1. a. Nyatakan EMPAT jenis/golongan cerita mengenai tokoh Islam yang terdapat dalam Sastera Agama tersebut.[ 4 markah ]
Jawapan 2a i : Pilih 4 shj.
i. Cerita Nabi Muhammad s.a.w
ii. Cerita Nabi-nabi Allah
iii. Cerita Para Sahabat Nabi
iv. Cerita Pahlawan Islam
v. Cerita Orang-orang Solihin[ 4 markah ]
i. Nyatakan contoh karya bagi TIGA jenis cerita tentang tokoh Islam yang anda pilih di atas. [ 6 markah ]
Jawapan a :
Fakta 1 : Cerita Nabi Muhammad s.a.w
Huraian/Contoh : “Hikayat Nur Muhammad”, “Hikayat Peri Menyatakan Mukjizat Nabi”,
“Hikayat Peri Menyatakan Nabi Bercukur” dan “Hikayat Peri
Menyatakan Nabi Wafat”. “Hikayat Isra’ dan Mikraj”, “Hikayat
Seribu Masalah”, “Hikayat Iblis dan Nabi”, “Hikayat Raja Lahad”.
Fakta 2 : Cerita Nabi-nabi Allah
Huraian/Contoh : “Qisas al-Anbiya”, “Hikayat Nabi Musa”, “Hikayat Raja Sulaiman”,
“Hikayat Nabi Yusuf”, “Hikayat Zakaria”, “Hikayat Nabi Iblis”,
“Hikayat Nabi Hud”.
Fakta 3 : Cerita Para Sahabat Nabi
Huraian/Contoh : “Hikayat Tamim al-Dari”, “Hikayat Abu Syahmah”, “Hikayat Abu
Bakar”, “Hikayat al-Mu’minin Umar”, “Hikayat Ali Kahwin”, “Hikayat
Hasan dan Husin”.
Fakta 4 : Cerita Pahlawan Islam
Huraian/Contoh : “Hikayat Iskandar Zulkarnain”, “Hikayat Malik Saiful Lizan”,
dan “Hikayat Sama’un”.
Fakta 4 : Cerita Orang-orang Solihin
Huraian/Contoh : “Hikayat Lukman al-Hakim”, “Hikayat Raja Jumjumah”, “Hikayat
Ibrahim ibn Adham”, “Hikayat Abu Yazid al-Bistami”, “Hiakayat al-
Rabiah”, “Hikayat Syeikh Abdul Kadir Jilani”, “Hikayat Syeikh
Muhammad Saman”.
b. Sastera Agama menyenaraikan watak nabi-nabi Allah yang terkenal. Huraikan watak dan perwatakan nabi-nabi Allah yang terdapat dalam sastera Agama.
[15 markah]
Fakta 1 : Nabi Adam a.s
Huraian : Nabi Adam a.s adalah bapa kepada umat manusia. Dicipta daripada
tanah. Pada mulanya hidup dalam syurga. Isterinya Siti Hawa.
Diperintah ke dunia kerana makan buah Khuldi akibat terpengaruh
dengan godaan iblis.
Fakta 2 : Nabi Idris
Huraian : Nabi Idris diangkat kelangit kerana dia memohon kepada Allah untuk
melihat syurga dan Neraka. Apabila berada di syurga, Nabi Idris tidak
mahu kembali ke dunia semula. Maka Nabi Idris tinggal di langit ke
Tujuh hingga hari kiamat.
Fakta 3 : Nabi Hud
Huraian : Menjadi utusan Allah menyeru umat manusia supaya beriman. Berjaya
menarik 17 orang untuk beriman. Allah turunkan musibah kelaparan
kepada kaum Hud kerana tidak beriman.
Fakta 4 : Nabi Salih
Huraian : Pertunjukan mukjizat Nabi Salih berjaya menarik ramai kaumnya
beriman. Sebaliknya mereka berpaling kepada kafir. Akibatnya Allah
turunkan azab
Fakta 5 : Nabi Nuh.
Huraian : Seruan Nabi Nuh tidak dihiraukan umatnya. Nabi Nuh dipermain oleh
umatnya. Akibatnya Allah turunkan banjir besar. Semua mati kecuali
Nabi Nuh dan pengikutnya yang berada dalam Bahtera Nabi Nuh
Selamat.
Fakta 6 : Nabi Ibrahim
Huraian : Nabi Ibrahim menyeru Raja Namrud supaya beriman. Malangnya Raja
Namrud menangkap Nabi Ibrahim lalu dibakarnya. Allah
menyelamatkan Nabi Ibrahim, menurunkan bencana sehingga Raja
Namrud mati kekafiran
Fakta 7 : Nabi Musa
Huraian : Menyeru Fir’aun supaya beriman. Nabi Musa menggunakan mukjizat
nya supaya Fir’aun beriman. Tetapi firaun tetap tidak beriman. Akibatnya
Fir’aun dan pengikutnya mati lemas dalam Laut Merah sewaktu
mengejar pengikut Nabi Musa.
Fakta 8 : Nabi Ayub
Huraian : Mendapat penyakit dagingnya reput dan busuk.Beliau diusir dari
kampung, ditinggalkan isteri dan digoda iblis namun tetap Baginda
beriman. Akhirnya Baginda diselamatkan Allah
Fakta 9 : Nabi Sulaiman
Huraian : Cincin hikmat baginda dicuri jin, yang menyamar sebagai Nabi Sulaiman
yang menjadi Raja di Baitul Muqaddis. Nabi Sulaiman diusir dari istana
sehingga hidup melarat. Keteguhan iman Nabi Sulaiman, menyebabkan
baginda mendapat bantuan Allah, Cincin hikmatnya ditemui semula,
dan takhta kerajaan dikembalikan kepada baginda.
Fakta 10 : Nabi Yusuf
Huraian : Akibat dicemburui oleh saudara-saudara kandung, baginda telah
dibuang ke dalam telaga. Kemudian dijual kepada pembesar Mesir. Nabi
Yusuf digilai isteri pembesar Mesir kerana ketampanannya. Nabi Yusuf
dipenjarakan kerana menolak niat jahat isteri pembesar untuk menggoda
Yusuf. Nabi Yusuf dibebaskan kerana mahir dalam nujum. Akhirnya
menjadi pembesar Mesir.
Fakta 11 : Nabi Isa
Huraian : Nabi terakhir dalam cerita para Nabi. Menghadapi berbagai rintangan.
Menyeru Bani Israil untuk beriman. Raja Jabal Qaf turut beriman
dengan Nabi Isa. Kaumnya sendiri cuba membunuh Nabi Isa, tetapi
diselamatkan Allah dengan mengangkat baginda ke langit.
Fakta 12 : Nabi Muhammad s.a.w
Huraian : berperwatakan yang ideal fizikal dan batinnya. Mempunyai mukjizat
sebagai bukti kebenaran ajaran Islam dan untuk menahan diri daripada
musuh. Antara mukjizat Rasulullah, ialah sebaik dilahirkan, baginda
telah dikhatankan, Bonda susuan yang tidak mempunyai susu, telah
mempunyai susu yang banyak sebaik menyusu baginda. Kambing milik
Halimaton saadiah membiak dengan banyak, tanah pertanian yang
kontang menjadi subur. Malaikat membedah Rasulullah untuk
membersihkan hati dari kotoran godaan syaitan ketika remaja. Ketika
berniaga di Syam, Baginda sentiasa dinaungi awan. Baginda
membawa bulan terbelah kepadanya sebagai mujkjizat supaya Raja
Habib bin Malik beriman. Baginda juga berjaya memulihkan kecacatan
anak Raja Habib, yang tidak mempunyai kaki dan tangan menjadi
sempurna semula. Nabi yang paling banyak berperang, sentiasa
dilindungi malaikat Jibrail ketika berperang, walaupun berhadapan
dengan musuh yang ramai.
SOALAN 2
[i] Nyatakan latar belakang Tun Seri Lanang . [5m]
Fakta 1 : Nama sebenarnya Tun Muhammad {1m]
Fakta 2 : Keturunan bangsawan Melayu daripada bendahara Melaka. [1m]
Fakta 3 : Bertugas sebagai bendahara sewaktu pemerintahan Raja Abdullah {1m]
Fakta 4 : Bendahara kerajaan Melayu Johor [1m]
Fakta 5 : Bertugas sebagai penyusun dan penulis Sulalatus Salatin. {1m]
[ii] Jelaskan empat keistimewaan Tun Seri Lanang berdasarkan isi kandungan sejarahMelayu. [20m]
1. Fakta : Seorang yang bijaksana dan intelektual [2m]
Huraian +cth : Daripada penulisan karya tersebut dapat dilihat nilai keintelektualan Tun Seri Lanang yang peka dengan sejarah dan perubahan politik yang berlaku disekitarnya. Sebagai seorang yang mencintai ilmu beliau pasti telah membaca banyak hikayat dalam kesusasteraan asing spt Hik. IskandarZulkarnain dan,Hik.Raja Pasai yang dimuatkan dalam karya ini dengan begitu menarik sekali. [3m]
2.Fakta : seorang yang kreatif dan artistik [2m]
Huraian +cth : Tun Seri lanang seorang yang berpengetahuan luas,kreatif dan artistik sehingga beliau dapat menampilkan Sejarah Melayu dalam bentuk yang sangat unik . Ini dapat dilihat melalui perlukisan kisah , pengembaraan serta gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Kisah –kisah itu digarap dengan jelas sehingga mengusik jiwa dan perasaan terutamanya gambaran peperangan dan tragis. [3m]
3.Fakta : Seorang yang berkebolehan dalam menggambarkan peristiwa lampau dengan realistik. [2m]
Huraian + Cth : Huraiannya tentang peristiwa lampau yang bukan pada zamannya adalah menarik dan lebih realistik terutamanya melalui kisah dan tragedi seperti kisah pembunuhan Tun Besar atau pun kisah pembunuhan bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
4. Fakta : seorang yang dapat memaparkan sesuatu watak itu dengan begitu hidup. [2m]
Huraian + Cth : Watak-watak dalam Sejarah Melayu terutamanya watak-watak istimewa dan memilki sifat yang berlainan serta unsur lucu dapat digambarkan begitu hidup melalui sikap dan tingkah laku watak tersebut ,menimbulkan rasa cemas, geli hati dan marah kepada pembaca. Terutamanya dalam cerita Mia Ruzul dengan kambing Randuk atau pun cerita tentang Tun Mai Ulat Bulu. [3m]
5. Fakta :Seorang yang bijak dalam pengunaan gaya bahasa dan teknik bercerita [2m]
Huraian + CTh : Gaya bahasa dalam Sejarah Melayu begitu banyak kerana beliau seorang yang boleh menguasai pelbagai bahasa. Di mana dalam sejarah Melayu terdapatnya penggunaan Bahasa Arab, Jawa, dan Parsi . Manakala terdapat pelbagai teknik penulisan yang dipersembahkan olehnya seperti teknik dialog, monolog, intermonolog, pantun, syair yang boleh menimbulkan kesan keindahan serta menarik minat pembaca untuk terus membaca karya tersebut. [3m]
BAHAGIAN B : SULALATUS SALATIN
3. Teliti petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya
Maka titah baginda, “Barang siapa membawa anak Bendahara Pahang itu ke mari, apa yang dikehendakinya kita anugerahi akan dia; umpamanya jika ia hendakkan sekerat kerajaan kita sekali pun kita anugerahkan; dan ada pun dosanya tiada kita bunuh. Adapun tatkala itu Hang Nadim ada di bawah penghadapan itu. Setelah ia mendengar titah demikian itu, maka Hang Nadim pun berbicara dalam hatinya, “Baik aku pergi ke Pahang, mudah-mudahan dapat Tun Teja itu; ke bawah duli Yang Dipertuan akan menghapuskan dosaku.”
(Hlm 225)
a. Apakah dosaku yang dimaksudkan di dalam petikan di atas? [6M]
b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya? [10M]
c. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Hang Nadim untuk mendapatkan Tun Teja [9M]
3. a. fakta - Dosa yang dimaksudkan ialah kegagalan Hang Hadim untuk
membawa pulang kain serasah yang dipesan oleh Sultan Mahmud
dari Benua Keling (2m)
huraian - Hang Nadim telah diutuskan ke Benua Keling untuk membeli 40
helai kain serasah pelbagai corak
- Hang Nadim telah menumpang kapal Hang Isap yang telah
disumpah oleh Sayid akibat pertelagahan
- Akibatnya Sultan Mahmud Murka kerana hanya 4 helai sahaja
kain yang dapat diselamatkan (4 m)
b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya?
i. Nama asalnya Tun Teja Ratna Menggala
ii Tun Teja anak kepada bendahara Pahang (Seri Amar Bangsa Diraja)
iii. memiliki rupa paras yang cantik
iv memiliki kebolehan mengesip / membelah lada sulah dengan gigi
v. tunang kepada Sultan Abdul Jamal
baginda menginginkan Tun Teja kerana
i. Seri Wak raja telah mengkhabarkan kecantikan Tun Teja
ii. Sultan Mahmud telah kematian permaisuri
c. Tindakan Hang Nadim untuk mendapatkan Tun Teja (9 m)
i. Berbuat baik dengan seorang perempuan tua pelulut untuk memasuki rumah
Datuk Bendahara
ii. Menawarkan emas dan kain baju yang banyak kepada si pelulut
iii. memberi si pelulut satu lulut untuk disapu ke badan Tun Teja
iv. Tun Teja dilarikan ke Pahang menggunakan jong milik Nakhoda Saiyid
Ahmad (3 X 3m)
4. Melalui Sulalatus Salatin banyak memaparkan unsur-unsur kebijaksanaan orang-orang
Melayu Melaka dalam berhadapan pihak-pihak luar. Jelaskan pernyataan ini dengan
merujuk kepada lima peristiwa di dalam teks [25M]
4. Unsur-unsur kebijaksanaan
i. Kebijaksanaan Tun perak menangkis serangan Siam
- Melalui taktik berperang dengan membawa ahli keluarga atau pun
memasang obor-obor di sepanjang pokok nyirih
ii. Kebijaksanaan rombongan Melaka untuk melihat maharaja China
- Rombongan Melaka meminta hidangan kangkung yang tidak dikerat lalu
melihat maharaja China di mungkur kaca
iii. Kebijaksanaan orang-orang Melaka membalas bingkisan dari China
- Sagu rendang sepilau yang menggambarkan betapa ramainya rakyat Melaka
iv. kebijaksanaan Tun Bija Sura untuk membalas perilaku orang-orang Majapahit
- Menunjukkan permainan sapu-sapu rengit dengan cara berlunjur kaki ke arah Betara
Majapahit
v. Kebijaksanaan orang-orang Melaka mengelak berperang di pihak musuh di Siam
-memberitahu pihak musuh (Siam) bahawa orang-orang Melaka tidak boleh
berperang di arah matahari terbenam, kononnya kiblat orang Islam
vi. kebijaksanaan orang-orang Melaka menjaga nama baik Sultan Melaka di
Siam
- memberitahu maksud Sultan Mansur Syah iaitu raja yang dilindungi Allah
vii. Kebijaksanaan orang Melaka menunjukkan kekuatan tidak lut senjata di Siam
- Seorang tua yang untut telah menunjukkan permainan lembing yang tidak luka di kakinya
viii. Kebijaksanaan Hang Nadim menunjukkan kreativiti melukis corak bunga
kain serasah di Benua Keling / membuat tanglun telur di Ceylon
- Hang Nadim tidak berkenan dengan corak yang dilukis oleh penduduk
tempatan, lalu melukis sendiri corak tersebut sehingga menarik perhatian
penduduk Benua Keling
ix. Kebijaksanaan Hang Nadim melarikan Tun Teja
Hang Nadim menggunakan pelbagai cara untuk melarikan Tun Teja contoh
menggunakan orang tua pelulut
x. Kebijaksanaan Tun Mutahir menangkis serangan Feringgi
- Sikap tegas dan bijak mengundang rasa gerun di kalangan tentera
Feringghi / serangan pertama Feringghi dapat ditumpaskan oleh anak buah
Tun Mutahir/ Bendahara Seri Maharaja
5. “Sastera kitab banyak mengandungi ciri-ciri keagamaan.” Berdasarkan contoh daripada sastera kitab,”Hadiqat al-Azhar wa al-Rayabin” dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional, nyatakan ciri-ciri keagamaannya, dan huraikan tujuan ciri-ciri keagamaan tersebut diterapkan dalam penulisan sastera kitab ini.
[25 markah]
Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya
Ciri 1 : Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan : Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh: (m/s 197) Alhamdulillah al-lazi…
Ciri 2 : Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan : merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah
contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh: (m/s 198) Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…
Ciri 3 : Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri
sendiri.
Tujuan : menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh: (m/s 200) Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…
Ciri 4 : Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis
berkait dengan persoalan yang dibicarakan
Tujuan : mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh : (m/s 204) katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis
Rasullallah s.a.w
Ciri 5 : Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan : Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan
kedudukan dalam masyarakat
Contoh : (m/s 196) Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan
Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah
Ciri 6 : Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan : Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan
kepada umat Islam
Contoh : Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a
Ciri 7 : Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan : Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan
contoh teladan
Contoh: (m/s 206) Imam Malik, Imam Syafii
6. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Maka tatkala melihatku akan demikian itu hebatlah aku akan dia sebagai hebat yang besar, dan dudukku pada tempat kesudahan lingkungan mengajarnya. Maka aku ambilkan ranting daripada bumi, maka jadilah aku tiap-tiap membaca Malik akan satu hadis aku suratkan dia dan air liur di atas tanganku dan Imam Malik menilik ia dengan hujung matanya tanganku padahal tiada ketahuiku dengan tiliknya hingga selesai majlisnya itu dan menanti Malik bahawa aku berpaling berjalan. Maka tiada melihat ia akan daku berjalan, maka mengisyarat ia kepadaku seketika, kemudian berkata ia, “Adakah engkau ini bangsa Tanah Haram?” Kataku, “Bangsa Tanah Haram” Katanya, “Adakah engkau bangsa Makkah?” Sahutku. “Bangsa Makkah.” Katanya, Adakah bangsa Quraisy engkau?” Sahutku, “Bangsa Quraisy.” Katanya, “Telah sempurnalah segala sifat engkau, tetapi ada pada engkau jahat adab.” Maka kataku, “Dan, apa yang engkau lihatkan dia daripada jahat adabku?”
(Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hal 203)
a. Petikan di atas dikategorikan sebagai Sastera Kitab, berikan dua fungsi Sastera Kitab. [4m]
i. Menyampaikan ajaran Islam dalam bentuk yang lebih sesuai dengan masyarakat Melayu pada waktu itu
ii. Memantapkan akidah dan kepercayaan masyarakat terhadap Islam
iii. Memperkemaskan hokum-hukum Islam melalui penceritaan dan pengkisahan sejarah Islam
b. Mengapa Malik mengatakan “…..tetapi ada pada engkau jahat adab” dan apa yang berlaku selepas itu. [8m]
i. Mengapa Malik mengatakan “…..tetapi ada pada engkau jahat adab”
a. Imam Malik r.a. melihat Imam Syafie r.a. bermain-main dengan air liur di tapak tangannya semasa beliau mengajar hadir Al-Muwatta
b. Bagi Imam Malik r.a. perbuatan seumpama itu dianggap ‘jahat adab’ kerana tidak pernah dilakukan oleh muridnya sebelum ini
ii. Apa yang berlaku selepas itu
a. Imam Malik r.a. memanggil Imam As-Syafie r.a. untuk menyiasat perlakuan tersebut
b. Imam Syafie r.a. menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah untuk ‘menulis’ semua pengajaran Imam Malik r.a.
c. Imam Malik r.a. tidak percaya dan meminta Imam Syafie r.a. membuktikannya
d. Imam Syafie r.a. membaca kesemua 25 hadir al-Muwatta yang diajar oleh Imam Malik tadi
e. Imam Malik kagum dan membawa Imam Syafie r.a. ke rumahnya
f. Imam Syafie diberi tugas membaca hadis al-muwatta kepada jemaah masjid dari Mesir dan Iraq
c. Siapakah ‘aku’ dalam petikan di atas. Berikan lima kelebihan / keistimewaan ‘aku’. [13m]
Siapa ‘aku’
i. Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-shafii al-Matlabi / As-Syafie r.a. [1m]
ii. Dilahirkan di Ghazzah ( Palestin) pada tahun 150H
iii. Dibesarkan di Makkah
iv. Memiliki raut wajah yang panjang, berhidung mancung, berleher jinjang, berjanggut, berkukit hitam manis dan tinggi
Kelebihan dan keistimewaan ‘aku’
i. Tokoh mazhab fekah yang terkenal dalam sejarah Islam, termasuklah umat Islam di alam Melayu.
H/C : Mentasnif mazhabnya di masjid Amru bin al-as
ii. Mempunyai ketajaman fikiran / memiliki daya ingatan yang luar biasa
H/C : Menghafal al-Quran semasa berusia 7 tahun, menghafal
kitab al-Muwattak
iii. Gigih / berani mencari ilmu.
H/C : Mencari ilmu di Madinah semasa berusia 14 tahun,
mengembara ke Iraq, mengamalkan ilmunya dan
beribadat kepada Allah
iv. Sabar dalam menempuh segala dugaan Allah
H/C : Imam Syafie r.a. mengidap pelbagai penyakit dan yang paling serius ialah buasir
v. Mempunyai keperibadian yang mulia
H/C : Tidak pernah berdusta dan selalu beribadat
vi. Sentiasa mendalami ilmu agama
H/C : Selalu belajar dan menuntut ilmu daripada beberapa orang ulama seperti Imam Malik r.a.
vii. Kuat beribadat
H/C : Membahagikan malam kepada tiga bahagian iaitu 1/3 untuk ilmu, 1/3 untuk sembahyang dan 1/3 untuk tidur khusus dan sentiasa membaca al-Quran
viii. Keturunannya daripada golongan yang mulia
H/C : senasab dengan Rasulullah s.a.w
7. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
Assalamualaikum,
Hei! Babun tunggal Si Awang Hitam,
Aku tidur engkau berjaga,
Aku duduk engkau berdiri,
Aku berdiri engkau berjalan,
Dulu setapak dari angin,
Aku suruh pergi, engkau pergi,
Aku panggil datang, engkau datang
Kau tidak boleh menongkah kata aku,
Seperti menongkah kata Allah,
Kau tidak boleh menongkah kata aku,
Seperti menongkah kata Muhammad.
Hei! Jin Hitam Mangkabumi,
Pangkat engkau Si Tunggal Alam,
Aku minta terimalah pasungku ini,
Minta tolong jaga,
Barang siapa yang iktikad salah
Aku minta tolong kepak,
Aku minta tolong rantai,
Jikalau engkau tidak kepak,
Tidak menokok, tidak merantai,
Aku sumpah kau dengan kata Allah,
Aku sumpah kau dengan kata Muhammad,
Berkat doa, Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah.
Sumber: Haron Daud, 2001.
Mantera Melayu: Analisis Pemikiran.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
[i] Huraikan enam gaya bahasa dalam puisi di atas. [12 markah]
[ii] Jelaskan empat persoalan yang boleh dibangkitkan dalam petikan puisi di atas.
[13 markah]
- (JAWAPAN CARI SENDIRI) –
8. Teliti puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya:
Peribahasa Berangkap
Melangkah dengan pukal,
Berjalan dengan tawakal,
Bercakap dengan akal.
Berdakap muka mentua,
Bertaup muka menantu,
Takkan semenggah rumah tangga.
Mengumpat pagi,
Mengeji petang,
Lalat buta pun tak mahu singgah.
a. Apakah jenis puisi di atas ? [ 1markah ]
b. Nyatakan maksud setiap rangkap puisi tersebut. [ 9 markah]
c. Bincangkan TIGA Gaya Bahasa Puisi di atas. [ 9 markah]
d. Jelaskan DUA nilai masyarakat berdasar petikan di atas [ 6 markah]
Jawapan
8a. Puisi Bahasa Berangkap Tiga Baris [1markah ]
8b. Maksud setiap rangkap.
Rangkap 1 – Persediaan rapi dan sempurna perlu dibuat terlebih dahulu sebelum
bertindak. Setelah itu berserah kepada Allah agar berjaya segala
maksud yang diingini. Tutur kata perlulah bersesuaian dengan kelompok
dan situasi setempat.
(3m)
Rangkap 2 – Persefahaman dan rasa kasih sayang mendalam antara mentua dan
menantu akan membuatkan rumahtangga aman damai dan tidak
menimbulkan perselisihan faham.
(3m)
Rangkap 3 – Perbuatan mengumpat dan mengeji atau semua amalan negatif amat
tidak disukai oleh masyarakat, termasuk si pengumpat dan sipengkeji itu
sendiri tidak suka dirinya diumpat dan dikeji orang.
(3m)
8c. Bincangkan 3 Gaya Bahasa Puisi di atas. [ 9 markah ]
Fakta 1 : Responsi / perulangan perkataan di tengah baris
Huraian : Perkataan ‘dengan’ dan ‘muka’ diulang ditengah baris dua kali
Contoh 1 : Melangkah dengan pukal,
Berjalan dengan tawakal, ( R1:B2&3)
Atau
Contoh 2
Berdakap muka mentua,
Bertaup muka menantu, (R2:B1&3)
Fakta 2 : Asonansi / perulangan bunyi vokal
Huraian : huruf Vokal ‘a’ diulang 4 kali dalam sebaris
Contoh : Melangkah dengan pukal, ( R1,B1)
Fakta 3 : Aliterasi / perulangan bunyi konsonan
Huraian : Perulangan bunyi konsonan ‘g’ diulang 4 kali dalam sebaris
Contoh : Takkan semenggah rumah tangga.
Fakta 4 : Metafora.
Huraian : Unsur abstrak digabungkan dengan unsur konkrit dalam perkataan
iaitu kata nama ‘lalat’ (unsur konkrit) telah digabungkan dengan ‘buta’
(unsur abstrak).
Contoh : Lalat buta pun tak mahu singgah.
8d. Jelaskan DUA nilai masyarakat berdasar petikan di atas [ 6 markah]
Fakta 1 : Nilai hormat menghormati
Huraian : Menghormati sesama ahli keluarga dan berusaha mengelak daripada
berlaku pertikaian dikalangan ahli keluarga adalah nilai masyarakat yang
terdapat di dalam puisi di atas.
Fakta 2 : Berhemah Tinggi
Huraian : Dalam kehidupan bermasyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai positif
seperti akhlak mulia, berhemah dan mengelak daripada sifat-sifat negatif
seperti mengumat dan mengeji orang