Khamis, 28 Julai 2011

Skema Jawapan Ujian Julai Kertas Tradisional

Kelebihan dan keistimewaan raja-raja Melayu dikaitkan dengan unsur-unsur mitos.

1. Peristiwa kejadian di Bukit Siguntang, Gunung Mahameru di mana padi huma Wan Empok dan Wan Malini telah bertukar berbuahkan emas berbatangkan suasa dan berdaunkan perak . Hal ini berlaku kerana kedaulatan tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krishna Pendita, dan Sang Nila Utama yang muncul ke dunia menaiki seekor lembu putih bersama alat-alat kebesaran masing-masing ke tempat Wan Empok dan Wan Malini sedang berhuma di atas bukit Gunung Mahameru. Ketiga-tiga anak raja itu merupakan anak Raja Suran iaitu keturunan Raja Islandar Zulkarnain Shah dari Mecadonia, Eropah bersama Tuan Puteri Mahtabul Bahri anak kepada Raja Astabul-Ard yang memerintah negeri di dalam laut bernama Dika. Kejadian aneh di kawasan padi huma Wan Empok dan Wan Malini itu menunjukkan kelebihan dan keistimewaan anak-anak Raja Suran yang berasal dari keturunan orang yang hebat, begitu juga ini menunjukkan ketununan raja Melaka juga berasal dari keturunan raja yang hebat di dinia.merupakan asal keturunan raja-raja Melayu.

2. Peristiwa air laut menjadi tawar – Semasa Sang Sapurba belayar di laut bersama para pembesar dan pengikutnya menuju ke pantai seberang yang berwarna putih, ketiadaan air untuk minuman baginda dan lain-lain dalam pelayaran tersebut. Lalu baginda telah membuat satu lengkaran dan meletakkan di atas permukaan air laut, lantas mencelup kaki baginda ke dalam lengkaran tersebut. Secara tiba-tiba air sekitar lengkaran itu menjadi tawar. Baginda pun mengarahkan pengikut-pengikutnya mengambil air tersebut untuk minuman dan sebagainya. Kejadian ini menunjukkan kedaulatan Sang Sapurba sebagai kelebihan dan keistimewaan raja-raja Melayu yang tidak terdapat kepada rakyat biasa. Raja yang berdaulat

3. Asal usul Melaka- Semasa Raja Iskandar Shah berehat di bawah pokok berhampiran sebatang sungai di suatu tempat yang tidak diketahui namanya, baginda melihat seekor anjingnya telah diterajang oleh seekor pelanduk putih hingga jatuh ke dalam sungai itu. Melihatkan kejadian itu baginda telah menamakan negeri atau tempat tersebut sebagai Melaka bersempena dengan nama sebatang pokok tempat baginda berehat bersama para pembesar dan pengikut-pengikutnya. Kemunculan secara tiba-tiba pelanduk putih tersebut menunjukkan keistimewaaan baginda Raja Iskandar Shah iaitu kebiasaannya kemunculan binatang yang berwarna putih menunjukkan keistimewaan keturunan raja-raja yang berdaulat

4. Peristiwa pengislaman Raja Kecil Besar iaitu ketika Raja Kecil Besar bermimpi baginda telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi tersebut, kononnya Rasulullah s.a.w sendiri telah mengislamkan Raja Kecil Besar dan mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat. Seterusnya Rasulullah juga telah menamakan nama Islam baginda iaitu Sultan Muhammd Shah. Apabila baginda telah sedar dari mimpi, baginda dapati kalam baginda telah disunatkan dan badan baginda berbau narawastu serta boleh mengaji dan berkata-kata dalam bahasa Arab iaitu bahasa al-Quran, lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada memanda menteri untuk kepastian. Kejadian ini menunjukkan kelebihan dan keistimewaan Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Shah yang merupakan keturunan raja-raja Melayu. Hal ini kerana bukan mudah untuk bertemu sendiri dengan Rasulullah s.a.w walaupun melalui mimpi yang tidak berlakut kepada manusia biasa atau raja-raja negeri lain sekiranya tiada daulat.


Kritikan rakyat

Perintah bunuh Tuan Jana Katib oleh Paduka Seri Maharaja Tun Mutahir telah menyebabkan negeri Singapura diserang oleh ikan-ikan Todak yang muncul dari laut dalam jumlah yang banyak. Ikan-ikan todak menyerang sesiapa sahaja yang lalu lalang di tepi-tepi pantai hingga menyebabkan banyak rakyat yang tidak berdosa mati bergelimpangan walaupun Paduka Seri Maharaja Tun Mutahir telah menitahkan rakyat berkubukan betis atas cadangan beberapa orang pembesar negeri. Cadang tersebut tidak mengurangkan kematian rakyat yang dipaksa berkubukan betis di tepi pantai tempat berlaku serangan ikan todak tersebut. Melihatkan kejadian itu seorang budak bernama Hang Nadim telah mencadangkan berkubukan betis diganti dengan berkubukan batang pisang. Cadangan tersebut menyebabkan nyawa rakyat dapat diselamatkan. Berikutan hal ini timbul rasa cemburu pembesar-pembesar negeri kerana raja mendengar nasihat budak kecil itu dan telah mula menyayanginya. Mereka bimbang budak kecil yang bijak itu akan menjejaskan kedudukan mereka lantas membuat fitnah bahawa budak kecil itu akan menentang raja apabila dewasa nanti kerana kebijaksanaannya. Raja telah menghukum bunuh akan budak itu tanpa usul pereksa kerana mendengar hasutan pembesar-pembesar negeri. Sikap raja atau pemerintah yang selalu menjatuhkan hukuman tanpa usul pereksa ke atas rakyatnya boleh menimbulkan kritikan rakyat terhadap pemerintah. Rakyat berasa tidak hormat lagi dengan institusi raja. Seseorang pemerintah atau raja itu perlu bertindak adil dalam peerintahannya dan menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. Sekiranya pemerintah atau raja tidak adil dalam pemerintahan, akan ada rakyat yang berani memberontak. Apabila ini berlaku keadaan negeri akan tidak stabil dan berlakulah kacau bilau, huru hara dan sebagainya.

Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Shah juga merupakan satu kritikan rakyat ke atas;
i.pemerintahan yang zalim. Hal ini kerana sikap raja yang terlalu mementingkan kehendak diri sendiri dan ingin memartabatkan kedudukannya hingga sanggup menyusahkan rakyat jelata.
ii.Sebenarnya syarat peminangan itu sengaja diada-adakan dengan tujuan untuk menguji sultan adakah baginda sayangkan rakyat, keluarganya dan negerinya.
iii.Mengkritik sultan yang kaki perempuan dan sebagai pengajaran kepada baginda


2. Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya

Ciri 1 :Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan :Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh: Alhamdulillah al-lazi…

Ciri 2: Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan : merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh: Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…

Ciri 3 :Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri sendiri.
Tujuan :menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh :Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…

Ciri 4 :Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis berkait dengan persoalan yang dibicarakan
Tujuan :mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh :katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis Rasullallah s.a.w

Ciri 5 :Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan :Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan kedudukan dalam masyarakat
Contoh :Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah

Ciri 6 :Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan :Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan kepada umat Islam
Contoh :Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a

Ciri 7 :Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan :Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan contoh teladan
Contoh: Imam Malik, Imam Syafii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan