Skema Permarkahan:
a) Latar penubuhan Dewan Bahasa
Pustaka. [5]
F1: Ditubuhkan
pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.
F2: Mulanya
dikenali sebagai ”Balai Pustaka”
F3: Diletakkan
di bawah Kementerian Pelajaran bersama-sama dengan Pejabat Karang Mengarang.
F4: Hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
III pada 16 -21 september 1956.
F5: Pada 10 Julai 1957 , Dewan Bahasa dan Pustaka berpindah ke
Kuala Lumpur.
F6: Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 DBP dinaikkan
taraf sebagai badan berkanun dan
diberi kuasa autonomi:
i. menggubal
dasarnya yang khusus.
ii. menyusun
rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera.
ii. Menjalinkan
kegitan penerbitan dan perniagaan buku serupa dengan sektor swasta.
F7: Pada 31 Januari 1962 DBP berpindah ke bangunan sendiri di
Jalan Lapangan terbang Lama(sekarang
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka)
F8: Tahun 1963 , DBP membuka pejabatnya di Brunei.
F9: Tahun 1977, DBP mengembanglan sayapnya ke
Malaysia Timur dengan membuka dua pejabatnya
di Kota Kinabalu , Sabah dan KuchingSarawak.
F10: Dewan
Bahasa dan Pustaka membuka 3 lagi pejabatnya:
i. Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit
Mertajam Pulau Pinang(1999)
ii. Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu
Kelantan(1999)
iii. Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor
Bahru(2003)
F11: DBP
telah menyambut ulang tahun Jubli Emasnya dan Menara DBP pada 22 Jun 2006.
b) Objektif penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka [4]
F1 : Memajukan dan memperkayakan
bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditubuhkan untuk
memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu yang menjadi ”bahasa rasmi”
negara.Bahasa Melayu perlu dimajukan selaras dengan tarafnya di samping
bahasa-bahasa lain.
F2:
Memajukan/mencungkil/melahirkan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan
untuk memaju dan memperkembangkan bidang kesusasteraan tanah air dengan
menggunakan bahasa kebangsaan atau
bahasa Melayu sebagai alat penyebarannya.
F3 : Mencetak atau menerbitkan
buku, risalah dan bentuk persuratan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan untuk
mencetak atau menerbitkan buku, majalah, risalah dan lain bentuk persuratan
dalam bahasa kebangsaan dan juga lain-lain bahasa.
F4 : Menyamakan sistem ejaan dan
bunyi sebutan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan menyelaras
sistem ejaan dan bunyi sebutan untuk tujuan membaku atau menyeragamkan atau
standard sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.
c) : Sumbangan Dewan Bahasa
dan Pustaka.[16]
F1 : Menganjurkan peraduan
mengarang karya sastera/karya kreatif.
H/C : Pengajuran peraduan mengarang karya sastera
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam
berkarya.
Contohnya Peraduan Mengarang Cerpen (1957),
Peraduan Mengarang Novel (1958,1962)dan Peraduan Mengarang Drama (1963).
Melalui peraduan tersebut lahirlah nama-nama seperti Hassan Muhammad Ali, A.
Samad Said dan Arenawati.
F2 : Menerbitkan majalah/makalah.
H/C : Selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam penerbitan majalah dan makalah DBP
memuatkan karya cerpen, puisi drama serta esei/kritikan menyentuh bidang
bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
Contoh majalah terbitan DBP adalah; majalah Dewan
Bahasa (1957), Majalah Dewan Masyarakat (1963), majalah Dewan sastera (1971)
dan Majalah Dewan Budaya.
F3 : Menerbitkan karya-karya
kreatif/karya sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan
karya kreatif dengan hasil usaha pengarang meliputi pelbagai gerne. Penerbitan
karya-karya kreatif ini telah menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan tanah air.
Contoh penerbitan karya gernr novel adalah,
”Salina” karya A. Samad Said dan ”Srengenge” karya Shahnon Ahmad, gerne cerpen
adalah, ”Segeluk Air” karyaKhadijah
Hashim dan ”Dalam Diri” karya Ali Majod, gerne sajak seperti ”Salam Benua”
karya Usman Awang dan ”Kembara Malam ” karya Latiff Mohidin dan gerne drama
seperti ”Tamu di Bukit Kenny” karya Usman Awang dan ”Angin Kering” karya Johan
Jaffar.
F4 : Menerbitkan tulisan esei dan
kritikan yang bersifat ilmiah.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak
ketinggalan menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah,
menyentuh aspek teori dan pendekatan serta pemikiran khususnya dalam bidang
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi
dunia kesusateraan tanah air.Contohnya, tulisan esei dan kritilan berjudul ”Di
sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu” diselenggarakan oleh Anwar Ridhuan dan
”Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan” yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani.
F5 : Mengadakan majlis-majlis
kegiatan/aktiviti sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga sebagai badan
yang dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan kegiatan sastera tanah air telah
menganjurkan majlis-majlis kegiatan sastera secara berkala mahupun tidak.
Majlis kegiatan sastera itu dibuat dalam bentuk bengkel, seminar, ceramah,
pembacaan puisi, pertemuan penulis dan sebagainya.Contohnya majlis-majlis
kegiatan sastera anjuran DBP adalah, ”Majlis Pertemuan Sasterawan Nusantara”,
Majlis ”Seminar Pengajaran Sastera” Bengkel ”Wilayah Penulisan Cerpen” dan
Bengkel ”Penulisan Sastera Remaja”.
F6 : Menyediakan kemudahan
penulis/pengarang untuk menghasilkan karya.
H/C : Sebagai badan induk sastera dan bahasa
negara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan kemudahan dan frasarana bagi
penulis menghasilkan karya dan menyumbangkannya kepada masyarakat. DBP telah
mengadakan program ”Penulis Tamu” dan program ”Derma Cipta” untuk memberi ruang
dan peluang kepada penulis menghasilkan karya.
Contoh, penulis tamu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
adalah Keris Mas, Adibah Amin dan Latiff Mohidin.
F7 : Menghasilkan dan
memperkembangan sastera kanak-kanak dan remaja.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak
ketinggalan memperkembangkan bidang sastera kanak-kanak dan remaja melalui
penghasilan karya, majalah, peraduan dan mengadakan Minggu Penulis Remaja.
Usaha ini semata-mata untuk memperkembang dan merancakkan lagi kegiatan
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.Contoh tokoh penulis remaja kelolaan DBP
adalah, Sh. Hasanah Abdullah, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah
Yusuf.
F8 : Melahirkan tokoh-tokoh
sastera/penulis-penulis baru.
H/C : Dewan
Bahasa dan Pustaka memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan tokoh-tokoh
penulis baru dalam arena penulisan tanah air. Ini kerana DBP sebenarnya menjadi
gelanggang atau arena utama penulis-penulis muda dan lama berkarya melalui
program dan aktiviti penulisan anjuran DBP.Contoh penulis lama dan dan muda
yang digarap DBP adalah, Fatimah Busu, Keris Mas, A. Samad Said, Othman Puteh,
Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.
2.Skema
pemarkahan:
(a) Latar belakang Mana Sikana
F1: Nama sebenar beliau ialah
Abdul Rahman Napiah.
F2: Dilahirkan pada 9 Oktober
1946 di Bagan Serai, Perak (sebutan
tahun sahaja 1M)
F3: Bersekolah
rendah di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudian menyambung
pelajarannya di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)
F4: Menuntut
di Maktab Perguaruan bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968). Menjadi guru di Johor Bharu selama lima tahun
F5: Kemudian
menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1974) mendapat Ijazah Sarjana Muda
Persuratan kelas Pertama.
F6: Menyambung ijazah Sarjana
pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah pada 1990
F7: Pernah
bertugas sebagai pensyarah dan Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
F8: Kini
bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti
Teknologi Nanyang, Singapura.
(b) lima sumbangan beliau
terhadap perkembangan kritikan sastera
F1: Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
H/C : Buku-buku kritikan sastera yang
ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji- pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka.Antara
buku yang dihasilkan:
- Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
- Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
- Kaedah Kajian Drama (1985)
- Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah
(1986)
- Asas Menganalisa Sastera (1988)
- Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
- Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
- Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian
Intertekstualiti(1994)
- Teori Sastera Tekdealisme (1996)
- Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
- Teori Sastera Kontemporari (2005)
- Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan
Singapura (2005)
F2: Meneroka/ menyumbangkan pemikiran pendekatan-pendekatan
kritikan sastera yang baru.
H/C :Mana
Sikana telah berjaya menambah pendekatan baharu dalam kritikan sasatera di Malaysia melalui beberapa teori
baharu yang diperkenalkan melalui kritikan-kritikan yang pernah dibuat.Antaranya termasuklah:
- Teori Intertekstualiti
- Kritikan sastera berunsur Islam :
Teori Taabudiyyah
- Teori Satera Teksdealisme
Fakta 3: Menghasilkan banyak
esei-esei kritikan di dalam majalah/ akhbar tempatan..
H/C : Mana Sikana banyak membuat kritikan
melalui tulisan-tulisannya yang pernah tersiar dalam
beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Jurnal Perisa (Utusan), Berita Harian/Minggu, Utusan/Mingguan
Malaysia dan majalah Dewan
Bahasa- Antaranya:
a.. Mana
Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera MelayuPascamoden. Jurnal e-UTAMA, 1(Jilid 1, Bilangan
1,Januari-Jun 2008), 60-82.
b. Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian
Budaya dan Transformasi ke Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara,
2(1/2007), 41-63.
c. Mana Sikana (2005). Pengajaran dan
Pembinaan Bahasa dalam Konteks Pendidikan Drama. Jurnal Aktivis,
1(5), 116-138.
d. Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam
Teori Sastera Pascamoden. Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
e. Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian
Bahasa dan Sastera. Jurnal Bahasa, 2(3), 325-341.
f. Mana Sikana (2002). Usman Awang:
Shifting as Realist Metahistoriographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
g. Mana Sikana (2002). The Strength of
Zakaria Ariffin's Drama. Malay Literature,
15(1), 1-11.
h. Mana Sikana (2001). The Theory of Literature:Theory
of Taabudiyyah. Malay Literature, 14(2), 54-75.
i Sastera Arab Parsi dan Hubungannya dengan Sastera Melayu
j. Novel Sampah Kesan sebuah Falsafah
Dewan Sastera Mei 71
k. Teori New Historirisme dlam Dewan
Sastera Ogos 1977
l. Historirisme Baru dlm Dewan Sastera
Ogos 2001
m. Teori Bacaan Idealistik dlm. Majalah
Penulis Mac 1994
F4: Membantu melahirkan ramai pengkritik
H/C : Sepanjang bertugas sebagai pensyarah
di Jabatan Persuratan Melayu UKM dan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Singapura, Mana Sikana telah melahirkan ramai pelajarnya yang kini merupakan pengkritik
sastera tanah air.
- antaranya termasuklah Dr. Mawar Shafie, Dr. Abdullah
Che Ya, Dr. Halim Ali
F5: Menyebarkan ilmu kritikan melalu pembentangan kertas kerja
H/C :Mana
Sikana bergiat aktif dalam bidang kritikan dan kerap dipanggiluntuk membentangkan kertas kerja tentang kritikan
sastera, sama ada dalam seminar-seminar di dalam
dan di luar negara- Antaranya
a. Teori
Kritikan Sastera di Malaysia dlm Seminar Kritikan Sastera
anjuran
DBP 2001
b Mana
Sikana (2007). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden.
Seminar
Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa 2007 Persatuan
Kesusasteraan Bandingan
Malaysia.
c. Mana
Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang
daripada
Perspektif Teori Teksdealisme. Pemikiran Sasterawan Negara
Usman
Awang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
d. Mana
Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
Wacana
Sejagat dan Kontekstual Budaya. Seminar Penulisan
Dramatik
Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan.
e. Mana
Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
Teksdealisme. Seminar Pemikiran Keris Mas dalam Kesusasteraan
f. Mana
Sikana (2004). Juara Perspektif Teori Sastera Teksdealisme.
Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan DBP
g. Mana
Sikana (2003). Pembentukan dan Pemantapan Teori Sastera
Mandiri. Teori Pemikiran Tamadun Melayu DBP
F6: kajian tentang kritikan drama di Malaysia
H/C :Mana
Sikana telah berjaya menghasilkan beberapa kajian kritikan tentang pemikiran, perkembangan dan sumbangan drama dalam
kesusasteraan Melayu. Antaranya
a. Pemikiran Drama Melayu Moden
b. Perkembangan dan Perubahan Dalam Drama
Malaysia
c. Drama Tuah Jebat: Satu kajian
Intertekstualiti
d. Drama Melayu Moden
e. Berkenalan Dengan Drama
F7: sumbangan pemikiran dalam kritikan-kritikan sastera yang
berunsur Islam.
H/C : Mana Sikana telah mencuba melakukan
kritikan menggunakan kedah pendekatan Islam sekitar
tahun 1980-an. Hasilnya beliau telah
berjaya membina teori Sastera Taabudiyyah pada
tahu 1998.- Melalui kritikan berunsur
Islam ini juga, Mana Sikana berjaya menghasilkan
buku berjudul Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi, Sastera Islam di Malaysia dan Khazanah Islam: Falsafah
dan kesusasteraan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan