Ahad, 20 September 2009

kertas 2 STPM

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA

Pertumbuhan cerpen amat pesat terutama zaman selepas perang 1946 – 1960-an. Berdasarkan penyataan di atas:

(a) Jelaskan persoalan-persoalan cerpen yang digarap oleh penulis pada era tersebut.

(b) Nyatakan faktor-faktor yang menyuburkan pertumbuhan cerpen zaman itu.


1 : Nasionalisme

Cerpen-cerpen yang menyentuh kesedaran dan pergerakan kebangsaan bagi menuntut kemerdekaan. Contoh cerpen “Darah Dan Air Mata”,dan “Runtuh”,karya Keris Mas dan “Hidup Dalam Dunia Pura-pura”, karya Ahmad Boestaman,

2. Kahwin paksa, cinta muda-mudi dan seks

Cerpen-cerpen seperti ini menjadi pilihan penulis muda yang baru mencuba bakat / lebih kepada unsur hiburan, terutama untuk golongan muda-mudi. Contoh cerpen “Ayahnya Pesan Ayahnya”, karya Jimmy Asmara.

3. Kesempitan dan keperitan hidup golongan miskin

Masalah yang dihadapi golongan miskin dan berpendapatan rendah di kampung-kampung dan bandar. Contoh cerpen “Cinta Sawah Padi”, karya Awam il-Serkam dan cerpen “Keinsafan”, karya Keris Mas, “Menjual Tanah Air”, oleh Usman Awang

4.Keagamaan dan moral

Pergolakan dan pertembungan di antara kaum muda yang berpendirian moden dan maju dengan kaum tua yang konservertif. Contoh cerpen “Anak Syurga”, oleh Wijaya Mala.

5 : Darurat

Pergolakan politik dan kepayahan hidup masyarakat zaman darurat. Contoh cerpen “Kejadian dalam Estet”, karya Keris Mas dan “Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi”, oleh Usman Awang.

6 : Sindiran

Sindiran kepada golongan tertentu dalam masyarakat seperti golongan penulis muda yang angkuh; contoh cerpen “Ingin Jadi Pujangga”, oleh Asmal / pemimpin politik yang suka menabur janji palsu contoh “Pilihan raya”, oleh Usman Awang.

b) Faktor-faktor yang menyuburkan pertumbuhan cerpen zaman itu.

1 : Peraduan pengarang
Penganjuran pelbagai peraduan oleh badan-badan penerbitan seperti DBP, akhbar Berita Harian, akhbar Utusan Melayu dan Esso-GAPENA.


2 : Kepesatan penerbitan akhbar dan majalah.
Banyak akhbar dan majalah diterbitkan oleh DBP dan penerbitan swasta lain. Contoh Dewan Budaya, Dewan Sastera (DBP); Majalah Wanita, Mingguan Wanita, Keluarga dsb.

3 : Pertambahan bakat-bakat baru
Kegiatan persatuan-persatuan penulis nasional yang berusaha mencungkil bakat-bakat baru. Contoh PENA dan GAPENA

4 : Anugerah dan hadiah lumayan
Meransang penulis lama dan baru menghasilkan karya bermutu. Contoh Peraduan Menulis Cerpen DBP 1957, Berita Harian menawarkan RM100.00 bagi cerpen-cerpen yang tersiar setiap Khamis dan Berita Minggu, Utusan Malaysia menawarkan hadiah wang tunai


Pelbagai pendekatan digunakan oleh kritikus sastera tanah air dalam penilian mereka. Antaranya ialah pendekatan formalistik. Huraikan lima daripada aspek penilaian karya menggunakan pendekatan formalistik.


1 . Tema

Rumusan atau kesimpulan yang boleh dibuat oleh pengkritik atau pembaca apabila selesai membaca sesebuah karya.

2 . Plot
Jalinan cerita yang berlaku berdasarkan sebab akibat, setiap cerita menampilkan insiden-insiden yang berkaitan antara satu sama lain.

3 . Perwatakan
Cara seseorang pengarang menggambarkan watak dalam karya.

4 . Latar
Aspek latar membabitkan tiga perkara, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat; boleh menggambarkan corak pemikiran dan budaya masyarakat pada sesuatu era.

5 . Sudut pandangan
Kedudukan pengarang dalam karyanya; cara pengarang mempersembahkan cerita sama ada dengan menggunakan sudut pandangan serba tahu / aliran kesedaran, sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga.

6 . Gaya bahasa
Cara seseorang pengarang menggunakan bahasa dalam karyanya untuk menimbulkan kesan tertentu kepada pembaca.

7 . Nada
Melankolik, protes


5. Berdasarkan drama Lawyer Dahlan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

(a) Huraikan empat nilai positif yang terdapat dalam drama ini. [ 12 ]

(b) Drama Lawyer Dahlan tergolong dalam drama realisme. Buktikan. [ 9 ]

(c) Drama ini berkonsepkan hukum keadilan puitika atau keadilan sosial. Jelaskan.

[ 4 ]

(a) Empat nilai positif

1: Mementingkan pelajaran / pendidikan

Pak Hamid menggalakkan Dahlan belajar hingga ke luar negara.

2: Simpati / belas kasihan

Pak Hamid membantu golongan miskin dengan menghulurkan derma dan sanggup membiayai rawatan di hospital

3: Bangga dengan budaya sendiri

Pak Hamid bangga dengan budaya Timur dan sentiasa mengingatkan Dahlan jangan terpengaruh dengan budaya Barat

4: Bekerjasama / tolong menolong

Pak Hamid selaku ketua kampong sentiasa bermesyuarat untuk memajukan Kampung Hulu manakala golongan muda sanggup kutip derma dari rumah ke rumah untuk menubuhkan sekolah rakyat

5: Bertanggungjawab

Pak Hamid memelihara Dahlan setelah ibu bapa Dahlan meninggal dunia dan membiayai perseolahannya

6: Suka menasihati

Pak Hamid suka menasihati Dahlan dalam pelbagai hal mengenai kehidupan supaya tidak terpengaruh dengan pengaruh barat.

7: Keinsafan

Dahlan akhirnya insaf di atas segala kesalahannya.


(b)Bukti drama realisme

1: Watak yang benar-benar wujud

Watak-watak yang benar-benar wujud seperti Dahlan / Rahimah / Pak Hamid dll

2: Latar tempat berpijak di bumi nyata

Latar tempat yang nyata seperti England dan bukanya kayangan dan Sebagainya

3 : Latar masyarakat yang benar-benar wujud

Masyarakat yang nyata wujud seperti masyarakat kampung yang tolong-menolong

4: Cerita atau peristiwa yang berjejak di bumi nyata

Cerita atau peristiwa Dahlan dipenjarakan kerana rasuah / Cerita

5: Tema/persoalan masyarakat seharian

Tema dan persoalan tentang kemiskinan / lupa diri / masyarakat yang prihatin dll.


6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANITA: Mungkin J.M.Aziz pernah merana pada mulanya apabila beliau ketahui makna

penyakit itu. Manusia biasa mana yang tidak akan terharu. Tetapi, akhirnya

dengan berkat kesabarannya, seperti yang difalsafahkan dalam puisi-puisinya, J.M.Aziz tidak berasa hidup ini pahit lagi bahkan ada kemanisannya pula.

SOFEA JANE: Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan. Mesej inilah yang hendak

disampaikan oleh drama ini. Bentuk seharusnya tidak menjadi persoalan.

( Petikan ms 228 )

(a) Nyatakan dua penyakit yang dideritai J.M.Aziz [ 04 markah ]

(b) Dengan merujuk kata-kata ‘Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan’ huraikan

empat mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini. [ 16 markah ]

(c) Apakah yang anda faham dengan kata-kata ‘Bentuk seharusnya tidak menjadi

persoalan’. [ 05 markah ]

(a) Dua penyakit

1.Penyakit kusta

2.Matanya kabur / buta

(b) Empat mesej

1: Mesti sabar menempuh dugaan dan cabaran hidup

J.M.Aziz/ Lijah/ Mamat/ Minah/ Nabi Ayub sabar menghadapi ujian diri masing-masing dan akhir merasai kemanisan hidup.

2: Mesti sentiasa bersyukur akan rahmat Allah

Nabi Ayub sentiasa bersyukur terhadap limpahan kekayaan yang Allah berikan kepadanya.

3: Mesti sanggup berkorban untuk yang dikasihi

Nabi Ayub sanggup berkorban dengan ujian kemusnahan harta Bendanya / Lijah dan Minah sanggup berkorban demi kasih yang mendalam terhadap suami mereka.

4: Pentingnya kasih sayang dalam kehidupan suami isteri

J.M.Aziz dan Lijah / Mamat dan Minah dapat hidup bahagia kerana saling sayang menyayangi walaupun secara lahiriahnya kehidupan mereka nampak susuah.

5: Kita hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan.

Nabi Ayub redha dengan dugaan dan cabaran yang dhadapinya.


(c) Maksud petikan ‘bentuk’ tidak jadi persoalan.

1: ‘Bentuk’ bermaksud cara / teknik drama tersebut dipersembahkan

Nordin Hassan mempersembahkan drama itu dalam pelbagai bentuk seperti adanya unsur pencerita, dokumenteri, tarian, nyanyian,pertunjukan slaid, penggunaan puisi, penggunaan nama watak sebenar, unsur simbolik dan lain-lain. Walaupun drama ini sukar difahami tetapi kita perlu melihat kepetingan drama dari segi pengajaran yang hendak disampaikan oleh pengarangnya..

7. Sajah "Kunci" karya T.Alias Taib

a} Jelaskan dua persoalan sajak di atas. [6]

b} Berikan lima penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan nilai estetiknya [15]

g} Terangkan maksud baris yang berikut.

i) ia menyapu potongan-potongan nasib [2]

ii) seribu tak-teki dan misteri hidup [2]

(a) 2 persoalan sajak

1 : Kesusahan hidup masyarakat

Masyarakat hidup susah walaupun negara makmur

Rangkap 1 {salin sajak rangkap 1}

2 : Pembangunan yang tidak seimbang

Pembangunan yang tidak setara menyebabkan ada yang hidup susah dan senang.

Rangkap 1 Baris 8-10

3 : Kegigihan / ketekunan untuk mengubah nasib hidup

Buruh/Manusia berusaha untuk mengubah kehidupan walaupun sukar

Rangkap 2

4 : Ketentuan takdir

Takdir hidup manusia ditentukan oleh Allah.

Rangkap 3

5 : Keyakinan mendepani kehidupan

Biarpun berhadapan dengan pelbagai masalah namun penyair tetap yakin menelusuri hidup.

Rangkap 4


(b) 5 penilaian terhadap gaya bahasa

1 : Anafora - perulangan di awal baris.

dapat memberi kesan penegasan maksud/pengukuhan

Contoh makna makmur di tengah lapar

makna harmoni di tengah inflasi

makna mewah di tengah gundah.

Contoh : kadangkala ada mula tak ada akhir

kadangkala ada akhir tak ada mula

kadangkala tak ada mula tak ada akhir.

2 : Paradoks

Memberi kesan imaginasi yang lebih jelas/makna yang lebih jelas

Contoh : makna makmur di tengah lapar

makna harmoni di tengah inflasi

makna mewah di tengah gundah.

3 : Perulangan kata dalam baris

Memberi kesan penegasan/penekanan maksud

Contoh : kadangkala ada mula tak ada akhir

kadangkala ada akhir tak ada mula

kadangkala tak ada mula tak ada akhir.

4 : Perulangan rangkai kata di awal rangkap

Memberi kesan penegasan/penekanan maksud

Contoh : Dengan seberkas kunci di tangan

Dengan seberkas kunci di kaki

Dengan seberkas kunci di mata

Dengan seberkas masalah di kepala

(Rangkap 1, 2,3 dan 4)

5 : Asonansi

Memberi keindahan/ kelembutan/kemerduan bunyi

Contoh : kubiarkan seribu gabus duka

6 : Aliterasi

Memberi kesan keindahan/kemerduan bunyi apabila dideklamasikan.

Contoh :

Fakta 7 : Metafora

Huraian : Memberi gambaran maksud / imaginasi yang lebih jelas.

Contoh : potongan-potongan nasib, serpihan –serpihan masa depan,

seberkas masalah

8 : Hiperbola

Menekankan suatu pandangan atau idea.

Contoh : kubuka seribu liang luka

9 : Persamaan bunyi rima dalam baris

Memberi kesan keindahan/kemerduan bunyi apabila dideklamasikan.

Contoh : yang cukup sulit dan berbelit


(c) Maksud baris

ia menyapu potongan-potongan nasib –

dia mengharapkan agar hidupnya akan berubah menjadi lebih baik

ii) seribu teka-teki dan misteri hidup

kehidupan ini bagaikan suatu putaran dan tidak dapat dibayangkan kesudahannya


8. Sajak Doa Terakhir

a) Jelaskan pengalaman penyair semasa bersama ibundanya dalam sajak di atas.

[12]

b) Huraikan empat unsur estetik penyusunan kata dalam sajak di atas dengan contohnya. [8]

c) Dalam rangkap 4(baris 15 dan 16) penyajak ada menyatakan

segenggam rindu jadi selaut duka

setabah dukaku menampung rasamu.

Huraikan maksud yang ingin disampaikan. [5]

1 : pengalaman yang dilalui saat-saat kematian ibunya seolah-olah ibunya membawa bersama kenangan dan kasih sayang penyajak.

2 :pengalaman penyair ketika ibunya masih hidup apabila dia turut merasakan penderitaan yang ditanggung ibunya.

3 :pengalaman penyair ketika hayat ibunya banyak mengajarnya erti kehidupan

4 : Pengalaman penyair bersama ibunya mengharungi suka duka kehidupan.

5 : Pengalaman penyair bersama ibunya yang menganggap ibunya adalah segalanya-galanya.


b) Huraikan empat unsur estetik penyusunan kata dalam sajak di atas dengan contohnya. [12]

1 : Penggunaan Personifikasi dapat menimbulkan imaginasi

Contoh : dingin subuh menggigit kulit/wajah laut mengoyak wajah

2 : Penggunaan Perbandingan dapat menimbulkan kesan makna yang berlebihan

Contoh : segenggam rindu jadi selaut duka /kau adalah segalanya bagiku

3 : Penggunaan Metafora menimbulkan kesan makna.

Contoh : ombak hidupmu/wajah laut/mengoyak wajah pasir/menggenggam angin

4 : Persamaan rima akhir yang melahirkan kemerduan bunyi

Contoh : yang kupeluk tubuh lelahmu

yang kucium rambut lusuhmu

5 : Penggunaan Simile memberikan maksud yang lebih jelas.

Contoh : bagaikan batu pualam

onggokan pusaramu

memanggilku pulang

6 : Penggunaan Asonansi menimbulkan kemerduan bunyi

Contoh : janganlah kau bawa lukaku bersamamu

7 : Penggunaan Aliterasi menimbulkan kemerduan bunyi

Contoh : namun maafkan aku demi cintamu

8 : Penggunaan Anafora memberi pengesan maksud melalui kata yang diulang di awal baris yang berturutan..

Contoh : yang kupeluk tubuh lelahmu

yang kucium rambut lusuhmu

9 : perulangan kata dalam baris menimbulkan kemerduan bunyi

Contoh : tenang dan tenanglah


c) Dalam rangkap 4(baris 15 dan 16) penyajak ada menyatakan

segenggam rindu jadi selaut duka

setabah dukaku menampung rasamu.

Huraikan maksud yang ingin disampaikan. [5]

Kerinduan penyair/penyajak terhadap ibunya bertukar menjadi kesedihan dan dia turut merasa dukacita/penderitaan sebagaimana yang ditanggung oleh ibunya semasa hayat.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Soalan-Soalan Kesusasteraan Melayu Tradisional (STPM)

Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

1 Pendidikan dan moral adalah antara unsur yang terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional. Dengan memberi contoh, huraikan enam aspek pendidikan dan moral dalam karya-karya tersebut. [25]

2 Cerita -cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w. dalam karya-karya kesusasteraan
Melayu Tradisional telah menerima pengaruh Arab – Parsi.

[a] Berikan pengertian cerita Nabi Muhammad s.a.w. [4]

[b] Nyatakan lima judul cerita Nabi Muhammad s.a.w. [5]

[c] Huraikan empat pengajaran yang dibawa oleh cerita- cerita Hikayat
Nabi Muhammad s.a.w. [16]



Bahagian B : SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

3 Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah sebuah karya bercorak sastera sejarah dan ditulis dengan tujuan-tujuan tertentu.

Bincangkan tujuan penulisan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
[25]

4 Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan yang mengikutinya

Pada suatu hari Semerluki masuk mengadap ibunya, ia terpandang kepada emak bongsunya; Maka Semerluki pun berahi hendakkan emak bongsunya itu. Maka Keraeng Majiko pun tahu akan kelakuan anaknya itu. Maka tiadalah diberi oleh Keraeng majiko, katanya pada Semerluki, “Bagaimana engkau hendakkan emak bongsumu? Kerana ia saudara emakmu, isteri kepada aku. Jikalau engkau hendak beristeri baik paras, pergilah engkau merompak ke Ujung Tanah; di sana banyak perempuan yang seperti kehendakmu, dan yang lebih daripada emak bongsumu itu.”
Maka Semerluki pun berlengkaplah dua ratus banyaknya kelengkapan pelbagai rupa perahu. Setelah sudah lengkap, maka Semerluki pun pergilah, Kasadnya hendak mengalahkan segala negeri di bawah angin itu. Pertama-tama ia pergi ke Jawa, banyak dirosakkannya jajahan Jawa; tiada berani orang mengeluari dia. Maka Semerluki pun lalu ke Siam, banyaklah teluk rantau Siam dialahkannya, tiada juga dikeluari orang Siam.

[a] Terangkan maksud rangkai kata berikut
i. kerana ia saudara emakmu, isteri kepada aku
ii. kasadnya hendak mengalahkan segala negeri di bawah angin
[4]

[b] Jelaskan peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas [8]


[c] Huraikan lima nilai kemanusiaan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
[12]



Bahagian C : PROSA MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

5 Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka hari pun sianglah. Maka Sang Bimanyu pun duduk di bawah pohon angsoka di sisi pancuran. Maka matahari pun terbit merah mukanya kelihatan pucat kuning itu. Maka segala bunga dalam taman itu semuanya berbau seperti suka melihat Sang Bimanyu rupanya. Maka kumbang pun terbang mengelilingi bunga itu, diserinya. Kelakuan seperti menyuruh Sang Bimanyu bersunting bunga itu. Maka bunga pun banyak berbunganya di atas pohon nagasari itu seperti menyuruh Sang Bimanyu. Maka segala buah-buahan pun banyak. Maka Sang Bimanyu pun pergi pada pancuran itu, basuh muka dan berkumur-kumur. Maka tiada lain dipandangnya Sang Bimanyu matahari di puncak gunung itu. Juga seperti memandang muka Dewi Satya Sundari pada rasanya.Maka ikan pun banyak menyusur air yang meleleh itu, mata ikan itu merah, sisiknya berkilat-kilat lakunya seperti menegur Sang Bimanyu. Maka kiung pun timbul lakunya seperti orang menyuruh Sang Bimanyu mandi kepada air yang jernih. Maka udang yang di celah-celah batu itu ditempuh lumat, maka tenggelam seperti rambut Satya Sundari rupanya. Maka Sang Bimanyu pun berhenti di sana.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia {peny.}, 2003.
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 89)

[a] Terangkan maksud hikayat. [4]

[b] Huraikan tiga suasana alam seperti yang digambarkan dalam petikan di atas. [9]

[c] Jelaskan empat perwatakan Sang Bimanyu berdasarkan hikayat tersebut. [12]


6 “Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin” seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional menonjolkan Imam Shafii sebagai seorang tokoh agama.

(a) Jelaskan latar belakang Imam Shafii. [5]


(b) Huraikan lima keistimewaan yang dimiliki oleh Imam Shafii. [20]



Bahagian D : PUISI MELAYU TRADISIONAL


Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7. Baca petikan puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Kalau sunggguh kamu yakin akan mati,
Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu,

Ingat-ingat hai saudara masa itu,
Nyawa sampai batang leher baru tentu.

Kita ini akan mati sudahnya,
Tidak tahu bila sampaikan ajalnya.

Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.

Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.


[a] Nyatakan enam ciri puisi di atas.[ 6 ]
[b] Jelaskan maksud puisi di atas. [ 10 ]
[c] Huraikan tiga pengajaran yang boleh diambil dalam puisi tersebut [ 9 ]



8. Baca petikan puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Lembu makan rumput yang muda,
Ketika panas waktunya remang,
Mengenang budi tuan adinda,
Jadi azimat mahkota abang.

Ketika panas waktunya remang,
Syamsu diliputi awan dan mega,
Jadi azimat mahkota abang,
Haram berniat dua dan tiga.

Syamsu diliputi awan dan mega,
Sampai kepada rendahnya hari,
Haram berniat dua dan tiga,
Berapa sekadar cari mencari.

Sampai kepada rendahnya hari,
Waktu asar hujan pun turun,
Berapa sekadar cari-mencari,
Sampai musim kekanda pulang.


( Di petik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny) 2003,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 313 )

[a] Nyatakan jenis puisi di atas
[ 1]

[b] Jelaskan empat teknik penulisan puisi di atas. [ 12 ]

[c] Huraikan empat peranan puisi di atas kepada kepada masyarakat Melayu tradisional.[12]