Skema pemarkahan:
Soalan 5
a . Jelaskan kenapa Pak
Hamid menganggap Dahlan manusia kejam, tak berperikemanusiaan, rendah
budi, tak bertimbang rasa
[ 9 ]
F1: Kejam
kerana menceraikan isteri yang tidak bersalah
H/C: Perbuatan
menceraikan isteri yang tidak bersalah tanpa sebarang alasan yang kukuh adalah perbuatan yang kejam.Dahlan telah menceraikan Rahimah
dengan menjatuhkan talak satu kerana
Rahimah menasihatinya supaya jangan balik lewat malam dan jangan berpoya-poya dengan perempuan lain di luar rumah.
F2 : Kejam
kerana menganiaya / mengugut / menekan
pekerja bawahan
H/C: Perbuatan
Dahlan yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan serta tidak bertimbang rasa kerana Dahlan sentiasa
mengugut para pekerjanya supaya menyerahkan sebahagian
dari gaji mereka kepadanya.Jika para pekerja enggan, Dahlan sanggup memecat mereka.
F3: Tak
berperikemanusiaan kerana menghalau peminta sedekah
H/C: Perbuatan
Dahlan yang menghalau peminta sedekah dan orang-orang yang memerlukan pertolongan tanpa belas kasihan adalah
satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertimbang rasa.Peminta sedekah sepatutnya dibantu
kerana mereka memerlukan bantuan daripada
golongan orang-orang yang berada seperti Dahlan.
F4: Rendah budi kerana memandang hina/keji/jijik terhadap
pemungut derma
H/C: Budi
pekerti merupakan lambang keperibadian sesorang.Walaupun sesorang itu berpelajaran tinggi tetapi jika rendah
budi pekertinya, pasti masyarakat akan
memandang rendah.Dahlan memandang
jijik dengan mereka yang datang untuk meminta derma di rumahnya seperti yang digambarkan dalam teks iaitu Dahlan berasa
bosan dengan pemungut derma
dengan mengatakan mereka menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadinya.
F5: Kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi
dan tak bertimbang rasa kerana tidak mendengar
nasihat / tidak mengenang budi.
H/C: Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan
seharusnya dikenang dan dihargai dengan baik. Dahlan
seorang yang rendah budi dan tak rasa kerana tidak mendengar nasihat serta
tidak mengenang budi Pak Hamid yang
telah menjaga, memelihara dan mendidiknya sejak kematian kedua orang tuanya.
F6: Tak
bertimbang rasa kerana mengabaikan rumahtangga / isteri
H/C: Rumahtangga
seharusnya dijaga dengan penuh perasaan timbang rasa dan penuh kasih sayang, barulah sesebuah rumahtangga
akan aman.Dahlan telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya
sehingga menyebabkan rumahtangganya porak
peranda dan berlakunya penceraian dengan isterinya Rahimah.
F7: Rendah budi kerana menerima rasuah
H/C: Ada
kalangan lawyer atau majistret yang sanggup menerima rasuah kerana kepentingan peribadi dan melihat rasuah sebagai jalan
yang paling mudah untuk mendapat kesenangan hidup.Contoh
Lawywer Dahlan sanggup menerima rasuah dari Taukeh Leong sebanyak RM10,000.semata-mata hendak memenuhi
tuntutan gaya hidup mewah tanpa
menyedari perbuatan
tersebut melambangkan kerendahan budi pekertinya.
b)Huraikan tiga prinsip hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam
drama ini melalui perwatakan Pak Hamid. [
9 ]
F1: Berwawasan/berpandangan jauh terhadap
nasib bangsa
H/C: Selaku
ketua kampung pandangan dan wawasan masa depan tentang nasib bangsa akan menentukan kemajuan sesuatu bangsa.Pak
Hamid sanggup menghulurkan derma
walaupun jumlahnya kecil
bagi membina sekolah rakyat kerana baginya pendidikan akan membantu sesuatu bangsa mencapai kemajuan.
F2: Membenci budaya Barat .
H/C: Budaya
Barat tidak sesuai dengan amalan dan adat ketimuran yang juga bercanggah dengan
nilai-nilai keagamaan.Pak Hamid sentiasa mengingatkan Dahlan dan Rahimah agar tidak mudah dipengaruhi dengan budaya
Barat yang bertentangan dengan nilai ketimuran ketika
mereka hendak ke England.
F3: Suka menderma
H/C: Menderma
memberi kekuatan dan dapat membantu orang yang dalam kesusahan selain dapat memupuk nilai-nilai baik, ianya
juga adalah tuntutan agama.Pak Hamid
sanggup menderma RM 10.00 kepada
Rahman yang datang memungut derma bagi Badan Perikatan Masyarakat untuk membina sekolah rakyat.Pak Hamid juga bersikap
pemurah terhadap peminta sedekah yang
datang ke rumah Dahlan.
F4: Komited / iltizam terhadap tugas
H/C: Sebagai pemimpin / Ketua kampung, beliau komited dalam
menjalankan tugasnya bagi memastikan
kampung dan penduduk di bawah kawalannya berjalan dengan baik.Pak Hamid sering membantu anak mukim di bawah kawalannya
berjalan dengan baik.Pak Hamid sering
membantu anak mukim di bawahnya agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan pendidikan negara.Dia
turut menyumbang derma bagi membina Sekolah
Rakyat di kampungnya.
F5: Tidak mementingkan keturunan / darjat
H/C: Walaupun berketurunan bangsawan yang mungkin banyak kelebihan
akan diperolehi sama ada bantuan kewangan
dan sebagainya namun terdapat golongan bangsawan tidak berasakan keturunan satu kelebihan.Pak Hamid menasihatkan
Dahlan supaya belajar dengan rajin agar
berpeluang untuk mendapat bantuan
kewangan dari kerajaan walaupun Dahlan
memberitahunya yang dia tidak perlu bersusah payah kerana mudah untuk mendapat bantuan kewangan kerana Pak Hamid
kenal rapat dengan Datuk Bahnan, pegawai
yang meluluskan bantuan kewangan bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke England.
F6: Kuat berpegang teguh dengan agama
H/C: Agama bagi Pak Hamid adalah elemen penting yang akan memandu sesorang
ke jalan yang benar dan dapat menghalang
seseorang itu dari melakukan tindakan yang bertentangan dengan tabii manusia. Pak Hamid menghalang Dahlan dari
meneruskan niatnya membunuh diri
kerana menganggap tindakan tersebut sesat dan berdosa.
F7: Pentingkan Pendidikan .
H/C: Pedidikan adalah agen yang boleh membantu membangun dan memajukan
sesebuah bangsa.Pak Hamid
menggalakan Dahlan supaya belajar hingga ke tahap yang paling tinggi.Dahlan akhirnya berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Englang dan akhirnya menjadi lawyer.
c). Drama ini berkonsepkan
hukum ”Poetic Justice”. Jelaskan maksud konsep tersebut dan hubungan dengan tindakan atau perbuatan
Dahlan. [
6 ]
F1: Poetic Justice ialah konsep baik dibalas
baik dan yang jahat akan mendapat pembalasan
yang setimpal dengan perbuatannya.
F2: Perbuatan Dahlan yang gigih belajar
hingga ke England akhirnya dibalas dengan kejayaannya
menjadi seorang majistret.
F3: Dahlan menyesal dan menginsafi segala
perbuatannya sebelum ini.Keinsafan ini akhirnya
membolehkan dia rujuk dan berbaik semula dengan Rahimah.
F4: Perbuatan Dahlan yang suka menghina
peminta sedekah dan orang-orang susah akhirnya
dibalas dengan penghinaan masyarakat terhadapnya selepas Dahlan keluar dari penjara.
F5: Perbuatan Dahlan yang menerima rasuah
RM10,000.00 dari Taukeh Leong akhirnya menyebabkan
Dalan dihukum penjara empat tahun kerja berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan