Selasa, 26 Januari 2010

SASTERA TRADISIONAL


CERITA PENGLIPUR LARA

DEFINISI:

Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama”, ‘Penglipur’ membawa maksud penghibur, manakala ‘Lara’ pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata ‘Penglipur’ dan ‘Lara’ membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita.

Cerita Penglipur lara dikenali juga sebagai ‘folklore’. R.O Winstedt menamakan penglipur Lara sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur Lara ialah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur “adventure”. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-golongan putera-puteri, cerita raja dengan segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (“supernatural”).

Cerita Penglipur Lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.

Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pengliur Lara dikenali sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang-tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita “profesional” dan “amatur”. Cara penyampaian menggunakan “kepakaran” mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat muzik yang serdahana  seperti rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita dalam bentuk prosa lirik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan