Jumaat, 23 April 2010

Kesusasteraan Melayu "Bahagian D"


Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos (Kemala)

 (a)      Jelaskan apakah yang cuba disampaikan oleh penyair melalui sajak di atas. [9]

(b)       Dengan memberikan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa perulangan dan kesannnya yang memperlihatkan nilai estetik dalam sajak yang diberikan. [12]

(c)        Nyatakan nada yang diterapkan dalam sajak tersebut.    [4]

Jawapan.


(a)       Penyair  cuba menyampaikan sesuatu  melalui, sajak di atas.  [9]

1. Dengan rasa bangga penyair menyambut hari kemerdekaan yang bakal menjelang.

Contoh :
Pada setiap kali kau tiba,Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah

2. Kehadiran Ogos membolehkan penyair melupakan seketika sejarah pahit  diinjak penjajah.

Contoh:
harga diri
awan hitam semalam
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari

 3. Pejuang-pejuang kemerdekaan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air.

Contoh:
Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis
tapi pahlawan
seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam

4. Semangat patriotik yang tertanam di jiwa mereka tidak pernah luntur..

Contoh:
syahdu yang datang adalah sepi hening
bukan nestapa
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara

5. Ogos yang menjelma memberi kita ruang dan kesempatan menganalisa diri,

Contoh:
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam

6. Penyair turut memikirkn sejaauh mana masyarakat mengisi erti kemerdekaan yang hakiki.

Contoh:
dewasa dalam pancaroba serba
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fakir daya.

7. Setiap kali tibanya sambutan kemerdekaan, rasa cinta  terhadap negara semakin mendalam dan tidak berbelah bagi.

Contoh:
Pada setiap kali kau tiba,Ogos
angin tanah air
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa.


(b)       Tiga unsur gaya bahasa perulangan dan kesannnya yang memperlihatkan nilai estetik dalam sajak yang diberikan.                                  [12]

1           :  Anafora
Definisi          :  Perulangan kata di awal baris yang berturutan
Contoh           :   awan hitam semalam
    awan hitam belenggu
Huraian         :  Memberi kesan penegasan maksud/pengukuhan

2           :  Perulangan kata
Definisi          :  Kata-kata yang diulang
Contoh           :   Bukan gerimis
    tapi taufan
    bukan pesimis
Huraian         :  Memberi kesan penegasan/penekanan maksud

3           :  Perulangan kata dalam baris
Definisi          :  Kata-kata yang diulang dalam baris yang sama
Contoh           :   seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
Huraian         :  Memberi kesan penegasan/penekanan maksud

4           :  Perulangan baris di awal rangkap
Definisi          :  Baris yang diulang di dalam beberapa rangkap
Contoh           :   Pada setiap kali kau tiba, Ogos
                            (Rangkap 1, 2 dan 4)
Huraian         :  Memberi kesan penegasan/penekanan maksud

5           :  Asonansi
Definisi          :  Perulangan bunyi vokal dalam baris
Contoh           :   setia dan cinta perkasa
Huraian         :  Memberi keindahan bunyi

6           :  Aliterasi
Definisi          :  Perulangan bunyi konsonan dalam baris
Contoh           :   memeluk kemerdekaan dalam diam
Huraian         :  Memberi keindahan bunyi


( c)       Nada yang diterapkan dalam sajak tersebut.     [4]

Nada Patriotik :                                                                  [2]
Menggambarkan suasana hati yang bersemangat.      [1]
Contoh  :  Rangkap 1/ Rangkap 2/ Rangkap 3 / Rangkap 4  [1]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan