Ahad, 29 Jun 2014

PERISTIWA-PRISTIWA PENTING DRAMA ASIAH SAMIAH

BABAK 1(Hlm. 190-196)
1. Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya membawa kepada luahan hati
Marga Tua tentang raa tidank senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila.
2. Sejak 15 tahun yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi.
3. Kesetiaan dan keistemewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang sasterawan
menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti perkembangannya.
4. Marga Tua berasa simpati dengan Asiah Samiah yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang
baru dilahirkannya.

BABAK 2 (hlm. 196-203)
1. Peristiwa imbas kembali zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua orang
tuanya Tuan Setiawan Tanjung dang Puan Suari Alimin.
2. Keistemewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut menjadikan beliau seorang
yang sangant istemewa.
3. Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah menerusi tugasnya sebagai
guru bahasa yang turut memupuk minat Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita
yang diceritakannya.
4. Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang tidak dipersetujui oleh
keluarga Asiah Samiah.

BABAK 3(hlm. 203-210)
1.Marga tua teringatkan tentang anas samanda pada zaman mudanya begitu juga dengan misa
sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan dan pengaruh sehingga orang ramai
mengkaguminya
2.Kehebatan misa sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat besar
termasuklah syarikat yang haram
3.Asiah samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh pembantu orang tuanya iaitu
siti bunirah dan pak leh lak lak yang menjaganya dengan penuh kasih sayang.asiah samiah
dinasihati agar sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar

BABAK 4 (hlm. 210-217)
1. Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas Samanda tentang Misa
Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa.
2. Anas Samanda menceritakan tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang
datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya.
3. Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun dinasihati oleh
Marga Muda yang dia parti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga.
4. Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila ayahnya cuba
memperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya dianggap penjenayah serta
keluarganya yang musnah apabila ayahnya dipenjarakan.
5. Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan apa yang
menyedihkannya apabila adiknya didera oleh jiran tetangganya yang hidup senang hasil
perjuangan ayahnya.

BABAK 5 (hlm. 218-227)
1. Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari Saribiru dalam
pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai ilmu pembomohan.
2. Tuan Setiawan Tanjung bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang agak
tertutup kerana hanya berkawan dengan orang suruhannya sahaja.
3. Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh
pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah.
4. Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan apabila mereka sanggup menolok Anas
Samanda yang merupakan pilihan anaknya.
5. Peristiwa Marga Tua merungut tentang ketidakadilan hidup yang dialami olehnya manakala
Misa Sagaraga yang hidup dalam kekayaan sejak dilahirkan.
4. Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui Anas Samanda
sampai bila-bila

BABAK 6 (hlm.227-235)
1.Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh
mereka dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu mereka menyelesaikannya.
2.Ibubapa Asiah Samiah berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga ,Ibubapa Asiah Samiah lebih
mementingkan kekayaan daripada kebahagiaan anaknya.
3. Asiah Samiah berada dalam kekeliruan antara kebahagiaannya dengan kemahuan ibubapanya
menyebabkan dia mula berubah sikap.
4. Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi
mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga.
5.Sari Saribiru,Siti bunirah dan Pak leh lak lak bimbang dengan kaedaan Asiah Samiah yang
termenung di luar rumah, Asiah Samiah masih mentah sedangkan Misa Sagaraga sudah 20 kali
berkahwin.

BABAK 7 (hlm. 235- 252)
1. Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia
berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangjkan isu-isu
rakyat.
2. Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa
Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabanya dengan Asiah Samiah.
3. Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan keluarganya berantakan.
4. Beliau mengagumi Misa Sagaraga kerana keturunan serta nasib baik, kehebatannya kerana
penampilannya yang menggunakan jenama antarabangsa.
5. Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar standing dengan dirinya
menerusi barang-barang berjenama antarabangsa.
6. Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahu
membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga.
7. Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan Misa
Sagaraga sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana berjuang mempertahankan hak dan
maruah diri dan keluarganya.

BABAK 8 (hlm.252-262)
1. Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila Misa
Sagaraga masuk dengan pengaruh , kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segalagalanya.
2. Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran
jika sesiapa cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum.
3. Asiah Samiah berdepan dengan pergolakkan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama
dengan orang yang tidak dicintainya.
4. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi kehidupan
dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga hendak membunuh Misa
Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan dia tidak jadi untuk membunuh
Misa Sagaraga.
5. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa sagaraga kerana ingin melupakan segala
keperitan yang terpaksa dilaluinya.

BABAK 9 (262- 268)
1. Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari rumahnya kerana anak itu telah
mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang sudah gila.
2. Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu dihalau dari
rumah oleh Misa Sagaraga.
3. Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam,
berpantun, dan berseloka tanpa hala tuju.
4. Anas Samanda telah berjuang dengan menentang Misa Sagaraga untuk mendapatkan
haknya.Anas Samanda membenci Misa Sagaraga yang telah merosakkan hidup Asiah Samiah.
5. Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah.
6. Anas Samanda telah dibelasah oleh orang- orang atau pengikut Misa Sagaraga semasa
memberi ucapan malah Marga Muda juga turut dibelasah apabila dia cuba untuk membantu Anas
Samanda.Misa Sagaraga telah merampas semula Laila Anurisah dari tangan Marga Muda.

BABAK 10 (hlm.268-275)
1. Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun mengikut rentak
orang yang membawanya dengan membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar.
2. Marga tua dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas
Samanda untuk bertemu dengan Laila Anurisah.
3. Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah dengan diterangi
cahaya bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
4. Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia merasa Anas Samanda sentiasa
berada di sisinya.
5.Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya tentang
ibunya,Asiah Samiah.
6. Laila Anurisah terkejut kerana diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah meninggal dunia.
Aspek kekaguman drama (Pementasan) :
1. Cahaya
 Lampu menyuluh Marga Tua. Dia kelihatan sebak dan mengesat air
matanya.
2. Kostium
 Anas Samanda berpakaian kumal dan kelihatan ramus menyebabkan
Marga Tua hampir tidak mengenalinya.
3. Set
 Suasana hingar bingar semasa orang- orang Misa Sagaraga
menyerang Anas Samanda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan