ð Bangsa Asing. Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom. Puteri Syahrul Bariyah berbangsa India. Demang Lebar Daun, bangsa Melayu Palembang.
ð Masyarakat yang hidup dalam laut. Kaum Bu Sum di negeri Dika.
ð Masyarakat jin. Asmaghiah peri yang mengambil mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman.
ð Bangsa Cina. Biasa datang ke Temasik untuk berniaga. Menipu Raja Suran.
ð Masyarakat melayu tradisional. Melayu Singapura dan Melaka. Tanah Melayu.
ð Bangsa Jawa terutama dari Majapahit. Ramai orang Jawa di Melaka. Hang Tuah juga berasal dari Sulawesi. Anak Raja Bajung dari Makasar.
ð Kalangan istana. Raja / Sultan, anak-anak raja, pembesar-pembesar.
ð Terdapat golongan hamba seperti Badang dan bentara di istana raja-raja di Singapura, Majapahit dan Melaka.
ð Terdapat orang Arab seperti Maulana Sheikh Abdul Aziz yang membawa Islam ke Melaka,
ð Masyarakat dari Eropah iaitu orang-orang Peringgi / Benggali Putih / Portugis yang menawan Melaka.
ð Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani, nelayan. Raja Kassim pernah jadi nelayan di Melaka. Ada petani bertanam padi dan menternak binatang. Badang adalah hamba yang mengerjakan tanah ladang.
ð Terdapat golongan tukang. Di Singapura ada tukang yang boleh menarah rambut di kepala menggunakan kapak. Orang-orang Melaka menyiapkan istana Sultan Mansur dalam masa sebulan sahaja.
ð Bijaksana. Mencipta peti dari kaca untuk Raja Suran masuk ke dalam laut. Menewaskan angkatan Siam yang menyerang Melaka.
ð Berkuasa sakti / hikmat. Raja Suran dapat masuk ke dalam laut. Menunggang kuda semberani untuk pulang ke dunia. Anak-anak raja Suran menaiki lembu yang boleh terbang.
ð Berani. Tun Perak dan Hang Tuah adalah antara pahlawan Melaka yang terkenal. Hang Tuah menghapuskan 74 orang mengamuk di Melaka.
ð Handal dalam seni silat dan peperangan. Orang Melayu dapat mengalahkan angkatan Siam di bawah pimpinan Tun Perak. Hang Tuah dapat mengalahkan pahlawan-pahlawan Majapahit termasuklah Taming Sari.
ð Beragama Islam. Sultan Muhammad Syah menerima Islam dari Rasulullah di dalam mimpi. Sheikh Abdul Aziz datang mendakwahkan Islam ke Melaka. Terdapat kadhi dan ulama-ulama tasawuf di Melaka.
ð Rakyat yang taat setia kepada raja. Demang Lebar Daun, Tun Perak dan Hang Tuah adalah contoh rakyat yang sangat setia terhadap raja. Rela melakukan apa sahaja untuk raja.
ð Rakyat yang berani menentang raja. Hang Jebat pula adalah rakyat yang berani menentang raja. Beliau merampas istana Sultan dan bermaharajalela di dalamnya.
ð Masyarakat majmuk. Di Melaka terdapat orang-orang Melayu, Jawa, Cina, India dan Arab. Mani Purindam dan anaknya Tun Ali telah membawa masuk ramai orang-orang India muslim ke Melaka. Patih Kerma Wijaya pula antara pembesar Jawa di Melaka. Puteri Hang Liu pula telah datang bersama 500 orang pengiringnya ke Melaka dari negeri Cina. Ulama-ulama Islam seperti Maulana Sheikh Abdul Aziz pula datang dari Arab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan