Selasa, 21 September 2010

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 (TRADISIONAL)


Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

1.  [i]  Apakah yang anda faham mengenai lagenda.                             [5 markah]

Fakta 1 … Cerita –cerita mengenai keberanian dan kegagahan  seseorang tokoh
                  Dalam masyarakat Melayu tradisional.

Fakta 2…..Tokoh tersebut mempunyai unsure-unsur luar biasa serta dikaitkan
                  Dengan unsure sejarah tempatan ataupun antara bangsa.

Fakta 3…..Gambaran tokoh dibesar-besarkan dengan pelbagai kelebihan.

Fakta 4…..Tokoh digambarkan mempunyai watak dan perwatakan yang paling baik.

Fakta 5…..Tokoh lagenda adalah tokoh yang benar-benar hidup dalam masyarakat yang
                  Mendokong cerita tersebut

Fakta 6…..Contoh-contohnya :  Hang Tuah, Mahsuri,Tun Perak, Puteri Sa’dong,
                  Tok Janggut.
                                                                             [1 fakta = 1 markah]

     [ii]  Berdasarkan 2 tokoh lagenda di bawah :
              [a] Hang Tuah.
              [b] Mahsuri
           Huraikan 3 keistimewaan setiap tokoh itu yang menjadikan cerita mengenai
           mereka lagenda.                                                                         [ 20 markah]

[a] Hang Tuah
 
Fakta 1. Seorang yang cerdik  dan bijak menggunakan tipu muslihat untuk menewaskan
              Musuhnya.
Huraian + contoh …..Hang Tuah telah berjaya mengalahkan 70 orang perajurit jawa
                                   Dengan membawa mereka ke satu lorong sempit yang hanya boleh
                                    Dilalui seorang perajurit dalam satu masa.

Fakta 2. Hang Tuah sentiasa berhati-hati/berwaspada sewaktu bersama musuh-musuhnya.
Huraian + contoh…..Sewaktu di Majapahit Hang Tuah Telah diuji oleh Betara Majapahit
                                  Dengan Patih Gajah Mada  seperti menyorakkan kerisnya dan
                                  Memberi arak kepada Hang Tuah  supaya mereka mudah untuk
                                  Membunuhnya tetapi semua tindakan itu tidak berjaya.


Fakta 3. Hang Tuah sebagai tokoh diplomat yang pintar dan bijak.
Huraian + contoh ….Dalam hikayat Hang Tuah, beliau telah diutuskan sebagao wakil
                                 Raja bagi menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara Siam,
                                 China dan Rom. Hang TUah telah menjalankan tugasnya dengan
                                 Trepat, bijak dan berjaya.

Fakta 4. Hang Tuah mempunyai kekuatan dan ketokohan sebagai seorang pahlawan.
Huraian +contoh…..Hang Tuah mempunytai kekuatan, kesaktian dalam ilmu persilatan
                                 Atau kepahlawanan dan sering berjaya dalam perlawanannya.Malah
                                Beliau boleh bertukar menjadi binatang sewaktu menewaskan
                                 Musuhnya.

[b] Mahsuri

Fakta 1. Seorang gadis yang mentaati kedua-dua ibu bapanya.
Huraian + contoh…..Sejak kecil Mahsuri digambarkan sebagai anak yang tidak pernah
                                 Membantah arahan  serta sentiasa membantu kedua-dua ibu bapanya.

Fakta 2. Seorang gadis yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi.
Huraian + contoh….Mahsuri digambarkan sebagai seorang gadis yang pandai
                                Mengaji Al-Quran.

Fakta 3. Seorang isteri yang pandai menjaga rumah tangganya.
Huraian+ contoh….Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang pandai
                               Melayan  dan taat kepada suamimya.

Fakta 4. Seorang isteri yang teguh menjaga maruah diri dan suaminya.
Huraian + contoh….Mahsuri teguh menjaga maruah dirinya walaupun sewaktu ketiadaan
                                 Suaminya sehingga dia difitnah melakukan maksiat.

Fakta 5. Seorang wanita yang mempunyai keistimewaan yang membuktikan kesuciannya.
Huraian + contoh….Selepas ditikam , tubuh Mahsuri mengeluarkan darah putih yang
                                 Membuktikan dia tidak bersalah . Malah, mahsuri telah bersumpah
                                 Bahawa Langkawi akan menjadi padang jarak, padang terkukur
                                 Selama tujuh keturunan.


[fakta = 1 markah , Huraian + contoh = 2 marah]


2.   [i]  Terangkan 2 corak-corak cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w dalam  
      kesusasteraan Melayu tradisional.                                            [5 markah]

Fakta 1.  Cerita-cerita mengenai riwayat/sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
Huraian = contoh…..Diceritakan mengenai sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
                                  Zaman remajanya sehingga zaman baginda berkahwin dengan
                                  Khadijah, Dilantik menjadi Rasul hingga kewafatannya.Contoh
                                  Hik.Kelahiran Nabi dan Hik. Nabi Wafat.

Fakta 2.   Cerita-cerita mengenai peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad
                s.a.w. dalam sepanjang perjuangannya menyebarkan agama Islam.
Huraian + contoh…..Diceritakan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan
                                  Agama Islam serta rintangan yang dihadapinya semasa di
                                  Mekah dan Madinah.Contoh : Hik. Nabi Bercukur, Hik. Bulan
                                  Berbelah dan Hik. Nabi mengajarnya anaknya Fatimah.

[Fakta = 1 markah , Huraian+contoh = 1 ½ markah]

[ii]  Huraikan 6 pengajaran yang dapat digarap daripada cerita mengenai
       Nabi Muhammad  s.a.w. itu.                                                    [20 markah]

Fakta 1.  Kita dapat mengenal tentang kebesaran Allah  s.w.t. dan rasulnya.
Huraian + contoh….Dalam Hik. Nur Muhammad , digambarkan kebesaran Allah
                                 s.w.t. dalam memcipta Nur Muhammad supaya umat Islam
                                 memperakui kebesaran Allah s.w.t. sebagai tuhan semesta
                                  alam.

Fakta 2.   Supaya kita dapat memperkukuhkan akidah diri kepada Allah s.w.t.
Huraian + contoh…..Dalam Hik. Bulan Berbelah digambarkan bulan telah turun
                                  Ke bumi,mengucap dua kali masyahadah, mengelilingi Ka’bah
                                   Kemudian bulan terbelah dua lalu satu ke a rah Barat dan satu
                                  Lagi kea rah timur serta akhirnya bercantum semula.Peristiwa
                                  Ini dapat memperkukuhkan akidah umat Islam kepada Allah
                                  s.w.t.

Fakta 3.  Supaya kita dapat mengamalkan ajaran agama dengan sempurna.
Huraian + contoh…..Dalam cerita-cerita nabi ini dipaparkan sifat dan watak nabi
                                  Muhammad s.a.w. yang mulia dan terpuji serta ketaatannya
                                  Dalam beribadah  kepada Allah s.w.t. Umat Islam boleh
                                  Menjadikannya sebagai contoh dan ikutan.






Fakta 4.  Supaya Kita dapat mengagungkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w.
Huraian + contoh…..Cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan Baginda
                                 Merupakan manusia yang paling baik dan agung.Kebaikan itu
                                  Dapat diagungkan oleh Umat Islam kepada golongan lain
                                  Supaya tertarik  Kepada Islam.       

Fakta 5.  Supaya kita mengambil contoh-contoh teladan yang baik daripada sifat-
               Sifat Nabi.
Huraian + contoh……Segala perbuatan/tingkahlaku Nabi Muhammad s.a.w. yang
                                   Terdapat dalam cerita-cerita tersebut dapat dijadikan ikutan
                                   Serta contoh kepada umat Islam.

Fakta 6  Supaya kita tidak sombong , riak dan angkuh.
Huraian + Contoh…..Melalui kisah –kisah Nabi  itu ,dapat  mengajar kita supaya
                                   Tidak sombong dan angkuh kerana Allah s.w.t tidak menyukai
                                    Atau membenci umatnya yang angkuh dan sombong.


Bahagian B: KARYA AGUNG

3. Penulisan Sejarah Melayu mempunyai motif bagi memaparkan kelebihan Raja-raja Melayu berbanding Raja-raja di persekitarannya. Huraikan 5 kelebihan tersebut.


Fakta 1
1. Jurai Keturunan

Sulalatus Salatin menggambarkan perkisahan raja Melaka yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain dilukis melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi lalu baginda mengislamkan pemerintah dan rakyat di negeri tersebut melalui perkahwinan baginda dengan Puteri Syahrul Bariyah. Melalui keturunan ini digambarkan keagungan dan ketinggian martabat Raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan pertalian Raja Iskandar Zulkarnain yang Agung.

Kelebihan yang jelas tergambar melalui jurai keturunan ini memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melaka berasal dari raja besar,gagah serta terkenal. Ini secara tidak langsung mengangkat martabat raja-raja Melayu dimata seluruh Alam Melayu dan dunia.

Fakta 2
2. Kemasukan Islam ke Alam Melayu

Kemasukan Islam ke Alam Melayu banyak digambarkan melalui unsur-unsur metos. Unsur-unsur metos ini sebenarnya memberi pengertian dan pandangan yang besar terhadap kehebatan dan kemuliaan raja-raja Melaka. Antara contoh metos ialah Raja Iskandar Syah iaitu raja Melaka telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Di dalam mimpi baginda itu, baginda telah berpandangan dengan rasulullah dan telah diajar dua kalimah syahadat serta namanya telah ditukarkan kepada Sultan Muhammad Syah.

Kelebihan yang cuba ditonjolkan ialah bagi memuliakan golongan raja yang di islamkan sendiri oleh junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan ini menggambarkan bahawa raja-raja Melayu memiliki darjat yang tinggi berbanding golongan lain dan bermula dari peristiwa inilah Islam telah berkembang di negeri Melayu khususnya di Melaka.

Fakta 3
3. Keistimewaan/Kelebihan Raja

Keistimewaan dan kelebihan raja ditonjolkan melalui pakaian, perhiasan,senjata dan peralatan raja yang mempunyai unsur kesaktian dan hikmat. Hal ini dapat disaksikan melalui peristiwa pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan Temasik. Sewaktu pelayaran ke Temasik, perahu rombongan raja telah dipukul ribut dan gelombang. Bagi menyelamatkan keadaan baginda telah membuang mahkota baginda ke laut bagi menyelamatkan pelayaran akhirnya keadaan menjadi tenang kesan dari tindakan baginda.

Peristiwa seterusnya ialah semasa pengembaraan Seri Teri Buana dari Palembang ke Bintan. Dalam pelayaran sampai ke kuala Inderagiri rombongan baginda mengalami masalah air. Bagi mengatasi masalah tersebut Seri Teri Buana telah membuat lingkaran rotan lalu dicampakkan ke dalam laut seterusnya dicelupkan ibu kaki baginda ke dalam lingkaran rotan tersebut. Akibatnya air masin dalam lingkaran rotan tersebut menjadi tawar.

Kelebihan yang ditonjolkan melalui peristiwa-peristiwa ini adalah bagi menunjukkan kehebatan raja-raja Melayu berbanding rakyat biasa. Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi tanggapan rakyat tentang kebesaran raja-raja Melayu.

Fakta 4
4. Pembukaan negeri Melaka

Pembukaan negeri Melaka dikaitkan lagi dengan unsur metos yang membawa kepada kegemilangan negeri Melaka. Cara pembukaan luar biasa dikaitkan dengan sifat luar biasa watak-watak. Pembukaan Melaka melalui peristiwa aneh, watak pelanduk putih yang dilihat kecil tetapi berani telah berjaya mengalahkan anjing pemburuan.

Ini memberi tanggapan mengenai kebesaran dan kemasyhuran negeri Melaka dan pemerintahnya. Malah melalui peristiwa ini jelas menggambarkn kehebatan Melaka yang tidak dapat ditandingi oleh negeri-negeri lain.

Fakta 5
5. Kebijaksanaan Raja

Nilai kebijaksanaan golongan raja ditonjolkan melalui keagungan dan kewibawaan raja-raja Melayu. Sifat-sifat seperti adil, alim, kebijaksanaan, berani dan gagah merupakan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang raja. Sifat ini secara tidak langsung meninggikan lagi imej raja-raja Melayu dimata rakyat jelata.

Ini tergambar melalui kebijaksanaan Sulltan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu bagi menyelamatkan keadaan dan mengembalikan perpaduan dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka.

Peristiwa seterusnya ialah kebijaksanaan Sultan Alau’ddin Riayat Syah yang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang bijak dalam merancang langkah-langkah kawalan dan mencegah masalah pencuri.




Fakta 6
6. Kedaulatan Raja

Raja memiliki “daulat”. Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan “daulat”. Konsep “daulat” penting dalam usaha untuk memantapkan kesetiaan rakyat terhadap raja. Kedaulatan raja dapat digambarkan melalui peristiwa Raja China yang telah mendapat penyakit kedal/gatal-gatal diseluruh badan. Penyakit Raja China  hanya dapat diubati dengan meminum air basuh kaki Raja Melaka. Oleh itu, China telah menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah bagi menyembuhkan penyakit kedal/gatal-gatal Raja China.

Simbolik disebalik peristiwa ini ialah Melaka bukan sahaja sebuah kerajaan yang besar dan kuat tetapi ia memberi gambaran Raja Melaka yang mempunyai daulat serta kebesaran dan kekuatan mengatasi kekuatan negara China.

        (mana-mana peristiwa yang berkaitan)



4. Dalam perluasan kuasa sesebuah kerajaan akan melibatkan peperangan. Terangkan 5 peperangan yang berlaku dalam kerajaan Melayu Melaka sepertimana yang diceritakan dalam Sejarah Melayu.

Fakta 1
Melaka berperang dengan Siam

Melaka telah diserang kali pertama oleh Siam yang diketuai oleh Awi Cakri. Pada ketika itu Tun Perak merupakan penghulu di Kelang. Beliau telah mengarahkan orang-orang Melaka membawa anak isteri masing-masing semasa berperang bagi menaikkan semangat orang-orang Melaka, taktik yang digunakan ini berhasil apabila Melaka telah memenangi peperangan tersebut.

Serangan Siam keatas Melaka bagi kali kedua ini telah diketuai oleh Awi Dicu. Manakala Tun Umar telah diarahkan untuk mematahkan serangan Siam. Tun Umar telah melanggar kapal Siam berkali-kali. Perbuatan Tun Umar itu telah disaksikan oleh tentera Siam yang hairan melihat keberanian dan kelakuan Tun Umar yang gila-gila bahasa itu. Manakala pada malamnya pula, Tun Perak telah mengikat puntung-puntung api pada setiap pohon bakau. Angkatan Siam akhirnya berundur kerana menyangka angkatan Melaka lebih ramai.

Akhir sekali keinginan Cau Pandan untuk menyerang Melaka telah dipatahkan oleh Sidi Arab yang hanya melepaskan panahnya keudara sambil berkata; “Mati engkau Cau Pandan”. Dengan tidak semena-mena Cau Pandan telah mati sebelum sempat menyerang Melaka.


Fakta 2
Melaka berperang dengan Pahang

Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat utuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah.

Fakta 3
Melaka berperang dengan Kampar

Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar.
Fakta 4
Melaka berperang dengan Siak

Peperangan dengan Siak telah diketuai oleh Seri Udani. Dalam peperangan ini Siak telah berjaya dikalahkan dan Maharaja Permaisura telah dibunuh. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Perdana Menterinya Tun Jana Pakibul telah dibawa ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan dengan anak Sultan Mansor lalu dirajakan di Siak. Manakala Seri Udani telah dijadikan sebagai Perdana Menteri dan Tun Jana Pakibul sebagai Mangkubumi.

Fakta 5
Melaka berperang dengan Pasai

Sultan Zainal Abidin telah diusir oleh adiknya ke Melaka. Sultan Mansor Syah telah menitahkan Laksamana, Bendahara, Tun Hamzah dan Seri Bija Diraja untuk menyerang Pasai. Peperangan antara Pasai dan Melaka amat sengit menyebabkan angkatan Melaka hampir kalah.

Pada serangan yang kedua kebijaksanaan dan kehandalan para pembesar Melaka seperti Tun Pikrama, Hang Isap, Nina Isyak dan Tun Hamzah telah berjaya mematahkan serangan Pasai. Sekali gus membolehkan Sultan Zainal Abidin menaiki takhta. Namun tindakan Sultan Zainal Abidin menyuruh orang-orang Melaka balik ke Melaka membuatkan Bendahara marah. Lalu apabila Pasai telah diserang sekali lagi oleh adik Sultan Zainal Abidin, Bendahara enggan menghantar bantuan.

Fakta 6
Melaka berperang dengan Feringgi

Feringgi dibawah pimpinan Alfonso d’Albuquerque telah menyerang Melaka. Serangan Feringgi yang pertama telah dapat dipatahkan oleh angkatan Melaka di bawah pimpinan Sultan Ahmad sendiri beserta Tun Ali Hati dan Seri Udani.

Dalam serangan kedua, tangan Sultan Ahmad luka dan Melaka telah dapat dikalahkan. Semasa Feringgi menyerang Melaka, orang-orang Melaka telah dibacakan “Hikayat Amir Hamzah” untuk menbangkitkan semangat mereka. Peperangan Melaka-Feringgi dikatakan sangat hebat sehingga ramai pahlawan Melaka yang terkorban. Peperangan ini mengakibatkan berakhirnya Kerajaan Melayu Melaka.

       (mana-mana peristiwa yang berkaitan)



Bahagian C: PROSA MELAYU TRADISIONAL

  1. Huraikan plot cerita lagenda Puteri Saadong
                                                                                                                      [25 m]
-          Plot cerita Puteri Saadong berbentuk kronologi
-          Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu eksposisi (pengenalan), perkembangan plot (cerita), dan peleraian

         i) Eksposisi (pengenalan)
                 
-          Raja Bersiung memerintah Kedah
-          Suatu hari baginda menyuruh orang menilik untuk mengetahui siapa yang sedang mengandung ketika itu
-          Raja Huyam, isteri Megat Hamal sedang mengandung tujuh bulan
-          Raja Huyam melahirkan seoarang anak lelaki dan raja Bersiung menitahkan agar budak itu dibunuh
-          Wak istana raja tidak membunuh, sebaliknya menghayutkannya di atas rakit
-          Ditemui oleh sepasang suami isteri dan budak itu diberi nama Tok Lahir
-          Setelah dewasa Tok Lahir berkahwin dan memperolehi tujuh orang anak
-          Seorang daripada cucunya bernama Puteri Saadong

       ii)  Perkembangan Plot/Cerita

-          Puteri Saadong berkahwin dengan Raja Abdullah
-          Raja Siam juga suka kepada puteri Saadong lalu menganbil puteri Saadong untuk dijadikan isteri
-          Tujuh hari tujuh malam selepas berkahwin, semasa hendak bersetubuh puteri Saadong meludah kemaluan Raja Siam yang sudah berkudis menjadi semakin parah
-          Enam bulan kemudian semasa hendak bersetubuh sekali lagi puteri Saadong meludahi dada raja Siam – kudisnya menjadi semakin parah
-          Puteri Saadong dihantar balik ke rumah ayahnya
-          Puteri Saadong mencari suaminya raja Abdullah
-          Raja Abdullah menikah dengan anak raja bukit bernama Tuan Puteri Sekuntum Bunga
-          Raja Abdullah tidak mahu menerima puteri Saadong lalu memancung tengkuk dan menikam tubuh puteri Saadong
-          Puteri Saadong mencabut keris luk tujuh ditubuhnya lalu keluar darah putih
-          Raja Abdullah mengambil penawar dalam sanggul Puteri Saadong untuk mengubati luka
-          Puteri Saadong menyeru ilmu kesaktian yng diwarisi turun temurun, wajahnya bertukar menjadi panglima yang gagah perkasa
-          Puteri saadong menikam raja Abdullah dengan cucuk sanggul terkena labu susu lalu mati dan dikuburkan di padang Halban
     iii)     Peleraian
     
-          Ayah puteri Saadong marah kerana puteri Saadong menikam suaminya
-          Puteri Saadong keluar dari rumah lalu pergi ke Alor Lada menemui Awang Selamat kerana orang tidak suka kepadanya.
-          Beliau merantau bersama Awang Selamat
-          Membina sebuah istana di bukit Marak dan beberapa tempat lain
-          Baginda akhirnya tinggal di Bukit Gunung Ayam


  1. Kitab Bustan al-Salatin memuatkan hal-hal berkaitan dengan sejarah nabi dan raja-raja Melayu. Berdasarkan kitab tersebut, nyatakan empat peristiwa penting yang terdapat dalam bab 111 fasal 2 kitab tersebut

i.     Peristiwa semut dengan nabi Allah Sulaiman
  
-Seekor semut berjalan di atas tubuh nabi Allah sulaiman ketika baginda  
   sedang tidur. Baginda mengambil dan mencampakkan semut itu dengan  
   tangan kanan
-  Semut marah dan menyatakan bahawa Allah akan mengambil tindakan
   terhadap sesiapa yang melakukan penganiayaan
- Penjelasan itu menyebabkan baginda pengsan, bila sedar baginda menyuruh
   semut mengadapnya
 - Baginda memohon maaf kepada semut. Semut bersetuju dengan syarat
               - jangan tertawa dan m-l-p-ng diri sendiri dalam dunia ini
               - jangan kedekut
               - memelihara orang dibawah kekuasaannya

ii.Peristiwa semut tidak hadir hari pertabalan

Ketika pertabalan nabi Allah Sulaiman, semut tidak hadir
- Semut menziarahi kewafatan nabi Daud
- Selepas kewafatan itu semut datang menziarahi nabi Allah Sulaiman
- Semut menjelaskan kepada nabi Sulaiman bahawa melawat orang meninggal 
   lebih utama daripada mengunjungi perlantikan khalifah
-          Semut menyatakan tugas seorang khalifah penuh cabaran dan akan
      menghadapi masa hadapan yang belum pasti

            iii.Khalifah Umar Al-khatab dengan perempuan tua

-          Semasa meronda suatu malam baginda terdengar suatu rungutan seorang
       perempuan tentang baginda
-          Baginda mengetuk pintu dan memperkenalkan dirinya serta menyatakan
      bahawa baginda tidak berupaya mengetahui semua hal rakyat
-    Wanita itu meminta maaf, Umar jatuh pengsan
-    Apabila sedar baginda bertanya tentang kepayahan perempuan tersebut
-    Perempuan itu menyatakan dia dan anak-anaknya kelaparan
-    Baginda pulang ke rumah mengambil sebakul tepung gandum dan sebakul
      kurma lalu menyerahkan kepada wanita tersebut.

iv.Khalifah Umar dengan sepasang kekasih
-          Semasa berjalan suatu malam di lorong-lorong di Madinah, baginda
      terdengarsuara orang daripada sebuah rumah
-          Melalui firasat, beliau tahu bahawa orang-orang itu sedang melakukan
       maksiat
-          Khalifah marah lalu memanjat dinding, melihat sepasang lelaki dan
      perempuan sedang minum arak
-     Lelaki itu mengaku salah tetapi menyatakan bahawa khalifah telah 
       melakukan tiga kesalahan
            - baginda suka mencari kesalahan orang
            - memasuki rumah tidak melalui pintu hadapan
            - masuk rumah orang tanpa kebenaran
-    Baginda memohon maaf tetapi tetap mengatakan pasangan itu bersalah dan
      mohon mereka bertaubat

             v    Khalifah Umar dengan perempuan tua dan anak-anak
                  -     Suatu malam Khalifah Umar dan Zaid b.Muslim berjalan-jalan di luar
                         Madinah, kemudian tiba di perkuburan Baqi
-          Terlihat api, bila menghampirinya mendapati terdapat seorang wanita
      dengan tiga orang anaknya dalam kelaparan
-     Baginda menghampiri lalu bertanya sebab mereka bermalam di situ
-     Umar bertanya tentang masakan dan perempuan itu menyatakan dia
       berpura-pura memasak bagi melalaikan anak-anaknya
-          Umar dan Zaid pulang ke kota Madinah membeli tepung dan daging lalu
      diberikan kepada wanita tersebut.
                                                                                                   Peristiwa: 2 markah
                                                                                                   Huraian  ; 3 markah


Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Soalan: 7

i.   Nyatakan bentuk puisi di atas.                                                                             [ 5 ]
ii.  Huraikan tema puisi di atas.                                                                                 [ 8 ]
iii. Bincangkan lima peringatan kepada ahli masyarakat yang terdapat dalam puisi
     di atas                                                                                                                    [12]

Jawapan:

i. Bentuk puisi;
    - berangkap-rangkap
   -  setiap rangkap mempunyai 4 baris, kecuali rangkap pertama 2 baris sahaja
   -  jumlah perkataan dalam satu baris antara 4 hingga 6 perkataan
   -  bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 15 suku kata.
   -  keseluruhan rima akhirnya iaitu a,a,a,a kecuali di rangkap pertama a,b.
   -  tiada pembayang hanya maksud atau isi yang hendak disampaikan oleh penyair.

ii.  Tema;

Bertemakan kesyukuran ibu bapa kerana memperoleh anak yang baru lahir yang  berupa rahmat daripada Allah s.w.t.
- Kesyukuran dan kegembiraan itu turut dirasai oleh kaum keluarga dan masyarakat keliling.
- Puisi di atas dinyanyikan sewaktu kenduri naik buaian atau berendoi iaitu ketika sebaik-baik sahaja ibu yang bersalin telah lepas pantang atau dalam pantang selama 44 hari. Namun kebiasaannya diadakan selepas 7 hari bayi tersebut dilahirkan serentak dengan memberikan namanya.
- Puisi endoi yang dinyanyikan secara beramai-ramai itu bermula dengan memuji-muji  kebesaran Allah s.w.t. kemudian menceritakan asal mula jadi kanak-kanak itu dari awal sehingga ketika ibu itu mengandung, disambung lagi dengan kisah kesusahan ketika ibu menjaga kandungannya sehingga bayi selamat dilahirkan.
- Dalam puisi tersebut jelas menggambarkan harapan ibu bapa akan masa depan anaknya dalam keadaan yang sempurna.



iii. Lima peringatan;

a. Menyarankan kepada masyarakat bahawa apa juga yang ingin dilakukan mesti bermula 
    dengan mengingati Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Oleh itu masyarakat perlu tahu
    salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. kerana baginda ialah penghulu segala
    nabi dan pembawa syafaat kepada seluruh umat Islam.
b. Menceritakan asal kejadian manusia adalah sama iaitu bermulanya nabi Adam. Jadi
    masyarakat diingatkan agar mempelajari kisah nabi-nabi..
c. Setiap ibu bapa mengharap zuriatnya sendiri melalui perkahwinan yang sah dan
    sentiasa menanti-nanti kehadirannya seterusnya berhasrat ingin membesarkannya
    dengan penuh kasih sayang dan segala perhatian tertumpu kepada anak itu.
d. Menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi dan sentiasa
    menghormati ibu bapa mereka.
e. Pengorbanan ibu bapa terlalu banyak terhadap anak-anak mereka. Jasa mereka tidak
    terbalas terutama ibu yang mengandung dan melahirkan.
f.  Si ibu perlu menjaga kesihatannya agar anak dalam kandungan sentiasa dalam keadaan
    baik dan terpancar nur keislaman padanya.
g. Memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun Islam dan kitab suci al-Quran 
   yang perlu sentiasa menjadi panduan dan diambil berat oleh ibu bapa dalam mendidik
   anak-anak mereka .
                        

Soalan

i.   Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                                      [3]
ii.  Jelaskan tiga persoalan yang cuba disentuh dalam puisi di atas.                               [9]
iii. Bincangkan enam gaya bahasa berserta contoh yang boleh didapati dalam
     puisi di atas.                                                                                                              [13]


Jawapan:

i. Mantera Melenggang Perut

ii. Persoalan;
-          percaya kepada benda-benda karut
-          keselamatan si ibu ketika melahirkan bayinya
-          adat resam orang Melayu

iii. Gaya bahasa;
-          Bahasa Arab dan maksudnya, contoh; Lailahaillah, Assalamualaikum
-          Repitisi dan maksudnyanya,  contoh;  Tujuh bulan, tujuh hari tujuh malam.
                                                           Aku nak mandi nak bersihkan diri si anu
-          Sinkof dan maksudnya, contoh;. nak, tuk
      -     Aliterasi dan maksudnya, contoh; Dengan berkat Lailahaillallah.
      -     Asonansi dan maksudnya, contoh; Tujuh bulan, tujuh hari tujuh malam,
-          Anafora dan maksudnya, contoh;  Menghadap akau tuk bidan keramat,
                                                           Menghadaplah kamu di depan aku,
-    Pengulangan kata dan maksudnyanya, contoh; Si anu
      -    Responsi dan maksudnya, contoh;  Selamatkan si anu dari bala,
                                                                    Anak si anu kandung biar bercahaya,
                                                                    Si anu beranak biarlah mudah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan