Isnin, 18 Jun 2012

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 (KERTAS 2)


Skema Permarkahan:

a)         Latar penubuhan Dewan Bahasa Pustaka.                                                       [5]

F1:       Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.
F2:       Mulanya dikenali sebagai ”Balai Pustaka”
F3:       Diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran bersama-sama dengan Pejabat Karang    Mengarang.
F4:       Hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 -21 september    1956.
F5:       Pada 10 Julai 1957 , Dewan Bahasa dan Pustaka berpindah ke Kuala Lumpur.
F6:       Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 DBP dinaikkan taraf sebagai badan          berkanun dan diberi kuasa autonomi:
    i.          menggubal dasarnya yang khusus.
    ii.         menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera.
    ii.        Menjalinkan kegitan penerbitan dan perniagaan buku serupa dengan sektor swasta.
F7:       Pada 31 Januari 1962 DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan terbang           Lama(sekarang Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka)
F8:       Tahun 1963 , DBP membuka pejabatnya di Brunei.

F9:      Tahun 1977, DBP mengembanglan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua         pejabatnya di Kota Kinabalu , Sabah dan KuchingSarawak.
F10:     Dewan Bahasa dan Pustaka membuka 3 lagi pejabatnya:
            i.          Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam Pulau Pinang(1999)
            ii.         Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu Kelantan(1999)
            iii.        Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru(2003)

F11:     DBP telah menyambut ulang tahun Jubli Emasnya dan Menara DBP pada 22 Jun 2006.

b)         Objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka                                                         [4]

F1 : Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu yang menjadi ”bahasa rasmi” negara.Bahasa Melayu perlu dimajukan selaras dengan tarafnya di samping bahasa-bahasa lain.

F2: Memajukan/mencungkil/melahirkan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memaju dan memperkembangkan bidang kesusasteraan tanah air dengan menggunakan bahasa kebangsaan  atau bahasa Melayu sebagai alat penyebarannya.

F3 : Mencetak atau menerbitkan buku, risalah dan bentuk persuratan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan untuk mencetak atau menerbitkan buku, majalah, risalah dan lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan juga lain-lain bahasa.

F4 : Menyamakan sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan menyelaras sistem ejaan dan bunyi sebutan untuk tujuan membaku atau menyeragamkan atau standard sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.

c)         : Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.[16]

F1 : Menganjurkan peraduan mengarang karya sastera/karya kreatif.
H/C : Pengajuran peraduan mengarang karya sastera oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam berkarya.
Contohnya Peraduan Mengarang Cerpen (1957), Peraduan Mengarang Novel (1958,1962)dan Peraduan Mengarang Drama (1963). Melalui peraduan tersebut lahirlah nama-nama seperti Hassan Muhammad Ali, A. Samad Said dan Arenawati.

F2 : Menerbitkan majalah/makalah.
H/C : Selaku badan yang dipertanggungjawabkan  dalam penerbitan majalah dan makalah DBP memuatkan karya cerpen, puisi drama serta esei/kritikan menyentuh bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
Contoh majalah terbitan DBP adalah; majalah Dewan Bahasa (1957), Majalah Dewan Masyarakat (1963), majalah Dewan sastera (1971) dan Majalah Dewan Budaya.

F3 : Menerbitkan karya-karya kreatif/karya sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan karya kreatif dengan hasil usaha pengarang meliputi pelbagai gerne. Penerbitan karya-karya kreatif ini telah menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan tanah air.
Contoh penerbitan karya gernr novel adalah, ”Salina” karya A. Samad Said dan ”Srengenge” karya Shahnon Ahmad, gerne cerpen adalah, ”Segeluk Air” karyaKhadijah  Hashim dan ”Dalam Diri” karya Ali Majod, gerne sajak seperti ”Salam Benua” karya Usman Awang dan ”Kembara Malam ” karya Latiff Mohidin dan gerne drama seperti ”Tamu di Bukit Kenny” karya Usman Awang dan ”Angin Kering” karya Johan Jaffar.

F4 : Menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah, menyentuh aspek teori dan pendekatan serta pemikiran khususnya dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi dunia kesusateraan tanah air.Contohnya, tulisan esei dan kritilan berjudul ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu” diselenggarakan oleh Anwar Ridhuan dan ”Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan” yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani.

F5 : Mengadakan majlis-majlis kegiatan/aktiviti sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan kegiatan sastera tanah air telah menganjurkan majlis-majlis kegiatan sastera secara berkala mahupun tidak. Majlis kegiatan sastera itu dibuat dalam bentuk bengkel, seminar, ceramah, pembacaan puisi, pertemuan penulis dan sebagainya.Contohnya majlis-majlis kegiatan sastera anjuran DBP adalah, ”Majlis Pertemuan Sasterawan Nusantara”, Majlis ”Seminar Pengajaran Sastera” Bengkel ”Wilayah Penulisan Cerpen” dan Bengkel ”Penulisan Sastera Remaja”.

F6 : Menyediakan kemudahan penulis/pengarang untuk menghasilkan karya.
H/C : Sebagai badan induk sastera dan bahasa negara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan kemudahan dan frasarana bagi penulis menghasilkan karya dan menyumbangkannya kepada masyarakat. DBP telah mengadakan program ”Penulis Tamu” dan program ”Derma Cipta” untuk memberi ruang dan peluang kepada penulis menghasilkan karya.
Contoh, penulis tamu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka adalah Keris Mas, Adibah Amin dan Latiff Mohidin.

F7 : Menghasilkan dan memperkembangan sastera kanak-kanak dan remaja.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan memperkembangkan bidang sastera kanak-kanak dan remaja melalui penghasilan karya, majalah, peraduan dan mengadakan Minggu Penulis Remaja. Usaha ini semata-mata untuk memperkembang dan merancakkan lagi kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.Contoh tokoh penulis remaja kelolaan DBP adalah, Sh. Hasanah Abdullah, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.

F8 : Melahirkan tokoh-tokoh sastera/penulis-penulis baru.
H/C :  Dewan Bahasa dan Pustaka memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan tokoh-tokoh penulis baru dalam arena penulisan tanah air. Ini kerana DBP sebenarnya menjadi gelanggang atau arena utama penulis-penulis muda dan lama berkarya melalui program dan aktiviti penulisan anjuran DBP.Contoh penulis lama dan dan muda yang digarap DBP adalah, Fatimah Busu, Keris Mas, A. Samad Said, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.


2.Skema pemarkahan:
(a)        Latar belakang Mana Sikana

F1:  Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Napiah.

F2: Dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak (sebutan  tahun sahaja 1M)

F3: Bersekolah rendah di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)

F4: Menuntut di Maktab Perguaruan bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968). Menjadi guru di Johor Bharu selama lima tahun

F5: Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1974) mendapat Ijazah Sarjana Muda Persuratan kelas Pertama.

F6: Menyambung ijazah Sarjana pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah pada 1990

F7: Pernah bertugas sebagai pensyarah dan Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

F8: Kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.


(b)        lima sumbangan beliau terhadap perkembangan kritikan sastera  

F1:       Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
H/C     :            Buku-buku kritikan sastera yang ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji-            pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka.Antara buku yang dihasilkan:
                                    -  Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
                                    -  Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
                                    -  Kaedah Kajian Drama (1985)
                                    -  Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah (1986)
                                    -  Asas Menganalisa Sastera (1988)
                                    -  Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
                                    -  Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
                                    -  Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian Intertekstualiti(1994)
                                    -  Teori Sastera Tekdealisme (1996)
                                    -  Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
                                    -  Teori Sastera Kontemporari (2005)
                                    -  Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura (2005)

F2:       Meneroka/ menyumbangkan pemikiran pendekatan-pendekatan kritikan sastera yang baru. 
H/C      :Mana Sikana telah berjaya menambah pendekatan baharu dalam kritikan sasatera di            Malaysia melalui beberapa teori baharu yang diperkenalkan melalui kritikan-kritikan    yang pernah dibuat.Antaranya termasuklah:
                        -           Teori Intertekstualiti
                        -           Kritikan sastera berunsur Islam : Teori Taabudiyyah
                        -           Teori Satera Teksdealisme

Fakta 3: Menghasilkan banyak esei-esei kritikan di dalam majalah/ akhbar tempatan..
H/C     :            Mana Sikana banyak membuat kritikan melalui tulisan-tulisannya yang pernah tersiar           dalam beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat,       Jurnal Perisa (Utusan), Berita             Harian/Minggu, Utusan/Mingguan Malaysia dan          majalah Dewan Bahasa-   Antaranya:
                        a..        Mana Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera MelayuPascamoden.                                                Jurnal e-UTAMA, 1(Jilid 1, Bilangan 1,Januari-Jun 2008), 60-82.
                        b.         Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi ke                                                Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara, 2(1/2007), 41-63.
                        c.         Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam Konteks                                            Pendidikan Drama. Jurnal Aktivis, 1(5), 116-138.
                        d.         Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera Pascamoden.                                            Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
                        e.         Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian Bahasa dan Sastera. Jurnal                                          Bahasa, 2(3), 325-341.
                        f.          Mana Sikana (2002). Usman Awang: Shifting as Realist                                                                     Metahistoriographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
                        g.         Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin's Drama.  Malay                                               Literature, 15(1), 1-11.
                        h.         Mana Sikana (2001). The Theory of Literature:Theory of Taabudiyyah.                                            Malay Literature, 14(2), 54-75.
                        i           Sastera Arab Parsi dan Hubungannya dengan Sastera Melayu
                        j.          Novel Sampah Kesan sebuah Falsafah Dewan Sastera Mei 71
                        k.         Teori New Historirisme dlam Dewan Sastera Ogos 1977
                        l.          Historirisme Baru dlm Dewan Sastera Ogos 2001
                        m.        Teori Bacaan Idealistik dlm. Majalah Penulis Mac 1994

F4:       Membantu melahirkan ramai pengkritik
H/C     :            Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu UKM dan di Institut      Pendidikan Nasional Universiti Singapura,  Mana Sikana telah melahirkan ramai pelajarnya yang kini merupakan pengkritik sastera tanah air.
            -  antaranya termasuklah Dr. Mawar Shafie, Dr. Abdullah Che Ya, Dr. Halim Ali



F5:       Menyebarkan ilmu kritikan melalu pembentangan kertas kerja
H/C      :Mana Sikana bergiat aktif dalam bidang kritikan dan kerap dipanggiluntuk   membentangkan kertas kerja tentang kritikan sastera, sama ada dalam seminar-seminar di   dalam dan di luar negara-  Antaranya
a.  Teori Kritikan Sastera di Malaysia dlm Seminar Kritikan Sastera   
     anjuran DBP 2001
b   Mana Sikana (2007). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden.              
     Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa 2007 Persatuan  
     Kesusasteraan Bandingan Malaysia.
c.  Mana Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang  
     daripada Perspektif Teori Teksdealisme. Pemikiran Sasterawan Negara
     Usman Awang: Dewan Bahasa dan  Pustaka.
d.   Mana Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
      Wacana Sejagat dan Kontekstual Budaya. Seminar Penulisan
      Dramatik Akademi Seni Budaya dan
      Warisan Kebangsaan.
e.   Mana Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
      Teksdealisme. Seminar Pemikiran Keris Mas dalam Kesusasteraan
f.   Mana Sikana (2004). Juara Perspektif Teori Sastera Teksdealisme.
     Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan DBP
g.  Mana Sikana (2003). Pembentukan dan Pemantapan Teori Sastera
     Mandiri. Teori Pemikiran Tamadun Melayu DBP

F6:       kajian tentang kritikan drama di Malaysia
H/C      :Mana Sikana telah berjaya menghasilkan beberapa kajian kritikan tentang pemikiran,           perkembangan dan sumbangan drama dalam kesusasteraan Melayu. Antaranya
                        a.  Pemikiran Drama Melayu Moden
                        b.  Perkembangan dan Perubahan Dalam Drama Malaysia
                        c.  Drama Tuah Jebat: Satu kajian Intertekstualiti
                        d.  Drama Melayu Moden
                        e.  Berkenalan Dengan Drama

F7:       sumbangan pemikiran dalam kritikan-kritikan sastera yang berunsur Islam.
H/C     :            Mana Sikana telah mencuba melakukan kritikan menggunakan kedah pendekatan Islam       sekitar tahun 1980-an.  Hasilnya beliau telah berjaya membina teori Sastera Taabudiyyah    pada tahu 1998.-   Melalui kritikan berunsur Islam ini juga, Mana Sikana berjaya menghasilkan buku berjudul Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi, Sastera Islam di            Malaysia dan Khazanah Islam: Falsafah dan kesusasteraan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan