Khamis, 20 September 2012

Soalan Percubaan tahun 2012 Sastera Kertas 1


JABATAN PELAJARAN PERAK


PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: satu daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [  ].


Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Jawab satu soalan sahaja

1    Kemunculan Kerajaan Melayu Acheh pada abad ke 16  telah memperlihatkan  perkembangan pesat kesusasteraan Melayu Islam di Nusantara.
(a)  Namakan dua  pemerintah Kerajaan Melayu Acheh pada abad tersebut.                                  [ 4 ]
(b)  Jelaskan dasar-dasar pemerintah yang membawa kemajuan kesusasteraan Melayu Islam        
       di Acheh.                                                                                                                                [ 9 ]
(c)  Senaraikan tokoh  pengarang serta karya yang dihasilkan pada zaman Kerajaan  Melayu Aceh.                                                                                                                                      [12]

2    Tun Sri Lanang merupakan tokoh cendekiawan Melayu tradisional yang  memainkan   peranan penting pada  zaman Kesusasteraan Melayu tradisional.
(a)  Nyatakan latar belakang tokoh  ini.                                                                           [ 10 ]
(b) Jelaskan peranan tokoh  dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.                                  [  6  ]
(c)  Huraikan dua  sumbangan penulisan tokoh ini.                                                                      [  9  ]


Bahagian B: Karya Agung

Jawab satu soalan sahaja

3     Waadat merupakan perjanjian yang dipersetujui antara pihak raja dan rakyat. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu:

(a)    Jelaskankan peristiwa yang menyebabkan terjadinya waad antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.                                                   [ 5 ]
(b)   Nyatakan syarat-syarat waad tersebut.  [14]
(c)    Huraikan satu peristiwa perlanggaran waad:
(i)      pihak raja                    [ 3 ]
(ii)  di pihak rakyat             [ 3 ]

4     Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

 Dari pagi-pagi hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap. Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Sekaranglah baik kita adu Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Tuanku, pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau alah salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda." Maka Seri Rakna Wikrama pun tersenyum mendengar sembah Tun Perpatih Pandak. Maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun Perpatih itu." Maka Benderang pun dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, bersama-sama dengan Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada boleh lalu. Maka direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin baginda. Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikra­ma pun memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. Maka Tun Perpatih Pandak dipersalin baginda, maka surat pun diarak oranglah ke perahu, maka Tun Perpatih Pandak pun belayarlah kembali ke Perlak.

                                                                        (Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny], 2003,
                                                                          Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar),
                                                            Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, halaman 53
 (a)     Huraikan maksud rangkai kata kerana jikalau alah salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda”.                                                                                                   [ 3]
                          (b)  Perihalkan kisah yang terjadi sebelum peristiwa di atas.                                       [12]       
             (c) Jelaskankan peristiwa-peristiwa lain yang menunjukkan kekuatan Badang. [10]

  
Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional

Jawab satu soalan sahaja

5    Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
.
       Setelah sudah ia mandi, maka ia pun mengambil bunga pacar piring dan bunga pakan hutan ditaburkannya dihadapan pemujaan itu dan setengah disangkutnya kepada pertapaannya itu. Maka dikikisnya kulit kakinya diperbuatnya dupa. Maka Sang Bimanyu pun berdirilah sebelah kaki sambil berpeluk tubuh, “Pertitis” nama pujaannya itu.
                                                                         ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
                                                        Hikayat Pendawa Lima dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional
                                 Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur,halaman  85-86)
(a)    Siapakah yang bersama-sama Sang Bimanyu semasa melakukan pemujaan diatas dan          
       nyatakan peranannya                                                                                                   [ 3 ]
      (b)  Selain unsur pertapaan yang terdapat dalam petikan ini, bincangkan lima pengaruh   Hindu  
             yang terdapat dalam Hikayat Pendawa Lima.                                                              [10]
      (c)   Perihalkan watak-watak bukan manusia yang terdapat di dalam hikayat ini.                 [12 ]

6    Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
           
       Dan, berkata ia, tiada sembahyangku akan satu sembahyang daripada masa empat puluh tahun melainkan aku doa bagi Imam Shafii r.a. Dan berkata baginya anaknya yang laki-laki, “Apa orang Shafii itu, hai bapaku! Hingga berdoa engkau baginya sekalian doa ini?” Katanya, “Hai, anakku! Adalah Shafii itu seperti matahari bagi dunia dan afiat bagi segala manusia.”

 (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003,
Kesusasteraan Kitab; Kitab  Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin,
dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional Dewan Bahasa Pustaka,
Kuala Lumpur,halaman 200)

     (a)  Jelaskan latar belakang tokoh yang dinyatakan dalam petikan.                                      [12]
     (b)  Nyatakan pembahagian waktu yang diamalkan oleh Imam Shafii r.a.                             [ 7 ]
     (c)  Galurkan peristiwa yang menyebabkan Imam Malik mengatakan Imam Shafii r.a tidak
            beradab.                                                                                                                     [ 6 ]

 Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional

Jawab satu soalan sahaja

7    Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Lulus angan dilakukan,
Lulus kaki dilangkahkan.

Biar bersimbah peluh di muka,
Jangan tersingkap kain basahan.

Bongkok kail penyangkut insang,
Bongkok fiil penyangkut hutang.

Di dalam manis ada pahitnya,
Di dalam pahit ada manisnya.

Kalau puntung masih berapi,
Jangan dihembus-hembus juga.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2005,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 357-358)


(a)                Namakan jenis puisi di atas.                                                                [ 1 ]
(b)               Huraikan tiga teknik penulisan puisi diatas.                                        [ 6 ]
(c)                Jelaskan maksud ungkapan atau rangkai kata di bawah ini.                 [ 9 ]
               (i)      Lulus angan dilakukan,
                           Lulus kaki dilangkahkan.
(ii)               Biar bersimbah peluh di muka,
              Jangan tersingkap kain bahasan.
(iii)             Bongkok kail penyangkut insang,
                           Bongkok fiil penyangkut hutang.
(d)               Bincangkan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.                       [ 9 ]

 8    Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,
Dijauh daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada serta ia bahawa itu sentiasa,
Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan hati manusia        
juga membawa suka,
Hati yang menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia juga,
Kekasihku itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat juga bukhari itu adanya,
Serta nyawa itu ia juga,
Beruntung lagi berbahagia jua.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2005,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 334)

(a)    Nyatakan jenis puisi di atas.                              [1]
(b)    Jelaskan  tiga teknik penulisan puisi di atas.      [6]
(c)    Berikan maksud ungkapan atau rangkai kata di bawah seperti yang terdapat dalam puisi di atas.                                                                       [6]
(i)                 Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
                           Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,

(ii)               Dijauh daripada nyawa itu barang siapa,
             Jika seribu tahun hidup sia-sia juga,

(iii)             Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan
            hati manusia juga membawa suka,
(d)     Huraikan empat gaya bahasa dalam puisi di atas.   [12]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan