Selasa, 2 Februari 2010

sambungan......

b). Jelaskan tiga tujuan penubuhan institusi tersebut. [9]

F1 : Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

H1 : Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an.

C1 : - mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu.
-mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.
-mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.
-menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.

F2 : Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya.

H2 : Angkatan Sasterawan 50 juga mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.

C2 : -menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan.
-membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan.
-memberi perlindungan di sisi undang-undang, jira tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang.
-mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.


F3 : Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama.

H3 : Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama
yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu.

C3 : -memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera.
-mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

c). Huraikan empat sumbangan lazim institusi di atas. [12]

F1 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak.

H1 : Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN.

C1: Sajak ”Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam
Bonda” karya Usman Awang.
Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.

F2 :Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen.

H2 : Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman . Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said.
C2 : Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen “ Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh “ karya Keris Mas.

F3 : Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera.

H3 : Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .
Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat. Berlaku polimek antara Asraf –”Seni Untuk Masyarakat ”dengan Hamzah – ”Seni Untuk Seni” menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah.

C3: Tulisan kritikan Aasas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu” dan ”Esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas.

F4 : Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel.

H4 : Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular.
Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin)

C4 : Novel “Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci, Pelukis Muda dan
Meja Bola” karya Rosmera.
Novel “ Mata Intan, Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah” karya Wijaya
Mala.

F5 : Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa.
H5 : Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi.
Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf

C5 : ASAS 50 menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III.

a). maksud pendekatan sosiologi [4]

F1 : Karya sastera mempunyai hubungkait dengan masyarakat
F2 : Karya sastera adalah merupakan cerminan masyarakat


b). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial [9]

F1 : Karya sastera adalah bayangan kehidupan sosial sesebuah masyarakat/menggambarkan kehidupan sesebuah masyarakat.
H/C1 : Gambaran kehidupan masyarakat akan dikisahkan dengan sejelas dan sehidup mungkin tentang peristiwa ataupun emosi dalam cereka ini dapat dilihat sepertimana yang terdapat dalam cerpen Nagasaki karya Abdullah Hussein.

F2 : Sastera merakamkan peristiwa dan nilai masyarakat pada satu-satu
masa
H/C2 : Dapat dikisahkan latar tempat, masa dan keadaan satu-satu masyarakat
beserta tuntutan moral atau adab yang dianuti ketika itu.

F3 : Pandangan hidup yang terdapat dalam karya sastera dianggap sama dengan pandangan masyarakat pada masa tersebut.
H/C3 : Dapat menggambarkan situasi yang sama dengan zaman Sebenar.
Karya sastera dapat dijadikan sumber atau maklumat Tentang keadaan masyarakat pada zaman tersebut. Contoh: Cerpen “Macam Gergaji Dua Mata”

F4 : Daripada karya dapat dicari maklumat / sumber tentang zaman
tersebut.
H/C4 : Dapat ditemui maklumat dan sumber berkaitan dengan sesuatu zaman dan era yang menjadi perhatian dan tumpuan pengarang dalam sesebuah karya.

3 ulasan:

  1. salam.ny ustaz akhill din........tahniah ckgu sdah menjd guru kelas.ny 1st time saya bukak blog ckgu....Sy sungguh terharu malah teruja mlihat perubahan ckgu kerana dlm blog ini mngandungi fakta2 intelektual dan juga unsur2 Islamiyyah.......Kita harus mnentang kezaliman yg brlaku di Perak......Kita harus mmngembalikan kuasa rakyat di negeri Perak ini....Akhir kalam.....Bersama mmbangun bersama Islam..Takbir!!

    BalasPadam
  2. salam..... saya amat bersetuju dgn sohibul samahah al-fadhil ust. akhill din al- Hafiz di atas. Cikgu bukan sja mmperjuangkan ilmu duniawi smata2 mlah ukhrawi. Sebagai umat yang terbaik sebagaimana Allah nyatakan dalam surah Ali Imran ayat 110: Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.... kita harus menentang golongan yg suka memfitnah di Malaysia ini, 'Dan perangilah mereka itu (PEMFITNAH), sehingga tidak ada fitnah lagi dan jadilah agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (DARI MEMFITNAH DAN MEMUSUHI KAMU) Maka tidak ada 'PERMUSUHAN' lagi, melainkan trhadap orang-orang yang zalim' - ALBAQORAH:193....Jika hendak bicarakan kezaliman nescaya tidak akan habis pembicaraan ini. Justeru maka kita harus melihat kepada situasi masakini dan kezaliman akibat perbuatan mereka, maka negeri kita mengalami kerugian dari berbagai sudut seperti kegawatan ekonomi, kemelaratan dan keruntuhan sosial dan terkini kegawatan sokongan dan politik. Justeru kezaliman di Perak ini perlu ditangani dengan sebaiknya supaya kita dpt mngembalikan kuasa rakyat dlm mnjamin keamanan sejagat.

    BalasPadam
  3. salam..sy bangga dgn smk kmtg krna plajr mreka bnyk brjaya.plajr yg akn blajr dan msuk ke ting 6 jgn terlalu mmilh sek.kbanyakan plajr bru lbh suka mmilh sek sprti KE,tetapi sek kmtg tlh membuktikan bhawa sek bru sprti ini mampu menandingi sek KE mlah mampu mengatasi SEK KE.terbukti guru sek kmtg berpengalaman dan mampu nengajar dengan baik.sek kmtg juga mempunyau guru pngalaman dlm mengajar stpm meliputi smua subjek.sek kmtg mmpunyai gru pa,bm.ekonomi,sej,pp,seni,bm,tamil,sastra yang hebat.kpd plajr bru yg mminati sastra sek kmtg mempunyai gru yg hbt iaitu En. Zulkiflee Manaf. Beliau seorang guru yg berpngalaman luas dlm bidang sastera, namun beliau seorang yg mrendah diri. Ada ketikanya sek lain mnjemput bliau mnyampaikan ceramah tetapi bliau mnolak dgn baik kerana bliau ingin mmberi tumpuan yg penuh kpd pelajar di SMK Kamunting. Kepada pelajar yg bakal memasuki SMKK, gunakanlah kesempatan ini dgn sebaik2nya dan kpd Jabatan Pelajaran Perak, kamu harus mmberi perhatian kpd guru ini tatkala banyak pihak tidak mngetahui kbolehan dan ketokohan bliau. Kepada masyarakat yg selalu mmandang serong kpd kbolehan sekolah Kmtg, renung2kanlah pncapaian SMKK yg mnjadi top 10 Negeri Perak. Sekian

    BalasPadam