Sabtu, 29 Ogos 2009

Soalan-Soalan Kesusasteraan Melayu Tradisional (STPM)

Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

1 Pendidikan dan moral adalah antara unsur yang terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional. Dengan memberi contoh, huraikan enam aspek pendidikan dan moral dalam karya-karya tersebut. [25]

2 Cerita -cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w. dalam karya-karya kesusasteraan
Melayu Tradisional telah menerima pengaruh Arab – Parsi.

[a] Berikan pengertian cerita Nabi Muhammad s.a.w. [4]

[b] Nyatakan lima judul cerita Nabi Muhammad s.a.w. [5]

[c] Huraikan empat pengajaran yang dibawa oleh cerita- cerita Hikayat
Nabi Muhammad s.a.w. [16]



Bahagian B : SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

3 Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah sebuah karya bercorak sastera sejarah dan ditulis dengan tujuan-tujuan tertentu.

Bincangkan tujuan penulisan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
[25]

4 Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan yang mengikutinya

Pada suatu hari Semerluki masuk mengadap ibunya, ia terpandang kepada emak bongsunya; Maka Semerluki pun berahi hendakkan emak bongsunya itu. Maka Keraeng Majiko pun tahu akan kelakuan anaknya itu. Maka tiadalah diberi oleh Keraeng majiko, katanya pada Semerluki, “Bagaimana engkau hendakkan emak bongsumu? Kerana ia saudara emakmu, isteri kepada aku. Jikalau engkau hendak beristeri baik paras, pergilah engkau merompak ke Ujung Tanah; di sana banyak perempuan yang seperti kehendakmu, dan yang lebih daripada emak bongsumu itu.”
Maka Semerluki pun berlengkaplah dua ratus banyaknya kelengkapan pelbagai rupa perahu. Setelah sudah lengkap, maka Semerluki pun pergilah, Kasadnya hendak mengalahkan segala negeri di bawah angin itu. Pertama-tama ia pergi ke Jawa, banyak dirosakkannya jajahan Jawa; tiada berani orang mengeluari dia. Maka Semerluki pun lalu ke Siam, banyaklah teluk rantau Siam dialahkannya, tiada juga dikeluari orang Siam.

[a] Terangkan maksud rangkai kata berikut
i. kerana ia saudara emakmu, isteri kepada aku
ii. kasadnya hendak mengalahkan segala negeri di bawah angin
[4]

[b] Jelaskan peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas [8]


[c] Huraikan lima nilai kemanusiaan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
[12]



Bahagian C : PROSA MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

5 Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka hari pun sianglah. Maka Sang Bimanyu pun duduk di bawah pohon angsoka di sisi pancuran. Maka matahari pun terbit merah mukanya kelihatan pucat kuning itu. Maka segala bunga dalam taman itu semuanya berbau seperti suka melihat Sang Bimanyu rupanya. Maka kumbang pun terbang mengelilingi bunga itu, diserinya. Kelakuan seperti menyuruh Sang Bimanyu bersunting bunga itu. Maka bunga pun banyak berbunganya di atas pohon nagasari itu seperti menyuruh Sang Bimanyu. Maka segala buah-buahan pun banyak. Maka Sang Bimanyu pun pergi pada pancuran itu, basuh muka dan berkumur-kumur. Maka tiada lain dipandangnya Sang Bimanyu matahari di puncak gunung itu. Juga seperti memandang muka Dewi Satya Sundari pada rasanya.Maka ikan pun banyak menyusur air yang meleleh itu, mata ikan itu merah, sisiknya berkilat-kilat lakunya seperti menegur Sang Bimanyu. Maka kiung pun timbul lakunya seperti orang menyuruh Sang Bimanyu mandi kepada air yang jernih. Maka udang yang di celah-celah batu itu ditempuh lumat, maka tenggelam seperti rambut Satya Sundari rupanya. Maka Sang Bimanyu pun berhenti di sana.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia {peny.}, 2003.
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 89)

[a] Terangkan maksud hikayat. [4]

[b] Huraikan tiga suasana alam seperti yang digambarkan dalam petikan di atas. [9]

[c] Jelaskan empat perwatakan Sang Bimanyu berdasarkan hikayat tersebut. [12]


6 “Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin” seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional menonjolkan Imam Shafii sebagai seorang tokoh agama.

(a) Jelaskan latar belakang Imam Shafii. [5]


(b) Huraikan lima keistimewaan yang dimiliki oleh Imam Shafii. [20]



Bahagian D : PUISI MELAYU TRADISIONAL


Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7. Baca petikan puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Kalau sunggguh kamu yakin akan mati,
Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu,

Ingat-ingat hai saudara masa itu,
Nyawa sampai batang leher baru tentu.

Kita ini akan mati sudahnya,
Tidak tahu bila sampaikan ajalnya.

Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.

Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.


[a] Nyatakan enam ciri puisi di atas.[ 6 ]
[b] Jelaskan maksud puisi di atas. [ 10 ]
[c] Huraikan tiga pengajaran yang boleh diambil dalam puisi tersebut [ 9 ]



8. Baca petikan puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Lembu makan rumput yang muda,
Ketika panas waktunya remang,
Mengenang budi tuan adinda,
Jadi azimat mahkota abang.

Ketika panas waktunya remang,
Syamsu diliputi awan dan mega,
Jadi azimat mahkota abang,
Haram berniat dua dan tiga.

Syamsu diliputi awan dan mega,
Sampai kepada rendahnya hari,
Haram berniat dua dan tiga,
Berapa sekadar cari mencari.

Sampai kepada rendahnya hari,
Waktu asar hujan pun turun,
Berapa sekadar cari-mencari,
Sampai musim kekanda pulang.


( Di petik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny) 2003,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 313 )

[a] Nyatakan jenis puisi di atas
[ 1]

[b] Jelaskan empat teknik penulisan puisi di atas. [ 12 ]

[c] Huraikan empat peranan puisi di atas kepada kepada masyarakat Melayu tradisional.[12]

9 ulasan:

  1. assalamualikum cikgu.....
    yang mana satu soalan yang cikgu soh wat tu?
    saya tak taw lor...
    hope cikgu balas yer.....

    BalasPadam
  2. cikgu kami ternanti2 keja cikgu....

    BalasPadam
  3. kan bagus kalau ada sinopsis dari semua cerita sastera melayu

    BalasPadam
  4. cikgu ada x laman web tok soalan ramalan kesusasteraan melayu 2010?....kalau ader tolong sent kat laman web saya Sclaw_12@yahoo.com.....tima kasih

    BalasPadam
  5. ada tak skema jawapan untuk soalan nie? bleh bg x?

    BalasPadam
  6. ada tak skema jawapan tuk s0alan nie?

    BalasPadam
  7. skema jawapan untuk s0alan ini ada tak?

    BalasPadam
  8. skema jawapan untuk soalan ini ada tak?

    BalasPadam
  9. saya perlukan skema jwapan ni .. tlong bagi bole tak ? tima kasih .. :)

    BalasPadam