JABATAN
PELAJARAN PERAK
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN
SIJIL
TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA
HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab empat soalan sahaja: satu daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D.
Markah
untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Bahagian A: Sejarah
Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera
Jawab satusoalan sahaja.
1
Bincangkan
persoalan dan realiti masyarakat berikut dalam penghasilan karya sastera dari
awal 1900 sehingga selepas merdeka:
a. Emansipasi Wanita. [13
]
b. Nasionalisme. [12 ]
2
Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan
sastera tanah air.
(a)
Jelaskan latar
belakang tokoh. [10 ]
(b)
Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh
ini. [15]
Bahagian B: Novel dan
Cerpen
Jawab satu soalan sahaja
3 Jelaskan konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur karya Keris Mas dan peleraiannya
berdasarkan peristiwa dalam novel. [25]
4 Baca petikan cerpen di bawah ini dan
jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kota Wangi memberinya ketenangan.
Kota ini amat kecil dalam kemampuan rohnya yang besar. Walaupun manusia jin
ramai di sini, dia mampu menghadapinya. Dia sanggup menjinakkan jin itu.
Sanggup.
“Walaupun
jin itu berekor, I sanggup mendepani mereka”.
“Mereka tidak akan mendengarkan apa
yang you cakapkan”.
Dia merenung muka isterinya.
Benarkah?
“Jin yang berekor itu mudah jinak.”
“I
tak yakin. Sebab, I tahu jin berekor
susah dijinakkan.
Mereka
berasa ada kepala sendiri. Bukan macam you
jinakkan jin kampung.
(Dipetik daripada Majlis
Peperiksaan Malaysia,2003.
Cerpen
Kesementaraan dalam Mutiara Sastera
Melayu Moden
Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka,halaman 57)
(a)
“Walaupun
jin itu berekor, I sanggup mendepani mereka”. Siapakah yang
menuturkan
kata-kata tersebut dan nyatakan
maksud berekor serta jin dalam petikan di atas. [7]
(b) Jelaskan peristiwa-peristiwa yang
berlaku sepanjang perpindahan watak utama ke Kota Wangi.
[6]
(c) Bincangkan citra masyarakat Kota
Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen. [12]
Bahagian C: Drama
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
5 Baca
petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
SUARA
GHAIB: Songkok pesok dek lonjak, buat jahat tetap dibalas jahat, buat baik
dibalas baik. Kau tetap bersalah, Dahlan. Bukan sahaja bersalah kepada kerajaan
dan masyarakat, kau juga bersalah kepada agama. Agama kau peringan-ringankan.
Agama sebenar buat kehidupan di akhirat. Harta buat kehidupan di dunia. Kalau
kau ingin beroleh syurga dunia sebelum beroleh syurga akhirat, hendaklah
berbudi pekerti dan berakhlak yang baik. Kerana ini satu daripada kawan
bahagia. Orang yang semiskin-miskinnya di maya pada yang indah ini, ialah orang
yang kekurangan budi pekerti. Insaflah, Dahlan supaya kau hidup bahagia.
Ingatlah, bahagia dan kesedaran akan kekal jika disertai dengan perasaan
keagamaan. Kebahagian yang sejati taat kepada perintah Tuhan Allah Yang Maha
Kuasa. Berbudilah kau dengan masyarakat. Hiduplah kau dengan persaudaraan.
Ingatlah penyakit jiwa yang sangat berbahaya ialah sombong. Dosa kau masih
boleh diampun, asalkan kau insaf.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003,
Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 219-220)
(a) Dimanakah dialog di atas diucapkan? [2]
(b) Jelaskan empat konflik yang dihadapi Dahlan. [8]
(c) Huraikan lima mesej yang ingin
dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas. [15]
6 (a) Nyatakan unsur seni budaya yang
terdapat dalam drama Malam Ini Penyu Menangis karya
Nordin
Hasan. [6]
(b)
Jelaskan peranan puisi dalam drama ini. [9]
(c)
Huraikan lima unsur perlambangan dalam drama ini. [10]
Bahagian DSajak
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
7 Baca sajak di bawah
ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Sewaktu
Melintasi Kundasang
Lim Swee
Tin
Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah 5
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik.
Aku telah
dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia 10
yang luput
ketika kau tetap abadi
menatap alam
menyaksi kejadian serba
takjub
sepi
namun sentosa
bahagia sekalipun purba. 15
Kabus menipis di puncak
Kinabalu
jalan di bawah berliku
angin dingin mengusap
pohon-pohon
longgokan batu dan serpihan
tebing
sewaktu melintasi Kundasang
mesra dakap 20
melupakan aku sedetik, pendatang terasing
kali ini akan kuambil lembutmu
untuk melentur keras watakku.
Dewan
Masyarakat, Disember 1989
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(a)
Terangkan maksud ungkapan yang berikut.
i Aku
telah dihimpit bising peradaban (baris
9) [2]
ii sepi
namun sentosa
(baris
14) [2]
(b)
Jelaskan dua
perasaan yang dialami oleh penyajak sepanjang
berada di Kundasang. [6]
(c) Bandingkandua latar suasanayang dilalui oleh
penyajak. [6]
(d) Huraikan tiga unsur keindahandalam sajak di atas. [9]
8 Baca sajak
di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Ke Ruang Katarsis
Zaen Kasturi
Sesudah
mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air
mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah
menggeliat ke tanah
resah
menggeliat ke rimba
resah
memulas ke tulang bangsa
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
gugup
lahir di mata kita
gugup
lahir di suara kita
gugup
membiak di mana-mana.
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi
manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album
bangsa
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka
berpinar ke nyali jagat
luka
berpinar ke rohaniah umat
luka
menyentak haluan kiblat.
Esok kita bakal mengggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan
kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?
Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin
tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak
sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.
Mari kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan
nyali anak ke perabung maknawi
temani
tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut
iman dari Tuhan.
Di Atas
Mimbar Merdeka, 1994
Dewan Bahasa dan Pustaka
(a) Jelaskan
nada yang diketengahkan melalui sajak ini. [4]
(b) (b) Huraikan tiga persoalan sajak di atas.
[9]
(c) Huraikan empat unsur gaya bahasa
perulangan dan kesannya yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan