Soalan 8
Skema pemarkahan:
________________________________________________________________________
8. a) Tiga
pemikiran
F1: Pemikiran
penyajak tentang perjuangan generasi terdahulu yang sanggup berkorban bagi membebaskan tanah air
H/C: Penyajak menjelaskan tentang
pejuang-pejuang dahulu sanggup menderit dan berkorban
nyawa untuk memerdekakan negara.
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang
moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah
mengeliat ke tanah
resah
mengeliat ke rimba
resah
memulas ke tulang bangsa.
F2
: Pemikiran penyajak bahawa
generasi kini sanggup membiarkan negara dicerobohi.
H/C
: Penyajak menegaskan tentang betapa
penakutnya generasi masa kini yang sanggup melihat
orang asing mengaut keuntungan di negara sendiri.
Barangkali
kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri
meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
F3
: Pemikiran penyajak bahawa
gejala sosial mampu memusnahkan generasi muda.
H/C
: Penyajak menyedari bahawa generasi
muda akan hancur jika terus hanyut dalam gelombang
gejala sosial seperti najis dadah.
Jerit
kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat
ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal
duka bersama
pekik kita
nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan
pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam
gugup bergantungan di dada.
F4 : Pemikiran
penyajak bahawa keberanian perlu bagi memajukan bangsa
H4 : Penyajak
menjelaskan tentang sifat berani perlu ada dalam memperjuangkan nasib bangsa agar negara kita akan dihormati dan disegani.
Mari kta
lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap
merpalang.
F5 : Pemikiran
penyajak bahawa keimanan perlu ditanam pada generasi baru.
H/C : Penyajak
menjelaskan sifat keimanan perlu ada pada generasi hari ini agar kehidupan akan lebih damai/tenang pada masa
akan datang.
Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan
selimut iman dari Tuhan.
Pilih
3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah
fakta, 1 markah huraian dan 1 markah
contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah
b) Intuisi penyajak
F1: Perasaan resah
H/C: Resah kerana penduduk negara ini terpaksa hidup menderita akibat
dijajah.
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah
resah
mengeliat ke tanah
resah
mengeliat ke rimba
resah
memulas ke tulang bangsa.
F2: Perasaan
gugup / gementar
H/C: Gugup kerana penduduk negara ini hanya melihat hasil negara
dicuri oleh
orang luar/asing.
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri
meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
.
F3: Perasaan
kesal.
H/C: Kesal kerana jika penduduk negara ini tidak berhati-hati/lalai,
negara ini
akan sekali lagi akan dijajah.
sedang kita pernah menari ala canggung
maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah
kekesalan kita dengan
melimpah
air mata nanah ke luka bangsa?
F4: Perasaan sedih.
H/C: Sedih melihat penduduk negara
ini pernah dijajah dengan kejam/zalim
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret
luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka
menyentak haluan kiblat.
c) Aspek perulangan
F1: Asonansi
H/C: Perulangan bunyi vokal
yang sama dalam satu baris
Barangkali kitalah
penanam padi-padi hampa
(
perulangan bunyi vokal a )
H/C : Perulangan bunyi konsonan yang sama dalam
satu baris
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang
nyedar
(
perulangan bunyi konsonan s )
F3: Anafora
H/C : Perulangan kata yang sama di
awal baris secara berturutan/ sejajar
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah
umat
luka menyentak
haluan kiblat.
(
kata luka mesti digaris dibawahnya )
F4: Epifora
H/C : Perulangan kata yang sama di
akhir baris secara berturutan / sejajar
gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
( kata kita mesti digaris dibawahnya )
F5: Perulangan kata yang sama di tengah baris
H/C : Kata yang sama diulang-ulang
secara berturutan
resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
(kata mengeliat mesti digaris dibawahnya )
F6 : Perulangan kata
H/C : Perulangan kata yang sama
diulang-ulang
bukan
nestapa
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan