Ahad, 4 Mac 2012

Skema Jawapan Kertas 1.


1.      Dalam perluasan kuasa sesebuah kerajaan akan melibatkan peperangan. Terangkan 5 peperangan yang berlaku dalam kerajaan Melayu Melaka sepertimana yang diceritakan dalam Sejarah Melayu.

Fakta 1
Melaka berperang dengan Siam
Melaka telah diserang kali pertama oleh Siam yang diketuai oleh Awi Cakri. Pada ketika itu Tun Perak merupakan penghulu di Kelang. Beliau telah mengarahkan orang-orang Melaka membawa anak isteri masing-masing semasa berperang bagi menaikkan semangat orang-orang Melaka, taktik yang digunakan ini berhasil apabila Melaka telah memenangi peperangan tersebut.

Serangan Siam keatas Melaka bagi kali kedua ini telah diketuai oleh Awi Dicu. Manakala Tun Umar telah diarahkan untuk mematahkan serangan Siam. Tun Umar telah melanggar kapal Siam berkali-kali. Perbuatan Tun Umar itu telah disaksikan oleh tentera Siam yang hairan melihat keberanian dan kelakuan Tun Umar yang gila-gila bahasa itu. Manakala pada malamnya pula, Tun Perak telah mengikat puntung-puntung api pada setiap pohon bakau. Angkatan Siam akhirnya berundur kerana menyangka angkatan Melaka lebih ramai.

Akhir sekali keinginan Cau Pandan untuk menyerang Melaka telah dipatahkan oleh Sidi Arab yang hanya melepaskan panahnya keudara sambil berkata; “Mati engkau Cau Pandan”. Dengan tidak semena-mena Cau Pandan telah mati sebelum sempat menyerang Melaka.


Fakta 2
Melaka berperang dengan Pahang
Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat utuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah.

Fakta 3
Melaka berperang dengan Kampar
Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar.
Fakta 4
Melaka berperang dengan Siak
Peperangan dengan Siak telah diketuai oleh Seri Udani. Dalam peperangan ini Siak telah berjaya dikalahkan dan Maharaja Permaisura telah dibunuh. Anaknya yang bernama Megat Kudu dan Perdana Menterinya Tun Jana Pakibul telah dibawa ke Melaka. Megat Kudu telah dikahwinkan dengan anak Sultan Mansor lalu dirajakan di Siak. Manakala Seri Udani telah dijadikan sebagai Perdana Menteri dan Tun Jana Pakibul sebagai Mangkubumi.





Fakta 5
Melaka berperang dengan Pasai
Sultan Zainal Abidin telah diusir oleh adiknya ke Melaka. Sultan Mansor Syah telah menitahkan Laksamana, Bendahara, Tun Hamzah dan Seri Bija Diraja untuk menyerang Pasai. Peperangan antara Pasai dan Melaka amat sengit menyebabkan angkatan Melaka hampir kalah.

Pada serangan yang kedua kebijaksanaan dan kehandalan para pembesar Melaka seperti Tun Pikrama, Hang Isap, Nina Isyak dan Tun Hamzah telah berjaya mematahkan serangan Pasai. Sekali gus membolehkan Sultan Zainal Abidin menaiki takhta. Namun tindakan Sultan Zainal Abidin menyuruh orang-orang Melaka balik ke Melaka membuatkan Bendahara marah. Lalu apabila Pasai telah diserang sekali lagi oleh adik Sultan Zainal Abidin, Bendahara enggan menghantar bantuan.

Fakta 6
Melaka berperang dengan Feringgi
Feringgi dibawah pimpinan Alfonso d’Albuquerque telah menyerang Melaka. Serangan Feringgi yang pertama telah dapat dipatahkan oleh angkatan Melaka di bawah pimpinan Sultan Ahmad sendiri beserta Tun Ali Hati dan Seri Udani.

Dalam serangan kedua, tangan Sultan Ahmad luka dan Melaka telah dapat dikalahkan. Semasa Feringgi menyerang Melaka, orang-orang Melaka telah dibacakan “Hikayat Amir Hamzah” untuk menbangkitkan semangat mereka. Peperangan Melaka-Feringgi dikatakan sangat hebat sehingga ramai pahlawan Melaka yang terkorban. Peperangan ini mengakibatkan berakhirnya Kerajaan Melayu Melaka.


2.  Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya

Ciri 1   :    Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan :    Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
                 Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh:    (m/s 197) Alhamdulillah al-lazi…

Ciri 2   :    Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
                 Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan :    merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
                  peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah
                  contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh:     (m/s 198) Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…

Ciri 3  :     Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
                 permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri
                 sendiri.
Tujuan :   menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh:    (m/s 200) Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…

Ciri 4   :    Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis
                 berkait dengan persoalan yang dibicarakan 
Tujuan :   mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh :  (m/s 204) katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis
                 Rasullallah s.a.w

Ciri 5   :    Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan :   Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan
                 kedudukan dalam masyarakat
Contoh :  (m/s 196) Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan
                 Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah

Ciri 6   :   Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan :   Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan
                 kepada umat Islam
Contoh :   Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a

Ciri 7   :   Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan :   Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan
                 contoh teladan
Contoh:    (m/s 206) Imam Malik, Imam Syafii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan