Hikayat Hang Tuah Bab VII
Perkahwinan Radin Mas Ayu dengan Raja Melaka (Sang
Maniaka)
Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak
kepada Patih Gajah Mada selaku Betara majapahit.Upacara perkahwinan dimulakan
dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah pada ketika ini masih berjawatan seorang
Bentara sahaja. Hantaran belanja pula adalah emas tujuh bahara, kain tujuh peti
dan perempuan dayang 70 orang........................akan dikemaskini.
Panduan Kajian Puisi
Calon-calon seharusnya dapat:
a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan
ekstrinsik dalam puisi moden terpilih
b) menyatakan aspek estetika dalam karya kajian
c) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat
dalam karya.
d) menganalisis karya.
Seorang Jemaah oleh A. Wahab Ali
Bahagian 1
Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup
Bahagian 2
Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia. Penyajak
terkenang kisah hidupnya.
Pahlawan Ialah Dia Abdul Ghafar
Ibrahim
Rangkap 1
Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan
adalah yang sering berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang
yang sanggup berkorban demi negara.
Rangkap 2
Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai
dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.
Rangkap 3
Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau
siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.
Rangkap 4
Khidmat pahlawan sentiasa
adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan
cabaran.
Rangkap 5
Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga
tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.
Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang
penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi
negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.
Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara
bahaya untuk maju ke hadapan.
Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan
terus berjuang hingga mencapai matlamat.
Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri.
Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan
pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita
memahami erti kesusahan.
Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit,
laut dan udara)
Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka
sentiasa terdedah kepada bahaya.
Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada
perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam
musuh.
Sajak Menyongsong Arus
(mengenang Bahaman dan Mat Kilau)
Kemala
Kuala Tahan Taman Negara 2000
Rangkap 1
Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi
pihak yang bertentangan arah. Jika tidak, mungkin kita akan berada ditakuk lama
dan tidak berubah (jumud). Sesekali kita perlu meredah kepayahan dan berjuang.
Rangkap 2
Apabila kita berubaah arah (pendapat), kita akan dapat
mendengar cacian manusia yang selama ini diam tidak berkata apa-apa. Malah akan
terbongkar sikap buruk sebenar pihak penjajah yang sebenarnya bersifat bengis
dan zalim.
Rangkap 3
Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri .
Rangkap 4
Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah
kepayahan. Pejuang dahulu berjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang
melawan arah hanya dengan bahasa penulisan yang penuh dengan kiasan. Tetapi
matlamat perjuangan tetap sama seperti pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau).
Rangkap 5
Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia
boleh mendidik diri kita mengerti tentang sejarah lama. Kita akan dapat
merasakan kepedihan dan kesusahan lampau. Kemudian kita dapat terjemahkan kisah
kehidupan lampau itu.
Rangkap 6
Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan
harapan yang positif apabila menyongsong arus.
Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju
Keris = perlambangan tentang kuasa
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita
sekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada
waktunya kuasa tidak patut digunakan dan
kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan
bijaksana.
Rangkap 2
Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami
hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang
sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.
Rangkap 3
Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh
mengkhianati perjuangan. Rakan-rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada
yang berpura-pura.
Rangkap 4
Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan
kerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang
sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam
perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh
kekuatan musuh.
Aku Tidak Mahu Lagi T. Alias Taib
Rangkap 1
Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah
anggap. Orang yang benar dianggap telah melakukan kesalahan.
Rangkap 2
Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu
telah menjadi sesuatu yang dianggap benar.
Rangkap 3
Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh
terselamat daripada hukuman.
Rangkap 4
Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu
gembira kerana berjaya menipu.
Penyajak enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan
yang sedang berlaku di kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat.
Perkataan “saksi” boleh diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau
penyajak tidak mahu dipertanggungjawabkan. Maksud yang lain pula, penyajak
tidak mahu melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku.
Kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan
isu yang sering berlaku di kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku
dalam persekitaran masyarakat penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara
umum sahaja tanpa menyatakan siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca
sebenar situasi tersebut berlaku.
Segala yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada
pihak telah berjaya menukarkan situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri
mereka. Kebenaran telah menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar.
Dari sudut keadilan pula seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan
bebas dari hukuman. Golongan yang suka menipu pula sangat gembira kerana
berjaya meyakinkan orang ramai bahawa dirinya benar.
Mungkin pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1- Pemimpin
masyarakat (golongan berpengaruh)
2- Media
3- Hakim
4- Peguam
5- Ahli
politik
6- Ulama'
7- Pelajar
8- Penulis
9- Wartawan
1- Orang awam
(massa)
Di Titian Kemerdekaan Darmawijaya
Rangkap 1
Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan
suasana aman dan semangat yang membara kepada seluruh warganegara.
Rangkap 2
Semangat rakyat yang berbangga dan merasakan diri mereka
telah mencapai kemenangan daripada kuasa besar.
Rangkap 3
Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah
cinta dan setia kepada negara sekalipun ada bibit sengketa.
Rangkap 4
Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk
menjunjung mahkota kedaulatan negara.
Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian Baha Zain- 2003
Perkataan perlu difahami.
1. Tirani =
Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati
Rangkap 1
Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana
mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat
remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak
cuba mengaitkan keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang
sedang dihadapinya.
Rangkap 2
Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar)
menyebabkan diri rasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa
mengganggu dan menghasut diri.
Rangkap 3
Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi
gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan
daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga
manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang
keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia
berjuang dengan harta dan tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”,
maka manusia sanggup bertelingkah.
Rangkap 4
Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan
perbutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan
menutup sejarah kegemilangan negara.
Rangkap 5
Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak
lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih
tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
Rangkap 6
Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu
diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada
supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.
Persoalan sajak
1. Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
2. Godaan anasir jahat (syaitan)supaya melakukan
kejahatan
3. Sikap pura-pura – konon memperjuangkan keamanan tetapi
sebenarnya membawa kemusnahan.
4. Menjadikan agama sebagai topeng
5. Manusia sanggup mati kerana berebut kuasa
6. Akibat peperangan adalah kemusnahan
7. Sikap pemimpin yang zalim
Pertemuan di Hyde Park
SAJAK
Pertemuan di Hyde Park oleh Adi Badiozaman Tuah
Adi Badiozaman
Tuah
Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai
taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630
ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8
orang mati.
Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan
sebidang tanah pemberian ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park.
Pengarang telah menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada
sebuah ladang huma milik keluarga.
Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti
pertanian yang telah dijalankan di kebun ayahnya itu.
Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab
penjagaan dan pemeliharaan tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang
dimiliki adalah pihak yang menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut.
Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang
tanggungjawab pewaris tanah dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa
(lupa) terhadap amanah yang mereka miliki. Segala milik kita akan kembali
menjadi milik alam semesta sekiranya kita lupa.
Pandangan
Sarwajagat.
Jika kita
mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang perlu
difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik
tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi
satu tempat yang indah di tengah kota London. Di sekeliling taman berkenaan
pula telah dipenuhi dengan pembangunan yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat
perdagangan. Malah Hyde Park juga
menjadi tempat awam masyarakat kota London melakukan aktiviti sosial
termasuklah berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah juga mencatatkan
tentang serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada tahun 1982. Lalu
penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah sebagaimana
tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini
mencatatkan seperti berikut:
“betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan
keperluan masa”
“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia
menerima tanpa bicara”
Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan
manusia ke atas tanah atau alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut
kehendak pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu
dipertahankan sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara sedangkan
persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju
dan sibuk (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).
Perkataan yangperlu
difahami:
1. Hyde Park
2. munggu = Busut,
longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.
Pemikiran Sajak.
Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak
untuk menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan tema “menghargai tanah
warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai
penerima amanah bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan
semasa. Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa
mengorbankan hutan dara kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde
Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya kerana
kemusnahannya memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan
yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah dikorbankan
untuk kepentingan komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat di
kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah
yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari
kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu bercerita tentang
erti “sebuah tanah” (rangkap 3 hlm. 19).
Persoalan.
1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan
mengakibatkan
kemusnahan.
(persoalan di atas perlu dihuraikan)
Aspek Estetik.
1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi
Mantera
Menduduki Rumah Baru
Bismi’llahi ‘l-Rahmani ‘I-Rahim
Tepung tawar tepung jati
Ketiga dengan tepung kedangsa
Jika boleh kehendak hati
Jangan sakit jangan mati
Jangan cela jangan binasa
Jangan punah jangan ranah
Tepung tawar tepung jati
Ketiga dengan tepung kedangsa
Naik emas berkati-kati
Naik orang beribu laksa
Tepung tawar semula jadi
Barangku citaku perolehi
Berkat di pengajaran guruku
Allah menawar, Muhammad menjampi
Dengan berkat doa
La ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah
Ulit Mayang
Kumpulan Mantera
Melayu, Haron Daud, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004.
Mantera dikatakan sebagai salah satu sastera lisan yang
mempunyai kekuatan ghaib. Masyarakat melayu sering menjadikan amalan membaca
jampi serapah sebagai salah satu upacara ketika mereka berpindah ke rumah baru.
Sebelum memulakan kerja di tapak rumah baru mereka akan membaca mantera
tertentu. Kemudian apabila rumah sudah siap dan hendak diduduki, mantera
seperti puisi di atas akan dibacakan dalam satu upacara khas “menduduki rumah
baru”.
Pembukaan mantera.
Dimulakan dengan bacaan menyebut nama Allah dan ditutup
dengan nama Allah dan rasul. Bacaan Bismillah menandakan permulaan majlis dan
mengharap kemurahan dan kasih sayang Allah.
Permintaan dan doa
Sesudah menyebut nama Allah, mantera di atas diikuti
dengan permintaan dan doa agar penduduk rumah baru tidak mendapat kecelakaan
dan kesusahan. Pembaca mantera juga berharap agar rumah yang diduduki akan
sentiasa dikunjungi ramai dan penghuninya memperolehi kekayaan.
Alatan dan perkakasan
Biasanya mantera akan disertakan dengan alatan dan
perkakasan sebagai satu bentuk upacara menepung tawar. Perkakasan tersebut
ialah seperti tepung, beras kunyit, air mawar dan sebagainya. Maka ketika
membaca mantera akan diikuti dengan upacara menepung tawar.
Penutup mantera
Sebelum kedatangan Islam, mantera akan ditutup dengan
menyeru nama mengikut kepercayaan masyarakat setempat seperti dewa dan
lain-lain. Namun setelah kedatangan Islam, penutup mantera akan disebut nama
nabi dan nama Allah. Mantera di atas sudah dipengaruhi dengan unsur Islam bagi
menggantikan sistem kepercayaan yang mereka anuti sebelumnya kerana pengamalnya
sudah beragama Islam.
Ulasan Permata sastera Melayu
Pantun
1.1 Pantun Budi
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Jenis Pantun :
Pantun empat kerat
Tema Pantun :
Pantun budi
Ciri-ciri puisi
tradisional
1. Jumlah
baris serangkap
Empat baris serangkap
2. Pembayang
maksud.
Separuh baris yang awal adalah pembayang maksud.
3. Maksud
pantun
Separuh baris yang akhir merupakan maksud pantun.
4. Jeda.
Terdapat hentian sebentar di tengah-tengah baris yang
dekenali sebagai jeda.
Contoh: Pulau pandan / jauh ketengah.
5. Jumlah
perkataan sebaris.
6. Jumlah
sukukata sebaris.
Kepentingan
pantun budi kepada sarwajagat masyarakat
melayu tradisional
1. Komunikasi.
Pantun di atas boleh digunakan ketika berucap di hadapan
khalayak ramai. Biasanya sebagai bahasa pengucapan para pemimpin masyarakat.
Pantun di atas mampu menyampaikan mesej yang berguna kepada pendengarnya.
Pendengar akan faham permintaan dan harapan seseorang pengucap pantun. Malah
pantun itu mampu mengungkapkan rasa terimakasih yang tidak terhingga kepada
orang yang telah “berbudi”.
2. Nasihat.
Pantun di atas mampu memberikan nasihat kepada seseorang
untuk melakukan kebaikan dengan berbudi kepada orang lain. Malah ia juga
menasihatkan seseorang yang telah menerima budi agar sentiasa mengenang dan
menyanjung pihak yang telah berbudi kepada dirinya.
3. Pengajaran.
Seterusnya pantun tersebut mengajar manusia supaya
mengamalkan perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada
rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan andai seseorang itu memahami maksud
pantun di atas. Malah ia juga akan mendorong khalayak mengamalkan budaya tolong
menolong kerana amalan mulia akan menjadi bekal ketika kita sudah meninggal
dunia.
4. Gambaran
masyarakat.
Gambaran amalan berbudi dapat dilihat dalam kegiatan
harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya tolong menolong sebagai
amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung antara satu sama
lain. Hidup yang serba kekurangan akan mendorong individu supaya perihatin akan
kesusahan ahli masyarakat yang ada di sekitar mereka.
5. Motivasi
supaya berkelakuan baik.
Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya
berbudi kepada orang lain. Dorongan ini wujud kerana masyarakat melayu sangat
menghargai jasa orang lain. Malah balasan orang berbudi akan di bawa setelah
seseorang itu meninggal dunia. Bagi mereka yang menerima budi pula akan cuba
menolong rakan yang lain pada waktu yang sesuai.
6. Budaya
sopan santun.
Gaya bahasa pantun yang menarik sebenarnya menggalakkan
seseorang menasihat dan menyampaian mesej secara bersopan santun. Keindahan
penggunaan pembayang maksud yang menarik dan disertai dengan mesej pantun
tentunya akan menjurus seseorang yang mendengar pantun rasa terdorong untuk
berbudi dan menghargai budi orang lain.
7. Adat
istiadat.
Penggunaan pantun di atas sangat sesuai digunakan dalam
majlis-majlis tertentu dan ketika menjalankan adat istiadat. Orang melayu
sangat mementingkan pengucapan yang tersusun untuk menyampaikan hasrat dan
meluahkan perasaan mereka.
8. Hiburan.
Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika
melagukan sesuatu irama yang diiringi dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan
tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada masa yang sama mampu menghibur
khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud puisi.
Aspek Estetik
Pantun.
Estetika adalah salah satu cabang falsafah. Secara
sederhana, estetika adalah ilmu yang membahas keindahan, bagaimana ia boleh
terbentuk, dan bagaimana seseorang boleh merasakannya. Pembahasan lebih lanjut
mengenai estetika adalah sebuah falsafah yang mempelajari nilai-nilai sensoris
(perasaan), yang kadang dianggap sebagai penilaian terhadap sentimen dan rasa.
Estetika merupakan cabang yang sangat dekat dengan filosofi seni.
Esetetika berasal dari Bahasa Yunani iaitu aisthetike. Pertama kali digunakan oleh
filasuf Alexander Gottlieb Baumgarten pada 1735 untuk pengertian ilmu tentang
hal yang boleh dirasakan melalui perasaan.
Pada masa kini estetika bererti tiga perkara iaitu:
1. Kajian mengenai fenomena estetik
2. Kajian mengenai fenomena persepsi (tanggapan)
3. Kajian mengenai seni sebagai hasil pengalaman estetik
Setelah memahami maksud estetik maka berikut adalah
rumusan aspek estetik bagi pantun budi secara umum.
1. Keindahan
pemilihan kata.
Aspek utama nilai estetik pantun ialah pemilihan kata
yang tepat. Perkataan yang wujud dalam pantun sangat menepati maksud dan tujuan
puisi dicipta. Contohnya perkataan “hancur badan” begitu tepat untuk memberi
maksud seseorang yang sudah mati. Kematian itu pula digambarkan dengan jangka
masa kematian yang sudah lama.
2. Keindahan
unsur bunyi
Kemudian diikuti dengan penggunaan rima yang tepat samada
di awal, di tengah dan di akhir baris. Contoh yang jelas seperti perkataan
“pandan” dan “badan” pada tengah baris. Begitu juga perkataan penggunaan
perkataan “tiga” dan “juga” digunakan di akhir baris. Unsur bunyi juga wujud
dalam aspek bunyi vokal dan konsonan. Ia dikenali juga sebagai asonansi dan
aliterasi.
3. Keindahan
cara berkomunikasi
Penyampaian komunikasi yang menggunakan gaya bahasa yang
lemah lembut dan sopan mampu menimbulkan rasa hormat kepada khalayaknya. Para
pendengar akan rasa terusik dan terkesan yang mendalam kerana gaya penyampaian,
pengucapan dan pemilihan kata yang menyentuh perasaan. Para penutur pantun
bijak berfikir dan menggunakan pantun sebagai satu cara komunikasi yang sangat
berkesan.
4. Keindahan
pengucapan yang sopan.
Seseorang yang ingin memberi nasihat perlu berhati-hati
dengan pengucapan agar tidak mengguris hati dan perasaan rakan. Budaya melayu
yang mengamalkan sopan santun memerlukan sesorang itu menyusun kata secara
sopan dan teratur.
5. Keindahan
maksud puisi.
Maksud puisi begitu indah dan mendalam maksudnya.
Khalayak akan rasa dihargai dan sentiasa bersangka baik kepada teman dan
taulan. Maksud puisi ini membolehkan seseorang menerima baik nasihat, saranan
dan permintaan penutur pantun. Tidak wujud rasa kecil hati dan rendah diri
kerana nilai pantun ini begitu lembut ketika menyatakan tujuan pengucapan.
Kefahaman terhadap maksud dapat dirasa sehingga ke dalam sanubari hati
pendengar.
Pemikiran Pantun
1. Nilai
perbandingan budi.
Nilai budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai
harta dunia termasuk emas. Budi itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Budi
tidak ada tukar ganti. Sesuai dengan ayat “hutang emas boleh dibayar”, maka
orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya sekalipun dengan
harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas.
2. Mengenang
budi sehingga mati.
Mengenang budi seseorang bukan setakat ketika seseorang
hidup di dunia sahaja. Budi seseorang itu akan tetap dikenang walaupun dia
telah mati tetap akan disebut orang. Sesuai dengan isi pantun tersebut iaitu
“hancur badan dikandung tanah” yang memberi maksud sudah meninggal dunia.
3. Menghargai
budi/Rasa terhutang budi.
Bagi mereka yang telah menerima budi tentunya akan rasa
terhutang budi. Penghargaan terhadap orang yang berbudi begitu tinggi sehingga
meletakkan penghargaan itu di tempat yang sangat mulia dan dibawa ke mana
sahaja. Hal ini merujuk kepada maksud perkataan “rasa nak junjung” dalam
rangkap ketiga pantun di atas.
Nilai Kemanusiaan
1. Manusia
yang saling bergantung antara satu sama lain.
Hidup masyarakat melayu pada zaman tradisional penuh
dengan kesusahan dan saling bergantung antara satu sama lain. Setiap individu
yang menjadi ahli masyarakat akan sering memerlukan pertolongan ahli masyarakat
yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Budi merupakan amalan yang tidak
boleh ditinggalkan. Sesiapa yang tidak mengamalkannya dianggap bersifat melukut
di tepi gantang, seperti kera sumbang dan sebagainya.
2. Manusia
yang sentiasa mengejar harta
Masyarakat melayu tidak ketinggalan dari segi
mengumpulkan harta kekayaan. Lambang kekayaan masyarakat diukur dari sudut
jumlah hartanya. Harta yang dianggap paling tinggi nilainya adalah emas. Lalu
perbandingan kekayaan seseorang diukur melalui jumlah emas yang mampu dimiliki
oleh seseorang. Namun nilai emas tidak sama dengan nilai budi.
3. Manusia
yang boleh menilai erti budi berbanding harta.
Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi itu sesuatu
yang amat mulia di sisi mereka. Budi perlu diletakkan pada tempat yang tinggi
dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan harta seperti emas. Oleh itu
manusia hendaklah sedar bahawa budi itu tidak boleh dibayar.
4. Manusia
yang sentiasa mengenang budi orang lain.
Setiap individu perlu menghargai pertolongan orang lain walau
sekecil mana budi tersebut. Rangkap puisi ketiga menggambarkan betapa seseorang
yang pernah menerima budi akan sentiasa menjunjung budi.
5. Manusia
yang percaya dengan hari pembalasan.
Kebanyakan pantun budi mengaitkan balasan budi itu tertangguh
sehingga seseorang itu meninggal dunia sebagaimana rangkap pertama dan rangkap
kedua pantun. Manusia percaya bahawa berbudi adalah amalan mulia yang mendapat
balasan pahala di sisi Allah. Kita perlu ikhlas dengan pertolongan yang telah
diberikan dan jangan terlalu mengharapkan balasan di dunia sahaja.
Gambaran masyarakat
dalam pantun.
1. Masyarakat
yang tinggal di tepi pantai.
Melalui ketiga-tiga pembayang maksud pantun terdapat
gambaran bahawa pencipta pantun ini tinggal dalam persekitaran tepi pantai dan
lautan. Ini dapat digambarkan melalui pemilihan kata yang berkaitan dengan
latar tempat berkenaan seperti “belayar”, “pulau Pandan”, ”tanjung”, “kolek” dan gambaran suasana “air tenang”
2. Masyarakat
petani dan nelayan.
Masyarakat melayu terdisional tidak boleh lari daripada
menjalankan kegiatan bertani seperti menanam “pisang” dan sebagainya. Manakala
bagi mereka yang tinggal di persisir pantai akan “belayar” dan menjalankan
kegiatan nelayan.
3. Masyarakat
yang menggunakan jalan air sebagai pengangkutan.
Sistem pengangkutan tradisional yang paling mudah di
kalangan masyarakat melayu zaman dahulu adalah melalui jalan air. Mereka akan
menggunakan alatan yang sesuai ketika bergerak melalui jalan air. Penggunaan
alat pelayaran, sampan dan kolek adalah sesuatu yang perlu pada waktu itu.
Malah mereka perlu memahami keadaan yang sesuai ketika bergerak supaya selamat
dalam perjalanan. Mereka perlu menunggu air yang tenang apabila menggunakan
sampan kolek.
4. Masyarakat
yang saling tolong menolong.
Lumrah kehidupan orang yang hidup bermasyarakat adalah
saling bantu membantu antara satu sama lain. Orang yang tidak mengamalkan hidup berbudi dan tolong
menolong akan dianggap tidak bermasyarakat.
5. Masyarakat
yang sentiasa mengenang budi.
Masyarakat yang baik akan selalu mengenang budi walau
budi itu kecil nilainya. Perkara tersebut termaktub dalam ketiga-tiga maksud
pantun budi di atas. Malah mereka yang tahu erti budi akan menjunjung dan
mengingati budi orang lain.
6. Masyarakat yang mempercayai hari kemudian.
Mesyarakat melayu secara umumnya beragama Islam. Mereka
mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap hari kemudian atau disebut juga hari
pembalasan. Mereka yakin seseuatu amal samada baik atau buruk akan mendapat
pembalasan yang setimpal. Begitu juga amal berbudi kepada orang lain dipercayai
akan mendapat balasan baik selepas meninggal dunia sekalipun tidak mendapat
balasan di dunia.
Analisa karya
secara umum.
Kehidupan masyarakat melayu zaman dahulu yang serba
kekurangan menyebabkan mereka saling bergantung antara satu sama lain. Budaya
tolong menolong dan berkerjasama adalah amalan yang diamalkan setiap hari.
Tanpa bantuan ahli masayarakat yang lain, sesuatu kerja itu mungkin tidak akan
selesai. Sebagai contoh dalam kegiatan membina sebuah rumah. Pembinaan rumah
akan bermula daripada kegiatan menebang pokok, membelah, memahat sehingga
mendirikannya tentu tidak mampu dilaksanakan secara bersendirian. Semuanya
memerlukan bantuan ahli masyarakat.
Semua
aktiviti yang memerlukan pertolongan pihak lain ini dianggap aktiviti yang
tergolong sebagai perbuatan berbudi. Apabila manusia sudah menerima budi
tentunya individu tersebut akan sentiasa terkenang budi, terhutang budi dan
cuba untuk membalas budi. Mungkin pada masa yang lain, pihak yang sudah
menerima budi tersebut akan cuba membalas budi mengikut kemampuan
masing-masing. Bentuk pertolongan yang mereka akan lakukan mungkin dalam bidang
yang lain pula. Kalau dahulunya mereka ditolong ketika membina rumah, mungkin
pada masa yang lain balasan budi itu berbentuk pertolongan lain pula.
Oleh itu nilai budi tak mungkin sama dengan nilainya
ketika budi seseorang itu diberi berbanding ketika pihak yang telah menerima
budi itu membalas budi. Oleh itu nilai budi tidak boleh dibanding-bandingkan.
Malah sekiranya dibandingkan akan menyebabkan ungkitan dan rasa tidak ikhlas.
Nilai pertolongan ketika seseorang itu memerlukan sebenarnya amat tinggi
nilainya. Contohnya seperti pertolongan ketika lemas di sungai, ketika lapar
dan sebagainya. Seseorang itu mungkin sukar untuk menolong pihak yang telah
berbudi pada peristiwa yang sama. Jika adapun mungkin wujud dalam bentuk
pertolongan yang lain.
Tegasnya budaya berbudi ini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat
melayu zaman dahulu dan akan diamalkan sehingga sekarang. Sesiapa yang tidak
mahu berbudi akan dianggap sombong dan mementingkan diri sendiri. Ahli
masyarakat tidak boleh hidup bersendirian seolah-olah tidak memerlukan
rakan-rakan dan saudara mara. Oleh itu tema budi menjadi salah satu tema pantun
masyarakat melayu zaman tradisional.
Contoh soalan
(a) Nyatakan
jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut. [7]
Jenis puisi
: Puisi di atas ialah sejenis Pantun. Iaitu pantun empat kerat. Ia
digolongkan sebagai pantun budi.
Ciri puisi
:
1. Jumlah
rangkap. Dibina dalam satu rangkap. Boleh difahami dengan mudah berdasarkan
maksud pantun tersebut. Mampu berdiri sendiri untuk difahami dalam satu
rangkap.
2. Jumlah
baris serangkap. Terdapat empat baris ayat dalam satu rangkap.
Pisang emas dibawa belayar, ----------------baris 1
Masak sebiji di atas peti, ---------baris 2
Hutang emas boleh dibayar,------------------baris 3
Hutang budi dibawa mati.--------baris 4
3. Jumlah
perkataan sebaris
4. Jumlah suku
kata sebaris
5. Pembayang
maksud
6. Maksud
pantun.
7. Jeda.
(b) Bincangkan
tiga gambaran masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat dalam puisi di
atas. [12]
Fakta 1: Masyarakat yang mengutamakan perbuatan berbudi.
Fakta 2: Masyarakat yang saling tolong menolong.
Fakta 3: Masyarakat yang mengenang budi.
Fakta 4: Masyarakat yang sering dalam pelayaran.
Fakta 5: Masyarakat yang mempercayai hari pembalasan.
(c) Terangkan
kesan puisi itu kepada diri anda.
[6]
Fakta 1: Rasa terhutang budi/mengenang budi.
Fakta 2: Rasa tanggungjawab.
Fakta 3: Rasa ingin berbudi. (dorongan)
Fakta 4: Percaya kepada hari
kemudian/kematian/pembalasan.
Fakta 5: Yakin tentang kemuliaan berbudi.
Pantun Agama
Banyak hari antara hari,
Tidak
semulia hari Jumaat;
Banyak nabi antara nabi,
Tidak
semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati
seekor tinggal Sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta
ampun kepada Tuhan.
Gambaran masyarakat.
1. Memuliakan
nabi.
2. Memuliakan
hari jumaat
3. Memelihara
binatang ternakan sebagai aktiviti mencari rezeki.
4. Taat kepada
perintah Allah
5. Rajin
bangun awal pagi.
6. Sentiasa
memohon keampunan Allah.
Hasil perkongsian maklumat dengan rakan-rakan guru (kmk).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan