Khamis, 11 Oktober 2012

Skema Jawapan Kertas Moden Percubaan 2012



Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera
1.      Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut dalam penghasilan karya sastera dari awal 1900 sehingga selepas merdeka:

a.       Emansipasi Wanita,       [13 ]
b.   Nasionalisme                  [12 ]

 (a) Emansipasi Wanita

Definisi : Persoalan tentang perjuangan wanita menuntut kebebasan dan hak yang sama dengan lelaki                                                                                                             [ 1 M ]
F 1:  Persoalan emansipasi wanita ini merangkumi  hak  yang sama dengan lelaki  seperti  dalam 
        bidang pendidikan, menentukan masa  depan,kebebasan memilih jodoh.

F 2:  Persoalan ini  mengemukakan kepentingan hak wanita Islam moden untuk mendapat
        kebebasan seperti kaum lelaki dalam  menentukan  kehidupan  melalui  novel “Hikayat  
        Faridah Hanum”, karya Syed Sheikh Al-Hadi (1925) dan “Iakah Salmah”, karya  Ahmad
        Rashid Talu (1928).

F 3:  Persoalan emansipasi wanita banyak mewarnai tema novel-novel di Tanah Melayu
        sebelum Perang Dunia Kedua.
.
F 4: Persoalan ini terus menonjol dalam karya sehingga zaman selepas perang seperti dalam
 “Tanggungan Muda”, karya Pungguk; “Pelayan”, karya Ahmad Lutfi; “Salina”, karya  
  A.Samad  Said,   “Ranjau Sepanjang Jalan”, karya Shahnon Ahmad dsb.

F 5: Golongan penulis wanita seperti Khadijah Hashim melalui novelnya “Badai
 Semalam”dan Adibah Amin “ Seroja Masih di Kolam” menyemarakkan lagi persoalan ini.


            Pilih 4 isi sahaja.
1 isi = 3 Markah (Fakta & Hurai/contoh 3M)
 4 isi x  3 markah =  12 M


(b) Nasionalisme

F 1: Persoalan ini lahir sekitar 1930-an dengan kemunculan golongan penulis guru dan wartawan    seiring dengan pergolakan sosial, ekonomi dan politik Malaya.

 F2: Persoalan ini  muncul  daripada dasar  penjajah yang  mengeksploitasi ekonomi dan mengabaikan keperluan pendidikan tinggi anak-anak  Melayu.

F3: Kemunculan pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin
Ibrahim  Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menyemarakkan lagi persoalan ini dalam karya sastera.

F4: Persoalan nasionalisme dalam karya-karya novel seperti “ Putera Gunung Tahan” dan “ Anak Mat   Lela Gila”, karya Ishak Haji Muhammad serta “Korban Keris Melaka”, karya Samsuddin Salleh  menanamkan semangat cinta kepada tanah air.

F5 : Persoalan yang menggambarkan tindakan penjajah yang  tidak adil telah  membentuk semangat perpaduan bangsa, 

F 6: Persoalan nasionalisme juga banyak diungkapkan melalui sajak-sajak yang memperjuangkan kemerdekaan  seperti Masuri SN melalui sajak nya berjudul “Seribu Harapan”.   .

         Pilih 4 isi sahaja.
         1 isi = 3 Markah ( Fakta 1M, Hurai/contoh 2M)
        4 isi x    3 markah =  12 M

2.      Asraf merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.

(a)    Jelaskan  latar belakang tokoh                                                             [10 ]
(b)   Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini.                [15]


(a)   Latar Belakang

F1. Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab / nama pena Sastrawijaya
F2. Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor.
F3. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus darjah IV di High School Kelang  / 1940 bersekolah di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika pendudukan Jepun.
F4. Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria Institution.
F5. Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor.
F6. Pada 1949 bertugas di Utusan Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai   
      pengarang.

F7. Pernah berkhidmat dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang,   ketua pengarang dan akhirnya sebagai pengurus pada tahun 1970.
F8. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR dan di UKM secara sambilan.
F9. Tahun 1975 -1977 menjadi pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far Eastern
       Publisher.

F10.Pada tahun 1977 menubuhkan penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.

Pilih 5 isi sahaja.
  1 isi  2 markah
  5 isi x 2 markah =  10 M




(b)  Bincangkan isu dan polemik yang diperjuangkan oleh tokoh ini.            [15  m]
F1  : Asraf membawa  slogan “Seni Untuk Masyarakat”. 
H/C:  Slogan ini  menekankan aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan / maanfaat di akhir setiap pembacaan sesebuah karya.  Ia dapat memberi mesej, pengajaran dan memberi kesedaran kepada para pembaca.  Esei dan kritikan Asraf disiarkan dalam Utusan Zaman dan Majalah Mastika.
F2  : Asraf menekankan  kesan positif karya terhadap pembaca.
H/C: Karya seharusnya dilihat dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi menangani masalah sosial serta kepincangan masyarakat seperti rasuah, keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb.
F3  : Asraf mahukan penulis menjadi agen perubahan masyarakat.
H/C: Pengarang dalam karyanya mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak hidup dan arah pendirian masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh, petani dan nelayan daripada pasif, mundur kepada aktif dan maju.
F4 : Polemik terjadi antara Asraf dengan Hamzah tentang fungsi seni.
H/C : Pertentangan konsep atau falsafah seni yang melibatkan falsafah Seni Untuk Masyarakat yang didokong oleh Asraf dengan konsep Seni untuk Seni yang didokong oleh Hamzah.
F5 :  Falsafah Seni  untuk  Seni
H/C : Hamzah beranggapan sastera mestilah berfungsi untuk mendidik dan menghibur  dengan meletakkan nilai estetika /keindahan gaya bahasa yang sama pentingnya dengan fungsi social seperti mesej atau persoalan. Kritikan Hamzah dalam majalah Hiburan, “Dalam Memajukan Sastera”, September 1950. Hamzah mempertahankan pendirian terhadap kepentingan nilai estetika disamping nilai sosial dalam karya sastera.
F6  : Slogan Asraf berjaya meraih sokongan kebanyakan penulis ASAS 50.
H/C: Sebahagian  besar esei kritikan yang dihasilkan pengarang ASAS 50 membincangkan tentang fungsi seni sastera untuk masyarakat. Ini selaras dengan moto ASAS 50, iaitu Seni Untuk Masyarakat.
Pilih 5 isi sahaja.
      1 isi = 3 Markah ( Fakta 2M, Hurai/contoh 1M)
      5 isi x 3 markah =  15 M
Bahagian B: Novel dan Cerpen
Jawab satu soalan sahaja
3.         Jelaskan konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas dan peleraiannya berdasarkan peristiwa dalam novel. [25m]

Konflik-konflik yang diketengahkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas ialah;
F1 Konflik antara En Muhammad dengan Rahim[2m]
H/C : Konflik tercetus apabila Rahim tidak bersetuju dengan tindakan ayahnya menubuhkan syarikat perlombongan Lembah Tualang di Kampung Pulai. Rahim menganggap bahawa ayahnya lebih mementingkan diri serta kekayaan berbanding hal-hal lain. Hal ini menyebabkan Rahim membantah sikap dan tindakan ayahnya yang menghalau penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. [2m]
Peleraiannya; En Muhammad terpaksa mendengar cakap anaknya iaitu Rahim dengan mengikut segala perancangan Rahim seandainya ingin melihat anaknya meneruskan legasi perniagaannya. [1m]
F2 Konflik antara En Muhammad dengan Lebai Maarup[2m]
H/C : Tindakan Lebai Maarup menyerahkan tanah pusaka bapanya sebagai tanah wakaf dan bukan untuk tujuan perlombongan menimbulkan rasa marah kepada En. Muhammad. Lebai Maarup mula mencetuskan konflik secara halus apabila melihat tindakan En. Muhammad yang hanya ingin mengaut keuntungan hasil daripada aktiviti perlombangan. Namun Lebai Maarup tetap tidak berganjak dengan keputusan yang dibuatnya iaitu mewakafkan tanahnya. [2m]
Peleraiannya; En Muhammad terpaksa menerima keputusan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanah Lebai Maarup. [1m]
F3 Konflik antara Sudin dengan Mat Akil[2m]
H/C : Konflik mula tercetus apabila kedua-dua mereka meminati seorang wanita bernama Gayah.Konflik memuncak apabila pelbagai peristiwa menimpa Sudin.Antaranya peristiwa kemalangan sewaktu menunggang motosikal. Sudin dimasukkan ke hospital, namun Sudin yakin peristiwa tersebut bukanlah kemalangan biasa tetapi seperti telah di rancang kerana dia teringat bahawa topi keledarnya seperti di cabut orang dan dia juga turut mendengar suara Mat Akil. [2m]
Peleraiannya :  Sudin berjaya mengahwini Gayah manakala Mat Akil terpaksa merengkok didalam penjara. [1m]
F4 Konflik antara keluarga Penghulu Mahmud dengan keluarga Iman Saad[2m]
H/C : Konflik antara  dua buah keluarga tercetus sejak Zaman Orang Kaya Datuk Indera Mat Saman. Konflik ini bermula apabila moyang Sudin iaitu Lebai Maali seorang yang berpengaruh serta dihormati kerana ilmunya telah dipersalahkan kerana tidak mengizinkan orang kampung yang kebanyakannya anak murid beliau pergi menuntut bela atas kematian seorang penghulu. Penghulu tersebut telah diberi kuasa oleh Datuk Mat Saman untuk menjalankan dan mengusahakan kawasan lombong. Namun banyak lombong ditutup dan lenyap setelah kematian penghulu tersebut disebabkan penyamun,perompak dan kongsi gelap. Sejak itu, keturunan dan keluarga Iman Saad dipandang hina oleh keluarga Datuk Indera Mat Saman. [2m]
Peleraian : Perhubungan antara keluarga Orang kaya Datuk Indera Mat Saman dan Lebai Maali kembali pulih apabila Sudin dan Gayah akhirnya berkahwin juga. [1m]
F5 Konflik antara En Muhammad dengan Tauke Chan[2m]
H/C : Konflik antara En Muhammad dan Tauke Chan tercetus apabila En Muhammad membuka kawasan perlombongan di Kampung Pulai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Tauke Chan kerana beliau juga berminat untuk memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan perumahan. Sebagai rasa tidak puas hati Tauke Chan telah mengupah Pendekar Omar memusnahkan lading orkid Cik Puan Tipah, memukul Ali iaitu pengurus ladang tersebut serta rakan-rakannya. [2m]
Peleraian :  Tauke Chan bersama penghulu Mahmud gagal untuk mendapatkan tanah dikampung Pulai bagi tujuan pembinaan kawasan perumahan. [1m]
F6 Konflik dalaman yang dialami oleh Mahani[2m]
H/C : Konflik dalaman Mahani tercetus apabila En Muhammad meminta Mahani membaca surat yang dikirimkan oleh anaknya Rahim. Setelah membaca surat tersebut timbul persoalan dalam diri Mahani. Dia menyedari bahawa En Muhammad ingin mengetahui dua perkara daripadanya . Persoalan pertama, beliau ingin mengetahui sama ada Mahani menaruh hati terhadap anaknya iaitu Rahim, persoalan kedua mengenai perasaan En Muhammad yang ada menaruh maksud tertentu iaitu bukan sekadar hubungan majikan dan pekerja. Namun walauapa pun perasaan yang tersimpan dalam hatinya, dia akan tetap melahirkan perkara yang yang sesuai dengan kedudukannya serta memelihara nama baiknya. [2m]
Peleraiannya :  Mahani , Sudin dan Rahim berkomplot untuk menyedarkan En. Muhamad dari ketamakannya. Seterusnya hubungan antara Rahim dan  Mahani direstui oleh kedua belah pihak dan mereka akhirnya telah disatukan.   [1m]
1 Fakta : 2m
H+C : 2m
1 peleraian : 1m
5 isi x 5m = 25 m

4.    Baca petikan cerpen di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
            Kota Wangi memberinya ketenangan. Kota ini amat kecil dalam kemampuan rohnya yang besar. Walaupun manusia jin ramai di sini, dia mampu menghadapinya. Dia sanggup menjinakkan jin itu. Sanggup.
            “Walaupun jin itu berekor, I sanggup mendepani mereka”.
            “Mereka tidak akan mendengarkan apa yang you cakapkan”.
            Dia merenung muka isterinya. Benarkah?
            “Jin yang berekor itu mudah jinak.”
            “I tak yakin.Sebab, I tahu jin berekor susah dijinakkan.
Mereka berasa ada kepala sendiri. Bukan macam you jinakkan jin kampung.
                                                (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia,2003.
                                                Cerpen Kesementaraan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden
                                                Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 57)

(a)    “Walaupun jin itu berekor, I sanggup mendepani mereka”. Siapakah yang menuturkan
kata-kata tersebut dan nyatakan maksud berekor serta jin dalam petikan di atas.    [7]

(b)   Jelaskan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perpindahan watak utama ke Kota Wangi.                                                                                                                 [6]

(c)    Bincangkan citra masyarakat Kota Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen.[12]


a. Penutur yang menuturkan kata-kata tersebut ialah watak utama iaitu dia.
Maksud berekor dalam petikan di atas ialah
F1: Golongan yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi [1m]
F2: Golongan yang memiliki sijil/diploma/ijazah/Master/PhD. [1m]
    F3: Golongan yang memiliki statusnya yang tersendiri. [1m]
Maksud Jin
Terdapat golongan ekor yang meneruskan pelajaran dan sentiasa mencari peluang untuk terus mendapatkan pendidikan pada tahap yang tertinggi. Semakin tinggi tahap pendidikan mereka semakin panjang ekor yang dimiliki oleh mereka sehingga berubah menjadi jin. [4m]


b. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perpindahan watak utama ke Kota Wangi ialah;
F1 : Peristiwa melihat hanya orang-orang gaji penghuni Kota Wangi sahaja yang ke pasar [1m]
H/C : Dia hanya melihat orang-orang gaji penghuni Kota Wangi sahaja yang ke pasar membeli barangan dapur sedangkan tuan mereka memikirkan yang mereka tidak layak untuk ke pasar-pasar disebabkan taraf pendidikan mereka. [1m]
F2 : Peristiwa semasa majlis bacaan yasin[1m]
H/C : Peristiwa semasa dia dan isterinya menghadiri majlis bacaan yasin. Dia merasa tertipu apabila selepas bacaan yasin diadakan pula parti “make-up” menyebabkan mahu tidak mahu terpaksa juga membelinya. [1m]
F3 : Peristiwa semasa membakar sarang tebuan[1m]
H/C : Watak utama dan isteri merasakan bahawa konsep kejiranan semakin terpinggir di Kota Wangi apabila ustaz yang sering membaca khutbah Jumaat serta serta member nasihat berkaitan kejiranan tidak menjenguk muka ketika watak utama dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di hadapan rumah ustaz tersebut. [1m]
F4 : Peristiwa penghuni Kota Wangi yang terancam dengan gejala kecurian[1m]
H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi terpaksa memasang jeriji di rumah kerana khuatir dan takut rumah mereka dimasuki pencuri. Hal ini menyebabkan mereka merasa seperti berada dalam kurungan. [1m]
Pilih mana-mana 3 isi
1 isi -2m
3 isi x 2m = 6m

c. Citra masyarakat Kota Wangi sepertimana yang digambarkan dalam cerpen
F1 : Masyarakat yang mempunyai tingkat pendidikan yang tinggi [1m]
H/C : Penghuni Kota Wangi dibezakan melalui tahap pendidikan yang diterima oleh mereka. Mereka digambarkan sebagai ekor. Semakin panjang ekor yang dimiliki oleh mereka semakin tinggi tahap pendidikan dan penghormatan yang diterima oleh mereka. [2m]
F2 : Masyarakat yang pandai mengambil kesempatan [1m]
H/C : Isteri watak “dia” telah menghadiri kenduri bacaan Yasin sehingga terpaksa meninggalkan anak kepada kakaknya semata-mata untuk meraikan jiran. Namun si isteri merasa tertipu apabila setelah selesai bacaan Yasin, jirannya telah mengadakan parti ‘make-up’ menyebabkan pesan terpaksa dibuat walaupun sedikit. [2m]
F3 : Masyarakat yang memiliki sikap sombong/ego [1m]
H/C : Penghuni Kota Wangi mementingkan statusnya. Oleh sebab itu mereka menyerahkan tugas membeli barang di gerai dan pasar. Mereka juga dilihat tidak makan di gerai kerana tindakan tersebut tidak menggambarkan identiti intelektual mereka. [2m]


F4 : Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat [1m]
H/C :  Penghuni Kota Wangi menurut gambaran dia mudah terpengaruh dengan sistem pendidikan acuan Barat menyebabkan penghuninya terpengaruh dengan kehidupan ala ‘Boy George’, ‘Dallas’ dan ‘Dynasty’. [2m]
F5 : Masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan [1m]
H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi tidak mengamalkan semangat kejiranan dalam kalangan mereka. Masing-masing menumpukan hal sendiri. Hal ini menimbulkan rungutan dan perasaan sepi kepada watak isteri kepada dia. [2m]
F6 : Masyarakat yang mempunyai sikap munafik [1m]
H/C : Sikap munafik digambarkan melalui watak seorang ustaz yang tinggal berdepan dengan rumah watak dia yang sering membaca khutbah Jumaat dengan member nasihat berkaitan takwa dan semangat berjiran namun ustaz berkenaan tidak menjenguk muka ketika watak dia dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di depan rumah ustaz tersebut. [2m]
F7 : Masyarakat yang terdiri daripada golongan teknokrat/usahawan yang tamak [1m]
H/C : Penghuni Kota Wangi terdiri daripada golongan usahawan yang tamak dan rakus mencari kekayaan dan kesenangan sehingga sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mengaut keuntungan sendiri. [2m]
F8 : Mayarakat yang sentiasa terancam dengan kes kecurian [1m]
H/C : Kebanyakan penghuni Kota Wangi memasang jeriji kerana langkah berjaga-jaga bagi menggelakkan rumah mereka dimasuki pencuri. Keadaan rumah yang berjeriji ini membuatkan mereka seperti berada dalam kurungan. [2m]
F9 : Masyarakat yang taksub [1m]
H/C : Terdapat juga penghuni Kota Wangi yang begitu taksub dengan agama sehinggakan mereka menolak kepada pemodenan. [2m]
Pilih 4 isi sahaja
Fakta-1 markah
Huraian/Contoh – 2 markah
4 isi x 3 markah = 12 markah

Bahagian C: Drama
5          Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
SUARA GHAIB: Songkok pesok dek lonjak, buat jahat tetap dibalas jahat, buat baik dibalas baik. Kau tetap bersalah, Dahlan. Bukan sahaja bersalah kepada kerajaan dan masyarakat, kau juga bersalah kepada agama. Agama kau peringan-ringankan. Agama sebenar buat kehidupan di akhirat. Harta buat kehidupan di dunia. Kalau kau ingin beroleh syurga dunia sebelum beroleh syurga akhirat, hendaklah berbudi pekerti dan berakhlak yang baik. Kerana ini satu daripada kawan bahagia. Orang yang semiskin-miskinnya di maya pada yang indah ini, ialah orang yang kekurangan budi pekerti. Insaflah, Dahlan supaya kau hidup bahagia. Ingatlah, bahagia dan kesedaran akan kekal jika disertai dengan perasaan keagamaan. Kebahagian yang sejati taat kepada perintah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa. Berbudilah kau dengan masyarakat. Hiduplah kau dengan persaudaraan. Ingatlah penyakit jiwa yang sangat berbahaya ialah sombong. Dosa kau masih boleh diampun, asalkan kau insaf.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003,
Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 219-220)

(a)    Di manakah dialog di atas diucapkan?                                                                         [2]

(b)   Jelaskan empat konflik  yang dihadapi Dahlan.                                                                       [8]

(c)    Huraikan lima mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas. [15]


(a)    Dialog di atas diucapkan di dalam penjara                                                                   [2]

(b)   Empat konflik dalaman yang dihadapi Dahalan.                                                                     [8]

F1        Dahlan menghadapi konflik rumah tangga.
HC-      Dahlan terlalu bersosialdan berfoya-foya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumah tangga.. Dia terlalu  ego dan tidak mahu mendengar nasihat Rahimah. Ini menjadi punca kemusnahan tumahtangganya

F2        Dahlan berkonflik dengan Pak Hamid
HC-      Dahlan juga berkonflik dengan Pak Hamid. Dia bersikap angkuh dan tidak mengenang budi terhadap pak hamid yang banyak berjasa kepadanya. Dia langsung tidak mahu mendengar nasihat Pak Hamid, malah telah menghalau Pak Hamid keluar daripada rumahnya.

F3        Dahlan berkonflik dengan kerajaan.
HC-      Dahlan telah tidak amanah ketika memikul tanggungjawabnya.  Dia memeras ugut orang bawahannya untuk mendapatkan wang dan telah menerima rasuah RM10,000.00 daripada Tauke Leong.

F4        Dahlan berkonflik dengan Allah
HC-      Dahlan terlalu taksub dengan cara hidup Barat. Dahlan juga mengabaikan ajaran agama Islam. Dia hanya mengejar kebahagian dunia tanpa memikirkan kebahagiaan akhirat, sedangkan kebahagian sejati ialah dengan taat kepada perintah Allah.

F5        Dahlan berkonflik dengan masyarakat.
HC-      Dahlan juga berkonflik dengan masyarakat. Dia pernah menghalau Zakiah dan Lebai Alang yang datang untuk memungut derma kebajikan agama untuk membesarkan masjid Kampung Sentosa. Dahlan pernah menuduh Pak Hamid sebagai orang gila masyarakat.Selain itu dia juga turut menghalau peminta sedekah yang datang dari Parit Tengah keluar dari rumahnya  dan mengugut agar jangan datang lagi.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2m [1F +1HC]
4 isi X 2m = 8m



(c)    Lima mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang dalam petikan di atas.   [15]

F1        Tidak mengabaikan ajaran agama
HC-      Pengarang cuba menyelitkan mesej agar tidak mengabaikan ajaran agama dalam menjalani kehidupan. Kehidupan yang bahagia adalah kehidupan yang berteraskan ajaran agama. Kebahagian sejati ialah taat kepada perintah Allah yang Maha Kuasa. Jangan sesekali meringan-ringankan ajaran agama yang akan menjadi panduan hidup menuju kepada kebahagian akhirat.

F2        Berakhlak dan berbudi pekerti
HC-      Menghormati ibu bapa dan orang tua adalah suatu kewajiban setiap orang. Kita dilarang menyakiti mereka sebaliknya memberikan kasih sayang seperti mana  mereka memberikan kasih sayang kepada kita. Perbuatan Dahlan yang biadap dan  menghalau Pak Hamid yang membelanya sejak kecil adalah sesuatu yang tidak berakhlak dan tidak berbudi dan perlu dielak oleh setiap insan ber nama anak.

F3        Hidup dalam persaudaraan
HC-      Sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam kita perlu mengekalkan kehidupan dalam persaudaran. Adalah menjadi  tanggungjawab setiap ahli masyarakat saling bantu membantu terutama ketika itu majoriti rakyat masih ketinggalan dalam pelbagai bidang akibat penjajahan. Mesej ini disampaikan melaui usaha Pak Hamid, Rahman, Lebai Alang dan Zakiah.

F4        Tidak sombong
HC-      Pengarang juga meyelitkan mesej agar kita tidak sombong. Sikap Dahlan yang terlalu sombong dengan satus dan kelayakan akademiknya sehingga menjadi manusia yang terlalu  bongkak. Dia bukan sahaja sombong kepada isteri dan orang gajinya malah kepada Pak Hamid; orang yang membelanya sejak kecil. Apatah lagi kepada peminta sedekah yang datang ke rumahnya meminta sedekah. Sikap ini perlu dijauhi.

F5        Mengakui kesilapan dan kembali ke pangkal jalan.
HC-      Mesej seterusnya yang ingin disampaikan pengarang kepada kita ialah mengakui kesilapan. Setiap manusia tidak telepas dari melakukan kesilapan tetapi apabila kita sedari, kita harus kembali ke pangkal jalan. Allah maha pengampun.

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 3m [1F +2HC]
5 isi X 3m = 15m

6(a) Nyatakan unsur seni budaya yang terdapat dalam drama Malam Ini Penyu Menangis karya  
           Nordin Hasan.                                                                                                              [6]

      (b) Jelaskan peranan puisi dalam drama ini.                                                                                  [9]

      (c) Huraikan lima unsur perlambangan dalam drama ini.                                                   [10]



(a)  Unsur seni budaya yang terdapat dalam drama Malam Ini Penyu Menangis.[6]
F1        Unsur Nyanyian
F2        Unsur Muzik Gamelan
F3        Unsur Tarian
F4        Unsur Tarian rodat
F5        Unsur Pantun
F6        Unsur Sajak

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2m
3 isi X 2m = 6m

(b) Jelaskan peranan puisi dalam drama ini.                                                                [9]
F1        Unsur nyanyian
C-        Halimi bermain gitar dan Uji Rashid dan penyanyi lain menyanyi  lagu pengenalan tentang JM Azizi serta pengenalan drama ini dalam adegan satu.

F2        Muzik Gamelan
C-        Gamelan digunakan memainkan lagu rakyat Terengganu dalam adegan satu iaitu pembukaan drama dan dalam adegan dua

F3        UnsurTarian
C-        Tarian banyak digunakan dalam drama ini untuk memulakan sesuatu adegan dan juga untuk memperkenalkan sesuatu peristiwa antaranya  memperkenalkan watak JM Aziz sebagai polis hutandan sebelum sesuatu puisi dibacakan
F4        Tarian rodat
C-        Salah satu sumber ilham untuk JM Aziz menulis sajak  dan turut ditarikan dalam adegan tiga ketika mengiringi Pantun Inang Rodat

F5        Unsur Pantun
C-        Cik Wan berpantun dengan Samsinar tentang keintiman JM Aziz dengan Cik Lijah,  pantun kasih sayang dan cinta sejati Cik Lijah kepda JM Aziz

F6        Sajak
C-        Sajak menjadi teras dalam drama ini kerana JM Aziz adalah ikon penulisan sajak yang memaparkan kesusahan hidupan nelayan di Terengganu . Contoh  sajak Pantai dan Laut, sajak  JM Aziz untuk isterinya, sajak JM Aziz untuk  gadis yang menunggu kekasih ke laut , sajak JM Aziz tentang nelayan ,sajak  tentang nelayan Allahyarham Jaafar dan Ibrahim mentang kemasukan pelarian Vetnam, sajak  tentang tentang kebesaran Allah tempat berlindung, sajak tentang kepekaan kepada seni budaya dan  sajak tentang kesabaran JM Aziz melawan penyakit.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3m [1F +2C]
3 isi X 3m = 9m

(c) Huraikan dua  unsur perlambangan dalam drama ini.                                                         [10]
F1        Lembaga berselubung hitam
HC-     Lambang penyakit kusta .Simbolik tentang gambaran JM Aziz yang diserang penyakit kusta sehingga menyebabkan kakinya membesar.
F2        Penyu Menangis
HC-     Lambang penderitaan hidup keluarga  nelayan di Terengganu yang terpaksa berdepan pelbagai kesusahan tanpa mendapat perhatian sewajarnya dari masyarakat.

F3        Watak Cik Lijah dan Minah
HC-     Lambang cinta kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.

F4        Selendang
HC-     Melambangkan sayap malaikat, dalam kisah Qisasul Anbia, tentang cerita Nabi Allah Ayub yang diuji oleh iblis.


Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 5m [2F +3HC]
2 isi X 5m = 10m

Bahagian DSajak
Sewaktu Melintasi Kundasang
Lim Swee Tin

(a)                Terangkan maksud ungkapan yang berikut.                                                                

i    Aku telah dihimpit bising peradaban                    (baris 9)                                   [2]
ii   sepi namun sentosa                                                            (baris 14)                                 [2]
(b)               Jelaskan dua perasaan yang dialami oleh penyajak sepanjang  berada di Kundasang.                                                                                                                                  [6]

(c)        Bandingkan dua latar suasana yang dilalui oleh penyajak.                                          [6]

(d)        Huraikan tiga unsur keindahan dalam sajak di atas.                                                    [9]



(a)      Maksud ungkapan yang berikut.                                                              

i    Aku telah dihimpit bising peradaban                      (baris 9)                                                           [2]

Penyajak berasakan dirinya tersepit dengan kemajuan sosial dan kebudayaan bangsa yang semakin hilang nilainya.

ii   sepi namun sentosa                                                 (baris 14)                                             [2]

Biarpun terasa sunyi dan hening di Kundasang, namun penyajak rasa tenteram/tenang/
Aman/damai/selesa.


(b)   Dua perasaan yang dialami oleh penyajak sepanjang  berada di Kundasang.
                                                                                                                                                [6]
Fakta 1  :  Rasa rindu
Huraian :Penyair meluahkan rasa rindunya apabila berhadapan dengan   Kundasang yang masih terpelihara seperti bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis.
Contoh  :Rangkap 1

Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah                                                   
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik.


Fakta 2  :  Rasa takjub/kagum/terpegun
Huraian :  Penyair melahirkan rasa kagum dengan keindahan  alam yang luas terbentang. Penyair merasa bahagia dapat menikmati suasana sepi di situ.
Contoh :     Rangkap 2

Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia                                                                                   10
yang luput
ketika kau tetap abadi menatap alam
menyaksi kejadian serba takjub
sepi namun sentosa
bahagia sekalipun purba.

Fakta 3  :  Rasa damai
Huraian :  Penyair dapat merasakan kedamaian di Kundasang dengan suasana alam kehijauan yang masih terpelihara.
Contoh  : Rangkap 1

damai dengan warnanya
tak terusik.

Pilih 2 isi
1 isi      =  3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
2 isi      =  2 isi  x  3 markah
6 markah
(Rangkap sajak mesti diturunkan)


c)         Dua latar suasana yang dilalui oleh penyajak.                                                                        [6]

Fakta 1             Aman/damai/tenteram/tenang
Huraian                        Suasana masih kekal dengan kehijauan alam yang memberi kedamaian dan
                                    ketenangan kepada kepada penyajak. Suasana yag sangat berbeza ini menyebabkan penyajak melupakan seketika kehidupannya yang bercelaru di kota.
Contoh             Rangkap 1

Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah                                                   
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik.

Fakta 2                         Suasana sibuk/ membingitkan
Huraian            kehidupan di kota yang sibuk dan semakin hilang nilai  menyesakkan kehidupan penyajak sehingga membuatkan manusia semakin hilang rasa kasih dan sayang. Berbeza dengan suasana yang dialami di Kundasang, walaupun sepi dan tiada pembangunan, penyajak tetap bahagia
Contoh             Rangkap 2

Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia                                                                                  
yang luput
ketika kau tetap abadi menatap alam
menyaksi kejadian serba takjub
sepi namun sentosa
bahagia sekalipun purba.

Pilih 2 isi
1 isi      =  3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
2 isi      =  2 isi  x  3 markah
6 markah
(Rangkap sajak mesti diturunkan)


(d)        Tiga unsur gaya bahasa dalam sajak di atas                                                                 [9]

Fakta 1  :  Personifikasi
Contoh  :  aku telah dihimpit bising peradaban/ angin dingin mengusap  pohon-pohon
Kesan :  Menghidupkan imaginasi & memperjelaskan tanggapan

Fakta 2  :  Asonansi
Contoh :  matahari melimpahkan sinar mutiaranya
Kesan     :  Menimbulkan kemerduan / kelembutan bunyi

Fakta 3  :  Aliterasi
Contoh :  sewaktu melintasi kundasang
Kesan     :  Menimbulkan kemerduan bunyi

Fakta 4  :  Inversi
Contoh :  untuk melentur keras watakku
(sepatutnya disebut ‘untuk melentur watakku keras’
Kesan     :  Memberi penegasan maksud yang lebih jelas

Fakta 5  :  hiperbola
Contoh   :  matahari melimpahkan sinar mutiaranya
Kesan     :  memberi gambaran maksud yang berlebihan

Fakta 6  :  Persamaan rima akhir
Contoh    :   Kabus menipis di puncak Kinabalu
jalan di bawah berliku
Kesan     :  Memberi kemerduan bunyi apabila dideklamasikan

Fakta 7  :  Paradoks
Kesan     :  Memberi jangkauan imaginasi yang lebih luas
Contoh    :  bahagia sekalipun purba
                  Sepi namun sentosa

Pilih 3 isi sahaja
1 isi      =  3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah contoh, 1 markah kesan)
3 isi      =  3 isi  x  3 markah
9 markah


Soalan 8  
Sajak Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi


(a)        Jelaskan nada yang diketengahkan melalui sajak ini.                                                   [4]
                                                                                                                                   
(b)        Huraikan tiga persoalan sajak di atas.                                                                          [9]

(c)                Dengan memberikan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa perulangan yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas.                                                    [12]





(a)        Nada yang diketengahkan melalui sajak ini.                                                                [4]

Fakta 1             Nada patriotik
Huraian            Memaparkan kata-kata/intonasi yang penuh bersemangat terhadap kecintaan
                        kepada negara ./tekanan suara yang tinggi
Contoh             Rangkap 9 atau 10 mana-mana yang sesuai

Mari kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

atau

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
            Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
            temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
            dan selimut iman dari Tuhan.

Atau

Fakta 2             Nada Sinis
Huraian            Memaparkan kata-kata/intonasi yang penuh sindiran  terhadap kealpaan bangsa yang melupakan sejarah perjuangan./tekanan suara tinggi dan rendah.
Contoh             Rangkap 1/3/ 5/ mana-mana yang sesuai

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama

Esok kita bakal mengggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.

Pilih 1 isi sahaja
1 isi      =  4 markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
4 markah


                                                                                                                                   
(b)        Tiga persoalan sajak di atas.                                                                                        [9]

Fakta 1                         Kesedaran terhadap perjuangan bangsa
Huraian/Contoh                       Rangkap 5

Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus  jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

Fakta 2                         Penindasan penjajah
Huraian/Contoh                       Rangkap 3

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama

Fakta 3                         cinta akan tanah air / pendidikan agama
Huraian/Contoh                       Rangkap 10

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
            Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
            temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
            dan selimut iman dari Tuhan.

Fakta 4                         Pengorbanan pejuang dalam mempertahankan tanah air
Huraian/Contoh                       Rangkap 1

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

Fakta 5                         Keberanian mempertahankan tanah air
Huraian/Contoh                       Rangkap 7

Esok kita bakal mengggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?

Fakta 6                         Penderitaan bangsa akibat penajajahan
Huraian/Contoh                       Rangkap 6

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
            luka berpinar ke nyali jagat
            luka berpinar ke rohaniah umat
            luka menyentak haluan kiblat.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi      =  3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
3      isi    =  3 isi  x  3 markah
9 markah


(c)Dengan memberikan contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa perulangan yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas.                                                                                     [12]

Fakta 1         :  Perulangan kata di tengah baris
Huraian        :  Kata yang sama diulang di tengah baris yang memberikan keindahan bunyi
Contoh         :   resah menggeliat ke tanah
resah menggeliat ke tanah

Fakta 2        :  Asonansi
Huraian       :  Perulangan bunyi vokal dalam baris yang menimbulkan kelembutan bunyi
Contoh         :  guguplahir disuarakita

Fakta 3        :  Aliterasi
Huraian      :  Perulangan bunyi konsonan dalam baris yang memberikan kemerduan bunyi
Contoh         :  hingga gugup mengatur genta pertama

Fakta 4        :  Anafora
Huraian      :  Perulangan kata di awal baris yang berturutan yang dapat memberi penegasan
Contoh         :  luka berpinar ke nyali jagat
            luka berpinar ke rohaniah umat
            luka menyentak haluan kiblat.

Fakta   5     :  Epifora
Huraian      :  Perulangan kata di akhir baris yang berturutan menimbulkan kesan penegasan
Contoh        :  gugup lahir di mata kita
            gugup lahir di suara kita

Fakta 6       :  Rima
Huraian      : Persamaan bunyi suku kata yang  sama/sejajar menimbulkan kemerduan
Contoh        :   arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
                       muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi      =  3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)
4      isi    =  4 isi  x  3 markah
12markah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan