Skema pemarkahan:
Soalan 5
a .         Jelaskan kenapa Pak
Hamid menganggap Dahlan manusia kejam, tak berperikemanusiaan,              rendah
budi, tak bertimbang rasa                                                                     
[ 9 ]
F1:        Kejam
kerana menceraikan isteri yang tidak bersalah
H/C:     Perbuatan
menceraikan isteri yang tidak bersalah tanpa sebarang alasan yang kukuh adalah  perbuatan yang kejam.Dahlan telah menceraikan Rahimah
dengan menjatuhkan talak satu     kerana
Rahimah menasihatinya supaya jangan balik lewat malam dan jangan berpoya-poya    dengan perempuan lain di luar rumah.
F2 :      Kejam
kerana menganiaya /  mengugut / menekan
pekerja bawahan
H/C:     Perbuatan
Dahlan yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan serta tidak      bertimbang rasa kerana Dahlan sentiasa
mengugut para pekerjanya supaya menyerahkan       sebahagian
dari gaji mereka kepadanya.Jika para pekerja enggan, Dahlan sanggup memecat       mereka.
F3:        Tak
berperikemanusiaan kerana menghalau peminta sedekah
H/C:     Perbuatan
Dahlan yang menghalau peminta sedekah dan orang-orang yang memerlukan       pertolongan tanpa belas kasihan adalah
satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan        tidak bertimbang rasa.Peminta sedekah sepatutnya dibantu
kerana mereka memerlukan          bantuan daripada
golongan orang-orang yang berada seperti Dahlan.
F4:        Rendah budi kerana memandang hina/keji/jijik terhadap
pemungut derma
H/C:      Budi
pekerti merupakan lambang keperibadian sesorang.Walaupun sesorang itu       berpelajaran tinggi tetapi jika rendah
budi pekertinya, pasti  masyarakat akan
memandang        rendah.Dahlan memandang
jijik dengan mereka yang datang untuk meminta derma di  rumahnya seperti yang digambarkan dalam teks iaitu Dahlan berasa
bosan dengan             pemungut derma
dengan mengatakan mereka menggunakan wang tersebut untuk      kepentingan peribadinya.
F5:       Kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi
dan tak bertimbang rasa kerana tidak       mendengar
nasihat / tidak mengenang budi.
H/C:     Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan
seharusnya dikenang dan dihargai dengan baik.        Dahlan
seorang yang rendah budi dan tak rasa kerana tidak mendengar nasihat serta
tidak      mengenang budi Pak Hamid yang
telah menjaga, memelihara dan mendidiknya sejak  kematian kedua orang tuanya.
F6:       Tak
bertimbang rasa kerana mengabaikan rumahtangga / isteri
H/C:      Rumahtangga
seharusnya dijaga dengan penuh perasaan timbang rasa dan penuh kasih        sayang, barulah sesebuah rumahtangga
akan  aman.Dahlan telah mengabaikan           tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya
sehingga menyebabkan rumahtangganya         porak
peranda dan berlakunya penceraian dengan isterinya Rahimah.
F7:       Rendah budi kerana menerima rasuah
H/C:     Ada
kalangan lawyer atau majistret yang sanggup menerima rasuah kerana kepentingan        peribadi dan melihat rasuah sebagai jalan
yang paling mudah untuk mendapat kesenangan            hidup.Contoh
Lawywer Dahlan sanggup menerima rasuah dari Taukeh Leong sebanyak         RM10,000.semata-mata hendak memenuhi
tuntutan gaya hidup mewah tanpa 
menyedari           perbuatan
tersebut melambangkan kerendahan budi pekertinya.
b)Huraikan tiga prinsip hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam
drama ini melalui perwatakan Pak Hamid.                                                                                                 [
9  ]
F1:       Berwawasan/berpandangan jauh terhadap
nasib bangsa
H/C:     Selaku
ketua kampung pandangan dan wawasan masa depan tentang nasib bangsa akan       menentukan kemajuan sesuatu bangsa.Pak
Hamid sanggup menghulurkan derma 
walaupun         jumlahnya kecil
bagi membina sekolah rakyat kerana baginya pendidikan akan membantu    sesuatu bangsa mencapai kemajuan.
F2:       Membenci  budaya Barat .
H/C:     Budaya
Barat tidak sesuai dengan amalan dan adat ketimuran yang juga  bercanggah            dengan
nilai-nilai keagamaan.Pak Hamid sentiasa mengingatkan Dahlan dan Rahimah agar       tidak mudah dipengaruhi dengan budaya
Barat yang bertentangan dengan nilai ketimuran          ketika
mereka hendak ke England.
F3:       Suka menderma 
H/C:     Menderma
memberi kekuatan dan dapat membantu orang yang dalam kesusahan selain        dapat memupuk nilai-nilai baik, ianya
juga adalah  tuntutan agama.Pak Hamid
sanggup           menderma RM 10.00 kepada
Rahman yang datang memungut derma bagi Badan Perikatan   Masyarakat untuk membina sekolah rakyat.Pak Hamid juga bersikap
pemurah terhadap      peminta sedekah yang
datang ke rumah Dahlan.
F4:       Komited / iltizam terhadap tugas
H/C:     Sebagai pemimpin / Ketua kampung, beliau komited dalam
menjalankan tugasnya bagi         memastikan
kampung dan penduduk di bawah kawalannya berjalan dengan baik.Pak       Hamid sering membantu anak mukim di bawah kawalannya
berjalan dengan baik.Pak  Hamid sering
membantu anak mukim di bawahnya agar mereka tidak ketinggalan dalam        arus pembangunan dan pendidikan negara.Dia
turut menyumbang derma bagi membina             Sekolah
Rakyat di kampungnya.
F5:       Tidak mementingkan keturunan / darjat
H/C:     Walaupun berketurunan bangsawan yang mungkin banyak kelebihan
akan diperolehi sama  ada bantuan kewangan
dan sebagainya namun terdapat golongan bangsawan tidak            berasakan keturunan satu kelebihan.Pak Hamid menasihatkan
Dahlan supaya belajar   dengan rajin agar
berpeluang untuk  mendapat bantuan
kewangan dari kerajaan walaupun       Dahlan
memberitahunya yang dia tidak perlu bersusah payah kerana mudah untuk   mendapat bantuan kewangan kerana Pak Hamid
kenal rapat dengan Datuk Bahnan,      pegawai
yang meluluskan bantuan kewangan bagi mereka yang hendak melanjutkan       pelajaran ke England.
F6:       Kuat berpegang teguh dengan agama
H/C:     Agama bagi Pak Hamid adalah elemen penting yang akan memandu sesorang
ke jalan yang  benar dan dapat menghalang
seseorang itu dari melakukan tindakan yang bertentangan           dengan tabii manusia. Pak Hamid menghalang Dahlan dari
meneruskan niatnya membunuh       diri
kerana menganggap tindakan tersebut sesat dan berdosa.
 F7:       Pentingkan Pendidikan .
H/C:     Pedidikan adalah agen yang boleh membantu membangun dan memajukan
sesebuah            bangsa.Pak Hamid
menggalakan Dahlan supaya belajar hingga ke tahap yang paling       tinggi.Dahlan akhirnya berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Englang dan akhirnya menjadi           lawyer.
c).        Drama ini berkonsepkan
hukum ”Poetic Justice”. Jelaskan maksud konsep tersebut dan       hubungan dengan tindakan atau perbuatan
Dahlan.                                             [
6 ]
F1:       Poetic Justice ialah konsep baik dibalas
baik dan yang jahat akan mendapat         pembalasan
    yang setimpal dengan perbuatannya.
F2:       Perbuatan Dahlan yang gigih belajar
hingga ke England akhirnya dibalas dengan           kejayaannya
menjadi seorang majistret.
F3:       Dahlan menyesal dan menginsafi segala
perbuatannya sebelum ini.Keinsafan ini  akhirnya
membolehkan dia rujuk dan berbaik semula dengan Rahimah.
F4:       Perbuatan Dahlan yang suka menghina
peminta sedekah dan orang-orang susah             akhirnya
dibalas dengan penghinaan masyarakat terhadapnya selepas Dahlan keluar          dari penjara.
F5:       Perbuatan Dahlan yang menerima rasuah
RM10,000.00 dari Taukeh Leong akhirnya     menyebabkan
Dalan dihukum penjara empat tahun kerja berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan