Selasa, 26 Januari 2010

CERITA PENGLIPURLARA


HIKAYAT MALIM DEMAN                                          
                                                                                        
Ø      Pergolongan cerita: Karya Hikayat Malim Deman tergolong sebagai cerita penglipur lara Melayu.
  
Ø      Ringkasan cerita:

·        Sebelum pengembaraan:

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri bandar muar. Bonda  Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

Ø     Dalam masa pengembaraan:

Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.

Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.

v      Selepas pengembaraan:

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan watak utama.
  
Peranan watak dan sifat watak

Ø       Watak utama:

Ø     Watak wira:

Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu.

Ø     Peranan watak:

Sebagai anak raja yang mengembara kerana mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri terus Mata.

Ø       Watak wirawati:

Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang—gemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama saudara-saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek kebayan. Baju layangnya dicuri oleh ‘pengail’ menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malm Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan kembali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan suaminya.

Ø       Watak pembantu:

Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina. Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya.

Nenek Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek Kebayanlah yang membantu dan memberi perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan.

Si Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina, menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.

Ø       Watak jahat (antagonis):

Watak jaht terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi musuh kepada musuh kepada wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapat dikalahkan.

v     Gaya bahasa:

Dalam hikayat Malm Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa berirama.

Ø     Contoh gurindam:

“Awak tua bandar terbuka’
     Emas habis dagangan mudah,
            Kerbau kambing sesak di pandang,
Itik angsa tenang kuala,
Merpati lindungan langit,
Rengkiang tujuh sejanjar,
    Teman dengan sekerat kota”,
............................
     (Hikayat Malim Deman hal. 2)


Ø     Contoh pantun:

“Tetak seranting buatkan kolek,
Buat pagar bunga di taman,
Tuanku putera yang kecil molek,
Puter Tuanku Malim Deman.

Buat pagar bunga di taman,
Ikat dengan rotannya getah,
Putera Tuanku Malim Deman,
Seisi negeri menjunjung duli”.

Ø     Contoh perumpamaan:

“Bagai pucuk dilancarkan,
Bagai kumbang putus tali,
Penig kepala bagai dibaji,
Sakit hati bagai digunting”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan