SOALAN 1
1. Kemunculan Kerajaan Melayu Acheh pada abad ke
16 telah memperlihatkan
perkembangan pesat kesusasteraan Melayu
Islam di Nusantara.
a. Namakan dua
pemerintah Kerajaan Melayu Acheh
[4 M]
F1 - Sultan Iskandar Muda Johan Perkasa Alam Shah / 1606-1636
F2 - Sultan Iskandar Thani / 1636-1642
2 isi x 2M = 4 M
b. Jelaskan
dasar-dasar pemerintah yang membawa kemajuan kesusasteraan Melayu
Islam
di Acheh. [ 9M]
F1 - Galakkan
dan minat pemerintah memperkembang hasil kesusasteraan Melayu Islam
H -
Sultan Iskandar Muda dan Sultan Iskandar Thani berminat
menyertai hal-hal berkaitan
sastera dan agama Islam.
F2 - Istana
menjadi pusat kegiatan
mengumpul, pengembangan dan penyebaran karya sastera.
H – Istana Acheh
menjadi pusat perkembangan karya-karya untuk disebarkan dan berkembang pesat di kalangan rakyat.
F3 – Memberi
perlindungan/kemudahan kepada
golongan ulama, sasterawan
dan pujangga.
H – Ulama dari dalam
dan luar negeri seperti
Arab dan India berkumpul di Acheh
dan mengembangkan ilmu
pengetahuan, tasauf dan tariqat.
F4 – Memberi
kerjasama yang rapat dengan golongan
ulama, sasterawan dan
pujangga.
H- Istana memberi kerjasama
dengan ulama tempatan/ luar seperti
Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan Bukhari Al Jauhari serta Nuruddin Al Raniri dari India, Abu Khair ibni
Sheikh ibn Al hajar dari Arab.
Pilih 3 isi
1 isi = 2 M [1 F= 2 M, H = 1M]
3 isi x 3 M = 9M
c. Senaraikan tokoh pengarang serta karya yang dihasilkan
pada zaman Kerajaan
Melayu Aceh. [12M]
F1 – Hamzah
Fansuri - Syair Perahu, Syair Burung Pinggai, Sejarah
Rubai
F2 – Nuruddin al
Raniri – Bustanus Salatin
F3 – Bukhari al Jauhari – Tajus Salatin
F4 – Samsudin al
Sumatrani – Usul Talqiq
F5 – Abd. Rauf
Singkel – Bayan Al Tajjali
F6 – Abu Khair ibn
Syeikh al Hajar – Kitab Al-Saif al-kati (Pedang Tajam)
Pilih 4 isi sahaja
1 isi =3 M [1 F= 2 M, Contoh= 1M] * Contoh tanpa Fakta tiada markah.
4 isi x 3 M = 12 M
SOALAN 2
2. Tun Sri Lanang merupakan tokoh cendekiawan
Melayu tradisional yang memainkan
peranan penting pada zaman Kesusasteraan Melayu tradisional.
a. Nyatakan latar belakang tokoh ini. [10
M]
F1. Nama penuhnya
ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad / nama timangan Tun Sri Lanang
F2. Dilahirkan pada
tahun 1565 di Seluyut, Johor.
F3. Anak keturunan
Bendahara Kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama.
F4. Cucu
kepada Bendahara Seri Maharaja Tun
Mutahir.
F5. Menjadi Bendahara Johor (1570-1579) dengan gelaran Paduka Raja III pada zaman Sultan
Alaudin Riayat Shah III dan
Raja Abdullah Maayah Shah.
F6. TSL telah ditawan dan dibawa ke Acheh.
F7. Telah belajar
agama dengan Sheikh Nuruddin Al raniri
F8. Mengajar bahasa
Melayu kepada Syeikh Nurudin Al raniri.
F9. Meninggal dunia di
Acheh sebagai Raja di Samalanga,
Aceh 1659
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 2 M [1F= 2 M]
5 isi x 2 M = 10 M
b. Jelaskan
peranan tokoh dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu [6 M]
F1/ H Sebagai Penyusun sastera sejarah.
Menulis semula buku sejarah Melayu (1612) iaitu peristiwa sejarah atau bukan sejarah raja-raja Melaka sehingga abad ke 17 setelah mendapat perintah daripada Raja Abdullah Maayah Shah.
Menulis semula buku sejarah Melayu (1612) iaitu peristiwa sejarah atau bukan sejarah raja-raja Melaka sehingga abad ke 17 setelah mendapat perintah daripada Raja Abdullah Maayah Shah.
F2/H Sebagai
Penulis/Pengarang istana.
TSL sangat luas pengetahuannya tentang sejarah
pertuanan Melaka dan Johor. TSL sangat teguh pegangannya kepada system feudal
dan taat setia kepada raja.
F3/H Sebagai
Penasihat kepada Sultan Kerajaan Melayu Acheh.
TSL dijadikan
Penasihat setelah ditawan oleh Kerajaan Acheh iaitu Sultan Iskandar Muda,
Sultan Iskandar Thani dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin Shah.
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 M [1 F=1M, H = 2M]
2 isi x 3 M = 6 M
c) Huraikan
dua sumbangan penulisan tokoh ini [9 M]
F1 – Mengarang dan
menyusun Sulalatus Salatin
H- Pada tahun 1612
atas perintah Raja Abdullah Maayah Shah
berdasarkan naskah Sejarah Melayu.
Naskah ini ditulis di negeri Melaka yang telah dibawa Portugis ke Goa, kemudian
dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Sogoh.
F2 -
Memperbaiki naskah/ menyusun semula.
H - Pelbagai
perubahan dan tokok tambah sehingga lengkap menggambarkan sejarah orang Melayu
dan pemerintahan Melayu terutama kegemilangan kerajaan Melayu Melaka hingga
kejatuhan diserang oleh Peringgi (Portugis).
F3 – Menghasilkan
karya ini dalam bentuk menarik
H - Menggambarkan
kebijaksanaan, pengetahuan luas serta kreatif dan estetik. Sulalatus Salatin
atau Sejarah Melayu ini telah menjadi perhatian dan rujukan sastera bagi orang
Melayu sejak zaman berzaman.
F4 – Mengangkat
martabat/ kedudukan raja-raja Melaka.
H- Ia
merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sesebuah negara-kota dan
dinasti raja-raja Melayu dari zaman Raja Iskandar abad ke-15 sehingga Sultan
Alauddin Riayat Syah 111 di abad ke-17.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 M [1 F=2 M, H = 1M]
3 isi x 3 M = 9 M
SKEMA
BAHAGIAN B : KARYA AGUNG
SOALAN 3
Waadat merupakan
perjanjian yang dipersetujui antara pihak raja dan rakyat. Berdasarkan teks
Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu:
a.
Jelaskan peristiwa yang menyebabkan terjadinya waad. (5 markah)
Fakta
-
Seri Teri Buana berkahwin 39 kali
Huraian
-
twanita yang dikahwininya
mendapat penyakit kedal
Fakta
-
Seri Teri Buana ingin berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun
-
Raden Cendera Puri.
Huraian
Demang
Lebar Daun bersetuju
dengan
syarat Raden Cendera Puri tidak dikeluarkan dari istana jika mendapat kedal.
maksimum
5markah
|
2
1
2
2
1
1
|
b.
Jelaskan syarat-syarat waad
(14 markah)
Fakta
-
Demang Lebar Daun sedia menjadi hamba/rakyat kepada Seri Teri
Buana
-
Hamba/Rakyat mesti diperbaiki/dijaga oleh keturunan Seri Seri
Buana
-
rakyat yang bersalah boleh dihukum
-
tetapi tidak boleh difadihat/dinista/diaibkan
-
Jika anak cucu Seri Terti Buana / raja bersalah/zalim, jangan
hamba Melayu derhaka
-
Jangan menitikkan darah raja ke bumi / membunuh raja /
mencederakan raja
-
Jika hamba Melayu derhaka, mendapat tulah / dibalikkan Allah
bumbung rumah ke bawah
-
Jika raja zalim / melanggar waad dibinasakan negeri dan takhtanya
/ raja kehilangan negeri
maksimum14
markah
|
2
2
2
2
2
2
2
2
|
c.
Huraikan dua peristiwa perlanggaran waad dan kesannya, satu oleh
pihak raja, dan satu oleh pihak rakyat.(6 markah).
(Raja) – mana-mana satu
Fakta
-
Seri Maharaja membunuh Tuan Jana Khatib
Huraian
-
Singapura dilanggar todak
Fakta
-
Raja Iskandar Syah menyula anak Sang Rajuna Tapa di hujung Pasar
(mengaibkan)
Huraian
-
Singapura alah kepada Majapahit yang dibantu oleh Sang Rajuna
Tapa
Fakta
-
Raja M uhammad membunuh Tun Besar anak Tun Perak
Huraian
-
Tidak dilantik menjadi raja Melaka, sebalik hanya menjadi raja Pahang
Fakta
-
Sultan Mahmud melakukan banyak kezaliman
Huraian
-
Melaka alah kepada Perenggi (Portugis)
3markah
(Rakyat) – mana-mana satu
Fakta
-
Sang Rajuna Tapa belot kepada Raja Iskandar Syah dengan membuka
pintu kota semasa serangan Majapahit
Huraian
-
menjadi batu bersama isterinya
Fakta
-
Hang Jebat menderhaka
Huraian
-
Mati dibunuh Hang Tuah
3 markah
|
2
1
2
1
2
1
2
1
2
1
2
1
|
SOALAN 4.
a. Huraikan maksud rangkaikata “kerana jikalau alah salah
seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda”. (3 markah)
kerana jika Badang
atau Benderang kalah, akan menyebabkan hubungan tuanku dengan paduka adinda
menjadi renggang.
3 markah
|
3
|
b. Huraikan kisah yang terjadi
sebelum peristiwa di atas. (10 markah)
Fakta
F1 Raja Perlak menghantar
Benderang untuk beradu kekuatan dengan Badang
F2 Tun Perpatih
Pandak diminta mengiringi
Benderang ke Singapura
F3 Pertaruhannya isi
sebuah gedung
F4 Badang meminta
Seri Rakna Pikrama (raja Singapura)
menjemput Benderang ke
istana untuk diuji
F5 Benderang menindih
paha Badang tetapi Badang berjaya mengangkatnya
F6 Benderang gagal
mengangkat paha Badang
F7 Benderang meminta
Tun Perpatih Pandak membatalkan adu kekuataan dengan
Badang
maksimum12 markah
|
2
2
2
2
2
2
2
2
|
c.
Huraikan peristiwa-peristiwa lain yang
menunjukkan kekuatan Badang. (12 markah)
F1 Membantun hutan kayu besar sehingga remuk sehingga menjadi
terang
F2 Berperahu pilang panjang lapan bergalahkan batang kempas
sebesar pemeluk
F3 Terjatuh dari pokok kuras menyebabkan batu terbelah
F4 Menolak pilang panjang 15 milik raja seorang diri
F5 sedangkan 500 orang gagal menolaknya beramai-ramai
F6 Menewaskan pahlawan dari benua Keling
F7 Nadi Bija Niakra
F8 dalam adu kekuatan mengangkat batu besar
Maksimum 10
markah
|
2
2
2
2
2
2
2
2
|
SKEMA BAHAGIA C
SOALAN 5
a. Jerudeh bersama-sama Sang Bimanyu semasa
melakukan upacara pemujaan [1]
Peranan
F 1- Jerudeh ialah pembantu kepada Sang
Bimanyu [1]
F2- Bertanggungjawab mengembara [1]
F3- menjaga keselamatan Sang Bimanyu semasa
pencarian mendapatkan Dewi Satya Sundari
[1]
Pilih 2 isi untuk peranan
1 isi – 1m
2 isi – 2m
b. Lima
pengaruh Hindu yang terdapat dalam Hikayat Pendawa Lima [10]
F1. Unsur pemujaan [1]
Upacara
ini dapat dilihat semasa Sang Bimanyu menjalankan upacara pemujaan yang
dinamakan ”Pertitis”, iaitu batu yang menyerupai patung bagi memudahkan
pencarian [1]
F2. Unsur penyamaran [1]
Unsur
penyamaran banyak diperlihatkan dalam Hikayat Pendawa Lima, contoh paling jelas
diperlihatkan melalui watak Maharaja Gatotkaca dan Sang Centaka Sudarsa yang
menyamar menjadi Dewi Satya Sundari dan Si Darapanah sewaktu peristiwa
penculikan Dewi Satya Sundari . [1]
F3. Unsur Kesaktian [1]
Unsur ini banyak diperlihatkan semasa
pertempuran antara Maharaja Gatotkaca dan puak Korawa. Semasa pertempuran,
Maharaja Gatotkaca telah melambungkan cakeranya ke udara dan dengan seketika
hujan ribut beserta petir dan halilintar telah turun. [1]
F4. Konsep Kesucian [1]
Dalam kepercayaan Hindu, ’betara’ dianggap
sebagai dewa (tuhan) yang mempunyai kuasa terhadap alam semesta dan manusia.
Didalam cerita ini turut diperlihatkan Betara Krishna yang bertindak
mendamaikan puak-puak yang bersengketa. [1]
F5. Penggunaan mantera [1]
Penggunaan mantera ini diperlihatkan apabila
Sang Bimanyu ingin mendapatkan Dewi Satya Sundari. Sebagai contoh, Sang Bimanyu
membaca mentera untuk menidurkan semua dayang yang mendampingi Dewi Satya
Sundari bagi memudahkan tugasnya untuk menculik Dewi satya Sundari. [1]
F6. Penggunaan nama-nama watak [1]
Kesemua nama-nama watak dalam hikayat ini
jelas memperlihatkan terdapatnya unsur-unsur Hindu. Antaranya Dewi Satya
Sundari, Betara Krishna, Maharaja Duryudana, Betara Durga, Laksamana Kumara dan
lain-lain lagi. [1]
F7. Nama-nama tempat [1]
Tempat-tempat yang terdapat dalam Hikayat
pendawa lima juga turut mengambarkan unsur Hindu, antaranya Purabaya, Gunung
Ugra Bajra, Wukir Bijra, Astinapura dan lain-lain. [1]
Pilih mana-mana 5 isi sahaja
1 Fakta – 1 markah
H/C – 1 markah
5 isi – 5 x 2m – 10m
c. Watak-watak bukan manusia yang terdapat
didalam hikayat ini ialah
F1. Kalaputra [1]
Digambarkan seorang bota yang terlalu besar
dan panjang, telah ditugaskan oleh Betara Durga untuk mencari makanan.
Kalaputra telah menangkap Sang Bimanyu untuk dipersembahkan sebagai makanan
kepada Betara Durga. [2]
F2. Sang Wilanata [1]
Digambarkan sebagai seorang raksasa yang
terlalu tua memegang rantai dan membawa kunci. Ditugaskan menjaga taman
Maharaja Gatotkaca. Setelah mendengar penjelasan daripada Sang Bimanyu, timbul
rasa kasihan dalam dirinya dan Sang Wilanata telah memanggil Maharaja Gatotkaca
untuk berjumpa dengan Sang Bimanyu. [2]
F3. Betara
Durga [1]
Digambarkan kepalanya seperti sebuah bukit
yang besar, rambutnya seperti rupa akar jawi-jawi dan tergoyang-goyang, matanya
buntar seperti matahari baru terbit, hidungnya seperti dua buah gua, dadanya
bidang seperti padang yang maha luas. Demikianlah gambaran fizikal Betara
Durga.[2]
F4. Sura Brajangga [1]
Sura Brajangga merupakan rata atau kenderaan
yang dinaiki oleh Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimanyu sewaktu pergi ke istana
Maharaja Baladewa.[2]
F5. Rakyat Maharaja Gatotkaca [1]
Rakyat Maharaja Gatotkaca terdiri daripada
rakyat raksasa, raksasa tersebut ramai sehingga gegap gempita bunyinya,
digambarkan juga raksasa tersebut bertebangan dan rambutnya seperti awan yang
mengandungi hujan.[2]
F6.
Rakyat Betara Durga [1]
Rakyat Betara Durga terdiri daripada pelbagai
rupa, ada yang terdiri daripada binatang yang memakan manusia, raksasa bota, wela dan hantu syaitan. [2]
F7.. Rangga Bajang [1]
Bota yang hebat dan besar seperti Bukit
Mahameru. Rangga Bajang juga merupakan panglima rakyat Betara Durga. [2]
F8..
Sang Brajadanta [1]
Merupakan raksasa, antara yang menyedari akan
penyamaran yang dilakukan oleh Maharaja Gatotkaca dan segera melaporkan kepada
Laksamana Kumara. [2]
Pilih mana-mana 4 isi sahaja
1 isi –
1m
H+C –[1F+2H/C]
4 x 3m = 12m
SOALAN 6
a) Jelaskan latar belakang tokoh yang
dinyatakan dalam petikan
F1- Nama sebenar Imam Shafii ialah Muhammad B.
Idris B. Al- Abbas B. Uthman B. Shafii B. Saib B. Ubayd B. Abdul Yazid B.
Hashim B. Abdul Muttalib B. Abdul Manaf
F2- Seketurunan dengan Nabi Muhammad s.a.w
F3Mendapat gelaran Shafii daripada datuknya
yang ketiga
F4-Dilahirkan di Ghazzah (Palestin) pada tahun
150H
F5-Dibesarkan di Makkah
F6-Imam Shafii menghafaz al-quran semasa
berusia tujuh tahun
F7-Menghafaz hadis Muwatta semasa berusia 10
tahun
F8-Antara tokoh yang pernah menjadi guru
kepada Imam Shafii ialah Ismail Bin Ulyah/ Imam Malik / Abdul Wahab Bin Abdul
Majid al-Thaqafi.
F9-Beliau memiliki pekerti yang baik/akal yang
tajam /fasih pertuturannya.
F10-Imam shafii r.a mengkhatamkan al-quran
sekali setiap hari
F11-Beliau juga mengkhatamkan al-quran enam
puluh kali pada bulan Ramadan sewaktu dalam sembahyang
F12-Antara ciri-ciri fizikal yang dimiliki
oleh beliau ialah memiliki raut wajah yang panjang/ berhidung mancung/berleher
jenjang/ berjanggut/ berkulit hitam manis dan agak tinggi orangnya.
Pilih mana-mana 6 isi
1 isi -2m
6 isi – 12m
b. Pembahagian waktu yang diamalkan oleh Imam
Shafii r.a ialah beliau telah membahagikan malamnya kepada
Tiga
bahagian. [1]
-Satu bahagian dibahagikan bagi ilmu [2]
-satu bahagian dibahagikan bagi sembahyang [2]
-satu bahagian dibahagikan bagi tidur [2]
c. Galurkan peristiwa yang menyebabkan Imam
Malik mengatakan Imam Shafii r.a tidak beradab ialah
F1-Peristiwa sewaktu Imam Malik membacakan
hadis Rasulullah s.a.w dilihatnya Imam Shafii r.a sedang bermain-main dengan
air liur diatas tangannya.[2]
F2-Peristiwa ini telah menyebabkan Imam Malik
memarahi Imam Shafii r.a kerana menganggap perbuatan tersebut dianggap tidak
sopan. [2]
F3-Walaupun tidak mempunyai kertas untuk
menulis namun disebabkan tahap pemikiran yang tajam maka Imam Shafii r.a mampu
membaca semula setiap hadis yang ditulis di atas tapak tangannya serta
menghafalnya. [2]
F4-Hal ini menyebabkan Imam Malik tercenggang
dengan kebolehan Imam Shafii kerana tiada apa-apa yang tertulis di tapak tangan
. [2]
Pilih 3 isi
1 isi – 2m
Susunan fakta mesti mengikut tertib.
Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional
SOALAN 7
(a)
Namakan
jenis puisi di atas. [1]
Jenis
Puisi: Peribahasa Berangkap Dua Baris
(b)
Huraikan
tiga teknik penulisan puisi di atas. [6]
F
- Rangkap
HC- Mempunyai lima rangkap
F- Jumlah baris dalam rangkap
HC- Mempunyai dua baris serangkap / bentuk
distinkon
F- Jumlah perkataan sebaris
HC- 3-5 perkataan sebaris
F- Jumlah suku kata sebaris
HC- 8-10 suka kata sebaris
F- Rima
HC- Skema rima akhir R1,R3,R4 – a,a; R2,R5 –
ab
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 2m [1F +1HC]
3
isi X 2m = 6m
(c)
Jelaskan
maksud ungkapan atau rangkai kata di bawah ini. [6]
(i)
Lulus
angan dilakukan,
Lulus kaki dilangkahkan.
Maksud: Pertimbangan wajar perlu
dilakukan sebelum melakukan sesuatu kerja.
ii)
Biar
bersimbah peluh di muka,
Jangan tersingkap kain bahasan.
Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan
bersungguh-sungguh tanpa mengadaikan maruah diri.
(iii)
Bongkok
kail penyangkut insang,
Bongkok fiil penyangkut hutang.
Maksud: Sikap sesaorang yang suka
berhutang merupakan sikap yang buruk
1
isi = 3m
3
X 3 isi = 9m
(d)
Bincangkan
tiga pengajaran yang terdapat dalam
puisi di atas. [12]
Tiga
pengajaran puisi:
F- Kita
mestilah mempunyai pertimbangan yang
rasional.
H/C- Jika kita hendak melakukan susuatu
pekerjaan kita mestilah memikirkan perkara
tersebut dengan semasak-masaknya sebelum melakukannya.
Rangkap 1: Lulus angan dilakukan,
Lulus kaki dilangkahkan.
F- Kita
hendaklah berusaha mencari rezeki yang halal
H/C- Biar kita susah mencari rezeki dengan cara
yang halal tanpa perlu mengadaikan maruah.
Rangkap 2: Biar bersimbah peluh di muka,
Jangan tersingkap kain basahan
F- Kita
jangan suka berhutang
H/C- Sikap
suka berhutang merupakan suatu sikap yang buruk
Rangkap 3: Bongkok kail penyangkut insang,
Bongkok fiil penyangkut hutang.
F- Kita
mestilah tabah / gigih menghadapi cabaran.
H/C- Sesuatu pekerjaan itu perlulah dilakukan
dengan tabah dan melalui pelbagai kepayahan sebelum kita boleh mengecapi
kejayaannya.
Rangkap
4: Di dalam manis ada pahitnya,
Didalam pahit ada manisnya.
F- Kita
jangan mengapi-apikan kemarahan seseorang.
H/C- Perbuatan mengapi-api atau mengadu-domba
adalah perbuatan yang tidak baik terutama bagi orang yang telah sedia bersengketa.
Rangkap 5: Kalau puntung masih berapi,
Jangan dihembus-hemus juga.
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 3m [2F +1H/C]
3
isi X 3m = 9m
SOALAN 8
(a)
Nyatakan
jenis puisi di atas. [1]
Jenis
puisi: Ghazal
(b)
Jelaskan
tiga teknik penulisan puisi di atas. [6]
F- Jumlah rangkap
H- Mempunyai satu rangkap.
C- Seluruh rangkap ghazal
F- Jumlah baris
H- Bentuk bebas, mempunyai 12 baris
C- Seluruh rangkap ghazal
F- Jumlah suku kata
H- Jumlah suku kata antara 9 – 32 suku kata
C- Baris 7 terdapat 32 suku kata; baris 11
terdapat 9 suku kata.
F- Perkataan sebaris
H- Jumlah perkataan sebaris antara 4 – 14
patah perkataan.
C- Baris 7 terdapat 14 perkataan sebaris;
baris 12 terdapat 4 perkataan sebaris.
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 2m [1F +1HC]
3
isi X 2m = 6m
(c)
Berikan
maksud ungkapan di bawah seperti yang terdapat dlam puisi di atas. [6]
(i)
Kekasih
aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga
dengan bawa pun ia juga
Maksud: Cinta terhadapTuhan/ ilmu
kitab/manusia dianggap sebagai kekasih hati
(ii)
Dijauh
daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun
hidup sia-sia juga,
Maksud: Orang yang tiadak mengasih
Tuhan/tidak memiliki ilmu/tidak mengasihi sesame manusia hidup dalam sia-sia
(iii)
Nyawa
itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan
Hati
manusia juga membawa suka,
Maksud: Orang yang mencintai Tuhan / memiliki ilmu / mengasihi sesame
manusia sentiasa bahagia
(d)
Huraikan empat gaya bahasa dalam puisi di atas. [12]
F- Simile
H- Bahasa perbandingan/kiasan secara terus
membandingkan dengan sesuatu objek /suasana/konsep.
C-
Kekasih aku seperti nyawa
mulia juga
F- Anafora
H- Peulangan kata pada awal baris yang
berturutan.
C- Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih
ia juga dengan bawa pun ia juga,
F- Epifora
H- Perulangan kata pada akhir baris
berturutan.
C- Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia
juga dengan bawa pun ia juga,
F- Perulangan
H- Kata/diksi/ungkapan yang diulang-ulang.
C- Perkataan ‘nyawa’ diulang lima kali seperti dalam B1, B3, B7, B11
F Hiperbola
H- Pernyataan yang berlebih-lebihan.
C- Jika seribu tahun hidup sia-sia B4
F- Inversi
H- Ayat pasif/pembalikan kata dalam
kalimat.
C- Dijauh daripada nyawa itu barang siapa.
B3
F- Aliterasi
H- Pengulangan bunyi konsonan dalam baris.
C- Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia
juga, Perulangan konsonan ‘s’.dalam B6
F- Asonansi
H- Perulangan bunyi vokal dalam baris.
C- Jika seribu tahun hidup
sia-sia juga, ; Perulangan vokal ‘i’dalam B4
Pilih
4 isi sahaja
1
isi = 3m [1F +1H+1C]
4
isi X 3m = 12m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan