1. Perkembangan genre cerpen pada dekad 1930-an dan 1940-an memperlihatkan golongan –golongan tertentu menguasai penulisannya.Berdasarkan penyataan di atas,
(a) nyatakan dua golongan penulis dan namakan dua tokoh penulis dekad 1930-an dan 1940-an .
(b) jelaskan dengan memberikan contoh empat persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen dekad 1930-an dan 1940-an .
(c) huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan di atas terhadap persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen.
Nyatakan dua golongan penulis,
(i). Golongan penulis guru (1 markah)
(ii). Golongan penulis wartawan (1 markah)
Namakan dua tokoh penulis dekad 1930-an dan 1940-an .
(i). Ishak Hj. Muhammad (1 markah)
(ii). Abd. Rahim Kajai (1 markah)
(iii). Muhammad Yassin Maamor (1 markah)
(iv). Muhammad Dahlan Masud (1 markah)
(v). Harun Muhammad Amin (1 markah)
Empat persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen dekad 1930-an dan 1940-an
Persoalan moral
Merangkumi soal-soal lain seperti kebaikan berbudi bahasa, sabar, murah hati, jujur , kesetiaan , kehidupan masyarakat tempatan, keruntuhan/ kepincangan/ pengaruh barat dan sebagainya. Antara cerpen yang membawa persoalan moral ialah, Gelombang Hidup oleh Yusof Adil, Menyelam Di Lautan Percintaan, Hantu Judi atau Isteri yang Berbakti, Salah sendiri dsb.
Persoalan Kebebasan sosial
Ianya dipersoalkan dengan meluas terutama ketika masyarakat Melayu bertembung dengan pengaruh budaya barat, isu ini merangkumi aspek kebebasan memilih jodoh dan mengatur kehidupan rumahtangga. Antara cerpen yang memperkatakan tentang persoalan ini ialah Tanggungan Muda , Kesedihan Perkahwinan Paksa, Meracun Pertemuan, Sampaikan Salamku Kepadanya dan Kerana Ringgit Bercerai Kasih.
Persoalan pelajaran / pendidikan
Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan kepada orang Melayu/kesedaran mendidik anak bangsa dengan pelajaran / pelajaran agama. Antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah “Berpantang Mati Sebelum Ajal” oleh Muhammad Dahlan Masud. “Hindun Seorang Murid Yang Miskin” atau “Isteri Yang Berbahagia atau Ibu Yang Berjasa”.
Persoalan Nasionalisme/semangat cintakan tanahair.
Sikap anti penjajah/kebencian terhadap penjajah yang menganaktirikan pribumi, kesedaran tentang nasib bangsa yang tertindas di bumi sendiri, ketidakpuasan hati terhadap penjajah/keinginan untuk memerdekakan tanahair. Antara cerpen-cerpennya ialah “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Hj. Muhammad “Anak Dibuat Denak” , “Disini Kita Bukannya Orang Dagang”
Persoalan Ekonomi
Kecurigaan masyarakat pribumi terhadap kaum pendatang/mendedahkan kelemahan/kedudukan ekonomi orang Melayu yang jauh ketinggalan. Kesedaran tentang perlunya perubahan sikap orang Melayu terhadap ekonomi / penglibatan orang Melayu dalam ekonomi. Antara cerpen” Dari Perangkap ke Penjara, kemudian lalu ke syurga”-Ishak Hj.Muhammad. “Dolly, Bidadari Dari Shanghai” dan “Cerita Awang Putat”
Persoalan Bercorak pengembaraan dan detektif
Gambaran tentang pengembaraan/perjalanan manusia ke angkasa/kisah-kisah/pengalaman-pengalaman negeri antara cerpennya “Panglima di Rimba, “Terbang ke bulan” “Pelayaran yang Dahsyat”
Persoalan kelucuan / jenaka
Sifat/perangai manusia yang menimbulkan kelucuan/kebodohan yang ada pada setengah-setengah mereka. Bertujuan untuk memberi hiburan tetapi pada masa yang sama terselit sindiran-sindiran yang tajam antara cerpennya “Bodoh Mengena” , “Tipuan Yang Hendak Mengenyangkan Perut dan Menghilangkan Dahaga”, “Mengangguk Kepala Kerana Penyakit”
Tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan di atas terhadap persoalan yang diperkatakan dalam genre cerpen.
Kesedaran tentang pengaruh barat / moden membawa keburukan
Unsur-unsur negatif yang dibawa masuk oleh pengaruh barat, menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak ./ moral di kalangan penduduk tempatan. Dolly Bidadari Dari Shanghai.
Kesedaran tentang sikap kaum pendatang yang buruk / menipu/menjahanamkan masyarakat pribumi.
Golongan pendatang sama ada DKK atau DKA yang mengambil kesempatan menipu dan cuba menjahanamkan masyarakat Pribumi seperti cerpen Awang Putat.
Kesedaran tentang dasar pendidikan barat/sekolah Inggeris
Pihak penjajah yang tidak membuka ruang untuk pribumi menguasai ilmu. Hindun Seorang
Pelajar Yang Miskin.
Kesedaran tentang kelalaian dalam ilmu agama
Masyarakat melayu yang mudah terjebak dengan gejala negatif yang meruntuhkan akhlak/pergaulan bebas. Bertukar Agama Kerana Cinta.
Kesedaran kebangsaan/ politik orang Melayu
Orang Melayu mulai sedar sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang hingga menyebabkan orang Melayu tertinggal dan terbiar.
Kesedaran tentang orang Melayu yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi.
Penguasaan ekonomi oleh kaum pendatang yang lebih diutamakan oleh penjajah menyebabkan orang Melayu mundur dan miskin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan