Rabu, 20 Oktober 2010

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 (MODEN) Percubaan 2010

SULIT*


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

SKEMA PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM




          922/2                                                                   STPM 2010

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(KESUSASTERAAN MELAYU MODEN)
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)


 Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
DAN KRITIKAN SASTERA


1.         Perkembangan novel tanah air dalam tahun 1930 hingga 1941 menyaksikan dominasi golongan penulis guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan penulis wartawan. Berdasarkan kenyataan ini
           
a. Nyatakan 3 orang penulis guru dan 2 orang penulis wartawan.                            [5].      
b. Huraikan ciri-ciri tema novel 1930 hingga 1941                                                     [20]


a.         Penulis guru

F          Harun Muhammad Amin / Abdullah Sidek / Zaaba /Muhammad Yasin Makmur /Ahmad Murad Nasaruddin / Ahmad Bakhtiar

Pilih 3 isi
1 isi = 1m
3 isi x 1m = 2m

a.         Penulis wartawan

F          Raja Mansor / Syamsuddin Salleh / Ishak haji Muhammad (Pak Sako) / Abdul Samad Ahmad/ Abdul Aziz al Husni

Pilih 2 isi
1 isi = 1m
2 isi x 1m = 2m

b.         Ciri-ciri tema

F          Tema percintaan muda mudi
H/C      Tema tentang percintaan muda mudi Melayu yang hidup di bandar tetapi dikongkong oleh adat resam yang kolot. Contoh Novel Melor Kuala Lumpur (1930), Pertemuan Yang Bahagia (1939) karya Abdullah Sidek, Cinta Itu Bahaya (1936) dll.
H/C      Novel Melor Kuala Lumpur  karya Harun Muhammad Amin mengisahkan tentang Sulaiman, seorang kerani di syarikat perniagaan Encik Jaafar, bercinta dengan anak gadis majikannya bernama Nurisa. Perhubungan cinta mereka terhalang kerana Nurisa ditunangkan Hashim. Namun setelah Hashim mengetahui Nurisa pernah bercinta dengan Sulaiman, Hashim dengan rela hati memutuskan pertunangannya. Akhirnya Sulaiman berkahwin dengan Nurisa dan hidup bahagia.

F          Tema tentang kahwin paksa dan kehancuran rumah tangga
H/C      Novel-novel yang bertemakan  kahwin paksa dan kehancuran rumah tangga ialah, Bidadari Tanah Melayu (1935) karya Raja Mansor, Rahsia Seorang Gadis karya Raja Mansor, Iblis Rumahtangga (1939) karya Abdullah Sidek.
H/C      Novel Bidadari Tanah Melayu mengisahkan anak seorang hartawan bernama Siti Latifah yang bercinta dengan Johan Ariffin tetapi dipaksa berkahwin dengan Halib Idris. Perkahwinan itu tidak bahagia dan akhirnya Latifah mati kerna menderita.
H/C      novel Rahsia Seorang Gadis menceritakan Yam Tom berusaha meminta cerai kerana di paksa berkahwin dengan seorang India bernama Mamak Marican.

F          Tema Nasionalisme
H/C      Mengungkapkan semangat cintakan tanah air dan anti penjajah. Contoh novel Putera Gunung Tahan (1937) dan novel Anak Mat Lela Gila, karya Pak Sako, Keris Melaka karya Ahmad Bakhtiar, Pertandingan Sukma karya Syamsuddin Salleh dll.
H/C      Novel Putera Gunung Tahan mengisahkan penentangan terhadap wakil Inggeris bernama William dan Robert yang cuba mengusai Gunung Tahan tetapi akhirnya mati kerana kebodohan sendiri. Novel Pertandingan Sukma memaparkan tentang usaha Mokhtar Afendi menentang penjajah dan penyebaran agama Kristian.

F          Tema sosial serta ekonomi
H/C      Novel Mari Kita Berjuang (1941) karya Abdullah Sidek  menganjurkan agar muda-mudi Melayu yang menganggur tidak berterusan membuang masa tetapi sebaliknya berusaha meneroka dan membuka hutan untuk dijadikan ladang.
H/C      Samsuddin Salleh melalui karyanya, Perang dan Cita-cita mengajak orang Melayu supaya dapat membaiki taraf ekonomi mereka.

F          Tema penyiasatan serta mata-mata gelap
H/C      Antara novel yang dihasilkan penulis-penulis tahun 1930 hingga 1941 yang bertemakan penyiasatan ialah Siapakah Pembunuh karya Abdullah Sidek dan novel Rushdi Detaktif Melayu karya Muhammad Samin Taib.

Pilih 5 isi
1 isi = 4 m (2 markah fakta, 2 H/C)
5 isi x 4m = 20m

 2.         Kemunculan pengkritik yang mendapat pendidikan formal berteraskan teori Barat telah menimbulkan polimik ”Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu”. Dengan mengemukakan tokoh-tokoh yang terlibat, bincangkan isu tersebut.                                                                                                           [25]


F1        Polemik antara Yahya Ismail dengan Shahnon Ahmad
H/C      Isu berkisar tentang konsep kritikan dan penilaian. Yahya berpendapat bahawa sastera Melayu harus belajar dari Barat yang merupakan kerabat kesusasteraan dunia. Manakala bagi Shahnon kritikan mestilah bersuasanakan Malaysia kerana sastera Melayu mempunyai nilai, budaya, sejarah dan ukuran sendiri.

F2        Polemik antara Mohd Affendi Hassan dengan S.Othman Kelantan
H/C      Mohd Affendi Hassan merupakan pengkritik yang keras dan sensional. Beliau mengkritik S.Othman yang menurutnya sebagai pengarang ”pandai menulis tetapi tidak pandai mengarang”. Polemik ini menimbulkan pemusuhan yang berpanjangan. Moha Affendi juga turut mengkritik karya-karya Usman Awang, Latif Mohidin, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dll sebagai penulis yang menjadi metos lantaran terlalu dipuja dan dipuji.

F3`       Polemik yang dicetuskan oleh Ismail Hussein
H/C      Polemik ini menyentuh tentang konsep kesusasteraan nasional Malaysia dan tentang masalah  sama ada sasterawan harus menulis soal kota atau desa. Bagi Ismail kesusasteraan Malaysia harus berbahasa Malaysia dan menukilkan kehidupan bercorak Malaysia.

F4        Polemik antara Kassim Ahmad dengan Shahnon Ahmad    
H/C      Isu berkisar tentang definisi kesusasteraan Islam. Shahnon merumuskan definisi sastera Islam sebagai ”sastera kerana Allah dan berhikmah untuk manusia”. Bagi Shahnon, seni sastera hendaklah memberi manfaat kepada manusia di dunia dan akhirat. Sementara bagi Kassim Ahmad, sastera Islam dicipta oleh manusia denggan menggunakan bahasa dan mengandungi keindahan, kebenaran dan kebaikan mengikut estetika untuk manusia.

F5        Polemik antara Mohd Affendi Hassan dengan Muhammad Haji Salleh
H/C      Polemik ini berhubung dengan konsep sastera Islam. Namun polemik  ini lebih merupakan krisis peribadi yang mengungkit tentang kelemahan diri.


I isi = 5 m (2 markah fakta, 3 H/C)
5 isi x 5 m = 25 markah


3      3. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Dalam hidup yang macam mana susahpun saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.  Untuk itu saya bersedia bekerja mencari rezeki yang halal,  tidak kira bertanikah, berjual nasi lemakkah, meneroka tanah FELDAkah. Memang ideal kalau kita boleh menjadi kaya tetapi lebih ideal lagi kalau kita boleh dan bekerja menyampaikan seruan Allah dan rasulNya.  Itulah sebenarnya tujuan hidup kita ini, mengabdi kepada Allah.”
                                                                               (Dipetik daripada  Keris Mas,2003.
                                                                             Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.      
                                       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 333)

(a)  Siapakah saya dalam petikan di atas dan di manakah peristiwa tersebut berlaku.                                                                                                                                             [2]
(b) Buktikan tindakan saya dalam petikan di atas yang memperlihatkan saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.                                                          [9]
(c)  Terangkan dua tuduhan yang dibuat terhadap saya dalam menyampaikan seruan Allah dan rasulNya.                                                                                                          [6]
(d)  Huraikan tindakan yang terpaksa saya  hadapi dalam usaha mengajak orang bertakwa kepada Allah dalam novel ini.                                                                        [8]


(a)   Siapakah saya dan di mana peristiwa berlaku.
i.              saya  ialah  Lebai Maarup   =  1 markah
ii.             Di mana  -  di hospital      =     1 markah

(b)  Bukti saya tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah;

F1:  Lebai Maarup bersembahyang jemaah di masjid
h/c:  Lebai Maarup menjadi contoh kepada masyarakat kg Pulai sembahyang secara jemaah di masjid, bertakwa kepada Allah secara berjemaah. Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung menjadi pengikut setia.

F2:  Lebai Maarup mewakafkan tanah pusakanya kepada En.Muhammad
h/c:  Lebai Maarup telah mewakafkan tanah pusakanya untuk dijadikan tapak masjid dan kompleks pekerja Syarikat Lombong Lembah Tualang.

F3:  Lebai Maarup mengingatkan En.Muhammad agar tidak membina hotel dan pusat peranginan di Jeram Medang.
h/c:  Lebai Maarup berpendapat pembinaan hotel dan pusat peranginan akan menjerumuskan orang ramai ke lembah maksiat seperti judi, arak dan zina serta melanggar hukum Allah.

F4:  Lebai Maarup mengajar ilmu agama di surau.
h/c: Lebai Maarup mengajar mengaji al-quran kepada penduduk kg Pulai, antara anak muridnya ialah Kemat Jerangkung. Selain itu kehadiran Lebai Maarup telah menghidupkan surau, bilangan yang berjemaah semakin bertambah.

F5:  Lebai Maarup menunjukkan pekerti yang mulia/berakhlak baik.
h/c: Lebai Maarup tidak menyalahkan/menyebut sesiapa yang bertanggungjawab memukulnya di bawah pohon langsat, sebaliknya dengan rendah diri dia memohon maaf kepada orang kampung sekiranya dia telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan orang kampung.

Pilih 3 isi shj.
1 isi = 3 markah(1 markah fakta, 2 markah h/c)
3 isi x 3 markah  =  9 m.


(b)   2 tuduhan terhadap Lebai Maarup

F1:  Lebai Maarup dituduh mendakwa En Muhammad membawa masuk maksiat ke kg Pulai.
h/c: Mat Akil menuduh Lebai Maarup kurang ajar kerana menuduh En Muhammad hendak mengembangkan maksiat dengan membina hotel dan pusat peranginan di Jeram Medan. Rancangan membina hotel dan pusat peranginan ini dibatalkan oleh En Muhammad.

F2:  Lebai Maarup dituduh mengacau anak bini orang kg Pulai.
h/c: Man telah menuduh Lebai Maarup telah mengacau anak bini orang selepas menetap di kg Pulai. Tuduhan ini dibuat untuk melindungi perasaan berkenannya terhadap anak Bilal Endut iaitu Milah(sepupu Lebai Maarup)

Perlu 2 isi shj.
1 isi = 3m (1m fakta, 2m h/c)
2 isi x 3m = 6m


(c) Tindakan yg terpaksa dihadapi oleh Lebai Maarup

F1:  Lebai Maarup dipukul orang di bawah pokok langsat.
h/c: Man dan rakan-rakannya telah memukul Lebai Maarup pada suatu malam. Ini berpunca daripada rasa benci Man yang meluap-luap terhadap Lebai Maarup, takut Milah buah hatinya terpikat kepada Lebai Maarup. Lebai Maarup telah dimasukkan ke hospital.

F2:  Lebai Maarup telah dibaling batu di mukanya.
h/c: Lebai Maarup dibaling  batu ke mukanya dalam Majlis Penerangan yang dibuat oleh Lebai Maarup. Ini kerana Lebai Maarup telah mencabar hadirin supaya membuktikan tuduhan terhadapnya mengacau anak bini orang di Kg Pulai.Akibat balingan batu itu muka Lebai Maarup berdarah.

F3:  Lebai Maarup telah dihiris lengannya dalam pergelutan.
h/c: Mat Akil telah menghiris/melukai lengan Lebai Maarup dalam Majlis Penerangan yang dibuat oleh Lebai Maarup,lengan Lebai Maarup luka dan membasahi lengan jubah putihnya. Mat Akil telah ditangkap polis akibat tindakannya itu.


Pilih 2 isi shj.
1 isi = 2m ( 1m fakta, 1 m h/c)
2 isi x 2m  =  4m

4.   Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Jalan fikirannya bersimpang siur. Dia bertugas untuk mengembalikan manusia dan jin dan makhluk berekor ini kepada pangkal kedudukan yang hakiki.  Tapi, dia tidak tahu di mana tugas ini akan dimulakan.  Dengan tiba-tiba dia merasa keluh kesah kerana Kota Wangi yang kecil dan harmoni sebenarnya lebih besar dari semua kota yang dihuninya.

                                       (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003.
                                                                                               Cerpen”Kesementaraan”
                                                                         dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
                                         Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman  58)

(a)  Jelaskan apakah yang dimaksudkan dalam ungkapan “manusia dan jin” dan“makhluk berekor”  dalam petikan di atas.?                                                                      [4]
(b)  Huraikan empat gambaran masyarakat Kota Wangi dalam cerpen tersebut.               
                                                                                                                                    [12]
(c)  Bincangkan tiga penggunaan teknik penceritaan dalam cerpen ini.                    [9]


(a)  Maksud ungkapan  “manusia dan jin” dan “makhluk berekor” .

i.  “manusia dan Jin” bermaksud golongan terpelajar(cerdik pandai/cendekiawan) yang tiada kesedaran batin/lupa Allah/lupa ajaran agama/manusia yang berasa dirinya cerdik tetapi susah untuk ditegur atau dikritik serta berniat jahat terhadap orang lain yang lemah atau tidak pandai sepertinya.        =       2 markah
ii. “makhluk berekor” bermaksud golongan terpelajar(cerdik pandai/cendekiawan) yang mempunyai gelaran akademik dibelakang namanya(M.A/Phd). Ekor adalah lambang kepada kelayakan akademik golongan intelek yang lebih statusnya daripada orang biasa.      =      2 markah.


(b)  Empat gambaran masyarakat Kota Wangi;

F1:  Masyarakat intelektual yang mementingkan diri sendiri
h/c: Masyarakat kota Wangi terdiri daripada masyarakat intelek yang menggunakan kepandaiannya/ilmunya untuk mengaut keuntungan peribadi/kepentingan diri. Masyarakat intelek yang tidak mempedulikan nasib masyarakat umum.

F2:  Masyarakat teknokrat/usahawan yang tamak/rakus
h/c: Masyarakat kota Wangi juga terdiri daripada masyarakat usahawan yang tamak dan rakus mencari keuntungan/kekayaan. Golongan ini sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta semata-mata untukk mengaut keuntungan peribadi.

F3:  Masyarakat ulama/alim yang songsang/memperalatkan agama
h/c: Dalam masyarakat kota wangi juga terdapat golongan agama/ulama yang pandai memberi fakwa tetapi tidak sanggup mengamalkan/mempraktikkan hukum Islam. Seorang ustaz yang rajin berdakwah dan lantang suaranya ketika membaca khutbah Jumaat menyeru orang lain berjiran, bertakwa, tolong menolong dan sebagainya tetapi dirinya tidak pernah mengambil tahu hal jiran.


F4:  Masyarakat kota yngg tiada semangat kejiranan
h/c: Dalam masyarakat Kota Wangi juga terdapat golongan masyarakat yang tidak mementingkan soal kejiranan, mereka tidak bertegur sapa dengan jiran.

F5:  Masyarakat moden yang berpendidikan Barat/pengaruh Barat.
h/c: Dalam masyarakat Kota Wangi juga terdapat masyarakat moden yang berpendidikan liberal Barat yang mementingkan hiburan dan keseronokan hidup dunia semata-mata. Masyarakat ala ‘Boy George’, ‘Dallas’  dan  ‘Dynasty’.

F6:  Masyarakat yg mementingkan status/kedudukan
h/c: Kebanyakkan penduduk kota Wangi tinggal di rumah banglo mewah di lereng bukit. Pasar di Kota wangi dikatakan penuh sesak dengan gerai tetapi lengang sahaja kerana golongan intelek tidak makan digerai, sebaliknya mereka perlukan tempat makan yang eksklusif,berhawa dingin, makanan dan hidangan yang istimewa sesuai dengan kedudukan mereka.

F7:  Masyarakat kota yang banyak berlaku kes jenayah.
h/c: Dalam masyarakat kota wangi banyak berlaku kes jenayah seperti mencuri, merompak dan menyamun berlaku secara berleluasa, sehingga penduduk kota Wangi hidup dalam ketakutan dan sentiasa mengunci pintu rumah sepanjang masa demi menjaga keselamatan.

Pilih 4 isi shj.
1 isi =  3m ( 1m fakta, 2m h/c)
4 isi x 3m = 12 m.



(c)  Tiga penggunaan teknik penceritaan dalam cerpen.

F1:  Teknik Pemerian
h/c: Pengarang menerangkan/memerikan hal/kisah penghijahan penulis dari Kota Panik, ke Kota Barati dan Kota Semurai sebelum penulis sampai ke Kota wangi sekarang.

F2:  Teknik Monolog Dalaman
h/c: Penulis berfikir sendirian tentang keadaan pasar di Kota wangi yang luas, serba lengkap tetapi pengunjungnya sedikit/tidak ramai pengunjung yang menghadirinya.

F3:  Teknik Dialog
h/c: Penulis bercakap dengan isterinya tentang masyarakat Kota Wangi yang tidak mempedulikan jiran tetangga/hidup tidak mementingkan semangat kolektif sehinggakan isteri penulis berasa sunyi. Penulis menasihati isterinya agar tidak memperdulikan hal ini.

F4:  Teknik Imbas Kembali
h/c: Penulis teringatkan tentang jirannya seorang ustaz ang tidak pernah mengambil tahu hal jiran-jirannya, sedangkan dalam ceramahnya ustaz tersebut menggesa orang ramai tentang kepentingan hidup berjiran, bertakwa dan sikap tolong menolong amat penting dalam Islam.


F5:  Teknik Imbas Muka
h/c: Penulis cuba menggambarkan Kota Wangi dari segi penduduknya dan kemudahan infrastruktur yang sepatutnya ada di Kota Wangi seperti sepuluh plaza,dua puluh emporium dan mesti ada seratus kelab malam.

·         Huraian/contoh lain yang yang berkaitan dengan teknik penceritaan adalah diterima jika bersesuaian.

Pilih 3 isi shj.
1 isi =  3m ( 1m fakta, 2m contoh)
3 isi x 3m  =  9m.

 
5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PAK HAMID:  Rahimah mengadu, kau tak amanah? Kerana menutut nafsu, kau banyak 
            hutang. Sekarang sebelum pintu penjara terbuka buat kau, lebih baik jelaskan
            hutang-hutang kau itu. Berhentilah dari kerja-kerja tak amanah.

DAHLAN: Pembohong, apa yang saya tak amanah?
                                                                                                         ( Petikan ms 217 )

(a) Jelaskan penggunaan teknik imbas muka dalam petikan di atas.                          [ 4]
(b) Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang ‘kerja-kerja tak amanah’ itu benar. 
                                                                                                                                      [ 12 ]

(c) Galurkan peristiwa selepas dialog di atas sehingga akhir drama.                           [ 9]

 

 (a) Teknik imbas muka

1. Dialog Pak Hamid ‘Sekarang sebelum pintu penjara terbuka buat kau’ membayangkan
    Dahlan akan dipenjarakan
2. Terbukti dalam cerita ini akhirnya Dahlan dipenjarakan kerana rasuah.

2 isi
1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah = 4 markah


(b) Buktikan bahawa kata-kata Pak Hamid tentang ‘kerja-kerja tak amanah’ itu benar. 

1. Dahlan menerima rasuah daripada tauke Leong RM 10,000.00
2. Dahlan tidak menjaga amanahnya sebagai suami dalam mendidik isterinya
3. Dahlan tidak amanah terhadap isterinya dalam konteks berfoya-foya dengan 
    perempuan lain
4.Dahlan tidak amanah terhadap golongan miskin yang sepatutnya beliau bantu - kedekut
5.Dahlan tidak amanah terhadap anak bangsanya ( masyarakat) untuk mendidik mereka 
   seperti yang dijanjikan dengan Pak Hamid – mementingkan diri
6.Dahlan tidak amanah terhadap para pekerja kerana tidak membayar gaji mereka

Pilih mana-mana 4 isi
1 isi = 3 markah
4 isi x 3 markah = 12 markah


(c) Galurkan peristiwa selepas dialog

1.Dahlan menghalau Pak Hamid
2.Polis inspektor datang ke rumah Dahlan
3.Dahlan dimsukkan ke dalam penjara
4.Dahlan dibebaskan setelah dipenjara 4 tahun kerja berat
5.Dahlan pergi ke tanah kubur ibu dan ayahnya
6.Dahlan cuba membunuh diri setelah terlalu menyesal
7.Pak Hamid tiba dan menghalang perbuatan Dahlan
8.Dahlan tidak jadi bunuh diri.
9.Dahlan minta ampun kepada Pak Hamid
10.Dahlan berbaik semula dengan Rahimah.
11.Mereka saling bermaafan

Pilih mana-mana 9 isi
1 isi = 1 markah
9 isi x 1 markah = 9 markah


6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANITA: Mungkin J.M.Aziz pernah merana pada mulanya apabila beliau ketahui makna
penyakit itu. Manusia biasa mana yang tidak akan terharu. Tetapi, akhirnya
dengan berkat kesabarannya, seperti yang difalsafahkan dalam puisi-puisinya, J.M.Aziz tidak berasa hidup ini pahit lagi bahkan ada kemanisannya pula.  

SOFEA JANE: Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan. Mesej inilah yang hendak
disampaikan oleh drama ini. Bentuk seharusnya tidak menjadi persoalan.
                                                                                                         ( Petikan ms 228 )

(a) Nyatakan dua penyakit yang dideritai J.M.Aziz                                                    [ 4 ]

(b) Dengan merujuk kata-kata ‘Itulah Rahman, Rahim dan Rahmat Tuhan’ huraikan 
      empat mesej yang hendak disampaikan dalam drama ini.                                 [ 16]

(c) Apakah yang anda faham dengan kata-kata ‘Bentuk seharusnya tidak menjadi
     persoalan’.                                                                                                             [ 5]


(a) Dua penyakit

1.Penyakit kusta
2.Matanya kabur / buta

2 isi
1 isi = 2 markah 
2 isi x 2 markah = 4 markah

(b) Empat mesej

Fakta 1: Mesti sabar menempuh dugaan dan cabaran hidup

Huraian/Contoh: J.M.Aziz/ Lijah/ Mamat/ Minah/ Nabi Ayub sabar menghadapi
                            ujian diri masing-masing dan akhir merasai kemanisan hidup.

Fakta 2: Mesti sentiasa bersyukur akan rahmat Allah

Huraian/Contoh: Nabi Ayub sentiasa bersyukur terhadap limpahan kekayaan yang Allah
                            berikan kepadanya.

Fakta 3: Mesti sanggup berkorban untuk yang dikasihi

Huraian/Contoh: Nabi Ayub sanggup berkorban dengan ujian kemusnahan harta
                            Bendanya / Lijah dan Minah sanggup berkorban demi kasih yang
                            mendalam terhadap suami mereka.

Fakta 4: Pentingnya kasih sayang dalam kehidupan suami isteri

Huraian/Contoh: J.M.Aziz dan Lijah / Mamat dan Minah dapat hidup bahagia kerana
                            saling sayang menyayangi walaupun secara lahiriahnya kehidupan
                            mereka nampak susuah.

Fakta 5: Kita hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan.
Huraian/Contoh: Nabi Ayub redha dengan dugaan dan cabaran yang dhadapinya.

4 isi
1 isi = 4 markah (2 markah Fakta, 2 markah Contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah


(c) Maksud petikan ‘bentuk’ tidak jadi persoalan.

Fakta 1: ‘Bentuk’ bermaksud cara / teknik drama tersebut dipersembahkan

Huraian/Contoh: Nordin Hassan mempersembahkan drama itu dalam pelbagai bentuk
                            seperti adanya unsur pencerita, dokumenteri, tarian, nyanyian,                   
                            pertunjukan slaid, penggunaan puisi, penggunaan nama watak sebenar, 
                            unsur simbolik dan lain-lain. Walaupun drama ini  sukar difahami tetapi 
                            kita perlu melihat kepetingan drama dari segi pengajaran yang hendak
                            disampaikan oleh pengarangnya..
                           

1 isi
1 isi = 5 markah (2 markah Fakta, 3 markah Huraian/Contoh)
1 isi x 5 markah = 5 markah


Soalan 7    Sajak Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi

Dengan memberikan contoh, huraikan lima unsur estetik yang mengangkat nilai keindahan   bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.                                        [25]
                                                                                   

Fakta 1         :  Personifikasi
Definisi          :   Memberi sifat manusia kepada benda bukan hidup/perorangan
Huraian         :   Menghidupkan imaginasi & memperjelaskan tanggapan
Contoh                     :    lolong angin tenggara/raung hujan selatan

Fakta 2        :  Metafora
Definisi        : Kombinasi antara konkrit dan abstrak
Huraian     : membawa makna di luar    kelaziman ./ menimbulkan kepadatan kata dan     kehalusan perasaan
Contoh                    :  album bangsa /  bangkai dosa/seruling kemanusiaan/kecapi keluhuran

Fakta 3       :  Perulangan kata di tengah baris
Definisi        :  Kata yang sama diulang di tengah baris
Huraian   :  Persamaan bunyi yang sejajar untuk menimbulkan kemerduan dan       kelembutan bunyi
Contoh                    :   resah menggeliat ke tanah
                        resah menggeliat ke tanah

Fakta 4        :  Asonansi
Definisi        :  Perulangan bunyi vokal dalam baris
Huraian       :  Menimbulkan kemerduan/kelembutan bunyi
Contoh                    :  gugup lahir di suara kita

Fakta 5        :  Aliterasi
 Definisi       :  Perulangan bunyi konsonan dalam baris
Huraian       :  Menimbulkan kemerduan bunyi
Contoh                    :  hingga gugup mengatur genta pertama

Fakta 6        :  Hiperbola
Definisi        :  Gambaran perbandingan yang dibuat secara berlebihan.
Huraian       :  Memberi gambaran maksud yang lebih jelas
Contoh        :  sejuta potret luka/melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa

Fakta 7        :  Anafora
 Definisi       :  Perulangan kata di awal baris yang berturutan
Huraian       :  Menimbulkan kemerduan bunyi/penegasan maksud
Contoh                    :  luka berpinar ke nyali jagat
                       luka berpinar ke rohaniah umat
                       luka menyentak haluan kiblat.

Fakta 6        :  Epifora
Definisi        :  Perulangan kata di akhir baris yang berturutan
Huraian       :  Menimbulkan kemerduan bunyi/penegasan maksud
Contoh        :  gugup lahir di mata kita
                       gugup lahir di suara kita
Fakta 7       :  Rima
Definisi        : Persamaan bunyi suku kata yang  sama
Huraian   :Persamaan bunyi yang sejajar untuk menimbulkan kemerduan dan   kelembutan bunyi
Contoh                    :   arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
                        muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.



Pilih 5 isi sahaja

Fakta     : 2 markah
Definisi   : 1
Huraian:   1 markah
Contoh  :   1 markah
5F x 5M :  25 markah


Soalan 8    Sajak  Pencarian karya Adi Badiozaman Tuah

a)            Jelaskan kehidupan yang dilalui oleh penyair dalam menganjak usia tua.    [8]

b)            Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan empat unsur gaya bahasa yang mengangkat nilai  estetik sajak tersebut.                                     [12]

c)            Nyatakan nada yang diterapkan dalam sajak tersebut.                                 [5]


Fakta 1 :  Penyair mula mencari arah kehidupan yang sebenar.

H/C           Bila noktah mendahului ujung kembara
                 satu pencarian yang belum sempurna
                 dalam mencari erti kewujudan diri
                 jawapan tidak akan ada
                 pada soalan yang kau lemparkan
                 di saat aku masih dalam kepayahan
                 mentafsir ombak yang mengejar pantai
                 dan gerimis yang berlabuh di kaca jendela

Fakta 2 :  Penyair semakin menyedari bahawa ada sesetengah persoalan tanpa
                 Penjelasan.

H/C           Sekiranyalah
kewujudan ini
jejak-jejak langkah di bibir pantai
antara pasir dan air
atau titik-titik gerimis di kaca jendela
antara angin dan debu
apa akan berjawabkah soalan bisumu
yang sebenarnya tidak memerlukan jawapan?

Fakta 3 :  Penyair sentiasa cuba mendekatkan diri dengan pencipta.

H/C           Kali ini kita letakkan noktah ini
              di ujung kembara yang sudah tua
              agar dalam pencarian yang lama
              kita akan bersua satu jawapan
              pada soalan yang telah kau lemparkan
              di saat aku masih mencari pelabuhan
              bersama perahuku yang semakin usang
              antara sisik-sisik ombak
              dan gigi-gigi pantai
              yang tidak pernah menemukan ketetapan.

Fakta 4 :  Penyair semakin sedar bahawa kehidupan di dunia pasti ada noktahnya

H/C           Dalam pencarian kali ini
bila sesekali berlabuh juga di sofa ingatan
atau menyelam ke dasar tasik pengalaman
kita akan bertemu
tentunya
satu kepastian akan erti kembara ini
kewujudan kau dan aku
antara ombak, batu, gerimis dan pohon
adalah satu kesementaraan
yang bisa berakhir bila-bila
dan bisa di mana-mana.


Pilih  2 isi sahaja
1 isi   4 markah   (  2 markah Fakta  ,  2  markah  Huraian/ Contoh)
2isi  x   2 makah    =  8 markah


b)         Empat unsur gaya bahasa


Fakta 1            :  Asonansi
Huraian           :  Perulangan bunyi vocal yang memberi keindahan bunyi/kelembutan   
                           bunyi
Contoh            :   dan bias di mana-mana

Fakta 2            :  Aliterasi
Huraian           :  Perulangan bunyi konsoan yang dapat memberi keindahan bunyi
Contoh                        :   kali ini kita letakkan noktah ini

   
Fakta 3            :  Perulangan frasa
Huraian           :  Rangkaian kata yang diulanga untuk memberi keindahan bunyi apabila 
                           dideklamasikan/penegasan maksud
Contoh                        :   dan gerimis yang berlabuh di kaca jendela
                            dan gerimis yang berlabuh di kaca jendela

Fakta 4            :  Metafora
Huraian           :  Kiasan yang menggabungkan abstrak dan konkrit dapat memberi
                           gambaran maksud yang lebih jelas
Contoh            :   sofa ingatan, tasik pengalaman ,

Fakta 5            :  Personifikasi
Huraian           :  Unsur perorangan yang dapat memberikan perbandingan yang jelas                          
Contoh            :   Ombak yang mengejar pantai,




Fakta 6            :  Perlambangan
Huraian              : Sesuatu yang dikaitkan/menyarankan dengan sesuatu yang lain dapat  memberi imaginasi kepada pembaca
Contoh            :   pelbuhan, perahu


Pilih 4 isi sahaja
1 isi  =  3 markah
 ( 1 markah Fakta,  1 markah  Contoh , 1 markah  kesan)
4 isi  x  3 markah  =  12 markah


c)         Nada

Fakta     :   Balada 
Huraian  :  Suasana hati yang tenang dan damai . Menyingkap pengalaman penyair
Contoh   :  Mana-mana rangkap sajak


Fakta         :   2 markah
Huraian      :  2 markah
Contoh       :  1 markah







SKEMA JAWAPAN TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan