tentang sekeping gambar yang ditarik keluar oleh ibu Nilakesuma. 
                                                                                                                        [ 8]
b) Jelaskan “ satu kumpulan surat” yang terdapat dalam kotak  tersebut.  [ 8]
            c)  Sebutkan 3 citra masyarakat dalam cerpen ini.                                                   [9]                                          
a)     Fakta – gambar itu agak besar saiznya.
                    - gambar itu hitam putih yang sudah pudar
                    - gambar itu penuh dengan bintik-bintik yang hampir mencacatkan
                       muka orang di dalamnya.
                    - Pada gambar itu terdapat seorang Jepun
                    - Orang Jepun itu tentera lengkap beruniform lengkap dengan pedang
                       samurainya.
                     - Tentera Jepun itu duduk di sebuah kerusi dengan kaki terkangkang.

b) Satu kumpulan surat - surat itu ditujukan kepada Datuk Nilakesuma
                                          - kuning warnanya
                                          - di tulis oleh Yoshida
                                          - di tulis dalam Bahasa Melayu
                                           - di tulis dalam huruf Rumi besar-besar
                                           - di tulis tangan

c)   3 citra masyarakat.

Fakta 1 : Masyarakat yang perihatin.

Huraian/contoh : Masyarakat yang perihatin tentang nilai persahabatan, Cikgu                               Sulaiman dengan Yoshida. Masyarakat yang perihatin tentang
                            kesan peperangan.

Fakta 2 : Masyarakat yang peramah dan mesra terhadap tetamu.
Huraian/contoh ; Yoshida menyanbut para tetamu dari Malaysia dengan peramah.

Fakta 3 ; Masyarakat yang pentingkan persahabatan.
Huraian / contoh : Persahabatan terjalin erat antara keluarga Cikgu Sulaiman
                             Dengan keluarga Yoshida tanpa mengira bangsa dan agama.

Fakta 4 : Masyarakat yang mementingkan pendidikan anak-anak.
Huraian/ contoh: Ibu bapa Nilakesuma memberi sokongan/ gembira Nilakesuma
                            Dapat melanjutkan pelajaran di Saga Jepun.

Fakta 5: Masyarakat yang cintakan kedamaian/ tidak mahu peperangan.
Huraian/ contoh : Yoshida marah apabila ada yang  tersenyum bila bergambar di
                             tugu hypocenter untuk kenang-kenangan. Dia tidak suka orang
                             tersenyum di tempat yang menjadi malapetaka/ peperangan.

Fakta 6 : Masyarakat penyayang.
Huraian/ contoh: Yoshida menyukai kanak-kanak seperti Usman, Normah, Kifli
dan Leha. Yoshida membawa mereka di atas gandar       basikalnya      bergilirgilir di sekeliling kawasan sekolah.





2.  Berdasarkan drama “Malam Ini Penyu Menangis”  huraikan lima pemikiran
     dalam drama ini.                                                                                           [25]

F1  :  Pemikiran tentang kesusahan dan penderitaan hidup kaum
         nelayan. 
H/C:  Penderitaan nelayan di pantai timur iaitu di Terengganu yang diwakili 
         oleh J.M. Aziz / Ibrahim / Jaafar / Nik. Ini digambarkan dalam sajak J.M. 
         Aziz  yang berjuul Pantai dan Laut.

F2:  Pemikiran tentang kesenian, kebudayaan dan warisan seni bangsa.
H/C:  Kesenian dan kebudayaan masyarakat Melayu pantai timur seperti  
         inang rodat / pembacaan syair /  pantun serta sajak.

F3:  Pemikiran tentang ajaran agama.
H/C:  Peristiwa daripada al-Quran seperti kisah nabi Ayob yang digambarkan 
         sebagai seorang yang kuat iman / kuat kesabaran / dan tetap bersyukur
         walaupun ditimpa pelbagai dugaan.

F4:  Pemikiran tentang kesetiaan seorang isteri.
H/C:  Kesetiaan seorang isteri yang digambarkan melalui watak Cik Lijah
         yang sanggup berkorban apa sahaja demi suaminya. Begitu juga 
         dengan isteri Mamat.

F5:  Pemikiran tentang semangat nasionalisme.
H/C:  i. Digambarkan melalui watak J.M.Aziz yang berkhidmat sebagai polis  
            hutan yang juga diungkapkan dalam puisi drama ini.
        ii. Jaafar dan Ibrahim yang terkorban ketika cuba menghalang 
            pendaratan pelarian Vietnam di Seberang Takir.
        
F6:  Pemikiran tentang  penyakit  berbahaya.
H/C: i. Digambarkan melalui watak J.M.Aziz yang mengidap penyakit kusta
           serta menyebabkannya buta. Hidupnya menjadi susah dan hanya
           mendapat bantuan RM40.00 sebulan daripada Persatuan Penyakit 
           Kusta.
        ii.Mamat yang mengidap pnyakit yang teruk, siapa pun tidak berani 
           menyentuh Mamat.

F7:  Pemikiran tentang  kreativiti seorang anak seni.
H/C: Mengenai J.M.Aziz mempunyai bakat seni yang tinggi. Walaupun 
        mengidap penyakit kusta tetapi terus menghasilkan karya-karya kreatif.
      
F8:  Pemikiran tentang  perjuangan hidup.
H/C: J.M.Aziz / Cik Lijah / Nabi Ayob / Mamat / Minah yang gigih berjuang 
        meneruskan khidupan.

Skema Jawapan Kertas 1.


1.      Dalam perluasan kuasa sesebuah kerajaan akan melibatkan peperangan. Terangkan 5 peperangan yang berlaku dalam kerajaan Melayu Melaka sepertimana yang diceritakan dalam Sejarah Melayu.

Fakta 1
Melaka berperang dengan Siam
Melaka telah diserang kali pertama oleh Siam yang diketuai oleh Awi Cakri. Pada ketika itu Tun Perak merupakan penghulu di Kelang. Beliau telah mengarahkan orang-orang Melaka membawa anak isteri masing-masing semasa berperang bagi menaikkan semangat orang-orang Melaka, taktik yang digunakan ini berhasil apabila Melaka telah memenangi peperangan tersebut.

Serangan Siam keatas Melaka bagi kali kedua ini telah diketuai oleh Awi Dicu. Manakala Tun Umar telah diarahkan untuk mematahkan serangan Siam. Tun Umar telah melanggar kapal Siam berkali-kali. Perbuatan Tun Umar itu telah disaksikan oleh tentera Siam yang hairan melihat keberanian dan kelakuan Tun Umar yang gila-gila bahasa itu. Manakala pada malamnya pula, Tun Perak telah mengikat puntung-puntung api pada setiap pohon bakau. Angkatan Siam akhirnya berundur kerana menyangka angkatan Melaka lebih ramai.

Akhir sekali keinginan Cau Pandan untuk menyerang Melaka telah dipatahkan oleh Sidi Arab yang hanya melepaskan panahnya keudara sambil berkata; “Mati engkau Cau Pandan”. Dengan tidak semena-mena Cau Pandan telah mati sebelum sempat menyerang Melaka.


Fakta 2
Melaka berperang dengan Pahang
Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat utuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah.

Fakta 3
Melaka berperang dengan Kampar
Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar.
Fakta 4
Melaka berperang dengan Siak
Peperangan dengan Siak telah diketuai oleh Seri Udani. Dalam peperangan ini Siak telah berjaya dikalahkan dan Maharaja Permaisura telah dibunuh. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Perdana Menterinya Tun Jana Pakibul telah dibawa ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan dengan anak Sultan Mansor lalu dirajakan di Siak. Manakala Seri Udani telah dijadikan sebagai Perdana Menteri dan Tun Jana Pakibul sebagai Mangkubumi.





Fakta 5
Melaka berperang dengan Pasai
Sultan Zainal Abidin telah diusir oleh adiknya ke Melaka. Sultan Mansor Syah telah menitahkan Laksamana, Bendahara, Tun Hamzah dan Seri Bija Diraja untuk menyerang Pasai. Peperangan antara Pasai dan Melaka amat sengit menyebabkan angkatan Melaka hampir kalah.

Pada serangan yang kedua kebijaksanaan dan kehandalan para pembesar Melaka seperti Tun Pikrama, Hang Isap, Nina Isyak dan Tun Hamzah telah berjaya mematahkan serangan Pasai. Sekali gus membolehkan Sultan Zainal Abidin menaiki takhta. Namun tindakan Sultan Zainal Abidin menyuruh orang-orang Melaka balik ke Melaka membuatkan Bendahara marah. Lalu apabila Pasai telah diserang sekali lagi oleh adik Sultan Zainal Abidin, Bendahara enggan menghantar bantuan.

Fakta 6
Melaka berperang dengan Feringgi
Feringgi dibawah pimpinan Alfonso d’Albuquerque telah menyerang Melaka. Serangan Feringgi yang pertama telah dapat dipatahkan oleh angkatan Melaka di bawah pimpinan Sultan Ahmad sendiri beserta Tun Ali Hati dan Seri Udani.

Dalam serangan kedua, tangan Sultan Ahmad luka dan Melaka telah dapat dikalahkan. Semasa Feringgi menyerang Melaka, orang-orang Melaka telah dibacakan “Hikayat Amir Hamzah” untuk menbangkitkan semangat mereka. Peperangan Melaka-Feringgi dikatakan sangat hebat sehingga ramai pahlawan Melaka yang terkorban. Peperangan ini mengakibatkan berakhirnya Kerajaan Melayu Melaka.


2.  Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya

Ciri 1   :    Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan :    Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
                 Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh:    (m/s 197) Alhamdulillah al-lazi…

Ciri 2   :    Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
                 Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan :    merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
                  peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah
                  contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh:     (m/s 198) Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…

Ciri 3  :     Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
                 permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri
                 sendiri.
Tujuan :   menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh:    (m/s 200) Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…

Ciri 4   :    Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis
                 berkait dengan persoalan yang dibicarakan 
Tujuan :   mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh :  (m/s 204) katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis
                 Rasullallah s.a.w

Ciri 5   :    Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan :   Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan
                 kedudukan dalam masyarakat
Contoh :  (m/s 196) Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan
                 Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah

Ciri 6   :   Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan :   Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan
                 kepada umat Islam
Contoh :   Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a

Ciri 7   :   Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan :   Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan
                 contoh teladan
Contoh:    (m/s 206) Imam Malik, Imam Syafii

Soalan Ujian 1 (2012)





SULIT*


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

UJIAN 1 BULAN MAC TAHUN 2012


922/1                                                                                                         STPM 2012

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 1

(KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
( 1 jam 30 MINIT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)


Arahan : Jawab Semua Soalan.


1.      Perluasan kuasa sesebuah kerajaan akan melibatkan peperangan. Huraikankan 5 peperangan yang berlaku dalam zaman kerajaan Melayu Melaka sepertimana yang diceritakan dalam Sejarah Melayu.                                                                                                                                                                                                  ( 25 Markah)



2.      “Sastera kitab banyak mengandungi ciri-ciri keagamaan.” Berdasarkan contoh 
             daripada sastera kitab,  “Hadiqat al-Azhar wa al-Rayabin” dalam Mutiara Sastera
             Melayu Tradisional, nyatakan 5 ciri keagamaannya, dan huraikan  ciri-ciri
             keagamaan tersebut yang diterapkan dalam penulisan sastera kitab ini.
                                                                                                                              (25 Markah)








En. Zulkiflee Bin Abd. Manaf
(Katua Unit Kesusasteraan Melayu)
Sek. Men. Keb. Kamunting.