Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
DAN KRITIKAN SASTERA
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini
- Persoalan dan realiti masyarakat menjadi bahan penting dalam sesebuah karya sastera. Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut.
(a) Reformasi Pemikiran,
(b) Emansipasi Wanita,
(c) Nasionalisme,
(d) Dasar Ekonomi Baru
(e) Perpaduan [25]
- Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.
(a) Nyatakan latar belakang beliau. [5]
(b) Jelaskan sumbangan dan kepentingannya dalam perkembangan kritikan di Malaysia. [20]
Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
3 Keris Mas melalui novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur cuba mengkritik masalah sosial di kalangan masyarakat Melayu keseluruhannya. Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai bincangkan lima kritikan sosial dalam novel tersebut. [25]
4 Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kakak menjumlahkan semua harga buku-buku yang diperlukan itu. Dan
kulihat di bawah garis panjang, angka $193.50
Kakak geleng kepala. Barangkali mengenang rantai lehernya yang dibeli beberapa bulan yang lalu, katanya kepada emak; “Ini dua puluh mayam, baru bayar seratus sepuluh, bakinya akan dibayar ansur.”
“Cikgu tentu tahu, kejatuhan kita di semua lapangan kerana kita lalai dalam pelajaran bukan lalai dengan emas. Cuba dilalaikan barang emas, tetapi diutamakan otak.” Pedas benar perkataan tuan kedai itu.
“Kalau pemuda-pemuda kita sanggup memakai sepatu lusuh, dan mengutamakan buku, pemudi-pemudi kita sanggup tak bergelang, tetapi mengutamakan buku, kita boleh menentukan sepuluh tahun akan datang kita boleh perlihatkan kepada seluruh dunia, bahawa inilah negara kami, yang baru merdeka, kami bangun dan kami isi dengan usaha dan otak bumiputera kami.”
“Tetapi, manalah nak ambil duit sebanyak ini. Tadi pun saya dari pajak gadai,” kakak mendedahkan kesempitannya, dan menampik galakan tuan kedai.
“Tam!!! Saya terkejut. Tuan kedai menepuk meja dengan kuatnya.
“Syabas …. Memang kita perlu ada Tun Fatimah sekarang.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003.
Cerpen”Cikgu Rukiah” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 29-30)
(a) Siapakah yang dimaksudkan tuan kedai dalam petikan di atas, serta jelaskan harapan tuan kedai terhadap generasi muda. [8]
(b) Siapakah yang dimaksudkan kakak? Huraikan tiga perwatakan kakak seperti yang terdapat dalam cerpen. [11]
(c) Berikan bukti menunjukkan kakak mementingkan ilmu. [6]
Bahagian C : DRAMA
5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.
DAHLAN: Kalau saya ada anak, bolehlah Taman Pendidikan Islam hantar anak
saya belajar di England .
ZAKIAH: Maaf, encik. Buat sementara ini belum ada rancangan kita nak
menghantar anak-anak kita ke England. Hajat kita nak membanyakkan hantar
ke negara-negara Islam seperti Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera.
Sumatera negeri tetangga kita yang sama kebudayaan, kesenian, agama dan
sejarahnya dengan kita.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysi(peny.),2003.
Drama “Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera MelayuModen.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka halaman 206)
(a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas. [2]
(b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan. [2]
(c) Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah tersebut. [6]
(d) Isu pendidikan telah diutarakan dalam petikan di atas.
Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini. [15]
6. Berdasarkan drama “Malam Ini Penyu Menangis” karya Nordin Hassan
dalam Mutiara Sastera Melayu Moden jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.
(a) Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan
maksud setiap simbol tersebut. [9]
(b) Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri,
nyatakan unsur-unsur gaya baru tersebut. [10]
(c) Nyatakan tiga judul drama Nordin Hassan selain drama
Malam Ini Penyu Menangis. [6]
Bahagian D : SAJAK
Jawa satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
7. Baca petikan puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Warga Petani
Dharmawijaya
Sepatutnyalah
hamparan kasihku
warga petani
kubentangkan di rumah relamu
selagi
ladang keringatmu
mengisi
lapar kenyang
siang malamku
Selamanyalah
junjung hormatku
warga petani
kuletakkan di langkah setiamu
selagi
lelah budimu
menjadi
darah daging
gelisah hidupku
Dewan Sastera, Julai 1983
Dewan Bahasa dan Pustaka
(a) Bincangkan pandangan penyair terhadap warga petani [9]
(b) Berikan empat penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan nilai estetika dalam sajak di atas. [12]
(c) Jelaskan nada sajak ini. [4]
8. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
www.sibermerdeka.com.my
A.Ghafar Ibrahim.
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untuk kumerdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotakkatikkan
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak cemas lagi
oleh kata yang menyerang.
Apabila siber merdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Kini, kapal diriku telah berlabuh
di pangkalan usia
aku turun darinya
menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan siber merdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan:
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Dewan Sastera, Ogos 2001
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dengan memberikan contoh, huraikan lima unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [25]
Disediakan oleh :-
Zulkiflee B. Abd. Manaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan