Selasa, 19 Oktober 2010

Soalan Peperiksaan Percubaan STPM Sastera Tradisional 2010



SULIT*


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

PERCUBAAN STPM 2010



922/1                                                                                                            STPM 2010

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 1

(KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
( Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)


Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN


          Jawab empat soalan sahaja: Satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,B,C dan D

          Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]


Kertas soalan ini terdiri daripada         halaman bercetak




STPM 922/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat               [lihat sebelah
                                                                                                                        SULIT*





SET PERCUBAAN

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

1.      Kedatangan Islam ke alam  Melayu telah membawa karya-karya non-naratif
dalam masyarakat Melayu tradisional.
Huraikan 6 karya non-naratif yang di bawa oleh Islam ke alam  Melayu
dengan berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.                          [25]


2.      Penyebaran pengaruh Hindu ke  alam Melayu telah membawa perubahan
dalam karya sastera epik Hindu dalam hikayat-hikayat Melayu bercorak
Roman Hindu.
                       
[i]  Apakah yang dimaksudkan dengan hikayat-hikayat Melayu bercorak
      Roman Hindu.                                                                         [5 ]

[ii]. Jelaskan 5 perubahan yang terdapat dalam karya sastera epik Melayu
       bercorak Roman Hindu tersebut.                                          [20 ]


Bahagian B: KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

3. Rasa kedukaan, kesedihan dan dukacita dalam diri pembaca wujud setelah Sejarah Melayu telah selesai dibaca oleh pembaca. Jelaskan 5 kejadian-kejadian kedukaan, kesedihan dan dukacita yang terkandung dalam Sejarah Melayu.
                                                                                                                     [25]

 4.  Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

      Maka sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda; maka sultan Ahmad Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya.Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar bunyinya. Maka sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan, khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya itu. Maka Makhdum berpegang kedua-dua tangannya pada kiri kanan rengka; kata Makhdum Sadar Jahan pada sultan Ahmad,”Hei sultan,di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali.” Maka sultan Ahmad pun kembalilah ke istana. Maka peringgi pun berseru dari kapal, katanya,”Hei orang Melaka! Ingat-ingat kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat.” Maka sahut orang Melaka,”Baiklah!”
         Maka sultan Ahmad pun mengampungkan orang dan disuruh berhadir senjata; maka hari pun malamlah, segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya tertunggu di balairung. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, “Apa kita buat duduk saja ni? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya.”maka sahut Tun Muhammad Unta, “Benarlah seperti kata tuan-tuan itu; baiklah Tun Indera Segara pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan  mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana Peringgi akan melanggar esok hari.
                                                  [Dipetik daripada Sulalatus salatin[edisi pelajar]
                                              Penyelenggaraan A.Samad Ahmad,Dewan Bahasa
                                              Dan Pustaka. Kuala Lumpur]


a)      Terangkan ikhtiar yang dilakukan oleh sultan Ahmad dan askar Melaka bagi membendung kemaraan Peringgi
                                                                                                                       [5]
      
b)      Terangkan faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
                                                                                                                  [20]


Bahagian C: PROSA MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

5.   Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

       Serta melihat tingkahnya Nisumbli itu lalu datang di hadapannya serta melihat kepada anak itu. Lalu gementar hatinya Nisumbli itu. Katanya, “Ya tuanku, yang jangan tuan lama-lama di sini dan baik tuanku pergi ke mana-mana kerana tuan Dewi Permaisuri itu setelah sudah bersuamikan dengan tua  nakhoda Syam, jalannya daripada burung pancawarna itu. Kerana hamba lari dating di sini bukannya sesuatu apa-apa, sebab hamba mendengar suaranya nakhoda itu diperintahkan kepada budak-budaknya Habsyi yang bernama Bicu, disuruh  bunuhkan kepada anak kedua bersaudara. Jangan tuanku lagi lama-lama di sini, baik tuanku pergi ke mana-mana mencari kehidupannya.”

                                                                        (Dipetik daripada Ksusasteraan Hikayat,
                                                                      Hikayat Ahmad Muhammad dalam Mutiara
                                                                           Sastera Melayu Tradisional m/s 113)

         a) Huraikan tiga peristiwa penting  dalam petikan di atas                      [6 ]

         b) Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak tersebut      
                                                                                                                       [8]

c)      Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri.      
                                                                                                                  [11]

 6.  Banyak persamaan yang terdapat antara Cerita Panji dengan cerita Penglipur Lara 
     Melayu. Huraikan 5 persamaan itu berdasarkan Hikayat Misa Taman  Jayeng Kesuma
                                                                                                                               [25]
 
Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

7. Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya


Puisi A  - Yang beroleh dan yang rugi

Barang siapa beroleh tiada jadi kasihnya segala-gala,
Dan barang siapa merugi tiada jadi kaya segala-gala
Maka tiada dapat daripada pengetahuan dunia yang indah adanya itu,
Dan tercenganglah segala manusia padanya seperti Bukhari berkata!

Puisi B -  Sangkamu

Sangkamu inilah sentiasa akan adamu,
Jangan alpa daripada segala sangkamu,
Dengan apa bilang adamu,
Satu-satu kebajikan, pun tiadamu.

                                               (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.],2003.
                                                                                 . Mutiara Sastera Melayu Tradisional
                                                                       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i.     Nyatakan persamaan maksud yang terdapat dalam kedua-dua puisi di atas. [6]
ii.    Bincangkan  gaya bahasa bagi kedua-dua puisi di atas.                                 [9]
iii.   Jelaskan perbezaan teknik penulisan bagi kedua-dua puisi di atas               [10]


 8. Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya


Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …..
Ada rumah tiada dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tiada selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada masa tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan…!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

                                                                 (Mutiara Sastera Melayu Tradisional; Majlis
                                                                 Peperiksaan Malaysia; DBP. Kuala Lumpur:
                                                                 2003)

i     Nyatakan dengan jelaskan nilai negatif yang sering dikaitkan dengan puisi
      di atas.                                                                                                            [2]
ii.   Bincangkan kepentingan seloka di atas dalam mendidik masyarakat.          [8]
iii.  Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.                        [15]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan