Isnin, 18 Jun 2012


Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN.
3. Skema pemarkahan:
a)         Siapakah yang menghantar dan kepada siapa surat itu dihantar.
            Siapa....
            Rahim                                                                                                  1 markah

b)         sikap  aku yang terdapat dalam novel

F1        : berterus-terang
H/C      : Rahim bersikap berterus-terang tentang pendapatnya terhadap ayahnya sendiri iaitu En. Muhammad dalam soal penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang, baginya perbuatan tersebut adalah tidak adil.

F2        : seorang yang berani
H/C      : Rahim berani membuat tuduhan terhadap bapanya dengan mengatakan yang ayahnya berlaku tidak adil kepada penduduk Kampung dengan menubuhkan Syarikat Lombong lembah Tualang.

F3        : seorang yang simpati
H/C      : Rahim bersimpati dengan nasib penduduk kampung yang diperlakukan dengan perbuatan tidak adil yang dilakukan oleh En. Muhammad dengan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang

F4        :Seorang yang prejudis
H/C      : Rahim bersikap wasangka terhadap ayahnya yang menyembunyikan penubuhan syarikat   Lombong Lembah daripada pengetahuannya dan dia mengesyaki ayahnya cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

c)         tuduhan- tuduhan aku terhadap ayahnya.

F1        : Tidak patut dan tidak akan adil.
H/C      : Perbuatan ayahnya menubuhkan SLLT di Kampung Pulai bagi Rahim adalah perbuatan yang tidak seharusnya dan tidak adil dilakukan oleh En. Muhammad terhadap penduduk kampung yang miskin.

F2        : Mementingkan kepuasan nafsu kekayaannya.
H/C      : En. Muhammad bagi Rahim hanya mementingkan kekayaan dengan menubuhkan SLLT
            bagi mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

F3        : Individualisme barat.
H/C      :En. Muhammad dilihat oleh Rahim tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan apabila dia
            sanggup memindahkan semua penduduk Kampung Pulai demi menjayakan projek    perlombongannya.

F4        : Menganiaya kepada penduduk Kampung Pulai dengan menghalaunya.
H/C      : bagi Rahim penubuhan SLLT adalah satu helah bagi memindahkanpenduduk Kampung
            Pulai dengan berselindung disebalik SLLT.

F5        : Berpura-pura.
H/C      : EN. Muhammad pada anggapan Rahim seorang yang pandai berlakon/hipokrit dengan
            berbuat baik kepada orang Kampung Pulai tetapi sebenarnya dia hanya memikirkan             keuntungan perniagaannya sahaja.

d)         Persoalan yang hendak diketengahkan melalui petikan

F1:       persoalan pertentangan /perselisihan/perbezaan pandangan antara ayah dan anak.
H/C:     Pertentangan pendapat berhubung dengan penubuhan Syarikat Lombong Lembah     Tualang,persoalan ini dipaparkan menerusi pertentangan pendapat anara Rahim dengan      En. Muhammad yang mempunyai pandangan yang berbeza, Rahim menganggap       penubuhan itu adalah suatu perbuatan yang tidak adil bagi penduduk Kampung Pulai,   sedangkan En. Muhammad mementingkan keuntungan dari segi perdagangan.

F2:       Persoalan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan/perdagangan
H/C:     Keupayaan orang Melayu dalam menceburi dunia  perniagaan selaras dengan kehendak kerajaan, penglibatan EN. Muhammad sebagai ahli perniagaan yang berjaya menerusi kejayaannya menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang di Kampung Pulai sebagai bukti keupayaan orang Melayu dalam dunia perniagaan.

F3:       Persoalan ketidakadilan sosial ternadap golongan miskin.
H/C:     Golongan peniaga atau pedagang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira nasib golongan miskin seperti yang disuarakan oleh Rahim kepada ayahnya bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang adalah satu perbuatan yang tidak adil kepada penduduk Kampung Pulai yang kebanyakkannya terdiri daripada orang miskin.

F4:       Persoalan perkongsian perniagaan antara orang Melayu dan Cina
H/C:     Perkongsian perniagaan antara orang Melayu dan Melayu. Perkongsian antara En. Muhammad dengan DatukTan dalam perusaan perlombongan membawa kepada penubuhan Syarikat Lombong Lembah Kampung Pulai.

F5:       Persoalan keberanian berterus-terang.
H/C:     Keberanian berterus-terang dalam hal-hal atau isu tertentu demi untuk menegakksn   kebenaran adalah perbuatan yang baik, namun sekiranya jika ia membawa impak yang negatif pasti natijahnya juga buruk. Rahim bersikap berterus-terang kepada Mahani berhubung dengan pandangannya terhadap perbuatan ayahnya yang menubuhkan    Syarikat lombong Lembah Tualang yang dikatakan perbuatan yang tidak adil kepada            penduduk kampung.


No. 4.
a)         Siapakah “dia” dalam petikan?         [ 6 ]

b)         Berdasarkan cerpen Nagasaki, jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen.  [ 9 ]

c)         Huraikan mesej yang cuba ditonjolkan oleh pengarang yang terdapat dalam cerpen Nagasaki.    [10]

Skema permarkahan:

a)         Dia ialah
            - Yoshida.                            2 markah
            - bekas tentera Jepun           1 markah
            - sahabat cikgu Sulaiman      1 markah
            - bapa kepada Pn Rohana atau Hanako    1 markah
            - bapa mentua Hj Usman      1 markah
            - beragama Islam                 1 markah
            - menghormati adat melayu   1 markah                                 Taburan Markah  6 m

b)         jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen.

F1:       Teknik dialog
H/C:     Perbualan  antara 2 watak atau lebih. watak Yoshida melalui perbualan Nilakesuma dengan Pn.Rohana. yoshida merupakan sahabat baik cikgu Sulaiman, ayah  mentua kepada Pn. Rohana. Umur kedua-duanya sekitar 80 tahun. Yoshida dikatakan menyukai kanak-kanak.

F2:       Teknik Imbas Kembali
H/C:     Peristiwa lampau dimasukkan dalam plot semasa melalui teknik imbas kembali, dapat mengetahui sifat cikgu Sulaiman yang merupakan seorang nasionalis, bekas pelajar Tanjung Malim yang mengagumi perjuangan kebangsaan di Indonesia.

F3:       Teknik Pemerian
H/C:     Gambaran tentang sesuatu keadaan, peristiwa, kejadian tentang seseorang wat ak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang melalui teknik ini, pengarang memperkenalkan watak Nilakesuma yang merupakan pelajar Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya. Nilakesuma juga dikatakan merupakan salah seorang pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun yang akanmenyambung pengajiannya di Negara Jepun. Beliau juga merupakan anak kepada pesara guru iaitu Hj. Usman.


c)         Mesej yang ditonjolkan oleh pengarang

F1:       Peperangan membawa penderitaan/keburukan
H/C:     Pengguguran bom atom ke atas Nagasaki menyebabkan malapetaka kepada  malapetaka kepada Yoshida iaitu kematian isterinya, kemusnahan negara Jepun dan meragut ramai  nyawa.

F2:       Mengeratkan nilai persahabatan
H/C:     Hubungan persahabatan antara cikgu Sulaiman dengan Yoshida bekas tentera Jepun telah  terjalin sejak zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu. Perbezaan bangsa, budaya dan asal-usul tidak menghalang mereka meneruskan persahabatan dengan kiriman surat dan permintaan Hj. Usman agar anaknya, Nilakesuma menemui Yoshida di Jepun.

F3:       Pentingnya semangat kebangsaan/cinta tanah air
H/C:     Datuk Nilakesuma atau cikgu Sulaiman bangga perjuangan menentang penjajah seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan Indonesia.

F4:       Kita perlu mempelajari sejarah
H/C:     Yoshida mengingatkan Nilakesuma tentang kesan buruk sewaktu peperangan ketika melawat Muzium Peringatan Bom Atom Nagasaki.

F5:       Kuasa / Takdir Tuhan mengatasi segalanya
H/C:     Zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu telah mempertemukan Yoshida dengan keluarga cikgu Sulaiman yang akhirnya membawa kepada pengislaman Yoshida.

F6:       Pentingnya perasaan saling hormat-menghormati
H/C:     Yoshida menasihati Nilakesuma agar menghormati perasaan mangsa perang dengan tidak     bergambar di tugu peringatan mangsa bom atom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan