Khamis, 11 Oktober 2012

Skema Jawapan KMK Percubaan Semester 1 2012


Skema Jawapan. KMK Percubaan STPM 2012.

1.   Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pisang emas dibawa belayar,
                Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
                Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
                Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7]
(b)   Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c)    Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6]

(a)    Jenis puisi ialah pantun  [1]
Tiga cirri puisi : -
i.                    Mempunyai tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris.
ii.                  Setiap rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
iii.                Rima akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b.
*sertakan contoh. Cirri-ciri yang lain boleh diterima. [6]

(b)   Empat nilai kemasyarakatan.
                                            i.            Masyarakat yang berpegang pada janji.
                                          ii.            Masyarakat yang sentiasa mengenang budi / jasa .
                                        iii.            Masyarakat yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.
                                        iv.            Masyarakat yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik.
                                          v.            Masyarakat yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain.
*sertakan contoh puisi bagi setiap fakta. Nilai yang ada kaitan dengan puisi boleh diterima.                                                                                   [12]
    
(c)    Tiga peranan puisi.
                                i.            Sebagai pengajaran / mendidik masyarakat.
                              ii.            Mengingatkan manusia/masyarakat supaya menepati janji.
                            iii.            Mendidik masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik.
*peranan yang besesuaian dengan puisi boleh diterima. Sertakan contoh puisi.        [6]
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
                        (karya Baha Zain)


(a)    Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas?                            [4]
(b)   Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut?         [12]
(c)    Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut?                                                                      [9]


(a)    Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaian
Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya
akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan.         [2]

Ciri-ciri sajak – jumlah rangkap, jumlah baris dalam satu rangkap, rima akhir, dll.
*sekurang-kurangnya satu cirri berserta contoh sajak.                                    [2]

(b)   Empat persoalan.
                                i.            Persoalan tentang harapan dalam kehidupan
Biarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan.

                              ii.            Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda
Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.

                            iii.            Persoalan tentang keamanan
Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.

                            iv.            Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi
Sering agama dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik

                              v.            Persoalan tentang gangguan tidur
Tidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar.
  *persoalan yang besesuaian boleh diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga baris sajak bagi setiap fakta.                                         [12]

(c)    Tiga unsur gaya bahasa. [9]
                                i.            Ansonasi – perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u)
                              ii.            Aliterasi – perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u)
                            iii.            Anapora – perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat.
*unsur gaya bahasa yang lain boleh diterima. Sertakan contoh sajak.
3.      Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas.             [5]
(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan?                                                [10]
(c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]



(a)    Lima amanat. [5]
i.        Kita mestilah hidup bermuafakat
ii.      Janganlah kita menganiaya orang lain
iii.    Janganlah kita saling dengki mendeki dengan orang lain
iv.    Janganlah membuat fitnah
v.      Janganlah kita menipu

(b)   Firasat Tuan Syeikh Alam Di Rimba – akan datang bala dan huru-hara. [10]
i.        Sesuatu perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakat
ii.      Berlaku penindasan terhadap orang yang lemah
iii.    Sukar untuk mencapai kemajuan apabila ada sifat dengki
iv.    Berlaku perpecahan dan bunuh membunuh antara satu sama lain kerana fitnah
v.      Rosaknya perhubungan persahabatan apabila berlaku penipuan.

*peristiwa yang lain boleh diterima, sekiranya ada kaitan dengan teks.

(c)    Lima nilai kemanusiaan. [10]
i.        Masyarakat yang hidup bersatu padu.
ii.      Masyarakat yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan.
iii.    Masyarakat yang sering menyokong perkerjaan yang baik.
iv.    Masyarakat yang mempunyai pemimpin yang bertanggung jawab.
v.      Pemimpin atau golongan pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak.
*nilai kemanusiaan yang berkaitan teks boleh diterima.



4.      Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

i.                    Pemerintah mestilah adil.
ii.                  Pemerintah yang bertanggungjawab
iii.                Pemerintah yang jujur dan amanah
iv.                Pemerintah mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalah
v.                  Menjalankan pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.
*sebarang syarat yang berkaitan dengan teks boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh peristiwa.


5.      Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan sembayang…”
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas?                  [4]
(b)   Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang?                                    [12]
(c)    Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu?                                               [9]


(a)    Dua nilai murni. [4]
i.        Tidak meninggalkan solat/sembahayang.
ii.      Sentiasa membaca Al-Quran
iii.    Sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah.
*sertakan huraian dan contoh daripada petikan.

(b)   Empat persoalan. [12]
i.        Pentingnya menjaga solat
ii.      Keistemewaan/kebaikan membaca Al-Quran
iii.    Pentingnya mematuhi ajaran agama Islam.
iv.    Meninggalkan perkara-perkara yang ditegah/larang oleh Allah.
v.      Balasan kepada orang yang ingkar.
*persoalan lain yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima. Sertakan hurai dan contoh.


(c)    Teknik penceritaan. [9]
i.        Teknik Imbas Kembali
ii.      Teknik Dialog
iii.    Teknik Monolog
iv.    Teknik mimpi
*sebarang teknik penceritaan yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima, sertakan hurain dan contoh.

6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas.              [9]
(b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah.                                 [16]

(a)    Tiga Unsur Moral. [9]
i.        Kita mestilah berkeyakinan tinggi.
ii.      Kita mestilah berani menghadapi cabaran
iii.    Mempunyai semangat yang kental.
iv.    Kekuatan keimanan yang tinggi

*unsur moral yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.

(b)   Persoalan dalam drama Asiah Samiah. [16]
i.        Keberanian – masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran.
ii.      Keimanan – masyarakat yang mempunyai keimanan yang kuat.
iii.    Semangat kental – masyarakat yang mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan kebenaran.
iv.    Pengorbanan – masyarakat yang sanggup berkorban demi kebenaran.

* persoalan yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan