Selasa, 13 Julai 2010

SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN

Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu. Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III. Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera.
Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah Kanz al-Ula, Sirat al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan