Isnin, 23 September 2013

Penyuntingan Teks

Latihan Penyuntingan (6A2) 25/09/2013

 1.        Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Mencari dimensi baru

Zaman kini sudah beubah. Jika ditinjau daripada sudut ekonomi, malaysia dan rakyat nya sudah berubahwajah dan selera bertukar. Kalau dahulu Malaysia lebihlebih merupa-kan negara pertanian dan struktur perdaganggannya tertumpu padda ekspor barangan komidittinya seperti getah kelapa sawit dan kayu balak kini 80 peratus eksport Malaysia terdiri daripada barang perkilangan. Keduddukan Malaysia dalam perdagangan dunia menjadi semakin peting apatah lagi dalam erra Malaysia menghadapi WTO (Pertubuhan perdagangan Dunia) atau afta (KawasanPerdagangan  Bebas ASEAN) yang menjadikan Malaysia bukan lagi  negaar  yang  ekonominya berasasskan pertania.

Perkembangan terkini ekonomi ini memberikan kepada kesan kehidupan maysarakat dari segi politik dan sosial. Kerakussan mengejar ke-pentingan ekonomi dalam zaman teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ini akan mengorbankan banyak pihak ; geloranya lebih bersifatantarabangsa dan global. Apakah perubah an cabaran baru ini memberikan dimenssi baru kepada dunia sastera darpadai sudut penghasilan karya
  Pergolakan dan baru cabaran ini tentunya akan mem-buahkan ideaa dan pemikiran baru dalam penulisan karya sastera dalam belbagai genre. karya sastera tidak lagi hanya kisah bercerita kemiksinan hidup masyarakkatnya, penderitaan kerana kepincangan hidup keluarga   atau  cerita  yang bersifat didaktek dan kisah yang hanya bersifat peribadi. Tentunya pembaca mengharapkan garappan kisah yang lebih mencabar  seiring dengan cabaran pergolakan ekonomi yang semakin meragut nilai kemanusiaan – siapa yang bijak berduit, pantas dan cekap dialah yang berkuasa.

  Kalau Salina karya Sasterawan Negara A. Samad Said berkisah seputar zaman selepas perang , yang mendedahkan sebab, akibat,  dan kesannya manakala Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan hidup, apakah pula karya terbaik kini yang senada dengan zaman ICT dan zaman komplekssiti ekonomi?Oleh sebab latar masa dan gelombang kehidupan telah berubah, inti pati cerita juga tentunya akan berubah.
  Dari segi teori penulisan kreatif, karya yang baik selalunya dihasilkan melalui sebenar pengalaman penulis, pengamatan, dan penglibatannya secara langsung Manakala cabaran dunia baru ICT dan zaman kompleksiti ekonomi hanya dilalui oleh golongan proffesional pelbagai disiplin ilmu. Jutseru pengetahuan dan pengalaman  ini hanya dimiliki oleh mereka dan profseion mereka itu mewajarkan mereka mendapat pendedahan yang berharga. Contohnya  pengalaman misi saintifik Malaysia ke antartika yang berjaya mencapai matlamat mereka barubaru ini tentu menarik jika dapat di-assimilasikan  melalui karya kreatif dalam pelbagai genre jika mereka mempunyai pendedahan tentang teknik penulisan kreatif. Penglibatan golongan profesional  cini  akan  membuahkan  karya yang dimensi baru tanpa menafikan kebolehan penulis tulen sastera.
(Dipetik daripada Majalah Dewan Sastera, Januari 2005)
Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul           [25]

Tugasan KMK Drama Asiah Samiah

SINOPSIS DRAMA: ASIAH SAMIAH
Karya: Johan Jaafar

ASIAH Samiah merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang penderitaan seorang wanita jelita akibat haknya dinafikan oleh suaminya Misa Sagaraga. Haknya untuk bersuara, haknya untuk berbuat sesuatu, bahkan segala-galanya telah ‘dimatikan’ oleh Misa Sagaraga menyebabkan Asiah Samiah iaitu anak kepada Tuan Setiawan Tanjung ini berasa tertekan, dan kemudian menjadi tidak siuman sehingga menyebabkan dia mati.

Drama Asiah Samiah ini digerakkan oleh babak-babak imbas kembali yang disorot menerusi watak Marga Tua. Marga Tua merupakan saksi kepada penderitaaan Asiah Samiah sebagai seorang wanita yang dinafikan hak dan cintanya. Marga Tua juga menjadi saksi kepada kebobrokan (kejahatan) sikap manusia yang menyumbang kepada penderitaan Asiah Samiah.

Semasa muda, Marga adalah guru bahasa kepada Asiah Samiah. Dalam diam dia menaruh hati kepada Asiah Samiah. Namun dia tidak meluahkan hasrat hatinya itu kerana mendapati Asiah Samiah mencintai sahabat baiknya sendiri iaitu Anas Samanda.

Penderitaan Asiah Samiah bermula apabila ayahnya dan ibunya (Puan Suari Alimin) telah menerima lamaran seorang lelaki Misa Sagaraga yang kaya-raya tetapi dia telah pun berkahwin sebanyak 20 kali sebelumnya. Asiah Samiah sebenarnya mencintai Anas Samanda iaitu seorang pemuda miskin. Tetapi ayahnya berkeras hendak menjodohkan anaknya dengan Misa Sagaraga, dan Asiah Samiah tidak mampu menolak kehendak ayahnya itu.

Ukuran kebahagiaan bagi Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin ialah apabila anaknya memiliki harta kekayaan, kemewahan dan menikmati kesenangan tanpa had. Ibu bapa Asiah Samiah sangat mengagumi Misa Sagaraga sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkaya. Namun kekayaan Misa Sagaraga sebenarnya adalah hasil perniagaan haram dan perbuatan rasuah.

Penderitaan dan konflik jiwa Asiah Samiah semakin melebar apabila Misa Sagaraga merancang untuk mengubah keperibadian Melayu dalam diri Asiah kepada jiwa kebaratan. Bagi Misa Sagaraga, gaya kebaratan itu lebih mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Misa Sagaraga ingin perkahwinannya dilangsungkan di hotel besar secara mewah. Misa Sagaraga mahu menjemput chef (tukang masak) dari Perancis serta pelaminnya dibuat oleh pereka dalaman yang terbaik walaupun bayarannya sangat mahal.

Sesudah berkahwin, Misa Sagaraga memaksa Asiah Samiah melayan kehendak nafsunya secara keras dan hina. Bagi Misa Sagaraga, nilai perempuan atau isteri itu adalah begitu rendah dan hanya sebagai hamba kepada lelaki yang kaya-raya seperti dirinya. Asiah Samiah menerima cacian dan hinaan oleh Misa Sagaraga saban hari. Penderitaannya bertambah apabila dia mendapati dirinya hamil daripada benih lelaki/suami yang tidak dicintainya. Dia melahirkan anak perempuan diberi nama Laila Anurisah.

Akibat terlalu menderita dan mengalami kesedihan, Asiah Samiah hilang kewarasan dan tidak dapat menjaga Laila Anurisah. Asiah Samiah meninggalkan anak dan suaminya dalam keadaan tidak siuman. Penderitaan Asiah Samiah beralih kepada Laila Anurisah apabila Misa Sagaraga menganggapnya anak sial. Laila Anurisah diusir keluar dari rumah itu dan diselamatkan oleh Marga. Dia memelihara Laila Anurisah sehinggalah kanak-kanak itu meningkat remaja.

Setelah remaja, Laila Anurisah dirampas kembali oleh Misa Sagaraga daripada jagaan Marga. Misa Sagaraga yang kasar dan keras itu turut membunuh Anas Samanda kerana pemuda itu terlibat dalam perjuangan menentang ketidakadilan sosial serta kezaliman yang berlaku dalam masyarakat. Menjelang dewasa, Laila Anurisah datang menemui Marga (kini sudah tua) dan bertanyakan khabar mengenai ibunya. Marga Tua telah menyatakan ibunya, iaitu Asiah Samiah telah pun meninggal dunia dalam kerana jiwa yang terseksa. Jawapan yang cukup memilukan diterima oleh Laila Anurisah.



Latihan :

1.   Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang diberi; iaitu sinopsis / jalan cerita Asiah Samiah, sila kenal pasti dan petik dialog yang menerangkan / menggambarkan maksudnya yang boleh bertindak sebagai contoh atau bukti. Setiap petikan yang anda ambil itu, sila nyatakan muka suratnya. Petikan anda tidak semestinya panjang, memadai 3-5 baris sahaja.


  1. Pernyataan / dialog yang menunjukkan watak Asiah Samiah itu seorang gadis yang cantik.
  2. Pernyataan / dialog yang menunjukkan watak Asiah Samiah mencintai Anas Samanda.
  3. Pernyataan / dialog yang menunjukkan watak Misa Sagaraga turut menjalankan perniagaan yang haram di sisi agama Islam.
  4. Pernyataan yang menunjukkan Asiah Samiah menunggu-nunggu kemunculan Anas Samanda untuk menyelamatkan dirinya.
  5. Pernyataan yang menunjukkan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Misa Sagaraga.
  6. Pernyataan yang menunjukkan Anas Samanda adalah lelaki budiman, berperibadi mulia.
  7. Pernyataan yang menunjukkan ibu bapa Asiah Samiah percaya bahawa kekayaan Misa Sagaraga itu akan dapat memberi kebahagiaan kepada anaknya.

2.  Huraikan pemikiran yang terdapat dalam drama Asiah Samiah berserta contoh yang sesuai.
(Jawapan Penuh)