Selasa, 13 Julai 2010

SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI

Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa. Lahir di Patani dalam tahun 1856. Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera. Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab. Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan. Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya. Antara karangan beliau yang terkemuka ialah Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan