Selasa, 19 November 2013

Contoh Jawapan Penggal 1

(Pastikan Ada Fakta, Huraian Contoh, Pro dan Kontra)

MANUSIA YANG BERJUANG BAGI MENGHADAPI SEGALA HALANGAN DALAM HIDUP
       Ketika kini engkau teruji erti ketabahan
setia seorang musuh tikaman seorang sahabat
jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat (R 3,B 1,2,3)
     Dalam hidup, kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam hidup. Umpamanya, ketika umur kita masih  muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu  faham hakikat perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka yang tahan perjuangan,  wujud pula cabaran lain termasuklah sifat dengki dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan waspada. 
IMPLIKASI POSITIF Manusia akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul.Manusia juga menjadi orang yang sabar serta redha dengan musibah yang menimpa diri dan menjadikan halangan yang lalu sebagai panduan hidup yang akan datang.Akhir sekali, Manusia akan lebih dekat dengan Pencipta-Nya.IMPLIKASI NEGATIF
Manusia menjadi makhluk yang lemah,merendah diri dan tidak mampu untuk menanggung dugaan yang diberikan kepada mereka.Sentiasa mengelak daripada menyelesaikan segala kekusutan dan berputus asa dengan mudah tanpa mencuba untuk selesaikan masalah.Manusia juga akan menyalahkan takdir diatas musibah yang diturunkan kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan