Sabtu, 26 Disember 2009

TEMA NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

Berdasarkan cerita yang digarapkan oleh sasterawan negara, Keris Mas melalui novelnya Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, dapatlah dirumuskan bahawa tema.novel ini ialah dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran dan memerlukan kcsungguhan dan kewibawaan untuk mencapai kejayaan.

Melalui novel ini, pengarang mengetengahkanlikll-hku yang dilallli oleh Encik Muhammad untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Dia mewarisi bakat berniaga yang turun-temurun sejak datuknya iaitu Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman yang merupakan saudagar bijih dan ayahnya Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman merupakan orang besar wilayah yang pertama berkongsi dengan tauke Cina melombong bijih timah. Bagi Encik Muhammad tanpa kesungguhan, minat yang mendalam dan modal yang banyak, kejayaan yang cemerlang tidak akan dicapainya.

Anak sulung Datuk Idris, Penghulu Mahmud tidak mempunyai inisiatif untuk berniaga walaupun mempunyai harta yang banyak. Dia lebih suka mcnjadi penghulu dan hidup daripada hasil kebun dan sawah peninggalan ayahnya. Oleh sebab tidak berpclajaran dan tidak mengetahui selok-belok dunia perniagaan, dia hampir dipergunakan oleh Yang Bcrhormat Muhd. Yusuf dan Tauke Chan. Nasib baik Encik Muhammad sempat menghalang Penghulu Mahmud dan mengajaknya menyertai projek perlombongan yang merupakan pcrniagaan warisan keluarga mereka. Penglibatan Tauke Chan ini menggambarkan wujudnya persaingan dalam dunia perniagaan.

Tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang juga telah dimanfaat oleh Encik Muhammad dengan membuka kebun orkid yang kini hasilnya mendapat pasaran yang meluas. Dia telah membantu isterinya untuk mengurus kebun orkid tersebut. Penglibatan Cik Puan Tipah ini juga menggambarkan penglibatan kaum wanita dalam dunia perniagaan.

Datuk Tan terlibat dalam Firma Dagang Internasional dan Syarikat Lombong Lembah Tualang tetapi dikemudikan oleh En.cik Muhammad sebagai Pengarah Urusannya. Perkongsian ini membawa konotasi terhadap 'joint-venture' Melayu-Cina yang begitu lumrah di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Keris Mas berjaya menghidupkan kembali semangat perkongsian dan muhibah yang dipelopori oleh orang Melayu dan Cina sejak puluhan tahun dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan