Isnin, 18 Jun 2012

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 (KERTAS 2)


Skema Permarkahan:

a)         Latar penubuhan Dewan Bahasa Pustaka.                                                       [5]

F1:       Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.
F2:       Mulanya dikenali sebagai ”Balai Pustaka”
F3:       Diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran bersama-sama dengan Pejabat Karang    Mengarang.
F4:       Hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 -21 september    1956.
F5:       Pada 10 Julai 1957 , Dewan Bahasa dan Pustaka berpindah ke Kuala Lumpur.
F6:       Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 DBP dinaikkan taraf sebagai badan          berkanun dan diberi kuasa autonomi:
    i.          menggubal dasarnya yang khusus.
    ii.         menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera.
    ii.        Menjalinkan kegitan penerbitan dan perniagaan buku serupa dengan sektor swasta.
F7:       Pada 31 Januari 1962 DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan terbang           Lama(sekarang Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka)
F8:       Tahun 1963 , DBP membuka pejabatnya di Brunei.

F9:      Tahun 1977, DBP mengembanglan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua         pejabatnya di Kota Kinabalu , Sabah dan KuchingSarawak.
F10:     Dewan Bahasa dan Pustaka membuka 3 lagi pejabatnya:
            i.          Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam Pulau Pinang(1999)
            ii.         Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu Kelantan(1999)
            iii.        Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru(2003)

F11:     DBP telah menyambut ulang tahun Jubli Emasnya dan Menara DBP pada 22 Jun 2006.

b)         Objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka                                                         [4]

F1 : Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu yang menjadi ”bahasa rasmi” negara.Bahasa Melayu perlu dimajukan selaras dengan tarafnya di samping bahasa-bahasa lain.

F2: Memajukan/mencungkil/melahirkan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memaju dan memperkembangkan bidang kesusasteraan tanah air dengan menggunakan bahasa kebangsaan  atau bahasa Melayu sebagai alat penyebarannya.

F3 : Mencetak atau menerbitkan buku, risalah dan bentuk persuratan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan untuk mencetak atau menerbitkan buku, majalah, risalah dan lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan juga lain-lain bahasa.

F4 : Menyamakan sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan menyelaras sistem ejaan dan bunyi sebutan untuk tujuan membaku atau menyeragamkan atau standard sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.

c)         : Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.[16]

F1 : Menganjurkan peraduan mengarang karya sastera/karya kreatif.
H/C : Pengajuran peraduan mengarang karya sastera oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam berkarya.
Contohnya Peraduan Mengarang Cerpen (1957), Peraduan Mengarang Novel (1958,1962)dan Peraduan Mengarang Drama (1963). Melalui peraduan tersebut lahirlah nama-nama seperti Hassan Muhammad Ali, A. Samad Said dan Arenawati.

F2 : Menerbitkan majalah/makalah.
H/C : Selaku badan yang dipertanggungjawabkan  dalam penerbitan majalah dan makalah DBP memuatkan karya cerpen, puisi drama serta esei/kritikan menyentuh bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
Contoh majalah terbitan DBP adalah; majalah Dewan Bahasa (1957), Majalah Dewan Masyarakat (1963), majalah Dewan sastera (1971) dan Majalah Dewan Budaya.

F3 : Menerbitkan karya-karya kreatif/karya sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan karya kreatif dengan hasil usaha pengarang meliputi pelbagai gerne. Penerbitan karya-karya kreatif ini telah menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan tanah air.
Contoh penerbitan karya gernr novel adalah, ”Salina” karya A. Samad Said dan ”Srengenge” karya Shahnon Ahmad, gerne cerpen adalah, ”Segeluk Air” karyaKhadijah  Hashim dan ”Dalam Diri” karya Ali Majod, gerne sajak seperti ”Salam Benua” karya Usman Awang dan ”Kembara Malam ” karya Latiff Mohidin dan gerne drama seperti ”Tamu di Bukit Kenny” karya Usman Awang dan ”Angin Kering” karya Johan Jaffar.

F4 : Menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah, menyentuh aspek teori dan pendekatan serta pemikiran khususnya dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi dunia kesusateraan tanah air.Contohnya, tulisan esei dan kritilan berjudul ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu” diselenggarakan oleh Anwar Ridhuan dan ”Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan” yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani.

F5 : Mengadakan majlis-majlis kegiatan/aktiviti sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan kegiatan sastera tanah air telah menganjurkan majlis-majlis kegiatan sastera secara berkala mahupun tidak. Majlis kegiatan sastera itu dibuat dalam bentuk bengkel, seminar, ceramah, pembacaan puisi, pertemuan penulis dan sebagainya.Contohnya majlis-majlis kegiatan sastera anjuran DBP adalah, ”Majlis Pertemuan Sasterawan Nusantara”, Majlis ”Seminar Pengajaran Sastera” Bengkel ”Wilayah Penulisan Cerpen” dan Bengkel ”Penulisan Sastera Remaja”.

F6 : Menyediakan kemudahan penulis/pengarang untuk menghasilkan karya.
H/C : Sebagai badan induk sastera dan bahasa negara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan kemudahan dan frasarana bagi penulis menghasilkan karya dan menyumbangkannya kepada masyarakat. DBP telah mengadakan program ”Penulis Tamu” dan program ”Derma Cipta” untuk memberi ruang dan peluang kepada penulis menghasilkan karya.
Contoh, penulis tamu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka adalah Keris Mas, Adibah Amin dan Latiff Mohidin.

F7 : Menghasilkan dan memperkembangan sastera kanak-kanak dan remaja.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan memperkembangkan bidang sastera kanak-kanak dan remaja melalui penghasilan karya, majalah, peraduan dan mengadakan Minggu Penulis Remaja. Usaha ini semata-mata untuk memperkembang dan merancakkan lagi kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.Contoh tokoh penulis remaja kelolaan DBP adalah, Sh. Hasanah Abdullah, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.

F8 : Melahirkan tokoh-tokoh sastera/penulis-penulis baru.
H/C :  Dewan Bahasa dan Pustaka memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan tokoh-tokoh penulis baru dalam arena penulisan tanah air. Ini kerana DBP sebenarnya menjadi gelanggang atau arena utama penulis-penulis muda dan lama berkarya melalui program dan aktiviti penulisan anjuran DBP.Contoh penulis lama dan dan muda yang digarap DBP adalah, Fatimah Busu, Keris Mas, A. Samad Said, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.


2.Skema pemarkahan:
(a)        Latar belakang Mana Sikana

F1:  Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Napiah.

F2: Dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak (sebutan  tahun sahaja 1M)

F3: Bersekolah rendah di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)

F4: Menuntut di Maktab Perguaruan bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968). Menjadi guru di Johor Bharu selama lima tahun

F5: Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1974) mendapat Ijazah Sarjana Muda Persuratan kelas Pertama.

F6: Menyambung ijazah Sarjana pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah pada 1990

F7: Pernah bertugas sebagai pensyarah dan Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

F8: Kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.


(b)        lima sumbangan beliau terhadap perkembangan kritikan sastera  

F1:       Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
H/C     :            Buku-buku kritikan sastera yang ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji-            pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka.Antara buku yang dihasilkan:
                                    -  Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
                                    -  Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
                                    -  Kaedah Kajian Drama (1985)
                                    -  Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah (1986)
                                    -  Asas Menganalisa Sastera (1988)
                                    -  Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
                                    -  Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
                                    -  Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian Intertekstualiti(1994)
                                    -  Teori Sastera Tekdealisme (1996)
                                    -  Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
                                    -  Teori Sastera Kontemporari (2005)
                                    -  Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura (2005)

F2:       Meneroka/ menyumbangkan pemikiran pendekatan-pendekatan kritikan sastera yang baru. 
H/C      :Mana Sikana telah berjaya menambah pendekatan baharu dalam kritikan sasatera di            Malaysia melalui beberapa teori baharu yang diperkenalkan melalui kritikan-kritikan    yang pernah dibuat.Antaranya termasuklah:
                        -           Teori Intertekstualiti
                        -           Kritikan sastera berunsur Islam : Teori Taabudiyyah
                        -           Teori Satera Teksdealisme

Fakta 3: Menghasilkan banyak esei-esei kritikan di dalam majalah/ akhbar tempatan..
H/C     :            Mana Sikana banyak membuat kritikan melalui tulisan-tulisannya yang pernah tersiar           dalam beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat,       Jurnal Perisa (Utusan), Berita             Harian/Minggu, Utusan/Mingguan Malaysia dan          majalah Dewan Bahasa-   Antaranya:
                        a..        Mana Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera MelayuPascamoden.                                                Jurnal e-UTAMA, 1(Jilid 1, Bilangan 1,Januari-Jun 2008), 60-82.
                        b.         Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi ke                                                Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara, 2(1/2007), 41-63.
                        c.         Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam Konteks                                            Pendidikan Drama. Jurnal Aktivis, 1(5), 116-138.
                        d.         Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera Pascamoden.                                            Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
                        e.         Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian Bahasa dan Sastera. Jurnal                                          Bahasa, 2(3), 325-341.
                        f.          Mana Sikana (2002). Usman Awang: Shifting as Realist                                                                     Metahistoriographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
                        g.         Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin's Drama.  Malay                                               Literature, 15(1), 1-11.
                        h.         Mana Sikana (2001). The Theory of Literature:Theory of Taabudiyyah.                                            Malay Literature, 14(2), 54-75.
                        i           Sastera Arab Parsi dan Hubungannya dengan Sastera Melayu
                        j.          Novel Sampah Kesan sebuah Falsafah Dewan Sastera Mei 71
                        k.         Teori New Historirisme dlam Dewan Sastera Ogos 1977
                        l.          Historirisme Baru dlm Dewan Sastera Ogos 2001
                        m.        Teori Bacaan Idealistik dlm. Majalah Penulis Mac 1994

F4:       Membantu melahirkan ramai pengkritik
H/C     :            Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu UKM dan di Institut      Pendidikan Nasional Universiti Singapura,  Mana Sikana telah melahirkan ramai pelajarnya yang kini merupakan pengkritik sastera tanah air.
            -  antaranya termasuklah Dr. Mawar Shafie, Dr. Abdullah Che Ya, Dr. Halim Ali



F5:       Menyebarkan ilmu kritikan melalu pembentangan kertas kerja
H/C      :Mana Sikana bergiat aktif dalam bidang kritikan dan kerap dipanggiluntuk   membentangkan kertas kerja tentang kritikan sastera, sama ada dalam seminar-seminar di   dalam dan di luar negara-  Antaranya
a.  Teori Kritikan Sastera di Malaysia dlm Seminar Kritikan Sastera   
     anjuran DBP 2001
b   Mana Sikana (2007). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden.              
     Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa 2007 Persatuan  
     Kesusasteraan Bandingan Malaysia.
c.  Mana Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang  
     daripada Perspektif Teori Teksdealisme. Pemikiran Sasterawan Negara
     Usman Awang: Dewan Bahasa dan  Pustaka.
d.   Mana Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
      Wacana Sejagat dan Kontekstual Budaya. Seminar Penulisan
      Dramatik Akademi Seni Budaya dan
      Warisan Kebangsaan.
e.   Mana Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
      Teksdealisme. Seminar Pemikiran Keris Mas dalam Kesusasteraan
f.   Mana Sikana (2004). Juara Perspektif Teori Sastera Teksdealisme.
     Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan DBP
g.  Mana Sikana (2003). Pembentukan dan Pemantapan Teori Sastera
     Mandiri. Teori Pemikiran Tamadun Melayu DBP

F6:       kajian tentang kritikan drama di Malaysia
H/C      :Mana Sikana telah berjaya menghasilkan beberapa kajian kritikan tentang pemikiran,           perkembangan dan sumbangan drama dalam kesusasteraan Melayu. Antaranya
                        a.  Pemikiran Drama Melayu Moden
                        b.  Perkembangan dan Perubahan Dalam Drama Malaysia
                        c.  Drama Tuah Jebat: Satu kajian Intertekstualiti
                        d.  Drama Melayu Moden
                        e.  Berkenalan Dengan Drama

F7:       sumbangan pemikiran dalam kritikan-kritikan sastera yang berunsur Islam.
H/C     :            Mana Sikana telah mencuba melakukan kritikan menggunakan kedah pendekatan Islam       sekitar tahun 1980-an.  Hasilnya beliau telah berjaya membina teori Sastera Taabudiyyah    pada tahu 1998.-   Melalui kritikan berunsur Islam ini juga, Mana Sikana berjaya menghasilkan buku berjudul Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi, Sastera Islam di            Malaysia dan Khazanah Islam: Falsafah dan kesusasteraan

Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN.
3. Skema pemarkahan:
a)         Siapakah yang menghantar dan kepada siapa surat itu dihantar.
            Siapa....
            Rahim                                                                                                  1 markah

b)         sikap  aku yang terdapat dalam novel

F1        : berterus-terang
H/C      : Rahim bersikap berterus-terang tentang pendapatnya terhadap ayahnya sendiri iaitu En. Muhammad dalam soal penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang, baginya perbuatan tersebut adalah tidak adil.

F2        : seorang yang berani
H/C      : Rahim berani membuat tuduhan terhadap bapanya dengan mengatakan yang ayahnya berlaku tidak adil kepada penduduk Kampung dengan menubuhkan Syarikat Lombong lembah Tualang.

F3        : seorang yang simpati
H/C      : Rahim bersimpati dengan nasib penduduk kampung yang diperlakukan dengan perbuatan tidak adil yang dilakukan oleh En. Muhammad dengan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang

F4        :Seorang yang prejudis
H/C      : Rahim bersikap wasangka terhadap ayahnya yang menyembunyikan penubuhan syarikat   Lombong Lembah daripada pengetahuannya dan dia mengesyaki ayahnya cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

c)         tuduhan- tuduhan aku terhadap ayahnya.

F1        : Tidak patut dan tidak akan adil.
H/C      : Perbuatan ayahnya menubuhkan SLLT di Kampung Pulai bagi Rahim adalah perbuatan yang tidak seharusnya dan tidak adil dilakukan oleh En. Muhammad terhadap penduduk kampung yang miskin.

F2        : Mementingkan kepuasan nafsu kekayaannya.
H/C      : En. Muhammad bagi Rahim hanya mementingkan kekayaan dengan menubuhkan SLLT
            bagi mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

F3        : Individualisme barat.
H/C      :En. Muhammad dilihat oleh Rahim tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan apabila dia
            sanggup memindahkan semua penduduk Kampung Pulai demi menjayakan projek    perlombongannya.

F4        : Menganiaya kepada penduduk Kampung Pulai dengan menghalaunya.
H/C      : bagi Rahim penubuhan SLLT adalah satu helah bagi memindahkanpenduduk Kampung
            Pulai dengan berselindung disebalik SLLT.

F5        : Berpura-pura.
H/C      : EN. Muhammad pada anggapan Rahim seorang yang pandai berlakon/hipokrit dengan
            berbuat baik kepada orang Kampung Pulai tetapi sebenarnya dia hanya memikirkan             keuntungan perniagaannya sahaja.

d)         Persoalan yang hendak diketengahkan melalui petikan

F1:       persoalan pertentangan /perselisihan/perbezaan pandangan antara ayah dan anak.
H/C:     Pertentangan pendapat berhubung dengan penubuhan Syarikat Lombong Lembah     Tualang,persoalan ini dipaparkan menerusi pertentangan pendapat anara Rahim dengan      En. Muhammad yang mempunyai pandangan yang berbeza, Rahim menganggap       penubuhan itu adalah suatu perbuatan yang tidak adil bagi penduduk Kampung Pulai,   sedangkan En. Muhammad mementingkan keuntungan dari segi perdagangan.

F2:       Persoalan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan/perdagangan
H/C:     Keupayaan orang Melayu dalam menceburi dunia  perniagaan selaras dengan kehendak kerajaan, penglibatan EN. Muhammad sebagai ahli perniagaan yang berjaya menerusi kejayaannya menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang di Kampung Pulai sebagai bukti keupayaan orang Melayu dalam dunia perniagaan.

F3:       Persoalan ketidakadilan sosial ternadap golongan miskin.
H/C:     Golongan peniaga atau pedagang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira nasib golongan miskin seperti yang disuarakan oleh Rahim kepada ayahnya bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang adalah satu perbuatan yang tidak adil kepada penduduk Kampung Pulai yang kebanyakkannya terdiri daripada orang miskin.

F4:       Persoalan perkongsian perniagaan antara orang Melayu dan Cina
H/C:     Perkongsian perniagaan antara orang Melayu dan Melayu. Perkongsian antara En. Muhammad dengan DatukTan dalam perusaan perlombongan membawa kepada penubuhan Syarikat Lombong Lembah Kampung Pulai.

F5:       Persoalan keberanian berterus-terang.
H/C:     Keberanian berterus-terang dalam hal-hal atau isu tertentu demi untuk menegakksn   kebenaran adalah perbuatan yang baik, namun sekiranya jika ia membawa impak yang negatif pasti natijahnya juga buruk. Rahim bersikap berterus-terang kepada Mahani berhubung dengan pandangannya terhadap perbuatan ayahnya yang menubuhkan    Syarikat lombong Lembah Tualang yang dikatakan perbuatan yang tidak adil kepada            penduduk kampung.


No. 4.
a)         Siapakah “dia” dalam petikan?         [ 6 ]

b)         Berdasarkan cerpen Nagasaki, jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen.  [ 9 ]

c)         Huraikan mesej yang cuba ditonjolkan oleh pengarang yang terdapat dalam cerpen Nagasaki.    [10]

Skema permarkahan:

a)         Dia ialah
            - Yoshida.                            2 markah
            - bekas tentera Jepun           1 markah
            - sahabat cikgu Sulaiman      1 markah
            - bapa kepada Pn Rohana atau Hanako    1 markah
            - bapa mentua Hj Usman      1 markah
            - beragama Islam                 1 markah
            - menghormati adat melayu   1 markah                                 Taburan Markah  6 m

b)         jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen.

F1:       Teknik dialog
H/C:     Perbualan  antara 2 watak atau lebih. watak Yoshida melalui perbualan Nilakesuma dengan Pn.Rohana. yoshida merupakan sahabat baik cikgu Sulaiman, ayah  mentua kepada Pn. Rohana. Umur kedua-duanya sekitar 80 tahun. Yoshida dikatakan menyukai kanak-kanak.

F2:       Teknik Imbas Kembali
H/C:     Peristiwa lampau dimasukkan dalam plot semasa melalui teknik imbas kembali, dapat mengetahui sifat cikgu Sulaiman yang merupakan seorang nasionalis, bekas pelajar Tanjung Malim yang mengagumi perjuangan kebangsaan di Indonesia.

F3:       Teknik Pemerian
H/C:     Gambaran tentang sesuatu keadaan, peristiwa, kejadian tentang seseorang wat ak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang melalui teknik ini, pengarang memperkenalkan watak Nilakesuma yang merupakan pelajar Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya. Nilakesuma juga dikatakan merupakan salah seorang pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun yang akanmenyambung pengajiannya di Negara Jepun. Beliau juga merupakan anak kepada pesara guru iaitu Hj. Usman.


c)         Mesej yang ditonjolkan oleh pengarang

F1:       Peperangan membawa penderitaan/keburukan
H/C:     Pengguguran bom atom ke atas Nagasaki menyebabkan malapetaka kepada  malapetaka kepada Yoshida iaitu kematian isterinya, kemusnahan negara Jepun dan meragut ramai  nyawa.

F2:       Mengeratkan nilai persahabatan
H/C:     Hubungan persahabatan antara cikgu Sulaiman dengan Yoshida bekas tentera Jepun telah  terjalin sejak zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu. Perbezaan bangsa, budaya dan asal-usul tidak menghalang mereka meneruskan persahabatan dengan kiriman surat dan permintaan Hj. Usman agar anaknya, Nilakesuma menemui Yoshida di Jepun.

F3:       Pentingnya semangat kebangsaan/cinta tanah air
H/C:     Datuk Nilakesuma atau cikgu Sulaiman bangga perjuangan menentang penjajah seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan Indonesia.

F4:       Kita perlu mempelajari sejarah
H/C:     Yoshida mengingatkan Nilakesuma tentang kesan buruk sewaktu peperangan ketika melawat Muzium Peringatan Bom Atom Nagasaki.

F5:       Kuasa / Takdir Tuhan mengatasi segalanya
H/C:     Zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu telah mempertemukan Yoshida dengan keluarga cikgu Sulaiman yang akhirnya membawa kepada pengislaman Yoshida.

F6:       Pentingnya perasaan saling hormat-menghormati
H/C:     Yoshida menasihati Nilakesuma agar menghormati perasaan mangsa perang dengan tidak     bergambar di tugu peringatan mangsa bom atom.

Skema pemarkahan:
Soalan 5

a .        Jelaskan kenapa Pak Hamid menganggap Dahlan manusia kejam, tak berperikemanusiaan,              rendah budi, tak bertimbang rasa                                                                     [ 9 ]

F1:        Kejam kerana menceraikan isteri yang tidak bersalah
H/C:     Perbuatan menceraikan isteri yang tidak bersalah tanpa sebarang alasan yang kukuh adalah perbuatan yang kejam.Dahlan telah menceraikan Rahimah dengan menjatuhkan talak satu     kerana Rahimah menasihatinya supaya jangan balik lewat malam dan jangan berpoya-poya    dengan perempuan lain di luar rumah.

F2 :      Kejam kerana menganiaya /  mengugut / menekan pekerja bawahan
H/C:     Perbuatan Dahlan yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan serta tidak      bertimbang rasa kerana Dahlan sentiasa mengugut para pekerjanya supaya menyerahkan       sebahagian dari gaji mereka kepadanya.Jika para pekerja enggan, Dahlan sanggup memecat       mereka.

F3:        Tak berperikemanusiaan kerana menghalau peminta sedekah
H/C:     Perbuatan Dahlan yang menghalau peminta sedekah dan orang-orang yang memerlukan       pertolongan tanpa belas kasihan adalah satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan        tidak bertimbang rasa.Peminta sedekah sepatutnya dibantu kerana mereka memerlukan          bantuan daripada golongan orang-orang yang berada seperti Dahlan.

F4:       Rendah budi kerana memandang hina/keji/jijik terhadap pemungut derma
H/C:     Budi pekerti merupakan lambang keperibadian sesorang.Walaupun sesorang itu       berpelajaran tinggi tetapi jika rendah budi pekertinya, pasti  masyarakat akan memandang        rendah.Dahlan memandang jijik dengan mereka yang datang untuk meminta derma di rumahnya seperti yang digambarkan dalam teks iaitu Dahlan berasa bosan dengan             pemungut derma dengan mengatakan mereka menggunakan wang tersebut untuk      kepentingan peribadinya.

F5:       Kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi dan tak bertimbang rasa kerana tidak       mendengar nasihat / tidak mengenang budi.
H/C:     Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan seharusnya dikenang dan dihargai dengan baik.        Dahlan seorang yang rendah budi dan tak rasa kerana tidak mendengar nasihat serta tidak      mengenang budi Pak Hamid yang telah menjaga, memelihara dan mendidiknya sejak kematian kedua orang tuanya.

F6:       Tak bertimbang rasa kerana mengabaikan rumahtangga / isteri
H/C:     Rumahtangga seharusnya dijaga dengan penuh perasaan timbang rasa dan penuh kasih        sayang, barulah sesebuah rumahtangga akan  aman.Dahlan telah mengabaikan           tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya sehingga menyebabkan rumahtangganya         porak peranda dan berlakunya penceraian dengan isterinya Rahimah.

F7:       Rendah budi kerana menerima rasuah
H/C:     Ada kalangan lawyer atau majistret yang sanggup menerima rasuah kerana kepentingan        peribadi dan melihat rasuah sebagai jalan yang paling mudah untuk mendapat kesenangan            hidup.Contoh Lawywer Dahlan sanggup menerima rasuah dari Taukeh Leong sebanyak         RM10,000.semata-mata hendak memenuhi tuntutan gaya hidup mewah tanpa  menyedari           perbuatan tersebut melambangkan kerendahan budi pekertinya.

b)Huraikan tiga prinsip hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam drama ini melalui perwatakan Pak Hamid.                                                                                                 [ 9  ]

F1:       Berwawasan/berpandangan jauh terhadap nasib bangsa
H/C:     Selaku ketua kampung pandangan dan wawasan masa depan tentang nasib bangsa akan       menentukan kemajuan sesuatu bangsa.Pak Hamid sanggup menghulurkan derma  walaupun         jumlahnya kecil bagi membina sekolah rakyat kerana baginya pendidikan akan membantu    sesuatu bangsa mencapai kemajuan.

F2:       Membenci  budaya Barat .
H/C:     Budaya Barat tidak sesuai dengan amalan dan adat ketimuran yang juga  bercanggah            dengan nilai-nilai keagamaan.Pak Hamid sentiasa mengingatkan Dahlan dan Rahimah agar       tidak mudah dipengaruhi dengan budaya Barat yang bertentangan dengan nilai ketimuran          ketika mereka hendak ke England.

F3:       Suka menderma
H/C:     Menderma memberi kekuatan dan dapat membantu orang yang dalam kesusahan selain        dapat memupuk nilai-nilai baik, ianya juga adalah  tuntutan agama.Pak Hamid sanggup           menderma RM 10.00 kepada Rahman yang datang memungut derma bagi Badan Perikatan   Masyarakat untuk membina sekolah rakyat.Pak Hamid juga bersikap pemurah terhadap      peminta sedekah yang datang ke rumah Dahlan.

F4:       Komited / iltizam terhadap tugas
H/C:     Sebagai pemimpin / Ketua kampung, beliau komited dalam menjalankan tugasnya bagi         memastikan kampung dan penduduk di bawah kawalannya berjalan dengan baik.Pak       Hamid sering membantu anak mukim di bawah kawalannya berjalan dengan baik.Pak Hamid sering membantu anak mukim di bawahnya agar mereka tidak ketinggalan dalam        arus pembangunan dan pendidikan negara.Dia turut menyumbang derma bagi membina             Sekolah Rakyat di kampungnya.

F5:       Tidak mementingkan keturunan / darjat
H/C:     Walaupun berketurunan bangsawan yang mungkin banyak kelebihan akan diperolehi sama ada bantuan kewangan dan sebagainya namun terdapat golongan bangsawan tidak            berasakan keturunan satu kelebihan.Pak Hamid menasihatkan Dahlan supaya belajar   dengan rajin agar berpeluang untuk  mendapat bantuan kewangan dari kerajaan walaupun       Dahlan memberitahunya yang dia tidak perlu bersusah payah kerana mudah untuk   mendapat bantuan kewangan kerana Pak Hamid kenal rapat dengan Datuk Bahnan,      pegawai yang meluluskan bantuan kewangan bagi mereka yang hendak melanjutkan       pelajaran ke England.

F6:       Kuat berpegang teguh dengan agama
H/C:     Agama bagi Pak Hamid adalah elemen penting yang akan memandu sesorang ke jalan yang benar dan dapat menghalang seseorang itu dari melakukan tindakan yang bertentangan           dengan tabii manusia. Pak Hamid menghalang Dahlan dari meneruskan niatnya membunuh       diri kerana menganggap tindakan tersebut sesat dan berdosa.

 F7:       Pentingkan Pendidikan .
H/C:     Pedidikan adalah agen yang boleh membantu membangun dan memajukan sesebuah            bangsa.Pak Hamid menggalakan Dahlan supaya belajar hingga ke tahap yang paling       tinggi.Dahlan akhirnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke Englang dan akhirnya menjadi           lawyer.

c).        Drama ini berkonsepkan hukum ”Poetic Justice”. Jelaskan maksud konsep tersebut dan       hubungan dengan tindakan atau perbuatan Dahlan.                                             [ 6 ]


F1:       Poetic Justice ialah konsep baik dibalas baik dan yang jahat akan mendapat         pembalasan     yang setimpal dengan perbuatannya.

F2:       Perbuatan Dahlan yang gigih belajar hingga ke England akhirnya dibalas dengan           kejayaannya menjadi seorang majistret.

F3:       Dahlan menyesal dan menginsafi segala perbuatannya sebelum ini.Keinsafan ini akhirnya membolehkan dia rujuk dan berbaik semula dengan Rahimah.

F4:       Perbuatan Dahlan yang suka menghina peminta sedekah dan orang-orang susah             akhirnya dibalas dengan penghinaan masyarakat terhadapnya selepas Dahlan keluar          dari penjara.

F5:       Perbuatan Dahlan yang menerima rasuah RM10,000.00 dari Taukeh Leong akhirnya     menyebabkan Dalan dihukum penjara empat tahun kerja berat.

6. Skema Jawapan:
a).        Nyatakan tiga buah puisi lain hasil tulisan J.M. Aziz yang dimuatkan dalam drama ini.   [ 3 ]
i.          Bimbang                        1 markah
ii.         Pelita Sebuah                 1 markah
iii.        Inang Rodat                   1 markah
iv.        pantai dan Laut              1markah
v.         Puisimu Buah Hatiku      1 markah
vi.        Pada-Mu                       1 markah

b).        Jelaskan dua sikap J.M. Aziz terhadap Jaafar dan Ibrahim seperti yang dituliskan dalam puisi di atas.

F1:       Sikap J.M.Aziz yang bersimpati
H/C:     Simpati kerana Jaafar dan Ibrahim yang terkorban kerana mempertahankan Kg.Seberang Takir daripada dicerobohi oleh pendatang Vietnam.

F2:       Sikap J.M.Aziz , berbangga / kagum
H/C:     Bangga kerana kedua-dua sahabatnya, sanggup mengorbankan diri demi untuk mempertahankan negara.

F3:       Sikap J.M.Aziz bersedih .
H/C:     Sedih kerana mereka berdua tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya di atas pengorbanan mereka mempertahankan Kg. Seberang Takir dari dicerobohi oleh pendatang haram.

b).        Bincangkan dua persoalan yang ingin dikongsikan oleh J.M.Aziz dalam sajak di atas.     [ 6 ]
F1:       Persoalan Nasionalisme / semangat cintakan tanah air
H/C:     Mempertahankan tanah air daripada di cerobohi oleh pendatang Vietnam yang ingin mendarat di Kampung Seberang Takir.
                        Di bawah alunan ombak
                        kudengar kalian menyanyi
                        dendang lagu pantai kita
                        wajib kita tahankan
                        kiranya todak-todak haram
                        dari Sungai Mekong
                        tak dapat mendarat

F2:       Persoalan tentang kehidupan nelayan
H/C:     Nelayan di Seberang Takir yang bergantung hidup sepenuhnya pada laut sebagai sumber pendapatan.
                        Di bawah alunan ombak
                        kukelih kalian menari
                        lenggang Ratu Darul Iman
                        lalu lenggok-lenggok
                        di atas pentas kehidupan.

F3:       Persoalan keberanian nelayan
H/C:     Keberanian nelayan yang sanggup berkorban nyawa bagi mempertahankan Kg. seberang Takir didatangi pelarian Vietnam.       
                        kudengar kalian menyanyi
                        dendang lagu pantai kita
                        wajib kita tahankan
                        kiranya todak-todak haram
                        dari Sungai Mekong
                        tak dapat mendarat

F4:       Persoalan kebanggaan terhadap sahabat / setiakawan
H/C:     Rasa bangga kerana mempunyai sahabat yang sanggup berkorban nyawa, terbukti                  menerusi doa yang mengiringi kepergian mereka.
                        Di Pantai Seberang Takir
                        kebersajak berpantun bersyair
                        berlagu doa restu
                        untuk arwah inilah
                        al-fatihah dan Qulhuwallah.
           

d).        Huraikan citra masyarakat nelayan yang dipaparkan dalam drama di atas.           [12]           

F1:       Citra masyarakat nelayan yang kehidupannya terpinggir daripada pembangunan.
H/C:     masyarakat nelayan seringkali dipinggirkan dari segi pembangunan ini terbukti menerusi      kenyataan daripada Nik yang mengatakan Kuala Kedah cukup daif walaupun ianya         merupakan pintu masuk ke Langkawi.

F3:       Citra masyarakat nelayan yang diancam oleh pendatang haram
H/C:     Masyarakat nelayan khasnya di Kg.Seberang Takir terpaksa berdepan dengan pencerobohan pendatang haram Vietnam, seperti Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas   kerana mempertahankan Kg. Seberang Takir dari dicerobohi pendatang haram.

F4:       Citra masyarakat nelayan yang sanggup berkorban untuk negara.
H/C:     Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas kerana mempertahankan Kg.Seberang Takir dari dicerobohi pendatang haram perlarian Vietnam.

F5:       Citra masyarakat nelayan yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
H/C:     Golongan  nelayan seringkali diabaikan dan dilupakan oleh pihak berwajib, buktinya J.M.Aziz kesal kerana rakannya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berwajib.

F6:       Citra masyarakat nelayan yang terbiar dan daif / dibelenggu kemiskinan.
H/C:     Masyarakat nelayan masih hidup dalam kemiskinan seperti yang dinyatakan oleh Nik tentang penduduk di Kg.Kuala Kedah yang jauh dari arus pembangunan.

Bahagian D: SAJAK
                                   
Skema permarkahan: 7
a).        Nyakan latar suasana berserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas.                    [ 4 ]

F1:       Pada waktu pagi / terbit matahari
C1:       matahari melimpahkan sinar mutiaranya

F2:       Suasana damai / aman / harmoni.
C2:       damai dengan warnanya

F3:       Suasana sepi / sunyi / hening.
C3:       sepi namun sentosa

F4:       Keadaan berkabus.   
C4:       Kabus menipis di puncak Kinabalu

F5:       Keadaan cuaca yang dingin. 
C5:       angin dingin mengusap pohon-pohon


b)         Jelaskan dua gambaran perwatakan  penyajak yang terdapat dalam sajak di atas    [ 6 ]

F1:       Seorang yang telah insaf/sedar
H/C:     Penyajak menggambarkan apabila melintasi Kundasang, beliau sedar sikapnya yang selama             ini degil/keras. Keharmonian alam di Kundasang telah menyedarkannya. 
                        kali ini akan kuambil lembutmu
Untuk melentur keras watakku.

F2:       Seorang yang menyintai keindahan alam
H/C :    Penyajak menjelaskan beliau begitu tertarik dengan keindahan alam di Kundasang sehingga             terbit rasa rindu dan damai di hatinya.
                        sekali gus meresapkan rindu
            damai dengan warnanya

F3:       Seorang yang mengkagumi kedamaian alam
H/C:     Penyajak menjelaskan beliau begitu kagum dan takjub ketika melihat keindahan alam yang asli dan tidak terusik oleh arus kemodenan.
                        ketika kau tetap abadi menatap alam
            Menyaksi kejadian serba takjub

F4:       Seorang yang bersikap individualistik
H/C :    Penyajak semasa berada di kota hanyut dengan beradaban di sana yang bersikap      individualistik dan mementingkan diri sendiri.
                        Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia
yang luput
 
c)   Nilaikan keindahan yang mengangkat estetik  sajak di atas.        

F1:       Asonansi
H/C:     Perulangan bunyi vokal yang sama dalam satu baris
            Aku telah dihimpit bising peradaban
                        ( perulangan bunyi vokal i )
K:        Berhasil menimbulkan kemerduan bunyi / irama

F2:       Aliterasi
H/C:     Perulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu baris
            sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap
                        ( perulangan bunyi konsonan s )
K:        Berhasil menimbulkan kemerduan bunyi / irama

F3:       Personifikasi
H/C :    Memberikan sifat manusia kepada objek / benda ( pengorangan )
            angin dingin mengusap pohon-pohon
K:        Berhasil menggerakkan imaginasi pembaca.

F4:       Hiperbola
H/C :    Gaya bahasa perbandingan yang melampau / berlebihan
            Aku telah dihimpit bising peradaban
K4 :     Dapat memberikan gambaran yang berlebihan
           
F5:       Metafora
H/C :    Gaya bahasa perbandingan tak langsung, biasanya mengandungi dua patah perkataan, bersifat konkrit dan abstrak.
            matahari melimpahkan sinar mutiaranya
K:        Dapat menggerakkan imaginasi pembaca.

F6  :     Paradoks
H/C :    Pasangan kata yang membawa makna yang bertentangan.
            sepi namun sentosa
bahagia biarpun purba.
K:        Dapat membandingkan imej
 
F7  :     Inversi
H/C :    Pembalikan rangkai kata
            sewaktu melintasi Kundasang mesra dakapdakap mesra
K:        Menghasilkan kelainan pengucapan