JABATAN
PELAJARAN PERAK
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN
SIJIL
TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA
HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Jawab empat soalan sahaja: satu daripada tiap-tiap
Bahagian A, B, C, D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan
Melayu Tradisional
Jawab satu soalan sahaja
1 Kemunculan Kerajaan Melayu Acheh pada abad ke
16 telah memperlihatkan perkembangan pesat kesusasteraan Melayu Islam
di Nusantara.
(a) Namakan
dua pemerintah Kerajaan Melayu Acheh
pada abad tersebut. [ 4 ]
(b) Jelaskan
dasar-dasar pemerintah yang membawa kemajuan kesusasteraan Melayu Islam
di Acheh. [ 9 ]
(c)
Senaraikan tokoh pengarang serta
karya yang dihasilkan pada zaman Kerajaan
Melayu Aceh.
[12]
2 Tun Sri Lanang merupakan tokoh cendekiawan
Melayu tradisional yang memainkan peranan
penting pada zaman Kesusasteraan Melayu
tradisional.
(a) Nyatakan
latar belakang tokoh ini. [ 10 ]
(b) Jelaskan peranan tokoh dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. [ 6 ]
(c) Huraikan
dua sumbangan penulisan tokoh ini. [ 9 ]
Bahagian B: Karya Agung
Jawab satu soalan sahaja
3 Waadat merupakan
perjanjian yang dipersetujui antara pihak raja dan rakyat. Berdasarkan teks Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu:
(a)
Jelaskankan peristiwa yang menyebabkan terjadinya waad antara Seri
Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. [
5 ]
(b)
Nyatakan syarat-syarat waad tersebut. [14]
(c)
Huraikan satu peristiwa perlanggaran waad:
(i)
pihak raja [ 3 ]
(ii) di pihak rakyat [ 3 ]
4 Baca petikan di bawah ini, dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Dari pagi-pagi hari Seri Rakna
Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap.
Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Sekaranglah baik kita adu
Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Tuanku,
pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau alah salah seorang,
takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda." Maka Seri Rakna
Wikrama pun tersenyum mendengar sembah Tun Perpatih Pandak. Maka titah baginda,
"Benarlah seperti kata Tun Perpatih itu." Maka Benderang pun
dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, bersama-sama dengan
Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada boleh lalu. Maka
direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin baginda.
Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikrama pun
memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. Maka Tun Perpatih Pandak dipersalin
baginda, maka surat pun diarak oranglah ke perahu, maka Tun Perpatih Pandak pun
belayarlah kembali ke Perlak.
(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny], 2003,
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar),
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, halaman 53
(a) Huraikan maksud rangkai kata “kerana jikalau alah
salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda”. [ 3]
(b) Perihalkan kisah yang
terjadi sebelum peristiwa di atas. [12]
(c) Jelaskankan peristiwa-peristiwa lain yang
menunjukkan kekuatan Badang. [10]
Bahagian C: Prosa Melayu
Tradisional
Jawab satu soalan sahaja
5 Baca
petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
.
Setelah sudah ia mandi, maka ia pun mengambil bunga pacar piring
dan bunga pakan hutan ditaburkannya dihadapan pemujaan itu dan setengah
disangkutnya kepada pertapaannya itu. Maka dikikisnya kulit kakinya diperbuatnya
dupa. Maka Sang Bimanyu pun berdirilah sebelah kaki sambil berpeluk tubuh,
“Pertitis” nama pujaannya itu.
(
Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Hikayat Pendawa Lima dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional
Dewan Bahasa Pustaka, Kuala
Lumpur,halaman 85-86)
(a) Siapakah yang bersama-sama
Sang Bimanyu semasa melakukan pemujaan diatas dan
nyatakan peranannya [
3 ]
(b) Selain unsur pertapaan yang
terdapat dalam petikan ini, bincangkan lima
pengaruh Hindu
yang terdapat dalam Hikayat Pendawa Lima. [10]
(c) Perihalkan watak-watak bukan
manusia yang terdapat di dalam hikayat ini. [12 ]
6 Baca
petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Dan, berkata ia, tiada sembahyangku akan
satu sembahyang daripada masa empat puluh tahun melainkan aku doa bagi Imam
Shafii r.a. Dan berkata baginya anaknya yang laki-laki, “Apa orang Shafii itu,
hai bapaku! Hingga berdoa engkau baginya sekalian doa ini?” Katanya, “Hai,
anakku! Adalah Shafii itu seperti matahari bagi dunia dan afiat bagi segala
manusia.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,
2003,
Kesusasteraan
Kitab; Kitab Hadiqat al-Azhar wa
al-Rayahin,
dalam Mutiara Sastera Melayu
Tradisional Dewan Bahasa Pustaka,
Kuala Lumpur,halaman 200)
(a)
Jelaskan latar belakang tokoh yang dinyatakan
dalam petikan. [12]
(b) Nyatakan pembahagian waktu
yang diamalkan oleh Imam Shafii r.a. [ 7 ]
(c) Galurkan peristiwa yang
menyebabkan Imam Malik mengatakan Imam Shafii r.a tidak
beradab. [ 6 ]
Bahagian
D: Puisi Melayu Tradisional
Jawab satu soalan sahaja
7 Baca
petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Lulus angan dilakukan,
Lulus kaki dilangkahkan.
Biar bersimbah peluh di muka,
Jangan tersingkap kain basahan.
Bongkok kail penyangkut insang,
Bongkok fiil penyangkut hutang.
Di dalam manis ada pahitnya,
Di dalam pahit ada manisnya.
Kalau puntung masih berapi,
Jangan dihembus-hembus juga.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan
Malaysia [peny.],2005,
Mutiara
Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 357-358)
(a)
Namakan jenis puisi di atas. [
1 ]
(b)
Huraikan tiga teknik
penulisan puisi diatas. [
6 ]
(c)
Jelaskan maksud ungkapan atau rangkai kata di bawah ini. [
9 ]
(i) Lulus angan dilakukan,
Lulus
kaki dilangkahkan.
(ii)
Biar bersimbah peluh di muka,
Jangan
tersingkap kain bahasan.
(iii)
Bongkok kail penyangkut insang,
Bongkok fiil penyangkut hutang.
(d)
Bincangkan tiga pengajaran
yang terdapat dalam puisi di atas. [
9 ]
8 Baca
petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kekasih aku
seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga
dengan bawa pun ia juga,
Dijauh daripada
nyawa itu barang siapa,
Jika seribu
tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada serta
ia bahawa itu sentiasa,
Sekaliannya
kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia
menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan hati manusia
juga membawa
suka,
Hati yang
menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia juga,
Kekasihku itu
yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat
juga bukhari itu adanya,
Serta nyawa itu
ia juga,
Beruntung lagi
berbahagia jua.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2005,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 334)
(a)
Nyatakan jenis puisi di atas. [1]
(b)
Jelaskan tiga teknik penulisan puisi di atas. [6]
(c)
Berikan maksud ungkapan atau rangkai kata di bawah seperti yang
terdapat dalam puisi di atas. [6]
(i)
Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,
(ii)
Dijauh daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu
tahun hidup sia-sia juga,
(iii)
Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan
hati manusia juga
membawa suka,
(d)
Huraikan empat gaya bahasa dalam puisi di atas. [12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan