Rabu, 13 April 2011

Soalan Ujian 2 Kesusasteraan Melayu Tradisional & Moden

UJIAN 2 TAHUN 2011
 KESUSASTERAAN MELAYU STPM
KERTAS 1 (TRADISIONAL)

MASA 1 JAM.

Arahan : Jawab Semua Soalan.
  
1.      1. Kelebihan dan keistimewaan raja-raja Melayu serta kritikan rakyat sering dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dalam Sulalatus Salatin. Bincangkan.      [25]

2.     2.  Melalui Sulalatus Salatin banyak memaparkan unsur-unsur kebijaksanaan orang-orang Melayu Melaka dalam berhadapan pihak-pihak luar. Jelaskan pernyataan ini dengan merujuk kepada lima peristiwa di dalam teks   [25]


UJIAN 2 TAHUN 2011
KESUSASTERAAN MELAYU STPM
KERTAS 2 (MODEN)

MASA 1 JAM.
Arahan : Jawab Semua Soalan.

     1.   Berdasarkan drama "Malam ini Penyu Menangis" karya Nordin Hassan seperti yang terdapat dalam teks Mutiara sastera Melayu Moden:

(a) Bukitkan bahawa drama ini bukan bersifat realisme. (9 markah)
(b) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam drama ini. (16 markah)


2. Berdasarkan drama ’Lawyer Dahlan’ .

a.    Jelaskan TIGA sebab mengapa  Dahlan begitu marah kepada Rahimah [6]
b.    Huraikan LIMA nilai yang boleh dikutip dalam drama ini.  [10]              
c.    Perceraian yang diterima Rahimah adalah pembalasan kerana perbuatan- perbuatan  yang telah dilakukannya selama ini.  Jelaskan TIGA perbuatan negatif tersebut.          [9]











Soalan Ujian 1 Kesusasteraan Melayu Moden

UJIAN 1 TAHUN 2011

KESUSASTERAAN MELAYU STPM
KERTAS 2 (MODEN)

                                                                              MASA 1 JAM.                                                       

Arahan : Jawab Dua Soalan, satu soalan bahagian C dan satu Soalan bahagian D.

Bahagian C: DRAMA

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

1.  Berdasarkan drama Lawyer Dahlan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
(a) Huraikan empat nilai positif  yang  terdapat dalam drama ini.                             [12]
(b) Drama Lawyer Dahlan tergolong dalam drama realisme. Buktikan.                    [9]
(c) Drama ini berkonsepkan hukum keadilan puitika atau keadilan sosial. Jelaskan.                  
                                                                                                                                     [4]
2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANITA: Mungkin J.M.Aziz pernah merana pada mulanya apabila beliau ketahui makna
penyakit itu. Manusia biasa mana yang tidak akan terharu. Tetapi, akhirnya
dengan berkat kesabarannya, seperti yang difalsafahkan dalam puisi-puisinya, J.M.Aziz tidak berasa hidup ini pahit lagi bahkan ada kemanisannya pula.  

SOFEA JANE: Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan. Mesej inilah yang hendak
disampaikan oleh drama ini. Bentuk seharusnya tidak menjadi persoalan.
                                        
                                        ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malysia [peny.], 2003.
                Drama “Malam Ini Penyu Menangis” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden
                                            Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 228.)
                                                                                                     
(a) Nyatakan dua penyakit yang dideritai J.M.Aziz        [4 ]

(b) Dengan merujuk kata-kata ‘Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan’ huraikan empat mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini.   [16 ]

(c) Apakah yang anda faham dengan ‘Bentuk seharusnya tidak menjadi persoalan’. [5]                                                    


Bahagian DSAJAK

3          Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Kunci
T.Alias Taib

Dengan seberkas kunci di tangan
kubuka seribu liang luka
yang sekian lama tertutup
kubiarkan seribu gabus duka
yang mengapung di dalam dada
berkumpul di depan matamu
agar kau mengerti:
makna makmur di tengah lapar
makna harmoni di tengah inflasi
makna mewah di tengah gundah.

Dengan seberkas kunci di kaki
kumasuki seribu pintu berliku
yang berisi pula seribu
ratap dan harap yang tak terjawab
umpamanya seorang buruh suatu petang
yang sedang membersihkan longkang
sebagai ganti daun kering dan kotoran
ia menyapu potongan-potongan nasib
serpihan-serpihan masa depan dan
doa teman-temannya yang bertaburan

Dengan seberkas kunci di mata
kulihat seribu keajaiban
seribu tak-teki dan misteri hidup
yang cukup sulit dan berbelit
bagai jalan ke puncak Kinabalu
kadangkala ada mula tak ada akhir
kadangkala ada akhir tak ada mula
kadangkala tak ada mula tak ada akhir.

Dengan seberkas masalah di kepala
Kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

Dewan Sastera,  April 1980
Dewan Bahasa dan Pustaka.


(a)      Jelaskan tiga persoalan sajak di atas. [9]
(b)      Berikan lima penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan  nilai estetiknya  [5]
(c)      Terangkan maksud baris yang berikut.
i)   ia menyapu potongan-potongan nasib     [2]
ii)  seribu tak-teki dan misteri hidup              [2]
  

4.         Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Doa Terakhir
Zaihasra

Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut lusuhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mencecah bumi                                                                      
menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!

Ibunda,
selamanyalah kudengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu,sedang kudratku                             
lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul
di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca
betapa pilunya embun terakhir menyentakku
tiada lagi senyum di bibir lukamu.

Ibunda,                                                                                                         
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajah pasir, menyibak suria                                                      
menggenggam angin menyusuri wajah malam
namun, maafkan aku demi cintamu.

Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
Akan kukenang matanya dalam merenungku                                            
Mengungkapkan penyerahana hayat
Perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
Suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani
kehidupanmu.                                                                                             
      bagaikan  batu pualam
      onggokan pusaramu
      memanggilku pulang
      ke kampung laman
      setelah lama dan jauh, musafir dan berkelana                                    
      pedih mataku berair mata
      segenggam rindu jadi selaut duka
      setabah dukaku menampung rasamu.

Ibunda,
meski di sini kita berpisah                                                                            
dan di tamanku belum selesai kutanam bunga
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu.

Dewan Sastera, April 1988 Dewan Bahasa dan Pustaka.

a) Huraikan pengalaman penyair semasa bersama ibundanya dalam sajak di atas.  [8]       
b) Huraikan lima unsur estetik penyusunan kata dalam sajak di atas dengan contohnya.[12]
c) Dalam rangkap 4(baris 15 dan 16) penyajak ada menyatakan

 segenggam rindu jadi selaut duka
 setabah dukaku menampung rasamu.

 Huraikan maksud yang ingin disampaikan.     [5]

Soalan Ujian 1 Kesusasteraan Melayu Tradisional



SEK MEN KEB KAMUNTING 

UJIAN 1 TAHUN 2011

KESUSASTERAAN MELAYU STPM
KERTAS 1 (TRADISIONAL)

MASA 1 JAM.

Arahan : Jawab Dua Soalan, satu soalan bahagian C dan satu Soalan bahagian D.


1. Berdasarkan Hikayat 1001 Malam . Ulaskan  lima pengajaran yang terdapat dalam hikayat tersebut.                                                                                               [25 markah]

2.  Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

       Serta melihat tingkahnya Nisumbli itu lalu datang di hadapannya serta melihat kepada anak itu. Lalu gementar hatinya Nisumbli itu. Katanya, “Ya tuanku, yang jangan tuan lama-lama di sini dan baik tuanku pergi ke mana-mana kerana tuan Dewi Permaisuri itu setelah sudah bersuamikan dengan tua  nakhoda Syam, jalannya daripada burung pancawarna itu. Kerana hamba lari dating di sini bukannya sesuatu apa-apa, sebab hamba mendengar suaranya nakhoda itu diperintahkan kepada budak-budaknya Habsyi yang bernama Bicu, disuruh  bunuhkan kepada anak kedua bersaudara. Jangan tuanku lagi lama-lama di sini, baik tuanku pergi ke mana-mana mencari kehidupannya.”

                                                                        (Dipetik daripada Ksusasteraan Hikayat,
                                                                      Hikayat Ahmad Muhammad dalam Mutiara
                                                                           Sastera Melayu Tradisional m/s 113)

        [i]   Huraikan tiga perkara penting  dalam petikan di atas                      [6 markah]

        [ii]  Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak tersebut [8 markah]
        [iii] Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri.
              Terangkan bagaimana mereka melepaskan diri.         [11 markah]
                                                                                                                     

Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL

3. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Jong-jong inai,
      Mak ipung rajawali,
Tersepak tunggal inai,
      Berdarah ibu kaki.

Pok amai-amai,
      Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
      Malam upah susu.

Susu lemak manis,
      Santan kelapa muda;
Adik jangan menangis,
      Emak ayah pergi kerja.

Emak gali kunyit,
      Kawan gaul tepung;
Banyak dapat duit,
      Simpan dalam tabung.

Timang tinggi-tinggi,
      Sampai cucur atap;
Belum tumbuh gigi,
      Sudah pandai baca kitab.

                                                                     Sumber: Zainal Abidin Bakar (peny.), 1991
                                                                                            Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[i]  Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas.          [10 markah]

[ii] Jelaskan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [15 markah]


4. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Segala puji bagi Allah yang menyuruh,
Berdiri sembahyang atas Islam dengan sungguh.

Wahai saudara sembahyang itu rukun Islam,
Fardu ain atas kamu siang malam.

Agama Islam dipersusun atas lima,
Mengucap syahadah tanda iman yang pertama.

Yang kedua sembahyang itu tiang agama,
Yang ketiga puasa Ramadan bulan utama.

Yang keempat keluar zakat jika sampai,
Nisab harta milik kamu jangan lalai.

Yang kelima naik haji ke Baitullah,
Jika ada kuat kuasa wajiballah.

                                                 Sumber: Dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989.
                                                                 Himpunan Puisi Klasik.Shah Alam: Marwilis Publisher.

[i]  Nyatakan teknik penulisan  puisi di atas.                                    [10 markah]

[ii] Jelaskan  gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.           [15 markah]