Ahad, 29 Jun 2014

Penghayatan Cerpen Dan Drama

1. Tema dan persoalan
TEMA – Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera.
Dalam karya prosa yang bukan cereka, tema mungkin dianggap sebagai persoalan umum
dalam perbincangan, bahan karangan ataupun yang disebut tesis. Merupakan gagasan /pemikiran utama / pandangan / sikap / kritikan / falasafah / serta perbincangan seseorang penulis. Tema boleh berupa apa sahaja, seperti peperangan, cinta, kemiskinan, kekecewaan, dan lain-lain. Tema akan dirasai oleh pembaca setelah selesai membaca sesebuah novel.

PERSOALAN - merupakan isu-isu kecil @ sampingan yang diketengahkan oleh pengarang
untuk mendokong tema. Ianya hadir bersama rentetan peristiwa/ plot.

UNSUR KERELEVANAN - bermaksud mempunyai hubungan dan kaitan @ pertalian dengan topik yang dibincangkan oleh pengarang. Latar masa menjadi pengukur menentukan samada gagasan pemikiran pengarang relevan atau tidak dengan masa sesuatu karya itu dihasilkan. Contohnya novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur yang ditulis tahun 1980-an dianggap relevan dengan isu semasa pada tahun itu seperti
MAKNA HARAFIAH : Makna yang dikesan/ dirasai secara langsung dari karya yang dibaca.

Disebut juga makna tersurat

MAKNA TERSIRAT: Makna yang terselindung/ tersembunyi disebalik tema dan persoalan. Dalam sesebuah karya memang terdapat kedua-dua makna ini. Untuk mengesan makna tersirat lebih susah daripada mengesan makna tersirat kerana pembaca terpaksa berfikir dan menduga-duga maknanya. Belum pasti apa yang diduga pembaca sama dengan pemikiran pengarang

Nilai
a. Kemanusiaan

TAKRIFAN: Nilai Kemanusiaan- Nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh seseorang watak kepada watak lain dalam sesebuah karya sastera, ianya berkait rapat dengan isu yang diketengahkan oleh pengarang Contoh: Belas kasihan, simpati, kesetiaan, kecekalan, kerajinan, kejujuran, mengenang budi dan sebagainya.

b. Kemasyarakatan

TAKRIFAN: Keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat dalam sesuatu karya sastera sama ada dalam cerpen, novel, drama ataupun sajak. Antara contoh nilai kemasyarakatan seperti, mementingkan kerjasama, tolong menolong, mementingkan nilai ketimuran, semangat kejiranan.
c. Keagamaan / Moral

TAKRIFAN: Nilai yang termaktub dalam ajaran agama dan juga dalam sesbuah masyarakat atau juga sikap atau cara kelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

3. Latar
LATAR memainkan peranan utama dalam memberi suasana kepada peritiwa-peristiwa dan watak-watak yang terdapat dalam sebuah cerita. Latar mungkin wujud dalam bentuk fizikal seperti sebuah kamar, sebuah negeri, atau tempat-tempat tertentu.
a. Tempat : Iaitu lokasi /tempat sesuatu peristiwa itu berlaku b. Masa /Suasana : Iaitu bila ( zaman / musim ) sesuatu peristiwa itu berlaku
c. Masyarakat / Keadaan : Suasana umum disekeliling kehidupan watak-watak seperti agama, emosi, mental, serta kemasyarakatan dari watak-watak tersebut. Watak yang digambarkan sebagai manusia yang resah / tidak tenteram emosinya akan dapat menyakinkan pembaca akan segala sikap dan tindak-tanduk dalam cerita.

4. Plot dan Peristiwa
Dalam cereka atau drama, plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwaperistiwa dalam cerita (jalinan cerita / rentetan peristiwa ) yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan bathiniah watak dalam cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berlaku berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Dalam alam realiti/alam nyata setiap peristiwa berlaku secara terperinci / tersusun dan kronologi, tetapi dalam pembinaan plot , pengarang
berhak menyusun peristiwa mengikut fantasi atau citarasa /kemahuan pengarang sendiri

a. EKSPOSISI iaitu permulaan plot – pengenalan watak . akibat perhubungan watak ,timbul pertikaian atau konflik

b. KOMPLIKASI iaitu pertengahan cerita – konflik semakin rumit.

c. KONFLIKS
Pertentangan @ perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang perlawanan dalam plot sesebuah cerita. Konflik menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian pembaca

Konflik terbahagi kepada 5 jenis

1. Konflik dalam diri
2. Konflik dengan watak lain
3. Konfilk dengan masyarakat
4. Konflik dengan unsur alam
5. Konflik dengan nasib dan taqdir

d. KLIMAKS iaitu perumitan /pertentangan / konfliks yang sudah memuncak – konsentrasi yang maksima / detik ketegangan akhir pada konflik. Ini merupakan bahagian yang paling menarik minat pembaca di mana mereka akan memberi tindak balas emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi naik bertukar menjadi aksi menurun

e. PELERAIAN – merupakan peringkat akhir dalam pembinaan plot. Pertemuan peleraian cerita adalah sebagai akibat yang diperolehi dari konflik, dilaksanakan pengarang dalam berbagai-bagai resolusi tertentu. Perkembangan ini adalah lanjutan dari klimaks atau dipanggil anti klimaks. Di sini nasib watak akan ditentukan . Terdapat pelbagai situasi peleraian di mana ada pengarang yang menentukan nasib watak-watak dan terdapat juga pengarang memberikan hak kepada pembaca untuk meleraikan sendiri nasib watak-watak dalam sesebuah karya.

KETEGANGAN – Penyelesaian yang berlainan dari apa yang difikir oleh pembaca

Plot terbahagi kepada dua
a. Plot Kronologi- ikut urutan masa
b. Plot tidak kronologi – tidak ikut urutan masa

5. Watak dan Perwatakan
Berfungsi mengembangkan tema dan persoalan. Dari watak-watak muncul semua peristiwa. Peristiwa terjadi kesan dari sabab dan akibat ( cause and effect) – seterusnya wujudnya lpot. Pengarang boleh menghidupkan watak melalui aksi dan derak laku watak dengan menggunakan bahasa / gambaran hingga dapat menghidupkan watak sebagai realiti. Watak dalam karya adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah seperti juga watak dan perwatakan manusia di luar karya

a. Jenis Watak
i. Watak Protagonis
Merupakan watak yang memainkan peranan penting / utama dari awal hingga akhir cerita. Tidak semestinya watak protagonis wira yang baik, watak jahat juga boleh menjadi watak utama jika pengarang mementingkannya daripada watak-watak lain
ii. Watak Antagonis
Watak yang menjadi penentang kepada watak protagonist
iii. Watak Bundar
Mempunyai sifat-sifat sebagai manusia biasa, unsur-unsur fizikalnya, psikologi dan unsur kemasyarakatan. Ia lebih menyakinkan atau lebih tepat dengan sifat-sifat manusia dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang wira juga ada kelemahan-kelemahan seperti sifat-sifat cemburu, yakin pada diri dan sebagainya

i. Watak Pipih
Watak yang tidak berkembang dan berbeza dengan watak bundar. Dikenali sebagai watak sampingan, bukan penggerak cerita, bukan watak utama /penting

ii. Watak Dinamik
Watak yang berubah-ubah dan berkembang mengikut kesesuaian atau keperluan
tertentu, samada dari segi psikologi, tingkah laku ( aksi dan reaksi ) akibat dari
persekitaran atau kesan dari rentetan plot . Fungsinya
· Untuk mengembangkan plot
· Mewujudkan perubahan sikap /sifat watak lain
· Merubah latar dan suasana
· Menonjolkan perwatakan protagonis

iii. Watak Statik
Bertentangan dengan watak dinamik – iaitu watak yang tidak mengalami perubahan
dalam menghadapi dugaan dan tidak dapat diubah oleh persekitaran atau fikirannya
tidak berkembang dari mula cerita hingga ke akhirnya

b. Peranan Watak

C. Perwatakan
i. Latar dan sejarah watak
ii. Sifat Dalaman
iii Sifat Luaran

5. Sudut Pandangan
Cara pengarang mempersembahkan karya / cerita / fiksyen dan peranan pengarang dalam
menggambarkan aksi sesebuah cerita. Terdapat beberapa situasi perana pengarang dalam
karya mereka
· Turut terlibat memainkan peranan dalam dalam karya
· Berada di luar cerita
· Cuma memaparkan cerita / peristiwa dan menggambarkan watak-watak tanpa
menyerapkan diri dalam watak-watak novel

Terdapat 4 jenis sudut Pandangan

a. ORANG PERTAMA : Pengarang terlibat secara langsung
dalam karyanya dengan meresapkan diri ke dalam watak karya menggunakan
gantinama “aku.

b. ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS / SERBA TAHU :
Pengarang mengetahui segalanya dari segi lahiriah dan bathiniah watak dan
fenomena yang berlaku dalam karyanya. Pengarang juga terlibat dalam membawa
pengajaran tafsiran atau memberi hukuman kepada watak-watak terlibat.
Pengarang boleh bercerita secara fizikal dan dalaman /apa yang dirasai oleh
watak-watak seterusnya boleh mencetuskan konflik watak

c. ORANG KETIGA TERBATAS : Pengarang berada di luar
permasalahan sekadar mengetahui diri watak-watak tersebut secara tidak
terperinci

d. SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF : Pengarang bertindak
sebagai pencatat / pelapor pada peristiwa yang berlaku. Pengarang berada di luar
karyanya. Disebut juga “teknik kamera”. Pengarang tidak memihak kepada watakwatak
dalam karyanya, tidak memberi pendapat, hanya memperlihatkan aksi
watak dan terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.

6. Gaya bahasa

a. PERSONIFIKASI
Menggunakan kiasan untuk memberikan sifat-sifat manusia seperti perasan,
perwatakan tindak-tanduk kepada objek-objek mati/ binatang @ bukan
manusia
Contoh : Cinta yang bersayap
Angin yang mejenguk

b. SIMILE / KIASAN
Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan
nilai yang sama. Simile menggunakan perkataan banding
seperti,bagailakasana, umpama dan sebagainya Ayat Rumah saya seperti
rumah saudara bukan dikatakan simile walaupun menggukankan kata banding
Contoh: garang seperti singa
Merdu bagai buluh perindu
Terumbang-ambing bagai laying-layang putus tali

c. METAFORA
Kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi seuatu yang lain, bagi
menyarankan bahawa antara kedua-duanya terdapat persamaan.Berbeza
dengan simile ialah metafora tidak menggunakankata-kata bandingan seperti
umpama dan sebagainya.

Contoh

Hidup adalah pemandangan di jendela keretapi
Metafora juga boleh ditafsirkan terdiri daripada dua perkataan. Satu perkataan
bersifat konkrit( nyata dan menjadi objek untuk difikirkan), manakala satu
perkataan lagi bersifat abstrak iaitu tidak nyata yang menjadi pembanding

Contoh:

Lubuk hati
Gerbang sejarah
Roh wang
Kerikil kembara

d. IRONI
Mengucapkan sesuatu yang berlaianan daripada reality atau kenyataan yang
sebenarnya.. secara leteralnya ia bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan.
Ironi lebih mudah dikesan melalui deklamasi. Ini disebabkan intonasi suara,
pendengar dapat merasakan bahawa ia mungkin mengandungi makna yang
lain daripada yang dinyatakan

e. PARADOKS
Suatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan atau salah menurut
pendapat umum atau kedengaran agak pelek, tetapi apabila dilihat lebih dalam,
penyataan tersebut adalah munasabah dan dapat diterima sebagai benar
Ungkaran Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia boleh
dianggap sebagai paradoks

f. PERLAMBANGAN
Sesuatu yang berdiri sebagai dirinya sendiri disamping menyarankan atau
memaknakan sesuatu yang lain.Terbahagi kepada beberapa kategori:
1. Lambang dari unsure alam - ombak,gunung, bulan,bintang,rimba,pagi dll
2. Lambang dari nama watak terkenal - Rama,Sita,Rawana, Tuah, Jebat dll
3. Lambang warna - buru, merah,putih, hitam dll
4. Lambang
g. Perbandingan
h. Citra
i. Dialek
j. Pengaruh bahasa asing.

7. Teknik

a. PEMERIAN / NARATIF : Pengarang menggambarkan sesuatu samada keadaan
alam, suasana, peristiwa atau seseorang watak. Pemerian disampaikan dalam
bentuk wacana dan tidak melibatkan unsure-unsur dialog, monolog dan monolog
dalaman

b. DIALOG : Perbualan / percakapan antara dua atau lebih watak dalam karya
sastera

c. MONOLOG : Tutur kata / pengucapan oleh seseorang watak secara
bersendirian, ia lebih merupakan usaha menyatakan perasaan dan fikiran.
Contohnya, berdoa, meratap, mengeluh, merintih, merungut dan sebagainya

d. MONOLOG DALAMAN : Kata hati / pengucapan batin watak / pergolakan batin
/fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog / monolog. Ia tidak
didengari oleh watak-watak lain . Biasanya ia muncul bila watak berada
bersendirian, dalam keadaan termenong, berkhayal, berilusi, mengenang nasib dan
sebagainya. Petunjuk yang menunjukkan monolog dalaman ialah berkata dalam
hati, bertanya dalam hati, berseru dalam hati, merintih dalam hati dan sebagainya

e. IMBAS MUKA : Penggambaran / ramalan sesuatu peristiwa atau kejadian yang
akan atau mungkin berlaku sama ada pada watak atau masyarakat. Muncul melalui
dialog, monolog atau monolog dalaman. Dengan memasukkan imbas muka dapat
mengurangkan ketegangan/saspen pembaca, memperlahankan plot dan pembaca
mendapat bayangan (walau pun samar) apa yang akan berlaku
Keburukannya ialah mengurangkan ransangan pembaca dan membuatkan
pembaca tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya

f. IMBAS KEMBALI : Pengarang menggambarkan watak mengingati semula kesah/
peristiwa yang pernah terjadi, dialami dan dilihat oleh watak tak kira watak utama
atau watak sampingan. Muncul melalui ingatan, khayalan, kenangan dalam bentuk
monolog atau monolog dalaman

g. Ketegangan / Penyelesaian
Ianya merupakan kemuncak naluri ingin tahu pembaca terhadap sesuatu
peristiwa yang akan berlaku berikutnya. rasa ragu-ragu terhadap apa yang
akan berlaku selanjutnya.
Ianya juga dikenali sebagai katasfora atau peleraian untuk menyebut akibat atau
kesudahan sesebuah cereka.

h. Arus Kesedaran
Ianya merupakan pendedahan pengaliran fikiran yang berlaku secara sedar dan
pengaliran
tindak balas emosi fikiran seseorang individu. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan
aksi spontan yang ditunjukkan oleh watak hasil dari pengaliran fikirannya berhubung
dengan sesuatu keadaan atau situasi.

i. Perulangan
Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang)

j. Dramatik(penceritaan tak langsung)
Mempunyai lagak / gaya / aksi yang ditunjukkan (bukan percakapan) seperti
gerak-geri, aksi, mimik muka dan sebagainya

k. Didaktik
Unsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberi pamduan terutama dalam aspek moral, etika atau soal-soal keagamaan. Ianya menjadi matlamat utama atau tujuan sebenar pengarang dalam menghuraikan sesebuah karya.

Genre Drama
1. Pengertian Drama
Istilah ini berasal dari perkataan Greek, iaitu “dran” yang bermaksud melakukan,
melakonkan, mencapai. Aristotle mendefinisikan sebagai aksi manusia yang ditiru. Prof
J.M. Manly mengutarakan tiga unsur yang perlu ada dalam drama
i. Cerita
ii. Bahan cerita
iii. Pelakon yang memainkan peranan sebagai watak-watak dalam cerita.
Aksi dan dialog merupakan unsur-unsur penting, walau bagaimanapun bentukbentuk
lain seperti pentomin dan mimos yang tidak menggunakan dialog juga
dikatakan sebagai drama.

Pengertian drama dihubungkan kepada dua perkara,
i. Sebagai karya yang cuba menggambarkan kehidupan atau satu aspek
kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog
para watak.. Lazimnya skrip ( naskhah lakon ) itu memang dirancang untuk
dipentaskan
ii. Aspek pementasan yang dianggap sebagai suatu hasil seni penulisan
sastera imaginatif yang berbeza dengan cereka dan puisi
Penikmatan sesebuah drama bukan sekadar pembacaan skrip di atas pentas sahaja,
ianya dinikmatai secara langsung oleh audien tanpa henti., sebab itu drama tidak boleh
terlalu panjang dan harus ada daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian dan
merangsang mereka agar mengikutinya hingga ke akhir pementasan
Suatu yang membezakan drama dengan cereka ialah
a. Drama menyungguhkan cerita dengan aksi atau geraklaku watak di mana
dialog melengkapi aksi watak
Cereka menyungguhkan cerita dengan bercerita, di mana pengarang menggunakan
pemerian untuk mengembangkan plot cerita

STAIL PEMENTASAN/ALIRAN DALAM DRAMA
i. Realisme
ii. Bukan Realisme
Konsep Drama Aliran Realisme
a. Seringkali dihubungkan dengan kaedah atau gaya perlukisan dalam cerita
sama ada yang berhubung dengan alam, peristiwa atau manusia
b. Realisme merupakan satu angkatan yang pragmatisme iaitu melihat
kebenaran sebagai sesuatu yang nyata- memperkata sesuatu
keadaan/peristiwa seadanya atau sebagaimana adanya
c. Menekankan kepada gambaran sebenar yang berlaku pada sesuatu tempat
dan zaman atau masa
d. Gambaran satu amitasi atau peniruan terhadap kehidupan setepat mungkin
tanpa berselindung – secara terus terang yang berlaku dalam masyarakat
Konsep Drama Bukan Realisme
a. Drama yang tidak terikat dengan teori Aristotle , kurang
menekankan aspek-aspek logik dan ada unsur-unsur
kekacauan
b. Drama yang mengarah kepada melahirkan gelodak batin atau
perasaan manusia
c. Cuba digayakan dengan stail moden
d. Lebih mendekati hal-hal yang berkaitan metafizika, f
alasafah/fantastic dan abstrak
e. Bersifat anti realisme

ISTILAH-ISTILAH DALAM DRAMA
i. Babak
Bahagian-bahagian dalam drama.Pemisahan babak dapat dilihat dengan
turun naiknya tirai pentas atau seluruh panggung digelapkan beberapa
ketika, dan berlaku pertukaran latar tempat dan latar waktu. Ia juga ditandai
dengan tulisan misalnya “BABAK 1”. Pembahagian drama kepada babak-
babak ini memberi kesempatan kepada pelakon dan penonton berehat
sebentar, kesempatan pada pelakon menukar kostium dan memberi
kesempatan pada petugas menukar setting dan sebagainya.
ii. Adegan
Atau scene dalam bahasa Inggeris. Asal dari perkataan skene yang terdapat
dalam teater zaman Greek Tua bererti tempat (khemah) sesuatu dialog
dituturkan. Adegan ialah bahagian-bahagian kecil dalam babak, yang
bermaksud bahagian-bahagian aksi yang berurutan dalam satu latar yang
tidak berubah. Dalam pementasan pemecahan adegan boleh dilihat dengan
turun naik tirai atau terang gelapnya lampu, atau hanya dengan berlaku
pertukaran watak(keluar masuk watak.)
iii. Episod
Peristiwa yang dikemukakan dalam cereka sebagai suatu aksi yang
bersambungan. Sungguhpun peristiwa itu mempunyai kesatuan yang
tersendiri, episode dalam cereka moden biasanya diikuti oleh episodeepisod
lain yang dijalin bersama. Dalam cereka sati peristiwa tidak mungkin
akan menghasilkan plot, sekurang-kurang nya mesti ada tiga peristiwa;
pertama, peristiwa yang memulakan perkembangan yang menuju kepeda
peristiwa kedua. Peristiwa kedua akan bersambung kepada peristiwa ketiga.
Dengan itu plot boleh dibina dengan menyusun beberapa episode tertentu
menurut mana yang awal, dan mana yang kemudian. Sungguhpun begitu
ada episode yang berdiri dengan sendiri sebagai sebuah cerita contonya
cerita binatang dan cerita jenaka.
iv. Penskripan
Hal-hal yang berhubung dengan penulisan skrip dan unsure-unsur seni yang
bergabung di dalamnya.
v. Konsep Dramatik
Merujuk kepada tahap penyampaian drama yang memilat dan
mempesonakan penonton atau kualiti pengolahan sesuatu persembahan
drama. Dramatip boleh dibina dari segi lakonan, pengolahan audio-visual,
gabungan penataan set dan cahaya, dan sebagainya. Boleh dinilai dari segi
rangsangan dan sambutan emosi audien.
vi. Teater
vii. Konsep Tragedi Dalam Drama
viii. Konsep Komidi Dalam Drama
Istilah-Istilah dalam Struktur Plot
i. Eksposisi
Bahagian pengenalan , memberi keterangan tentang watak, latar dan faktafakta
lain yang perku untuk memahami drama
ii. Penimbulan krisis

Selepas memperkenalkan watak, watak-watak saling berhubungan. Krisis
ialah suatu titik di mana unsur-unsur yang bertentangan antara watak muncul
dan akan menimbulkan konflik. Ini akan dilihat dalam aksi watak. Plot akan
berubah
iii. Ketegangan (Suspens)
Merupakan kemuncak ingin tahu audien terhadap sesuatu peristiwa yang
akan berlaku berikutnya Keadaan ini wujud apabila terdapat peristiwaperistiwa
yang mempengaruhi watak di mana penonton akan memberi
perhatian yang simpatik kepada watak berkenaan. Ketegangan merupakan
unsur utama menarik dan mengekalkan minat audien..Mereka tertanya-tanya
apa yang akan berlaku seterusnya atau membuat ramalan-ramalan sendiri
tentang kesudahan nya.
iv. Ketengangan Akhir
Merujuk kepada banyangan harapan yang kadang-kadang muncul sebelum
katastrofa dalam sesebuah tragedy. Adanya ketegangan akhir membuatkan
audien akan menungguhingga pementasan tamat.
v. Klimaks
Bahagian yang paling menarik, di mana audien akan memberi tindak balas
emosi yang terkuat terhadap kedudukan cerita. Klimaks inilah tempat di
mana aksi naik bertukar menjadi aksi menurun.
Unsur Kekaguman
A. Visual
i. Pentas
Terdapat dua jenis pentas
a. Pentas biasa/ Prosenium
Iaitu pentas yang dibina berhadapan dengan penonton.
Bagaimanapun jika ada tambahan pentas lain di bahagian pentas
utama yang sedia ada , itu dipanggil pentas Apron
b. Pentas Arena
Ruang lakon yang dikelilingi, (lazimnya dalam bentuk bulatan)
oleh tempat duduk penonton. Pementasan drama yang
dipertonton di pentas arena dipanggil juga sebagai theater-inthe-
round.
Pemilihan pentas mestilah sesuai dengan tema persoalan, mesej, yang
hendak disampaikan kepada penonton.
ii. Set
Ialah latar sesuatu peristiwa yang berlaku. Set merupakan satu
pengecaman awal, dan penonton akan mengetahui di mana sesuatu
peristiwa itu berlaku sebaik saja memasuki panggung.

iii. Prop
Ialah alat/perkakas yang digunakan. Prop yang digunakan mestilah
sesuai dengan latar masa sesebuah drama dan sesuai denganstatus
watak. Contoh paip, tongkat, tv, radio, majalah dan sebagainya.
iv. Cahaya
Cahaya penting untuk menggambarkan suasana petang,malam atau
pagi atau majlis-majlis seperti yang dikehendaki oleh drama. Untuk
menggambarkan suasana muran di perkuburan, mungkin ditandai
dengan cahaya lampu yang suram. Suasana berlainan, cahaya jga
berlaian.
v. Kostium
Ialah pakaian/busana/fesyen/corak/ yang digunakan oleh pelakon.
Kostium mesti sesuai dengan peranan yang dibawa oleh watak, dan
mesti sesuai dengan zaman sesuatu peristiwa berlaku. Pakaian Ibu
Rahimah mesti menggambarkan dia seorang ibu/orang tuan dari
kampong, pakaian Rahimah sebelum keluar Negara berbeza selepas
dia pulang dan menerima pengaruh barat dan sebagainya.

B. Aural
i. Muzik
Ialah jenis muzik dan lagu yang dimainkan untuk melatari sesebuah
drama, Pelbagai jenis muzik digunakan sesuai dengan adegan-adegan
tertentu. Muzik pengenalan juga digunakan semasa memulakan
sesebuah drama
ii. Kesan bunyi
Selain muzik, kesan bunyi penting untuk mengambarkan reality
sesebuah peristiwa, misalnya kesan bunyi motokar yang menghampiri
dan berhenti di sesebuah rumah, kesan bunyi tertentu yang sesuai
semasa di perkuburan, kesan bunyi waktu tengah malam dan
sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan