Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan
Kritikan Sastera
1.
Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut
dalam penghasilan karya sastera dari awal 1900 sehingga selepas merdeka:
a.
Emansipasi
Wanita, [13 ]
b. Nasionalisme [12 ]
(a) Emansipasi Wanita
Definisi : Persoalan tentang
perjuangan wanita menuntut kebebasan dan hak yang sama dengan lelaki [ 1 M ]
F
1: Persoalan emansipasi wanita ini
merangkumi hak yang sama dengan lelaki seperti
dalam
bidang pendidikan, menentukan masa depan,kebebasan memilih jodoh.
F
2: Persoalan ini mengemukakan kepentingan hak wanita Islam
moden untuk mendapat
kebebasan seperti kaum lelaki
dalam menentukan kehidupan
melalui novel “Hikayat
Faridah Hanum”, karya Syed Sheikh
Al-Hadi (1925) dan “Iakah Salmah”, karya
Ahmad
Rashid Talu (1928).
F
3: Persoalan emansipasi wanita banyak
mewarnai tema novel-novel di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua.
.
F
4: Persoalan ini terus menonjol dalam karya sehingga zaman selepas perang
seperti dalam
“Tanggungan Muda”, karya Pungguk; “Pelayan”, karya
Ahmad Lutfi; “Salina”, karya
A.Samad
Said, “Ranjau Sepanjang Jalan”,
karya Shahnon Ahmad dsb.
F
5: Golongan penulis wanita seperti Khadijah Hashim melalui novelnya “Badai
Semalam”dan Adibah Amin “ Seroja Masih di
Kolam” menyemarakkan lagi persoalan ini.
Pilih 4 isi sahaja.
1 isi = 3 Markah
(Fakta & Hurai/contoh 3M)
4 isi x 3 markah = 12 M
4 isi x 3 markah = 12 M
(b) Nasionalisme
F
1: Persoalan ini lahir sekitar 1930-an dengan kemunculan golongan penulis guru
dan wartawan seiring dengan pergolakan
sosial, ekonomi dan politik Malaya.
F2: Persoalan ini muncul
daripada dasar penjajah yang mengeksploitasi ekonomi dan mengabaikan
keperluan pendidikan tinggi anak-anak
Melayu.
F3:
Kemunculan pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin
Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menyemarakkan
lagi persoalan ini dalam karya sastera.
F4:
Persoalan nasionalisme dalam karya-karya novel seperti “ Putera Gunung Tahan”
dan “ Anak Mat Lela Gila”, karya Ishak
Haji Muhammad serta “Korban Keris Melaka”, karya Samsuddin Salleh menanamkan semangat cinta kepada tanah air.
F5
: Persoalan yang menggambarkan tindakan penjajah yang tidak adil telah membentuk semangat perpaduan bangsa,
F
6: Persoalan nasionalisme juga banyak diungkapkan melalui sajak-sajak yang
memperjuangkan kemerdekaan seperti
Masuri SN melalui sajak nya berjudul “Seribu Harapan”. .
Pilih 4 isi sahaja.
1 isi = 3 Markah ( Fakta 1M,
Hurai/contoh 2M)
4 isi x 3 markah = 12 M
4 isi x 3 markah = 12 M
2.
Asraf merupakan antara
tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.
(a) Jelaskan latar belakang tokoh [10 ]
(b)
Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh
ini. [15]
(a)
Latar
Belakang
F1. Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul
Wahab / nama pena Sastrawijaya
F2. Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam
Jawa, Kuala Selangor.
F3. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus darjah IV
di High School Kelang / 1940 bersekolah
di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika pendudukan
Jepun.
F4. Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria
Institution.
F5. Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor.
F6. Pada 1949 bertugas di Utusan
Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai
pengarang.
F7. Pernah berkhidmat
dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang, ketua pengarang dan akhirnya sebagai
pengurus pada tahun 1970.
F8. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR
dan di UKM secara sambilan.
F9. Tahun 1975 -1977 menjadi
pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far Eastern
Publisher.
F10.Pada tahun 1977 menubuhkan
penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.
Pilih 5 isi sahaja.
1 isi 2 markah
5 isi x 2 markah = 10 M
(b) Bincangkan isu
dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini. [15 m]
F1 : Asraf
membawa slogan “Seni Untuk
Masyarakat”.
H/C: Slogan ini
menekankan aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan /
maanfaat di akhir setiap pembacaan sesebuah karya. Ia dapat memberi mesej, pengajaran dan
memberi kesedaran kepada para pembaca.
Esei dan kritikan Asraf disiarkan dalam Utusan Zaman dan Majalah
Mastika.
F2 : Asraf
menekankan kesan positif karya terhadap
pembaca.
H/C: Karya seharusnya dilihat
dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi menangani masalah sosial
serta kepincangan masyarakat seperti rasuah, keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb.
F3 : Asraf
mahukan penulis menjadi agen perubahan masyarakat.
H/C: Pengarang dalam karyanya
mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak hidup dan arah pendirian
masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan daripada
pasif, mundur kepada aktif dan maju.
F4 : Polemik terjadi antara Asraf
dengan Hamzah tentang fungsi seni.
H/C : Pertentangan konsep atau falsafah seni yang
melibatkan falsafah Seni Untuk Masyarakat yang didokong oleh Asraf dengan
konsep Seni untuk Seni yang didokong oleh Hamzah.
F5 : Falsafah Seni
untuk Seni
H/C : Hamzah beranggapan sastera mestilah berfungsi
untuk mendidik dan menghibur dengan
meletakkan nilai estetika /keindahan gaya bahasa yang sama pentingnya dengan
fungsi social seperti mesej atau persoalan. Kritikan Hamzah dalam majalah
Hiburan, “Dalam Memajukan Sastera”, September 1950. Hamzah mempertahankan
pendirian terhadap kepentingan nilai estetika disamping nilai sosial dalam
karya sastera.
F6 : Slogan
Asraf berjaya meraih sokongan kebanyakan penulis ASAS 50.
H/C: Sebahagian
besar esei kritikan yang dihasilkan pengarang ASAS 50 membincangkan
tentang fungsi seni sastera untuk masyarakat. Ini selaras dengan moto ASAS 50,
iaitu Seni Untuk Masyarakat.
Pilih
5 isi sahaja.
1 isi = 3 Markah ( Fakta 2M, Hurai/contoh
1M)
5 isi x 3 markah = 15 M
5 isi x 3 markah = 15 M
Bahagian
B: Novel dan Cerpen
Jawab satu soalan sahaja
3. Jelaskan konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari
Kuala Lumpur karya Keris Mas dan peleraiannya
berdasarkan peristiwa dalam novel. [25m]
Konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas ialah;
F1 Konflik
antara En Muhammad dengan Rahim[2m]
H/C : Konflik tercetus apabila Rahim tidak
bersetuju dengan tindakan ayahnya menubuhkan syarikat perlombongan Lembah
Tualang di Kampung Pulai. Rahim menganggap bahawa ayahnya lebih mementingkan
diri serta kekayaan berbanding hal-hal lain. Hal ini menyebabkan Rahim
membantah sikap dan tindakan ayahnya yang menghalau penduduk Kampung Pulai ke
rancangan FELDA. [2m]
Peleraiannya; En Muhammad terpaksa mendengar
cakap anaknya iaitu Rahim dengan mengikut segala perancangan Rahim seandainya
ingin melihat anaknya meneruskan legasi perniagaannya. [1m]
F2 Konflik
antara En Muhammad dengan Lebai Maarup[2m]
H/C : Tindakan Lebai Maarup menyerahkan tanah
pusaka bapanya sebagai tanah wakaf dan bukan untuk tujuan perlombongan
menimbulkan rasa marah kepada En. Muhammad. Lebai Maarup mula mencetuskan
konflik secara halus apabila melihat tindakan En. Muhammad yang hanya ingin
mengaut keuntungan hasil daripada aktiviti perlombangan. Namun Lebai Maarup
tetap tidak berganjak dengan keputusan yang dibuatnya iaitu mewakafkan
tanahnya. [2m]
Peleraiannya; En Muhammad terpaksa menerima
keputusan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanah Lebai Maarup. [1m]
F3 Konflik
antara Sudin dengan Mat Akil[2m]
H/C : Konflik mula tercetus apabila kedua-dua
mereka meminati seorang wanita bernama Gayah.Konflik memuncak apabila pelbagai
peristiwa menimpa Sudin.Antaranya peristiwa kemalangan sewaktu menunggang
motosikal. Sudin dimasukkan ke hospital, namun Sudin yakin peristiwa tersebut
bukanlah kemalangan biasa tetapi seperti telah di rancang kerana dia teringat
bahawa topi keledarnya seperti di cabut orang dan dia juga turut mendengar
suara Mat Akil. [2m]
Peleraiannya :
Sudin berjaya mengahwini Gayah manakala Mat Akil terpaksa merengkok
didalam penjara. [1m]
F4 Konflik
antara keluarga Penghulu Mahmud dengan keluarga Iman Saad[2m]
H/C : Konflik antara dua buah keluarga tercetus sejak Zaman Orang
Kaya Datuk Indera Mat Saman. Konflik ini bermula apabila moyang Sudin iaitu
Lebai Maali seorang yang berpengaruh serta dihormati kerana ilmunya telah
dipersalahkan kerana tidak mengizinkan orang kampung yang kebanyakannya anak
murid beliau pergi menuntut bela atas kematian seorang penghulu. Penghulu
tersebut telah diberi kuasa oleh Datuk Mat Saman untuk menjalankan dan
mengusahakan kawasan lombong. Namun banyak lombong ditutup dan lenyap setelah
kematian penghulu tersebut disebabkan penyamun,perompak dan kongsi gelap. Sejak
itu, keturunan dan keluarga Iman Saad dipandang hina oleh keluarga Datuk Indera
Mat Saman. [2m]
Peleraian : Perhubungan antara keluarga Orang
kaya Datuk Indera Mat Saman dan Lebai Maali kembali pulih apabila Sudin dan
Gayah akhirnya berkahwin juga. [1m]
F5 Konflik
antara En Muhammad dengan Tauke Chan[2m]
H/C : Konflik antara En Muhammad dan Tauke
Chan tercetus apabila En Muhammad membuka kawasan perlombongan di Kampung
Pulai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Tauke Chan kerana beliau juga
berminat untuk memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan perumahan. Sebagai
rasa tidak puas hati Tauke Chan telah mengupah Pendekar Omar memusnahkan lading
orkid Cik Puan Tipah, memukul Ali iaitu pengurus ladang tersebut serta
rakan-rakannya. [2m]
Peleraian :
Tauke Chan bersama penghulu Mahmud gagal untuk mendapatkan tanah
dikampung Pulai bagi tujuan pembinaan kawasan perumahan. [1m]
F6 Konflik
dalaman yang dialami oleh Mahani[2m]
H/C : Konflik dalaman Mahani tercetus apabila
En Muhammad meminta Mahani membaca surat yang dikirimkan oleh anaknya Rahim.
Setelah membaca surat tersebut timbul persoalan dalam diri Mahani. Dia
menyedari bahawa En Muhammad ingin mengetahui dua perkara daripadanya .
Persoalan pertama, beliau ingin mengetahui sama ada Mahani menaruh hati
terhadap anaknya iaitu Rahim, persoalan kedua mengenai perasaan En Muhammad
yang ada menaruh maksud tertentu iaitu bukan sekadar hubungan majikan dan
pekerja. Namun walauapa pun perasaan yang tersimpan dalam hatinya, dia akan
tetap melahirkan perkara yang yang sesuai dengan kedudukannya serta memelihara
nama baiknya. [2m]
Peleraiannya :
Mahani , Sudin dan Rahim berkomplot untuk menyedarkan En. Muhamad dari
ketamakannya. Seterusnya hubungan antara Rahim dan Mahani direstui oleh kedua belah pihak dan
mereka akhirnya telah disatukan. [1m]
1 Fakta : 2m
H+C : 2m
1 peleraian : 1m
5 isi x 5m = 25 m
4. Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Kota
Wangi memberinya ketenangan. Kota
ini amat kecil dalam kemampuan rohnya yang besar. Walaupun manusia jin ramai di
sini, dia mampu menghadapinya. Dia sanggup menjinakkan jin itu. Sanggup.
“Walaupun
jin itu berekor, I sanggup mendepani
mereka”.
“Mereka
tidak akan mendengarkan apa yang you
cakapkan”.
Dia
merenung muka isterinya. Benarkah?
“Jin
yang berekor itu mudah jinak.”
“I tak yakin.Sebab, I tahu jin berekor susah dijinakkan.
Mereka berasa ada kepala sendiri. Bukan macam you jinakkan jin kampung.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,2003.
Cerpen
Kesementaraan dalam Mutiara Sastera
Melayu Moden
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 57)
(a)
“Walaupun
jin itu berekor, I sanggup mendepani
mereka”. Siapakah yang menuturkan
kata-kata tersebut dan nyatakan maksud berekor
serta jin dalam petikan di atas. [7]
(b) Jelaskan
peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perpindahan watak utama ke Kota
Wangi. [6]
(c) Bincangkan
citra masyarakat Kota Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen.[12]
a. Penutur yang menuturkan kata-kata tersebut
ialah watak utama iaitu dia.
Maksud berekor dalam petikan di atas ialah
F1: Golongan yang mempunyai tahap pendidikan
yang tinggi [1m]
F2: Golongan yang memiliki
sijil/diploma/ijazah/Master/PhD. [1m]
F3:
Golongan yang memiliki statusnya yang tersendiri. [1m]
Maksud Jin
Terdapat golongan ekor yang meneruskan
pelajaran dan sentiasa mencari peluang untuk terus mendapatkan pendidikan pada
tahap yang tertinggi. Semakin tinggi tahap pendidikan mereka semakin panjang
ekor yang dimiliki oleh mereka sehingga berubah menjadi jin. [4m]
b. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
perpindahan watak utama ke Kota Wangi ialah;
F1 : Peristiwa
melihat hanya orang-orang gaji penghuni Kota Wangi sahaja yang ke pasar [1m]
H/C : Dia hanya melihat orang-orang gaji
penghuni Kota Wangi sahaja yang ke pasar membeli barangan dapur sedangkan tuan
mereka memikirkan yang mereka tidak layak untuk ke pasar-pasar disebabkan taraf
pendidikan mereka. [1m]
F2 : Peristiwa
semasa majlis bacaan yasin[1m]
H/C : Peristiwa semasa dia dan isterinya
menghadiri majlis bacaan yasin. Dia merasa tertipu apabila selepas bacaan yasin
diadakan pula parti “make-up” menyebabkan mahu tidak mahu terpaksa juga
membelinya. [1m]
F3 : Peristiwa
semasa membakar sarang tebuan[1m]
H/C : Watak utama dan isteri merasakan bahawa
konsep kejiranan semakin terpinggir di Kota Wangi apabila ustaz yang sering
membaca khutbah Jumaat serta serta member nasihat berkaitan kejiranan tidak
menjenguk muka ketika watak utama dan seorang jiran India membakar sarang
tebuan di hadapan rumah ustaz tersebut. [1m]
F4 : Peristiwa
penghuni Kota Wangi yang terancam dengan gejala kecurian[1m]
H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi terpaksa
memasang jeriji di rumah kerana khuatir dan takut rumah mereka dimasuki
pencuri. Hal ini menyebabkan mereka merasa seperti berada dalam
kurungan. [1m]
Pilih mana-mana 3 isi
1 isi -2m
3 isi x 2m = 6m
c. Citra
masyarakat Kota Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen
F1 : Masyarakat yang mempunyai tingkat
pendidikan yang tinggi [1m]
H/C : Penghuni Kota Wangi dibezakan melalui
tahap pendidikan yang diterima oleh mereka. Mereka digambarkan sebagai ekor.
Semakin panjang ekor yang dimiliki oleh mereka semakin tinggi tahap pendidikan
dan penghormatan yang diterima oleh mereka. [2m]
F2 : Masyarakat yang pandai mengambil
kesempatan [1m]
H/C : Isteri watak “dia” telah menghadiri
kenduri bacaan Yasin sehingga terpaksa meninggalkan anak kepada kakaknya
semata-mata untuk meraikan jiran. Namun si isteri merasa tertipu apabila
setelah selesai bacaan Yasin, jirannya telah mengadakan parti ‘make-up’ menyebabkan pesan terpaksa
dibuat walaupun sedikit. [2m]
F3 : Masyarakat yang memiliki sikap
sombong/ego [1m]
H/C : Penghuni Kota Wangi mementingkan
statusnya. Oleh sebab itu mereka menyerahkan tugas membeli barang di gerai dan
pasar. Mereka juga dilihat tidak makan di gerai kerana tindakan tersebut tidak
menggambarkan identiti intelektual mereka. [2m]
F4 : Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan
budaya Barat [1m]
H/C :
Penghuni Kota Wangi menurut gambaran dia mudah terpengaruh
dengan sistem pendidikan acuan Barat menyebabkan penghuninya terpengaruh dengan
kehidupan ala ‘Boy George’, ‘Dallas’ dan ‘Dynasty’. [2m]
F5 : Masyarakat yang tidak mengamalkan
semangat kejiranan [1m]
H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi tidak
mengamalkan semangat kejiranan dalam kalangan mereka. Masing-masing menumpukan
hal sendiri. Hal ini menimbulkan rungutan dan perasaan sepi kepada watak isteri
kepada dia. [2m]
F6 : Masyarakat yang mempunyai sikap munafik
[1m]
H/C : Sikap munafik digambarkan melalui watak
seorang ustaz yang tinggal berdepan dengan rumah watak dia yang sering membaca khutbah Jumaat dengan member nasihat
berkaitan takwa dan semangat berjiran namun ustaz berkenaan tidak menjenguk
muka ketika watak dia dan seorang
jiran India membakar sarang tebuan di depan rumah ustaz tersebut. [2m]
F7 : Masyarakat yang terdiri daripada golongan
teknokrat/usahawan yang tamak [1m]
H/C : Penghuni Kota Wangi terdiri daripada golongan
usahawan yang tamak dan rakus mencari kekayaan dan kesenangan sehingga sanggup
membuat pinjaman bank berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mengaut keuntungan
sendiri. [2m]
F8 : Mayarakat yang sentiasa terancam dengan kes kecurian
[1m]
H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi memasang jeriji
kerana langkah berjaga-jaga bagi menggelakkan rumah mereka dimasuki pencuri.
Keadaan rumah yang berjeriji ini membuatkan mereka seperti berada dalam
kurungan. [2m]
F9 : Masyarakat yang taksub [1m]
H/C : Terdapat juga penghuni Kota Wangi yang begitu
taksub dengan agama sehinggakan mereka menolak kepada pemodenan. [2m]
Pilih 4 isi sahaja
Fakta-1 markah
Huraian/Contoh – 2 markah
4 isi x 3 markah = 12 markah
Bahagian
C: Drama
5 Baca
petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
SUARA GHAIB: Songkok pesok dek
lonjak, buat jahat tetap dibalas jahat, buat baik dibalas baik. Kau tetap
bersalah, Dahlan. Bukan sahaja bersalah kepada kerajaan dan masyarakat, kau
juga bersalah kepada agama. Agama kau peringan-ringankan. Agama sebenar buat
kehidupan di akhirat. Harta buat kehidupan di dunia. Kalau kau ingin beroleh
syurga dunia sebelum beroleh syurga akhirat, hendaklah berbudi pekerti dan
berakhlak yang baik. Kerana ini satu daripada kawan bahagia. Orang yang
semiskin-miskinnya di maya pada yang indah ini, ialah orang yang kekurangan
budi pekerti. Insaflah, Dahlan supaya kau hidup bahagia. Ingatlah, bahagia dan
kesedaran akan kekal jika disertai dengan perasaan keagamaan. Kebahagian yang
sejati taat kepada perintah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa. Berbudilah kau dengan
masyarakat. Hiduplah kau dengan persaudaraan. Ingatlah penyakit jiwa yang
sangat berbahaya ialah sombong. Dosa kau masih boleh diampun, asalkan kau
insaf.
(Dipetik daripada Majlis
Peperiksaan Malaysia [peny.],2003,
Mutiara
Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 219-220)
(a)
Di
manakah dialog di atas diucapkan? [2]
(b)
Jelaskan
empat konflik yang dihadapi Dahlan. [8]
(c)
Huraikan
lima mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas. [15]
(a)
Dialog
di atas diucapkan di dalam penjara [2]
(b)
Empat
konflik dalaman yang dihadapi Dahalan. [8]
F1 Dahlan menghadapi konflik rumah tangga.
HC- Dahlan terlalu bersosialdan berfoya-foya
sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumah tangga.. Dia terlalu ego dan tidak mahu mendengar nasihat Rahimah.
Ini menjadi punca kemusnahan tumahtangganya
F2 Dahlan berkonflik dengan Pak Hamid
HC- Dahlan juga berkonflik dengan Pak Hamid.
Dia bersikap angkuh dan tidak mengenang budi terhadap pak hamid yang banyak
berjasa kepadanya. Dia langsung tidak mahu mendengar nasihat Pak Hamid, malah
telah menghalau Pak Hamid keluar daripada rumahnya.
F3 Dahlan berkonflik dengan kerajaan.
HC- Dahlan telah tidak amanah ketika memikul
tanggungjawabnya. Dia memeras ugut orang
bawahannya untuk mendapatkan wang dan telah menerima rasuah RM10,000.00
daripada Tauke Leong.
F4 Dahlan berkonflik dengan Allah
HC- Dahlan terlalu taksub dengan cara hidup
Barat. Dahlan juga mengabaikan ajaran agama Islam. Dia hanya mengejar
kebahagian dunia tanpa memikirkan kebahagiaan akhirat, sedangkan kebahagian
sejati ialah dengan taat kepada perintah Allah.
F5 Dahlan berkonflik dengan masyarakat.
HC- Dahlan juga berkonflik dengan masyarakat.
Dia pernah menghalau Zakiah dan Lebai Alang yang datang untuk memungut derma
kebajikan agama untuk membesarkan masjid Kampung Sentosa. Dahlan pernah menuduh
Pak Hamid sebagai orang gila masyarakat.Selain itu dia juga turut menghalau
peminta sedekah yang datang dari Parit Tengah keluar dari rumahnya dan mengugut agar jangan datang lagi.
Pilih 4 isi
sahaja
1 isi = 2m
[1F +1HC]
4 isi X 2m =
8m
(c)
Lima
mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas. [15]
F1 Tidak mengabaikan ajaran agama
HC- Pengarang cuba menyelitkan mesej agar
tidak mengabaikan ajaran agama dalam menjalani kehidupan. Kehidupan yang
bahagia adalah kehidupan yang berteraskan ajaran agama. Kebahagian sejati ialah
taat kepada perintah Allah yang Maha Kuasa. Jangan sesekali meringan-ringankan
ajaran agama yang akan menjadi panduan hidup menuju kepada kebahagian akhirat.
F2 Berakhlak dan berbudi pekerti
HC- Menghormati ibu bapa dan orang tua adalah
suatu kewajiban setiap orang. Kita dilarang menyakiti mereka sebaliknya
memberikan kasih sayang seperti mana
mereka memberikan kasih sayang kepada kita. Perbuatan Dahlan yang biadap
dan menghalau Pak Hamid yang membelanya
sejak kecil adalah sesuatu yang tidak berakhlak dan tidak berbudi dan perlu
dielak oleh setiap insan ber nama anak.
F3 Hidup dalam persaudaraan
HC- Sebagai masyarakat Melayu yang beragama
Islam kita perlu mengekalkan kehidupan dalam persaudaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat saling
bantu membantu terutama ketika itu majoriti rakyat masih ketinggalan dalam pelbagai
bidang akibat penjajahan. Mesej ini disampaikan melaui usaha Pak Hamid, Rahman,
Lebai Alang dan Zakiah.
F4 Tidak sombong
HC- Pengarang juga meyelitkan mesej agar kita
tidak sombong. Sikap Dahlan yang terlalu sombong dengan satus dan kelayakan akademiknya
sehingga menjadi manusia yang terlalu
bongkak. Dia bukan sahaja sombong kepada isteri dan orang gajinya malah
kepada Pak Hamid; orang yang membelanya sejak kecil. Apatah lagi kepada peminta
sedekah yang datang ke rumahnya meminta sedekah. Sikap ini perlu dijauhi.
F5 Mengakui kesilapan dan kembali ke
pangkal jalan.
HC- Mesej seterusnya yang ingin disampaikan
pengarang kepada kita ialah mengakui kesilapan. Setiap manusia tidak telepas
dari melakukan kesilapan tetapi apabila kita sedari, kita harus kembali ke
pangkal jalan. Allah maha pengampun.
Pilih 5 isi
sahaja
1 isi = 3m
[1F +2HC]
5 isi X 3m =
15m
6(a) Nyatakan unsur seni budaya yang
terdapat dalam drama Malam Ini Penyu Menangis karya
Nordin Hasan. [6]
(b) Jelaskan peranan puisi dalam drama
ini. [9]
(c) Huraikan lima unsur perlambangan
dalam drama ini. [10]
(a) Unsur seni budaya yang terdapat dalam drama
Malam Ini Penyu Menangis.[6]
F1 Unsur Nyanyian
F2 Unsur Muzik Gamelan
F3 Unsur Tarian
F4 Unsur Tarian rodat
F5 Unsur Pantun
F6 Unsur Sajak
Pilih 3 isi
sahaja
1 isi = 2m
3 isi X 2m =
6m
(b) Jelaskan peranan puisi dalam
drama ini. [9]
F1 Unsur nyanyian
C- Halimi bermain gitar dan Uji Rashid dan
penyanyi lain menyanyi lagu pengenalan
tentang JM Azizi serta pengenalan drama ini dalam adegan satu.
F2 Muzik Gamelan
C- Gamelan digunakan memainkan lagu rakyat
Terengganu dalam adegan satu iaitu pembukaan drama dan dalam adegan dua
F3 UnsurTarian
C- Tarian banyak digunakan dalam drama ini
untuk memulakan sesuatu adegan dan juga untuk memperkenalkan sesuatu peristiwa
antaranya memperkenalkan watak JM Aziz
sebagai polis hutandan sebelum sesuatu puisi dibacakan
F4 Tarian rodat
C- Salah satu sumber ilham untuk JM Aziz
menulis sajak dan turut ditarikan dalam
adegan tiga ketika mengiringi Pantun Inang Rodat
F5 Unsur Pantun
C- Cik Wan berpantun dengan Samsinar
tentang keintiman JM Aziz dengan Cik Lijah,
pantun kasih sayang dan cinta sejati Cik Lijah kepda JM Aziz
F6 Sajak
C- Sajak menjadi teras dalam drama ini
kerana JM Aziz adalah ikon penulisan sajak yang memaparkan kesusahan hidupan
nelayan di Terengganu . Contoh sajak
Pantai dan Laut, sajak JM Aziz untuk
isterinya, sajak JM Aziz untuk gadis
yang menunggu kekasih ke laut , sajak JM Aziz tentang nelayan ,sajak tentang nelayan Allahyarham Jaafar dan
Ibrahim mentang kemasukan pelarian Vetnam, sajak tentang tentang kebesaran Allah tempat
berlindung, sajak tentang kepekaan kepada seni budaya dan sajak tentang kesabaran JM Aziz melawan
penyakit.
Pilih 3 isi
sahaja
1 isi = 3m
[1F +2C]
3 isi X 3m =
9m
(c) Huraikan dua unsur perlambangan dalam drama ini. [10]
F1 Lembaga berselubung hitam
HC- Lambang penyakit kusta .Simbolik tentang
gambaran JM Aziz yang diserang penyakit kusta sehingga menyebabkan kakinya
membesar.
F2 Penyu Menangis
HC- Lambang penderitaan hidup keluarga nelayan di Terengganu yang terpaksa berdepan
pelbagai kesusahan tanpa mendapat perhatian sewajarnya dari masyarakat.
F3 Watak Cik Lijah dan Minah
HC- Lambang cinta kasih sayang seorang isteri
yang tidak berbelah bagi walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan dan
penderitaan.
F4 Selendang
HC- Melambangkan sayap malaikat, dalam kisah
Qisasul Anbia, tentang cerita Nabi Allah Ayub yang diuji oleh iblis.
Pilih 2 isi
sahaja
1 isi = 5m
[2F +3HC]
2 isi X 5m =
10m
Bahagian
DSajak
Sewaktu Melintasi Kundasang
Lim Swee Tin
(a)
Terangkan maksud ungkapan yang berikut.
i Aku
telah dihimpit bising peradaban (baris
9) [2]
ii sepi
namun sentosa (baris
14) [2]
(b)
Jelaskan
dua perasaan yang dialami oleh
penyajak sepanjang berada di Kundasang. [6]
(c) Bandingkan
dua latar suasana yang dilalui oleh
penyajak. [6]
(d) Huraikan tiga unsur keindahan dalam sajak di
atas. [9]
(a)
Maksud ungkapan yang berikut.
i Aku telah
dihimpit bising peradaban (baris
9) [2]
Penyajak berasakan dirinya tersepit dengan kemajuan
sosial dan kebudayaan bangsa yang semakin hilang nilainya.
ii sepi namun
sentosa (baris
14) [2]
Biarpun terasa sunyi dan hening di Kundasang, namun
penyajak rasa tenteram/tenang/
Aman/damai/selesa.
(b) Dua perasaan yang dialami oleh penyajak
sepanjang berada di Kundasang.
[6]
Fakta
1 :
Rasa rindu
Huraian :Penyair
meluahkan rasa rindunya apabila berhadapan dengan Kundasang yang masih terpelihara seperti
bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis.
Contoh :Rangkap 1
Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik.
Fakta 2 : Rasa
takjub/kagum/terpegun
Huraian
: Penyair melahirkan rasa kagum dengan
keindahan alam yang luas terbentang.
Penyair merasa bahagia dapat menikmati suasana sepi di situ.
Contoh : Rangkap 2
Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia 10
yang luput
ketika kau tetap abadi menatap alam
menyaksi kejadian serba takjub
sepi namun sentosa
bahagia sekalipun purba.
Fakta 3 : Rasa
damai
Huraian
: Penyair dapat merasakan kedamaian di
Kundasang dengan suasana alam kehijauan yang masih terpelihara.
Contoh : Rangkap 1
damai dengan warnanya
tak terusik.
Pilih 2 isi
1 isi = 3
markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
2 isi = 2
isi x
3 markah
6 markah
(Rangkap
sajak mesti diturunkan)
c) Dua
latar suasana yang dilalui oleh penyajak. [6]
Fakta 1 Aman/damai/tenteram/tenang
Huraian Suasana
masih kekal dengan kehijauan alam yang memberi kedamaian dan
ketenangan kepada
kepada penyajak. Suasana yag sangat berbeza ini menyebabkan penyajak melupakan
seketika kehidupannya yang bercelaru di kota.
Contoh Rangkap
1
Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik.
Fakta 2 Suasana sibuk/ membingitkan
Huraian kehidupan di kota yang sibuk dan
semakin hilang nilai menyesakkan
kehidupan penyajak sehingga membuatkan manusia semakin hilang rasa kasih dan
sayang. Berbeza dengan suasana yang dialami di Kundasang, walaupun sepi dan
tiada pembangunan, penyajak tetap bahagia
Contoh Rangkap
2
Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia
yang luput
ketika kau tetap abadi menatap alam
menyaksi kejadian serba takjub
sepi namun sentosa
bahagia sekalipun purba.
Pilih 2 isi
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian,
1 markah contoh)
2 isi = 2 isi
x 3 markah
6 markah
(Rangkap
sajak mesti diturunkan)
(d) Tiga
unsur gaya bahasa dalam sajak di atas [9]
Fakta
1 :
Personifikasi
Contoh : aku
telah dihimpit bising peradaban/ angin dingin mengusap pohon-pohon
Kesan :
Menghidupkan imaginasi & memperjelaskan tanggapan
Fakta 2 : Asonansi
Contoh : matahari
melimpahkan sinar mutiaranya
Kesan : Menimbulkan kemerduan / kelembutan bunyi
Fakta 3 : Aliterasi
Contoh : sewaktu
melintasi kundasang
Kesan : Menimbulkan kemerduan bunyi
Fakta 4 : Inversi
Contoh : untuk melentur keras watakku
(sepatutnya
disebut ‘untuk melentur watakku keras’
Kesan : Memberi penegasan maksud yang lebih jelas
Fakta 5 : hiperbola
Contoh :
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
Kesan : memberi gambaran maksud yang berlebihan
Fakta 6 : Persamaan rima akhir
Contoh :
Kabus menipis di puncak Kinabalu
jalan di bawah berliku
Kesan : Memberi kemerduan bunyi apabila dideklamasikan
Fakta 7 : Paradoks
Kesan : Memberi jangkauan imaginasi yang lebih luas
Contoh :
bahagia sekalipun purba
Sepi namun sentosa
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3
markah ( 1 markah fakta, 1 markah contoh, 1 markah kesan)
3 isi = 3
isi x
3 markah
9 markah
Soalan
8
Sajak
Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi
(a) Jelaskan
nada yang diketengahkan melalui sajak ini. [4]
(b) Huraikan
tiga persoalan sajak di atas. [9]
(c)
Dengan memberikan contoh, huraikan empat unsur gaya
bahasa perulangan yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas.
[12]
(a) Nada yang
diketengahkan melalui sajak ini. [4]
Fakta 1 Nada
patriotik
Huraian Memaparkan
kata-kata/intonasi yang penuh bersemangat terhadap kecintaan
kepada
negara ./tekanan suara yang tinggi
Contoh Rangkap
9 atau 10 mana-mana yang sesuai
Mari kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.
atau
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan
nyali anak ke perabung maknawi
temani
tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.
Atau
Fakta 2 Nada
Sinis
Huraian Memaparkan kata-kata/intonasi yang
penuh sindiran terhadap kealpaan bangsa
yang melupakan sejarah perjuangan./tekanan suara tinggi dan rendah.
Contoh Rangkap
1/3/ 5/ mana-mana yang sesuai
Sesudah
mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
Esok kita bakal mengggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita
dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?
Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin
tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.
Pilih 1 isi sahaja
1 isi = 4
markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
4 markah
(b) Tiga
persoalan sajak di atas. [9]
Fakta 1 Kesedaran
terhadap perjuangan bangsa
Huraian/Contoh Rangkap
5
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia
tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa
Fakta 2 Penindasan
penjajah
Huraian/Contoh Rangkap
3
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
Fakta 3 cinta
akan tanah air / pendidikan agama
Huraian/Contoh Rangkap 10
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan
nyali anak ke perabung maknawi
temani
tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.
Fakta 4 Pengorbanan
pejuang dalam mempertahankan tanah air
Huraian/Contoh Rangkap
1
Sesudah
mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
Fakta 5 Keberanian
mempertahankan tanah air
Huraian/Contoh Rangkap
7
Esok kita bakal mengggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita
dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?
Fakta 6 Penderitaan
bangsa akibat penajajahan
Huraian/Contoh Rangkap
6
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka
berpinar ke nyali jagat
luka
berpinar ke rohaniah umat
luka
menyentak haluan kiblat.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3
markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
3 isi = 3 isi
x 3 markah
9 markah
(c)Dengan memberikan contoh, huraikan empat unsur gaya
bahasa perulangan yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [12]
Fakta
1 : Perulangan kata di tengah baris
Huraian :
Kata yang sama diulang di tengah baris yang memberikan keindahan bunyi
Contoh
: resah menggeliat ke tanah
resah menggeliat ke tanah
Fakta
2 : Asonansi
Huraian :
Perulangan bunyi vokal dalam baris yang menimbulkan kelembutan bunyi
Contoh
: guguplahir disuarakita
Fakta
3 : Aliterasi
Huraian :
Perulangan bunyi konsonan dalam baris yang memberikan kemerduan bunyi
Contoh
: hingga gugup mengatur genta pertama
Fakta
4 : Anafora
Huraian :
Perulangan kata di awal baris yang berturutan yang dapat memberi
penegasan
Contoh
: luka berpinar ke nyali
jagat
luka berpinar ke rohaniah
umat
luka menyentak haluan kiblat.
Fakta 5
: Epifora
Huraian :
Perulangan kata di akhir baris yang berturutan menimbulkan kesan
penegasan
Contoh :
gugup lahir di mata kita
gugup
lahir di suara kita
Fakta
6 :
Rima
Huraian : Persamaan bunyi suku kata yang sama/sejajar menimbulkan kemerduan
Contoh
: arena kita nanti bukan lagi
saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan
lagi tubuh sayap merpalang.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3
markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
4 isi = 4 isi
x 3 markah
12markah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan