SULIT*
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
PERCUBAAN STPM
922/2 STPM 2010
KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 2
(KESUSASTERAAN MELAYU MODEN)
(Tiga jam)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,B,C dan D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak.
STPM 922/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
DAN KRITIKAN SASTERA
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
1. Perkembangan novel tanah air dalam tahun 1930 hingga 1941 menyaksikan dominasi golongan penulis guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan penulis wartawan. Berdasarkan kenyataan ini.
a. Nyatakan 3 orang penulis guru dan 2 orang penulis wartawan. [5].
b. Huraikan ciri-ciri tema novel 1930 hingga 1941 [20]
2. Kemunculan pengkritik yang mendapat pendidikan formal berteraskan teori Barat telah menimbulkan polimik ”Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu”. Dengan mengemukakan tokoh-tokoh yang terlibat, bincangkan isu tersebut. [25]
Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
3. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Dalam hidup yang macam mana susahpun saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah. Untuk itu saya bersedia bekerja mencari rezeki yang halal, tidak kira bertanikah, berjual nasi lemakkah, meneroka tanah FELDAkah. Memang ideal kalau kita boleh menjadi kaya tetapi lebih ideal lagi kalau kita boleh dan bekerja menyampaikan seruan Allah dan rasulNya. Itulah sebenarnya tujuan hidup kita ini, mengabdi kepada Allah.”
(Dipetik daripada Keris Mas,2003.
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 333)
(a) Siapakah saya dalam petikan di atas dan di manakah peristiwa tersebut berlaku. [2]
(b) Buktikan tindakan saya dalam petikan di atas yang memperlihatkan saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah. [9]
(c) Terangkan dua tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam menyampaikan seruan Allah dan rasulNya. [6]
(d) Huraikan tindakan yang terpaksa saya hadapi dalam usaha mengajak orang bertakwa kepada Allah dalam novel ini. [8]
4. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Jalan fikirannya bersimpang siur. Dia bertugas untuk mengembalikan manusia dan jin dan makhluk berekor ini kepada pangkal kedudukan yang hakiki. Tapi, dia tidak tahu di mana tugas ini akan dimulakan. Dengan tiba-tiba dia merasa keluh kesah kerana Kota Wangi yang kecil dan harmoni sebenarnya lebih besar dari semua kota yang dihuninya.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003.
Cerpen”Kesementaraan”
dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 58)
(a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dalam ungkapan “manusia dan jin” dan “makhluk berekor” dalam petikan di atas.? [4]
(b) Huraikan empat gambaran masyarakat Kota Wangi dalam cerpen tersebut.
[12]
(c) Bincangkan tiga penggunaan teknik penceritaan dalam cerpen ini. [9]
Bahagian C: DRAMA
5 Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
PAK HAMID: Rahimah mengadu, kau tak amanah? Kerana menutut nafsu, kau banyak
hutang. Sekarang sebelum pintu penjara terbuka buat kau, lebih baik jelaskan
hutang-hutang kau itu. Berhentilah dari kerja-kerja tak amanah.
DAHLAN: Pembohong, apa yang saya tak amanah?
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malysia [peny.], 2003.
Drama “Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 217.)
(a) Jelaskan penggunaan teknik imbas muka dalam petikan di atas. [ 4 ]
(b) Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang ‘kerja-kerja tak amanah’ itu benar.
[ 12 ]
(c) Galurkan peristiwa selepas dialog di atas sehingga akhir drama. [ 9 ]
6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ANITA: Mungkin J.M.Aziz pernah merana pada mulanya apabila beliau ketahui makna
penyakit itu. Manusia biasa mana yang tidak akan terharu. Tetapi, akhirnya
dengan berkat kesabarannya, seperti yang difalsafahkan dalam puisi-puisinya, J.M.Aziz tidak berasa hidup ini pahit lagi bahkan ada kemanisannya pula.
SOFEA JANE: Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan. Mesej inilah yang hendak
disampaikan oleh drama ini. Bentuk seharusnya tidak menjadi persoalan.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malysia [peny.], 2003.
Drama “Malam Ini Penyu Menangis” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 228.)
(a) Nyatakan dua penyakit yang dideritai J.M.Aziz [4 ]
(b) Dengan merujuk kata-kata ‘Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan’ huraikan
empat mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini. [16]
(c) Apakah yang anda faham dengan kata-kata ‘Bentuk seharusnya tidak menjadi
persoalan’. [5 ]
Bahagian D: SAJAK
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Ke Ruang Katarsis
Zaen Kasturi
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah menggeliat ke tanah
resah menggeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana.
Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berpinar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.
Esok kita bakal mengggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?
Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.
Mari kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.
(Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.],2003
Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 304-305)
Dengan memberikan contoh, huraikan lima unsur estetik yang mengangkat nilai keindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [25]
8. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pencarian
Adi Badiozaman Tuah
1
Bila noktah mendahului ujung kembara
satu pencarian yang belum sempurna
dalam mencari erti kewujudan diri
jawapan tidak akan ada
pada soalan yang kau lemparkan
di saat aku masih dalam kepayahan
mentafsir ombak yang mengejar pantai
dan gerimis yang berlabuh di kaca jendela
2
Sekiranyalah
kewujudan ini
jejak-jejak langkah di bibir pantai
antara pasir dan air
atau titik-titik gerimis di kaca jendela
antara angin dan debu
apa akan berjawabkah soalan bisumu
yang sebenarnya tidak memerlukan jawapan?
3
Kali ini kita letakkan noktah ini
di ujung kembara yang sudah tua
agar dalam pencarian yang lama
kita akan bersua satu jawapan
pada soalan yang telah kau lemparkan
di saat aku masih mencari pelabuhan
bersama perahuku yang semakin usang
antara sisik-sisik ombak
dan gigi-gigi pantai
yang tidak pernah menemukan ketetapan.
Dalam pencarian kali ini
bila sesekali berlabuh juga di sofa ingatan
atau menyelam ke dasar tasik pengalaman
kita akan bertemu
tentunya
satu kepastian akan erti kembara ini
kewujudan kau dan aku
antara ombak, batu, gerimis dan pohon
adalah satu kesementaraan
yang bisa berakhir bila-bila
dan bisa di mana-mana.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003
Mutiara Sastera Melayu Moden.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, halaman 296-297)
a) Jelaskan kehidupan yang dilalui oleh penyair dalam menganjak usia tua. [8]
b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan empat unsur gaya bahasa yang mengangkat nilai estetik sajak tersebut. [12]
c) Nyatakan nada yang diterapkan dalam sajak tersebut. [5]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan