SKEMA SET PERCUBAAN 2010
Bahagian A: SEJARAH SASTERA MELAYU TRADISIONAL
1. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa karya-karya non-naratif
dalam masyarakat Melayu tradisional.
Huraikan 6 karya non-naratif yang di bawa oleh Islam ke alam Melayu
dengan berdasarkan contoh-contoh yang sesuai. [25 markah]
Fakta 1. Syair.
Huraian + contoh . – Syair berasal daripada bahasa Arab ‘shi’r’ yang
Membawa maksud puisi.
- Jenis puisi tradisional yang berangkap iaitu 4 rangkap sebaris.
- Setiap baris rangkapnya merupakan isi atau maksud puisi.
- Kekempat-empat baris itu mempunyai rima yang sama iaitu aaaa.
- Syair membawa tema yang barkaitan dengan kias ibarat,sindiran,nasihat,pengajaran,agama dan cerita.
- Cth…syair nasihat,syair ghafilah.
Fakta 2. Nazam
Huraian + Contoh. - Sebuah puisi Arab yang bermaksud lagu atau zikir
Bagi satu tujuan,sambutan atau keramaian.
- Merupakan puisi dua baris serangkap yang
Mempunyai 5 atau 6 perkataan sebaris.
- Ia mempunyai ikatan dalam 12 baris dalam sajaknya
Dua baris serangkap dan adakalanya 4 baris.
- Corak isinya mengandungi pelajaran agama Islam
Yang paling dasar.
- Tema isinya berkaitan dengancerita tentan Nabi Muhammad s.a.w. ,ilmu tauhid ,ilmu fikah dan rukun iman.
- Cth….nazam Kaanz al-‘ula.
Fakta 3. Rubai[Rubaiyat]
Huraian + Contoh. - Puisi Melayu lama yang berasal dari kesusasteraan
Arab – Parsi.
- Terdiri daripada 4 baris serangkap yang jumlah
Perkataannya tidak menentu.
- Ianya mengandungi falsafah yang mendalam.
- Memerlukan tahap intelek yang tinggi untuk menghasilkannya.
- Satu rangkap rubai merupakan satu idea atau pemikiran yang lengkap.
- Cth…kemuliaan insan dan manusia.
Fakta 4. Masnawi
Huraian + Contoh. - Merupakan puisi lama yang berasal dari Parsi.
- mempunyai rima akhir yang berpola aa , bb dan cc.
- Isi atau idea utamannya tentang puji-pujian
- Rubai mengandungi jumlah barisyang bebas dalam rangkapnya.
- Cth…masnawi Abu Bakar , masnawi Omar.
Fakta 5. Qit’ah
Huraian + contoh. - Puisi yang berbentuk bebas yang tiada ikatan dari
Segi jumlah rangkapnya.
- Setiap rangkapnya membawa satu kesatuan idea atau
Isi serta tema yang dibawanya.
- Corak isinya membawa pemikiran tentang keilmuan.
- Merupakan puisi yang diduplikasi daripada puisi Arab dari bentuk syair.
- Cth…Ehwal Insan dan Zalim
Fakta 6. Ghazal.
Huraian + Contoh. - Puisi berangkap yang terdiri daripada delapan baris.
- Setiap barisnya di akhiri oleh perkataan yang sama.
- Puisi ini berasal daripada Parsi.
- Isi dan temanya b erkaitan tentang cinta dan kasih sayang.
- Puisi ini berbentuk bebas yang tidak tentu bilangan perkataan yang tidak seimbang.
- Cth…Ghazal Kekasih.
[fakta =1 markah , Huraian + Contoh = 3 markah]
2. Penyebaran pengaruh Hindu ke alam Melayu telah membawa perubahan
dalam karya sastera epik Hindu dalam hikayat-hikayat Melayu bercorak
Roman Hindu.
[i] Apakah yang dimaksudkan dengan hikayat-hikayat Melayu bercorak
Roman Hindu. [5 markah]
Fakta 1. Karya-karya hikayat Melayu roman hindu adalah disadur daripada kitab-kitab hindu seperti kitab Pancatantera, Kadamnari dan Katha Sarit sagara.
Fakta 2. Hikayat ini di dalamnya terdapat pengaruh hindu, Islam dan tempatan yang tebal.
Fakta 3. Unsur-unsur motif hindu masih menebal dalam karya ini seperti unsur pertapaan,senjata ajaib dan penjelmaan.
Fakta 4. Plot atau jalan cerita terbahagi kepada tiga peringkat iaitu bahagian permulaan, bahagian pengembaraan dan bahagian penyelesaian cerita.
Fakta 5. watak-watak dalam karya epik Melayu roman hindu ini terbahagi kepada dua watak iaitu watak protagonis [baik] dan antagonis [jahat].
Fakta 6. contoh-contoh karya ialah Hik.Simiskin, Hik. Lang lang Buana,Hik Serangga Bayu, Hik.Parang Putting dan Hik. Puspa raja.
[ii]. Jelaskan 4 perubahan yang terdapat dalam karya sastera epik Melayu
Bercarak Roman Hindu tersebut. [20 markah]
Fakta 1. Fungsi karya Epik Melayu bercorak Roman Hindu.
Huraian +contoh. - sebuah karya sastera yang bertujuan untuk hiburan ,
Menyenangkan fikiran dan bukannya sebagai kitab
Agama hindu.
- Boleh dibaca oleh sesiapa sahaja danbila-bila masa bukannya hanya untuk ahli agama dan pada tempat tertentu sahaja.
- Penumpuan diberikan kepada jalan cerita sahaja falsafah hindu atau pun ilmu hokum hindu ditinggalkan.
Fakta 2. Bentuk karya tersebut.
Huraian +contoh. - Berbentuk prosa dan bukannya lagi dalam bentuk
Puisi yang panjang jenis seloka.
- Mempunyai jalan cerita [plot],watak dan latar
Bukannya hanya sebagai puisi seloka.
Fakta 3. watak dan peranannya.
Huraian + contoh. - watak manusia biasa yang mempunyai kebaikan dan
Kelemahan dan bukannya watak yang bersifat
Ketuhanan.
- Watak berperanan sebagai watak baik yang
Menentang watak jahat dan bukan sebagai watak
Baik sebagai lambang kepada ketuhanan.
- Watak digambarkan sebagai seorang pahlawan yang berani dan cekap dan bukannya sebagai watak penjelmaan daripada dewa Visynu.
Fakta 4. Unsur tempatan.
HUraian + contoh. - Penyesuaian dengan masyarakat Melayu feudal
Di mana penumpuan kepada istana dan kerajaan.
- Raja dianggap sebagai suci dan mulia serta harus
Dipertahankan oleh rakyat.
- Nama watak terdapat unsur Islam seperti Sita Dewi menjadi Puteri Sekuntum Bunga.
- Latarnya terdapat unsur tempatan seperti suasana perkampungan Melayu, pokok kelapa,sirih dan
Adat berpantun.
Fakta 5. Unsur Islam
Huraian + contoh. - Memasukan ciri –ciri ajaran Islam seperti nama Nabi
Adam , dengan takdir Allah Taala dan sebagainya.
- Adat-adat hindu ditinggalkan atau dicerita sepintas lalu seperti Perkahwinan Sita Dewi dengan Seri Rama.
[fakta = 1 markah, Huraian contoh = 4 markah]
Bahagian B: KARYA AGUNG
3. Rasa kedukaan, kesedihan dan dukacita turut dikenali sebagai pathos. Pathos juga menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam. Antara peristiwa yang mengandungi unsur pathos dalam Sejarah Melayu ialah;
Peristiwa 1
Perceraian Tun Kudu oleh Sultan Muzaffar Shah
Perceraian Tun Kudu adalah disebabkan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar terpaksa menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan persengketaan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sebagai seorang wanita yang masih muda Tun Kudu turut menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan Melaka dan terpaksa berkahwin dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak mempunyai pilihan lain kerana ketentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.
Peristiwa 2
Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
Bendahara Tun Mutahir telah difitnah hendak merampas kuasa. Hal ini menyebabkan beliau dan semua ahli keluarganya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, kecuali Tun Fatimah
Peristiwa 3
Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat
Kesedihan dirasai apabila Hang Jebat telah menjadi korban demi membela penganiayaan keatas sahabat baiknya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat melakukan amuk dan membunuh demi membela ‘kematian’ sahabatnya telah membawa kecelakaan kepada dirinya. Ini kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah telah mengenepikan rasa persahabatan dan persaudaraan terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja, membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada raja. Pembunuhan Hang Jebat menggambarkan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bagi terhadap raja Melaka.
Peristiwa 4
Pembunuhan Budak Cerdik
Nasib malang yang menimpa seorang budak yang mencadangkan agar serangan todak ditepi pantai Singapura yang berkubukan betis manusia digantikan dengan batang pisang. Kepintaran budak cerdik ini telah dicemburui oleh pembesar-pembesar dan mula dicurigai. Lantas atas fitnah pembesar, budak itu telah dihukum bunuh kerana bimbang apabila dia besar kelak cuba merampas kerajaan pula.
Peristiwa 5
Pembunuhan Tun Jana Khatib
Nasib yang menimpa Tun Jana Khatib iaitu orang Pasai yang dihukum bunuh oleh raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja. Dia telah dituduh cuba menunjuk-nunjukkan kesaktiannya dihadapan permaisuri iaitu isteri Paduka Seri Maharaja dengan menilik sebatang pinang dekat istana raja hingga terbelah. Raja mencemburui keistimewaan Tun Jana Khatib lalu menitahkan hukuman bunuh.
Peristiwa 6
Pembunuhan Anak Sang Rajuna Tapa
Nasib anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang merupakan gundik Raja Iskandar Syah amat malang apabila dia telah dihukum bunuh dengan cara disula dan mayatnya telah diletakkan dihujung pasar. Hukuman ini dianggap sebagai satu penganiayaan kerana dia telah difitnah
Peristiwa 7
Kematian Tun Besar Anak Tun Perak
Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah dibunuh oleh Raja Muhammad kerana kesilapan kecil ketika bermain sepak raga.
Peristiwa 8
Pembunuhan Raja Zainal
Atas titah perintah Sultan Mahmud, Hang Berkat telah membunuh Raja Zainal dengan alasan menggugat keamanan Melaka. Namun hakikat sebenarnya, baginda bimbang Raja Zainal akan merampas kuasa kerajaannya.
Peristiwa 9
Pembunuhan Tun Ali Sandang
Tun Ali Sandang iaitu keluarga Seri Dewa Raja telah dibunuh oleh Tun Isap atas titah perintah Sultan Mahmud. Pembunuhan ini dianngap sebagai satu babak pilu kerana ia membabitkan seorang perempuan iaitu Tun Dewi.
Peristiwa 10
Pembunuhan Seri Bija Diraja
Pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja berpunca dari kelewatan beliau mengadap Sultan Mahmud Syah. Namun sebaliknya, Sultan mengesyaki sikap Seri Bija Diraja mengandungi unsur mahu menderhaka.
4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
Maka sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda; maka sultan Ahmad Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya.Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar bunyinya. Maka sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan, khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya itu. Maka Makhdum berpegang kedua-dua tangannya pada kiri kanan rengka; kata Makhdum Sadar jahan pada sultan Ahmad,”Hei sultan,di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali.” Maka sultan Ahmad pun kembalilah ke istana. Maka peringgi pun berseru dari kapal, katanya,”Hei orang Melaka! Ingat-ingat kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat.” Maka sahut orang Melaka,”Baiklah!”
Maka sultan Ahmad pun mengampungkan orang dan disuruh berhadir senjata; maka hari pun malamlah, segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya tertunggu di balairung. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, “Apa kita buat duduk saja ni? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya.”maka sahut Tun Muhammad Unta, “Benarlah seperti kata tuan-tuan itu; baiklah Tun Indera Segara pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana peringgi akan melanggar esok hari.
a) Terangkan ikhtiar yang dilakukan oleh sultan Ahmad dan askar Melaka bagi membendung kemaraan Peringgi
[5 markah]
- Sultan Ahmad Pergi Ke jambatan untuk menahan serangan
- Melanggar askar-askar peringgi dengan pertolongan askar-askarnya hingga menyebabkan peringgi lari ke perahu
- Sultan Ahmad berdiri di atas gajah di hujung jambatan sehingga Makhdum Sadar Jahan mengarahkan sultan berundur ke istana
- Sultan mengarahkan askar-askarnya berkumpul dengan membawa senjata masing-masing
- Waktu malam mereka membaca hikayat perang untuk menaikkan semangat
- Tun Indera Segara disuruh meminta Hikayat Muhammad Hanafiah daripada sultan
b) Terangkan faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
[20 markah]
i) Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah
- Sultan Mahmud mementingkan diri sendiri, mementingkan hawa nafsu
daripada hidup rakyat
- contoh: mengadakan hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid dan Tun Dewi
ii) Sultan Mahmud bernafsu besar
- Baginda sanggup menyusahkan rakyat kerana mengikut nafsunya. Hal ini telah menimbulkan kebencian di hati rakyat.
- Contoh: selepas permaisuri mangkat berhasrat untuk berkahwin dengan
Puteri Gunung Ledang
Terpikat dengan kecantikan Tun Teja tunangan sultan Abdul
Jamal, menyuruh pembesar melarikan Tun Teja
Tergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, anak bendahara Seri
Maharaja
iii) Musuh dalam Negara
- Fitnah oleh penghulu saudagar Nina Sura Dewana dan raja Mandaliar
berhubung dengan Kitul yang berhutang membawa kepada pembunuhan
bendahara
- contoh: Terbunuhnya keluarga bendahara Seri Maharaja (hilangnya
bendahara yang bijak
iv) Tidak bijak memerintah
- Baginda telah melantik bendahara yang tua dan tidak tahu memerintah serta cacat sebagai bendahara Melaka
- Contoh: Bendahara Lubuk Batu – tepok
v) Portugis Menyerang Melaka
- Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal yang besar dan lengkap dengan kelengkapan perang
- Contoh: Portugis datang dengan empat buah kapal besar,dan lima buah ghali panjang.
Fakta; 2 markah
Huraian: 2 markah
Contoh: 1 markah
Bahagian C: PROSA MELAYU TRADISIONAL
Soalan 5
Serta melihat tingkahnya Nisumbli itu lalu datang di hadapannya serta melihat kepada anak itu. Lalu gementar hatinya Nisumbli itu. Katanya, “Ya tuanku, yang jangan tuan lama-lama di sini dan baik tuanku pergi ke mana-mana kerana tuan Dewi Permaisuri itu setelah sudah bersuamikan dengan tua nakhoda Syam, jalannya daripada burung pancawarna itu. Kerana hamba lari dating di sini bukannya sesuatu apa-apa, sebab hamba mendengar suaranya nakhoda itu diperintahkan kepada budak-budaknya Habsyi yang bernama Bicu, disuruh bunuhkan kepada anak kedua bersaudara. Jangan tuanku lagi lama-lama di sini, baik tuanku pergi ke mana-mana mencari kehidupannya.”
(Dipetik daripada Ksusasteraan Hikayat,
Hikayat Ahmad Muhammad dalam Mutiara
Sastera Melayu Tradisional m/s 113)
a) Huraikan tiga perkara penting dalam petikan di atas [6 m]
- Nisumbli seorang perempuan peliharaan permaisuri meminta Ahmad dan
Muhammad supaya tidak tinggal lama sebaliknya pergi ke mana-mana kerana
hendak di bunuh
- Nisumbli memberitahu dia dating ke situ kerana mendengar nakhoda menitahkan
budak-budak Habsyi membunuh mereka
- Mereka berdua tidak dibenar lama-lama di situ sebaliknya pergi ke mana-mana
mencari kehidupan baru.
( 1 isi 2 markah)
b.Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak tersebut [8 m]
- Nakhoda marah, mukanya seperti api menyala-nyala apabila diberitahu
budaknya(pengikutnya) memberitahu kepala mereka disepak oleh Ahmad
dan Muhamad
- Nakhoda menyepak kepala budaknya (pengikutnya) kerana pemberitahuan
Tersebut
- Nakgoda menyuruh memanggil 50 orang budak Habsyi dan menyuruh bunuh
Ahmad dan Muhamad
- Nakhoda berjanji akan memberi harta sebanyak seratus dirham dan akan
memulangkan (membebaskan) mereka ke negeri Hapun
- Mereka juga akan dibekalkan dengan makanan dan kapal
(1 isi 2 markah)
c. Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri.
Terangkan bagaimana mereka melepaskan diri [11 m]
- Sang Maha Pendeta suruh mereka membawa diri dengan membekalkan azimat
dan keris seorang sebilah
- Mereka dinasihatkan supaya tidak lupa ilmu Allah, tidak takbur, sentiasa beribadat serta tidak berpisah antara keduanya.
- Mengendong Muhamad lalu lari meninggalkan tempat tersebut siang dan malam,
masuk hutan keluar hutan hingga sampai ke negeri Hapun
- Mereka kemudian lari masuk ke dalam gua, bernama Hamindar Singsih
- Habsyi menutup pintu gua supaya Ahmad dan Muhamad tidak dapat keluar
- Ahmad dan Muhamad bertemu seorang tua bertapa Tuan Syeikh Khailuddin serta mengajar perkara-perkara yang baik
- Syeikh Khailudin berdoa supaya kedua kanak-kanak itu selamat
- Seorang Habsyi menyedari ahmad dan Muhamad lari lalu memberitahu temannya untuk mengajar Ahmad dan Muhamad
- Ahmad dan Muhamad mengambil keputusan untuk menentang orang-orang Habsyi. Ahmad dan Muhamad berjaya membunuh beberapa orang sementara yang lain Berjaya melarikan diri
- Mereka kemudiannya selamat daripada pembunuhan
( 1 isi -1 markah)
6. Banyak persamaan yang terdapat antara Cerita Panji dengan cerita Penglipur Lara Melayu. Huraikan persamaan-persamaan itu berdasarkan Hikayat Misa Taman Jayeng Kesuma
(25 markah)
a) Persamaan Plot atau Jalan Cerita
- Plot cerita terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permulaan (eksposisi), bahagian
pengembaraan dan bahagian akhir cerita.
- Oleh sebab Hikayat dalam buku ini berdasarkan kepada bab 12 sahaja, maka
bahagian kedua iaitu pengembaraan sahaja yang ditonjolkan
- contoh: Sira Panji mengembara mencari Ken Sengerba Ningrat
b) Persamaan Watak dan Perwatakan
- Watak terdiri daripada anak-anak raja dan watak antagonis
- contoh : Sira Panji (protagonist), Raden Singa Menteri (Antagonis)
- Terdapat juga watak-watak pembantu yang taat kepada pemerintah
- contoh: Wirun, Kalang, Sendudama
c) Terdapat unsur Penyamaran
- Unsur penyamaran berlaku bagi menyukarkan watak lain mengenali identiti
mereka
- contoh : Sira Panji menyamar sebagai Misa Edan Sira Panji Jayeng Kesuma,
Wirun kepada Wira Jayapati, Sendudama kepada Dabuh Lapu, Kalang
kepada Wira Karta
d) Latar tempat
- Berkisar kepada empat buah negeri. Sira Panji dan rombongan berjalan dari
Banjaransari menuju ke Gegelang
- contoh 4 buah negeri: Gagelang, Kuripan, Daha, dan Singasari
e) Tema dan Persoalan
- Tema tentang percintaan putera dan puteri raja
- Contoh : Sira Panji bercinta dengan Ken Sengerba Ningrat
f) Gaya Bahasa
- Banyak menggunakan gaya bahasa simile
- Rakyat mengiringi seperti laut ramainya
g) Unsur pertapaan
- Terdapat unsure pertapaan dalam cerita
- Ketika Sira Panji menunggu Endang Kesuma Jiwa di Balai Gading, Endang Kesuma
Jiwa dipercayai sedang bertapa.
Fakta: 2 markah
Huraian dan contoh : 2 markah
Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL
Soalan: 7
i. Nyatakan persamaan maksud terdapat dalam kedua-dua puisi di atas. [6]
ii. Bincangkan dari sudut gaya bahasa bagi kedua-dua puisi di atas. [9]
iii. Jelaskan perbezaan teknik penulisan bagi kedua-dua puisi di atas [10]
Jawapan:
i. Persamaan maksud
- Kehidupan manusia amat mencabar dan tidak kekal iaitu dalam puisi A
menceritakan perihal ada manusia yang beroleh kebaikan dan beroleh kerugian
ketika hidup di dunia ini. Sesiapa yang beroleh kebaikan akan mendapat manfaat, dan
yang tidak berusaha mencari ilmu akan menjadi manusia yang rugi di dunia ini. Oleh
itu kebaikan atau keuntungan dan kerugian di dunia ini tidak merupakan sesuatu yang
kekal. Begitu juga dalam puisi B, kehidupan di dunia tidak kekal iaitu bermula dalam
alam roh, alam rahim ibu, alam dunia nyata, alam barzakh, dan dalam alam akhirat
setelah meninggal dunia.
- Dalam puisi A, manusia atau masyarakat diminta mencari ilmu selama hidup di
dunia ini supaya kehidupan di dunia ini tidak sia-sia. Dalam puisi B, manusia atau
masyarakat didorong mempelajari ilmu Usuluddin dan memikirkan bagaimana
kejadian manusia. Manusia juga dinasihati agar tidak lupa akan kejadian diri di dunia
ini iaitu daripada tiada, kepada ada, dan tiada pula.
ii. Gaya bahasa;
Puisi A:
- Epifora (ulangan hujung baris) iaitu segala-gala di baris pertama dan kedua untuk
menunjukkan keindahan puisi itu.
- Perulangan kata “dan” di baris 2 dan 4 adalah sebagai penegas.
- Inversi (kata terbalik) iaitu baris pertama beroleh tiada sepatutnya tiada beroleh
bertujuan untuk keindahan bahasa.
- Gaya bahasa alusi iaitu menggunakan nama tokoh penting dalam Islam iaitu
Bukhari.
Puisi B:
- Perulangan singkatan kata atau sinkof contoh “mu” untuk kamu yang merupakan
penegas kepada mesej yang hendak disampaikan.
- Gaya bahasa percakapan iaitu “bilang” yang membawa maksud jelaskan, nyatakan,
Beritahu buka yang lazimnya bermaksud kira atau hitungan.
- Inversi (kata terbalik) contohnya ‘ dengan apa bilang adamu’ yang sepatutnya
‘bilang, dengan apa adamu’. Kata terbalik menyalahi hukum tatabahasa.
- Terdapat gaya bahasa pergandaan iaitu satu-satu.
iii. Perbezaan teknik penulisan
- Jumlah patah perkataan serta jumlah suku kata dalam satu baris tidak seimbang. Ada
yang panjang dan ada yang pendek.
- Jumlah patah perkataan dalam puisi A terdiri daripada 7 hingga 10 perkataan dalam
satu baris; manakala puisi B terdiri daripada 4 hingga 5 perkataan dalam satu baris
- Jumlah suku kata pula dalam puisi A ialah dari 3 hingga 22 suku kata dalam satu
baris dan pada puisi B, jumlah suku kata ialah antara 9 hingga 15 dalam satu baris.
- Dari segi rima – Puisi A rimanya tidak sama iaitu a,a,b,a iaitu tidak terdapat rima
awal dan rima tengah dalam satu baris; manakala Puisi B rimanya terikat iaitu a,a,a,a
seperti pantun. Ini menjadikan puisi ini menarik dari segi bentuknya.
Soalan: 8
i Nyatakan dengan jelaskan nilai negatif yang sering dikaitkan dengan puisi
di atas. [2]
ii. Bincangkan kepentingan seloka di atas dalam mendidik masyarakat. [8]
iii. Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [15]
Jawapan:
- Nilai negatif
- malas menguruskan diri sendiri dan malas berusaha untuk kehidupan dan malas untuk kejayaan diri sendiri
ii. Kepentingan
- Menempelak sikap golongan yang malas dan tidak memanfaatkan harta dan
kelebihan yang dimiliki mereka.
- Menyindir sikap negatif Si Luncai yang menjadi simbol golongan pemalas pada
hari ini.
- Menyindir dan mengejek dalam nada berjenaka dengan tujuan memberi
pengajaran, bimbingan dan teladan.
- Menghiburkan hati kepada sesiapa yang mendengar dan melihat perlakuan Si
Luncai yang bodoh-bodoh itu.
- Protes sosial.
iii. Pengajaran
- Setiap manusia hendaklah berfikiran rasional iaitu dapat mempertimbangkan sesuatu yang baik dengan yang buruk. Dalam hal ini kita hendaklah memanfaatkan segala kelebihan yang dimiliki demi kebaikan diri dan masyarakat.
- Janganlah kita melupakan tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak kerana anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan diasuhkan dengan baik supaya dapat menjadi insan yang bergunakepada keluarga, masyarakat, bangsa, dan negara.
- Janganlah kita mempersia-siakan harta yang dimiliki, meskipun binatang ternakan dan kebun kerana kedua-duanya ialah harta yang dapat meningkatkan taraf kehidupan seseorang, keluarga dan negara.
- Kita mestilah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh bukannya sambalewa dan separuh jalan sahaja. Ilmu sangat berguna kerana boleh menentukan hala tuju kehidupan seseorang di samping menjadi penentu kejayaan pada masa depan.
- Kita juga perlu memanfaatkan setiap masa yang terluang dengan pekerjaan yang berfaedah, bukannya membiarkan masa yang terluang itu berlalu begitu sahaja.
- Kita wajar memanfaatkan kesihatan yang dimiliki sebelum keuzuran menimpa diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan