Rabu, 13 April 2011

Soalan Ujian 1 Kesusasteraan Melayu Tradisional



SEK MEN KEB KAMUNTING 

UJIAN 1 TAHUN 2011

KESUSASTERAAN MELAYU STPM
KERTAS 1 (TRADISIONAL)

MASA 1 JAM.

Arahan : Jawab Dua Soalan, satu soalan bahagian C dan satu Soalan bahagian D.


1. Berdasarkan Hikayat 1001 Malam . Ulaskan  lima pengajaran yang terdapat dalam hikayat tersebut.                                                                                               [25 markah]

2.  Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

       Serta melihat tingkahnya Nisumbli itu lalu datang di hadapannya serta melihat kepada anak itu. Lalu gementar hatinya Nisumbli itu. Katanya, “Ya tuanku, yang jangan tuan lama-lama di sini dan baik tuanku pergi ke mana-mana kerana tuan Dewi Permaisuri itu setelah sudah bersuamikan dengan tua  nakhoda Syam, jalannya daripada burung pancawarna itu. Kerana hamba lari dating di sini bukannya sesuatu apa-apa, sebab hamba mendengar suaranya nakhoda itu diperintahkan kepada budak-budaknya Habsyi yang bernama Bicu, disuruh  bunuhkan kepada anak kedua bersaudara. Jangan tuanku lagi lama-lama di sini, baik tuanku pergi ke mana-mana mencari kehidupannya.”

                                                                        (Dipetik daripada Ksusasteraan Hikayat,
                                                                      Hikayat Ahmad Muhammad dalam Mutiara
                                                                           Sastera Melayu Tradisional m/s 113)

        [i]   Huraikan tiga perkara penting  dalam petikan di atas                      [6 markah]

        [ii]  Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak tersebut [8 markah]
        [iii] Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri.
              Terangkan bagaimana mereka melepaskan diri.         [11 markah]
                                                                                                                     

Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL

3. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Jong-jong inai,
      Mak ipung rajawali,
Tersepak tunggal inai,
      Berdarah ibu kaki.

Pok amai-amai,
      Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
      Malam upah susu.

Susu lemak manis,
      Santan kelapa muda;
Adik jangan menangis,
      Emak ayah pergi kerja.

Emak gali kunyit,
      Kawan gaul tepung;
Banyak dapat duit,
      Simpan dalam tabung.

Timang tinggi-tinggi,
      Sampai cucur atap;
Belum tumbuh gigi,
      Sudah pandai baca kitab.

                                                                     Sumber: Zainal Abidin Bakar (peny.), 1991
                                                                                            Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[i]  Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas.          [10 markah]

[ii] Jelaskan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [15 markah]


4. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Segala puji bagi Allah yang menyuruh,
Berdiri sembahyang atas Islam dengan sungguh.

Wahai saudara sembahyang itu rukun Islam,
Fardu ain atas kamu siang malam.

Agama Islam dipersusun atas lima,
Mengucap syahadah tanda iman yang pertama.

Yang kedua sembahyang itu tiang agama,
Yang ketiga puasa Ramadan bulan utama.

Yang keempat keluar zakat jika sampai,
Nisab harta milik kamu jangan lalai.

Yang kelima naik haji ke Baitullah,
Jika ada kuat kuasa wajiballah.

                                                 Sumber: Dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989.
                                                                 Himpunan Puisi Klasik.Shah Alam: Marwilis Publisher.

[i]  Nyatakan teknik penulisan  puisi di atas.                                    [10 markah]

[ii] Jelaskan  gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.           [15 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan