Skema
Jawapan. KMK Percubaan STPM 2012.
1.
Baca
puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera
Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut ?[7]
(b)
Huraikan
empat nilai kemasyarakatan yang
terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c)
Bincangkan
tiga peranan puisi tersebut kepada
masyarakat? [6]
(a)
Jenis
puisi ialah pantun [1]
Tiga cirri puisi : -
i.
Mempunyai
tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris.
ii.
Setiap
rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
iii.
Rima
akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b.
*sertakan contoh. Cirri-ciri yang lain
boleh diterima. [6]
(b)
Empat
nilai kemasyarakatan.
i.
Masyarakat
yang berpegang pada janji.
ii.
Masyarakat
yang sentiasa mengenang budi / jasa .
iii.
Masyarakat
yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.
iv.
Masyarakat
yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik.
v.
Masyarakat
yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain.
*sertakan contoh puisi bagi setiap
fakta. Nilai yang ada kaitan dengan puisi boleh diterima. [12]
(c)
Tiga
peranan puisi.
i.
Sebagai
pengajaran / mendidik masyarakat.
ii.
Mengingatkan
manusia/masyarakat supaya menepati janji.
iii.
Mendidik
masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik.
*peranan yang besesuaian dengan puisi
boleh diterima. Sertakan contoh puisi. [6]
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR
KEDAMAIAN
(karya
Baha Zain)
(a)
Nyatakan
tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas? [4]
(b)
Jelaskan
empat persoalan yang terdapat dalam
sajak tersebut? [12]
(c)
Dengan
mengemukakan contoh, huraikan tiga
unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut? [9]
(a)
Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaian
Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh
mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan
dan akhirnya
akan meninggalkan kesan sejarah yang
sukar untuk dilupakan. [2]
Ciri-ciri sajak – jumlah rangkap, jumlah
baris dalam satu rangkap, rima akhir, dll.
*sekurang-kurangnya
satu cirri berserta contoh sajak. [2]
(b)
Empat
persoalan.
i.
Persoalan
tentang harapan dalam kehidupan
Biarpun terpaksa berdepan dengan
kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan.
ii.
Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda
Peperangan telah mengakibatkan
kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.
iii.
Persoalan tentang keamanan
Konflik yang berlaku akan mencetuskan
situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi
menyedarkan tentang keamanan.
iv.
Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan
peribadi
Sering agama dimanipulasikan untuk
kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat
baik
v.
Persoalan tentang gangguan tidur
Tidur penyajak terganggu oleh
mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar.
*persoalan
yang besesuaian boleh diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga
baris sajak bagi setiap fakta. [12]
(c)
Tiga
unsur gaya bahasa. [9]
i.
Ansonasi
– perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u)
ii.
Aliterasi
– perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u)
iii.
Anapora
– perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat.
*unsur
gaya bahasa yang lain boleh diterima. Sertakan contoh sajak.
3.
Pada
suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu
katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya
menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah
berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara
menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan,
hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh
hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu
yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah
tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
[peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(a)
Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5]
(b)
Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat
dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam
Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan?
[10]
(c)
Huraikan lima nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]
(a)
Lima
amanat. [5]
i.
Kita
mestilah hidup bermuafakat
ii.
Janganlah
kita menganiaya orang lain
iii.
Janganlah
kita saling dengki mendeki dengan orang lain
iv.
Janganlah
membuat fitnah
v.
Janganlah
kita menipu
(b)
Firasat
Tuan Syeikh Alam Di Rimba – akan datang bala dan huru-hara. [10]
i.
Sesuatu
perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakat
ii.
Berlaku
penindasan terhadap orang yang lemah
iii.
Sukar
untuk mencapai kemajuan apabila ada sifat dengki
iv.
Berlaku
perpecahan dan bunuh membunuh antara satu sama lain kerana fitnah
v.
Rosaknya
perhubungan persahabatan apabila berlaku penipuan.
*peristiwa
yang lain boleh diterima, sekiranya ada kaitan dengan teks.
(c)
Lima
nilai kemanusiaan. [10]
i.
Masyarakat
yang hidup bersatu padu.
ii.
Masyarakat
yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan.
iii.
Masyarakat
yang sering menyokong perkerjaan yang baik.
iv.
Masyarakat
yang mempunyai pemimpin yang bertanggung jawab.
v.
Pemimpin
atau golongan pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak.
*nilai
kemanusiaan yang berkaitan teks boleh diterima.
4.
Bincangkan
lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang
termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]
i.
Pemerintah
mestilah adil.
ii.
Pemerintah
yang bertanggungjawab
iii.
Pemerintah
yang jujur dan amanah
iv.
Pemerintah
mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalah
v.
Menjalankan
pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.
*sebarang
syarat yang berkaitan dengan teks boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh
peristiwa.
5.
Baca
petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Oh
ibu…oh bapa…
+
Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
-
“Jangan tinggalkan sembayang…”
+
Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”
-
“Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
+
Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”
-
“Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera
Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Huraikan
dua nilai murni yang terdapat dalam
petikan di atas? [4]
(b)
Berdasarkan
cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan
oleh pengarang? [12]
(c)
Bincangkan
tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli
di Atas Rumput” karya Fatimah Busu? [9]
(a)
Dua
nilai murni. [4]
i.
Tidak
meninggalkan solat/sembahayang.
ii.
Sentiasa
membaca Al-Quran
iii.
Sentiasa
mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah
oleh Allah.
*sertakan
huraian dan contoh daripada petikan.
(b)
Empat
persoalan. [12]
i.
Pentingnya
menjaga solat
ii.
Keistemewaan/kebaikan
membaca Al-Quran
iii.
Pentingnya
mematuhi ajaran agama Islam.
iv.
Meninggalkan
perkara-perkara yang ditegah/larang oleh Allah.
v.
Balasan
kepada orang yang ingkar.
*persoalan
lain yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima. Sertakan hurai dan contoh.
(c)
Teknik
penceritaan. [9]
i.
Teknik
Imbas Kembali
ii.
Teknik
Dialog
iii.
Teknik
Monolog
iv.
Teknik
mimpi
*sebarang
teknik penceritaan yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima, sertakan hurain
dan contoh.
6. Baca
petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ANAS
SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap
cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA
MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS
SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat,
dengan pengorbanan!
MARGA
MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS
SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA
MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak
lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih
banyak kekayaan lebih banyak harta!
ANAS
AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
[peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(a)
Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas. [9]
(b)
Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [16]
(a)
Tiga
Unsur Moral. [9]
i.
Kita
mestilah berkeyakinan tinggi.
ii.
Kita
mestilah berani menghadapi cabaran
iii.
Mempunyai
semangat yang kental.
iv.
Kekuatan
keimanan yang tinggi
*unsur
moral yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.
(b)
Persoalan
dalam drama Asiah Samiah. [16]
i.
Keberanian
– masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran.
ii.
Keimanan
– masyarakat yang mempunyai keimanan yang kuat.
iii.
Semangat
kental – masyarakat yang mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan
kebenaran.
iv.
Pengorbanan
– masyarakat yang sanggup berkorban demi kebenaran.
*
persoalan yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.